Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,171
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

Nea memandang sekeliling sebelum pandangannya di alih pada Izz yang tenang memandu di sebelahnya. Nak kemana pula si tenuk ni? Seingatnya tadi mereka tidak merancang mahu singgah ke mana-mana. Izz nak buat kejutan agaknya. Tapi… mustahillah. Peratusnya sangat tipis. Atau mungkin tiada langsung! “Ni bukan jalan balik rumah papa.”

“Kita balik rumah papalah ni,” jawab Izz tanpa berkalih pandang.

“Tak Izz. Aku tahulah jalan mana nak guna kalau balik rumah papa. Dan kau jangan cakap dengan aku yang kau guna jalan pintas ke apa ke sebab aku tak kan percaya.”

“Betullah kita balik rumah papa. Tapi kat hujung tu tambah perkataan mama sekali.”

Nea mengerutkan dahi. “Aku… aku tak faham.”

“Lah, bengaplah pula. Kita balik rumah papa. Kalau tambah perkataan mama, jadilah papa dan mama. Faham?” Kali ini Izz menoleh sedikit.

What? Eh, apasal kau tak bagitahu aku yang kita balik rumah papa dengan mama kau?”

Izz tersengih. “Aku tengah bagitahulah ni.”

Nea memejam rapat matanya. Geram! Sangat geram! Apabila dia membuka mata, Izz yang nampak kecil besar di matanya itu di pandang tajam. “Kenapa tak bincnag dengan aku dulu?”

“Lupa.”

“Lupa? Tu je alasan kau?”

“Yup! Kau marah ke?”

Nea tergelak sinis. “Aku? Marah? Tak lah. Suka. Aku kan suka kau.”

Izz ketawa. Walaupun tidak memandang wajah Nea, dia tahu yang wajah putih bersih itu sudah merah padam sekarang. “Thanks Nea. Aku tahu kau tak marah. And one more thing. I like you too…”

Sick!” Bentak Nea. Kemudian, I phone di dalam beg tangan di keluarkan. Dia mahu memberitahu Tan Sri Hisyam yang mereka akan pulang ke rumah keluarga Izz.

“Nak call siapa tu?” Tanya Izz.

“Papa.”

“Tak payahlah. Aku dah bagitahu papa. Dia kata okey. Tinggal lama-lama pun tak apa.”

Nea mendengus. Nampaknya Izz sudah merancang dari awal. Apa lagi, kelat wajahnya sepanjang perjalanan. Dan setelah hampir empat puluh minit perjalanan, mereka akhirnya sampai di rumah keluarga Izz. Di luar rumah, kelihatan Puan Sri Fatimah sudah siap menunggu kedatangan mereka.

“Senyumlah sikit. Ketat sangat muka kau ni. Tak takut cramp ke?”

“Tak kelakar Izz,” balas Nea sebal.

“Oh, tak kelakar eh. Tak apalah. Nanti aku cuba buat lawak yang lain,” seloroh Izz lalu membuka pintu kereta.

Nea memandang dengan penuh jengkel. Kalau boleh di telan, dia telan Izz Anaqi itu. Dan dari dalam kereta, dia melihat Puan Sri Fatimah tersenyum memandangnya. Teragak-agak senyuman itu di balas. Dengan hati yang berat, pintu kereta di buka.

“Sayang, kan abang dah cakap tunggu kat dalam je. Biar abang buka pintu,” kata Izz penuh mesra.

“Tak apalah bang. Nea boleh buka sendiri. Susahkan abang je.” Nea juga membalas dengan nada yang sama. Namun saat dia melewati Izz, sempat di jeling suaminya itu.

“Nea sihat?’ Tanya Puan Sri Fatimah saat Nea menyalami tangannya.

“Sihat aunty. Eh… ma. Mama sihat?”

Puan Sri Fatimah tersenyum. “Sihat. Jom masuk.” Tangan Nea di tarik sama. Sesampainya di ruang tamu, Nea di suruh duduk di taas sofa. Ketika itu Tan Sri Khalid baru turun dari tingkat atas.

“Ingat papa keluar,” kata Izz selepas bersalaman dengan Tan Sri Khalid.

“Tak. Semalam dah keluar. Hari ni nak rehat kat rumah,” jawab Tan Sri Khalid sebelum duduk si sebelah isterinya.

Manakala Nea pula cepat-cepat menghulur tangan pada bapa mertuanya itu. “Papa sihat?”

