Merah padam wajah Tan
Sri Khalid. Marah dan malunya sama banyak ketika ini. Anak sendiri telah
membuat onar. Sakit sungguh rasanya. Puan Sri Fatimah yang dari tadi tidak
habis-habis memujuknya, di suruh masuk ke dalam bilik. Biar dia seorang yang
berhadapan dengan Izz. Itu lebih baik.
Seketika, kedengaran bunyi kereta di
halaman rumah. Dalam sabar, dia menunggu Izz di ruang tamu. Bila-bila masa saja
kemarahannya bakal meletup.
“Assalamualaikum pa,” tegur Izz
apabila melewati ruang tamu.
“Waalaikumsalam,”
jawab Tan Sri Khalid sebelum berdiri. Setelah itu, Izz di hampiri dan kemudian
satu tamparan di hadiahkan di pipi anaknya itu.
Izz
terkejut. “Pa! Kenapa Tampar Izz?”
“Masih
ingat rupanya yang papa ni papa Izz.”
“Papa
cakap apa ni?”
Tan
Sri Khalid mendengus. “Papa cakap pasal ni.” Terus di hempas beberapa keping
gambar di atas meja.
Izz
tunduk. Memerhati saja gambar itu. Namun semakin di perhati, semakin kuat
debaran di hatinya. Gambar aku! Pantas gambar-gambar itu di ambil. Ada lima
keping semuanya. Di dalam gambar itu ada seorang perempuan bersamanya. Mereka nampak
mesra.
“Explain,”
kata Tan Sri Khalid.
Siapa
punya kerja ni? Izz berteka-teki dalam hati. Dia kenal perempuan di dalam
gambar itu. Namanya Maria. Kawan lamanya ketika di sekolah menengah dulu.
Mereka berjumpa kerana Joe. Joe yang menemukan mereka. Kiranya Joe bertindak
sebagai ejen cari jodohnya. Tapi tak sangka blind
date yang pertama dengan kawan lama sendiri. Jadi sudah pasti dia suka
dengan keadaan itu. Sebab itu mereka kelihatan mesra dalam gambar.
“Izz!”
Makin kuat suara Tan Sri Khalid.
Tak
kan Joe yang hantar? Adakah ini bentuk bantuan yang Joe maksudkan itu? Baru semalam minta, hari ni dah dapat? Cepat betul Joe bertindak.
“Izz
Anaqi! Dengar tak ni?!”
Izz
tersentak. Wajah papanya yang nyata sedang dalam keadaan yang sangat marah itu
di pandang. Dalam hati, dia sudah bersorak gembira. Inikah pengakhirannya? “Mana
papa dapat gambar ni?”
“Good
question! Nak tahu dari mana papa dapat? Uncle Hisyam. Dia yang bagi papa. Dapat bayangkan tak muka papa
bila dia tunjuk gambar ni. So, explain to
me. Now!” Tegas Tan Sri Hisyam.
“Izz…
tak ada apa nak cakap.”
Membuntang mata Tan Sri Khalid mendengarnya.
“Tak ada apa nak cakap? Jadi semua ni betullah?”
Perlahan-lahan
Izz mengangguk. Gambar ini memang betul. Cuma ia gambar lama.
“Eh, Izz ni tak malu ke? Sedar tak
yang diri tu dah bertunang?”
“Izz
terima kalau uncle Hisyam nak
batalkan perkahwinan Izz dengan Nea,” kata Izz dengan nada kecewa. Ah, dia
perlu berlakon sehabis baik di depan papa.
“Izz
tak cintakan Nea ke? Senang-senang je nak batalkan perkahwinan. Kenapa teruk
sangat perangai ni?”
Izz
mengetap bibir. “Izz cinta Nea. Tapi Izz tak akan bela diri sebab memang Izz
salah. Gambar ni betul. Lagipun Izz tahu yang uncle Hisyam nak yang terbaik untuk Nea. Dan jelas yang terbaik tu
bukan Izz. Izz ada perempuan lain. Izz tak baik pa.”
“I’m
so disappointed with you,” luah Tan Sri Khalid.
“I
know.”
Tan Sri Khalid mengeluh keras.
Walaupun kes Syafiq lebih teruk tapi perasaan marahnya dan Tan Sri Borhan sama
saja ketika ini. Rasa mahu tekup muka anak ini dengan bantal. “Izz dah malukan
papa. You know that?”
“Biar Izz jumpa uncle Hisyam. Minta maaf dari dia. Dan Izz terima apa juga
keputusan uncle Hisyam,” ujar Izz.
“Ya,
Izz patut terima sebab uncle Hisyam
dan papa dah buat keputusan.”
Izz cuba untuk berlagak tenang di
sebalik kegembiraan yang teramat sangat. Yes!
This is it! “Apa keputusannya?”
“Bulan depan, tak kan ada majlis
kahwin.”
“Izz dah agak dah.” Izz bersuara
perlahan. Terima kasih Joe. Terima kasih!
“Tapi, minggu depan,” sambung Tan
Sri Khalid.
Bulat
mata Izz. Apa ni? Maknanya dia akan tetap kahwin dengan Nea? Majlis tak di batalkan
tapi di cepatkan. Tolong katakana yang ini semua cuma mimpi. “Apa pa? minggu
depan?”
Tan
Sri Khalid mengangguk. “Ya. UncleHisyam
anggap yang gambar ni di hantar untuk rosakkan hubungan Izz dengan Nea. Jadi
sebab tu uncle Hisyam nak cepatkan
perkahwinan kamu berdua. Dia tak mahu Izz dengan Nea berpisah hanya sebab gambar
yang tak jelas ni.”
“Tapi
Izz dah cakap kan yang gambar ni betul.”
“Cuma
papa yang tahu gambar ni betul,” balas Tan Sri Khalid.
“No. Izz akan terangkan pada uncle Hisyam perkara sebenarnya. Izz tak
nak seksa Nea dengan perangai Izz.”
“Try
it. Izz memang suka malukan papa dengan cara macam ni kan?”
Izz terdiam. Turun naik nafasnya. What have you done Joe? Shit! “Izz bukan nak malukan papa. Tapi…”
“Tapi
apa? You know what, papa dapat rasa ada yang tak kena dengan Izz. Nampak
macam Izz tak pernah sayangkan Nea langsung.” Sejak tadi, dia musykil dengan
tingkah Izz. Anaknya ini bagai terlalu mudah mahu membatalkan perkahwinannya.
Tidakkah dia rasa mahu meminta maaf pada Nea dan berjanji untuk tidak
mengulanginya lagi?
“Izz…” Izz mematikan kata. Mahu saja
dia mengaku kebenarannya. Tapi Shasha? Argh! Shasha atau Nea? Mana satu yang
harus dia pilih?
“Keputusan dah di buat. Minggu depan
Izz akan kahwin dengan Nea.” Setelah itu, Tan Sri Khalid terus meninggalkan Izz
di ruang tamu. Dia mahu naik dan berehat. Sakit kepala tiba-tiba datang
menyerang.
Izz
terduduk di atas sofa. Rambutnya di garu rimas. Joe!!! Pantas sahaja dia
mengeluarkan iphone di dalam poket seluar sebelum segera menghubungi Joe. Lama
dia menunggu sehinggalah panggilannya masuk ke dalam peti simpanan suara.
“Kau
memang cari nahaslah Joe,” bentaknya.
Seketika,
nombor Faiz pula di hubungi. Apabila panggilannya bersambut, terus sahaja dia
bertanyakan keberadaan Joe. “Joe mana?”
“Tak
tahu. Kau tak call dia ke?”
“Dah. Tapi tak jawab.”
“Maybe
kat hospital kot. Jangan-jangan wife
dia dah bersalin. Kan Joe ada bagitahu yang due
Mira dalam minggu ni.
Izz mendengus. Selagi tidak dapat
bercakap dengan Joe, selagi itulah hatinya tidak tenang. “Nanti kalau dia call kau atau kau jumpa dia, terus inform aku. Urgent!”
“Tapi
kenapa kau cari dia?”
“Betul
nak tahu sebab apa?”
“Yalah,”
balas Faiz.
“Aku nak bunuh mamat tu.” Setelah
itu, Izz segera mematikan talian. Gambar-gambar di atas meja itu di kumpul dan
di bawa naik bersamanya ke tingkat atas. Gambar-gambar itu mahu di baling ke
muka Joe. Kerana gambar itu, masa depannya jadi gelap gelita.
Tiba-tiba, I phone miliknya
berbunyi. Ada satu mesej yang masuk.
-Joe dah jadi daddy. Baby girl.
Itu mesej dari Faiz. Ya, tahniah
untuk Joe. Tapi takziah untuknya. “Tak apa. Hari ni, aku lepaskan kau. Tapi
esok belum tentu.”
Beberapa ketika, ada satu lagi mesej
yang masuk. Gambar anak Joe. Tidak semena-mena hilang marahnya untuk seketika.
Comel! Sebiji muka Joe.