“Alhamdulillah. Nea kan nak datang. Mestilah papa sihat.”

Nea tersenyum. Namun senyumannya mati apabila Izz mengambil tempat di sebelahnya. Menyemak je!

“Macam mana honeymoon? Okey?” Tanya Puan Sri Fatimah.

Great! Tak sangka Venice cantik sangat. Kan sayang?” Izz memeluk bahu Nea.

“Hah? Oh. Cantik. Cantik sangat,” kata Nea.

“Tapi sorrylah ma, pa. Tak sempat beli souvenier. Mula-mula sampai tu kita orang ronda-ronda juga. Tapi lepas tu Nea nak duduk dalam hotel je. Jadi Izz tak sampai hati nak tinggalkan Nea sorang-sorang. Terpaksalah teman.”

Puan Sri Fatimah ketawa. “Baguslah tu. Cepat mama dengan papa dapat cucu.”

Merona merah wajah Nea. Bibir di ketap kuat. Tak guna punya izz! Menipu pasal bulan madu mereka sudahlah. Tak payah menipu soal yang lain pula. Terasa dia sudah mahu gila memendam rasa sejak dari kereta tadi.

“Awak ni sayang. Budak-budak ni kan baru je kahwin. Tak kan dah nak ada baby. Tak puas berdua lagi tu,” sampuk Tan Sri Khalid.

“Abang ni pun. Masa muda ni lah nak dapat anak. Lagipun anak tu rezeki. Pengikat kasih sayang. Ni, Nea nak berapa orang anak?” Tanya Puan Sri Fatimah.

Nea terkebil-kebil. “Err…”

“Nea kata nak cukupkan satu team bola sepak,” jawab Izz berserta senyuman.

Argh! Tekanan! Nea menjerit dalam hati. Mendengar gelak tawa Tan Sri Khalid dan Puan Sri Fatimah tambah membuatkan hatinya meluap-luap dengan kemarahan terhadap Izz. Pantas, pinggang Izz di cubit kuat. Biar dia tahu rasa. Kehadiran kedua-dua mertuanya itu tidak lagi di pedulikan.

Berkerut dahi Izz. Tapi di tutup dengan seyuman lebar agar mama dan papanya tidak perasan yang sebenarnya dia sedang menahan kesakitan yang teramat di bahagian pinggang.

***

Usai solat isyak, Nea duduk di atas sofa. Izz pula ke bilik air. “Nak tidur mana aku malam ni?” Walaupun sudah biasa tidur sekatil dengan Izz tapi ini bukan biliknya. Kan malu kalau tiba-tiba Izz menyuruhnya tidur di atas sofa sedangkan ketika itu dia sudah baring di atas katil.

“Tak nak tidur ke?” Tanya Izz yang sudahpun menuju ke katil.

“Err… awal lagi.”

“Suka hatilah. Aku tidur dulu. Penat. Walaupun kita tak jalan jauh tapi aku penat sebab dengar mama bercakap. Biasanya mama tak macam tu. Agaknya topik tu kena dengan mama.”

“Mestilah mama suka kalau cakap pasal cucu. Tapi masalahnya aku tak suka. Kau bagi harapan palsu pada mama. Kalau mama tahu hal sebenar, mesti mama sedih,” balas Nea. Namun tiada balasan yang di terima dari Izz. Apabila dia menjenguk, Izz sudah lena.

“Dah tidur ke? Habis tu aku macam mana? Dah lah aku tak selesa tidur atas sofa,” Ujarnya perlahan. Hujung baju tidur satinnya di pintal lembut.

Come. Tidur sini,” ajak Izz tiba-tiba.

Nea tersentak. Dalam diam, dia meleretkan senyuman. Lantas dia bangun dari sofa dan terus menuju ke katil. Namun baru saja kepalanya mahu di rebahkan di atas bantal, Izz mengiring ke arahnya. Pantas kepalanya kembali di angkat. “Pandanglah sana. Tak selesalah,” marahnya.

“Tidurlah… shh… shh… shh…” Tangan Izz menepuk-nepuk bantal peluk yang di letakkan di tengah-tengah mereka dengan mata terpejam.

“Izz… Izz... ” Namun akhirnya Nea akur. Izz memang sudah lena. Lagipun kalau di kejut ala kadar, Izz memang tak kan jaga. Tidur mati!

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman