Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,187
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

Belum sempat Izz membuka pintu bilik, Nea sudah terlebih dahulu membukanya dari dalam. Izz tersenyum. Namun tidak pada Nea. Wajahnya masam mencuka. Tanpa amaran, kaki kiri Izz di tendang sekuat hati. Sememangnya dia sudah merancang mahu melakukan itu sebelum Izz menjejakkan kaki ke biliknya.

“Aduh!! Apa ni Nea?” Jerkah Izz.

Pantas tangan Izz di tarik masuk ke dalam bilik. Setelah itu, pintu di tutup dan terus di kunci. “Tak payahlah jerit-jerit. Macam perempuan!”

“Dah sakit, aku jeritlah. Tak kan nak ketawa pula?”

“Itu hukuman untuk kau,” kata Nea.

Izz mengerutkan dahi. “Kau merepek apa ni? Hukuman apa?”

“Hukuman untuk semua salah yang kau dah buat. Salah yang pertama, sebab kau kita kena kahwin hari ni. Kedua, sebab kau sesuka hati peluk aku masa majlis nikah tadi. Ketiga, anggap itu sebagai tiket untuk kau masuk dalam bilik aku.”

“Suka hatilah. Malas aku nak layan,” balas Izz lalu menghampiri katil bersaiz queen bercadar ungu itu. Kemudian, di perhati keadaan di sekeliling bilik. Bersih, kemas dan cantik. Tapi… “Perempuannya bilik kau ni,” komennya.

Nea mengetap bibir. “Ni bilik perempuan. Jadi dah tentu bilik pun macam perempuan.”

“Tak adalah. Tapi bilik kau ni nampak lembut sangat. Macam tak kena pula dengan kau. Aku tak lah kata kau ni ganas but you know. Kau tengah-tengah. Tak ganas, tak lembut. Tapi mungkin ganas tu lebih sikit,” balas Izz.

“Lebih baik kau tutup mulut sebelum aku halau kau keluar,” kata Nea sebal. Setelah itu, dia terus naik ke atas katil dan menarik selimut hingga ke paras dada.

Izz memerhati saja tingkah Nea. Memang ganas! Tapi ada sesuatu yang dia musykil. “Aku… pelik.”

“Pelik apa?” Tanya Nea dengan mata terpejam.

“Selalunya dekat dalam drama, pasangan yang kena kahwin paksa mesti tidur asing. Sorang kat bawah, sorang kat atas. Tapi kau tak cakap apa-apa pula. Atau pun kau nak aku faham-faham sendiri?”

Nea membuka mata sebelum duduk dan memandang wajah Izz yang nyata mahukan jawapan. “Aku tak nak jadi pasangan yang macam dalam drama. Aku tahu kita kena kahwin paksa. Tapi aku nak cuba jadi isteri yang baik untuk kau. Dan percubaan tu bermula dengan kau boleh tidur sebelah aku. Aku tak kan minta kau tidur tempat lain kecuali kau sendiri yang nak.”

Izz tersengih. “Kau… tak takut ke?”

“Takut apa?”

“Takut…” perlahan-lahan Izz mula memanjat katil dan duduk berdekatan dengan Nea. Bibirnya sudah tersenyum nakal. “Takut… aku apa-apakan kau?”

“Kau nak apa-apakan aku ke?” Soal Nea berani. Ah! Dia sudah berlatih dua hari untuk ini. Dia tidak boleh nampak lemah di hadapan Izz.

“Rezeki dah ada depan mata. Tak kan nak tolak?” Mata Izz mula redup. Hujung rambut Nea di pegang kejap.

Nea menelan liur. Izz dah gila! Ya Allah, apa aku nak buat ni? “Aku… aku dah agak dah.”

“Apa?”

“Kau memang suka aku. Tapi tak nak mengaku. Dekat luar kutuk aku. Tapi dalam hati, cinta sangat-sangat dekat aku.”

Izz mencerlungkan matanya. Hajat mahu mengenakan tapi dia pula yang terkena. “Aku memang suka kau.”

Nea tersentak.

“Tapi… masa tu mesti aku tengah gila. Tak tahu nak beza yang baik dan buruk,” sambung Izz.

“Baik dan buruk?” Pastinya dia yang buruk itu. Huh! Pantas saja bantal di sisinya di baling ke wajah Izz. “Tenuk gila! Macamlah dia tu baik sangat.” Kemudian, Nea kembali merebahkan diri sebelum mengiringkan badan ke kiri. Selimut di tarik menutupi seluruh tubuhnya.

Izz ketawa perlahan. Di pandang Nea yang sudah rupa hantu bungkus itu. “Aku memang baik pun.” Bantal kembali di baling ke wajah Nea yang terselindung di balik selimut. Tanpa menunggu lama, dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai mandi, dia kemudian besolat isyak sebelum kembali ke katil. Ketika itu di lihatnya Nea sudah tidur nyenyak. Langsung tidak sedar dengan kehadirannya.

“Semalam aku tidur sorang. Hari ni, dah berdua. Rasa betul-betul macam mimpi,” ucapnya perlahan. Wajah Nea yang sudah berpaling ke arahnya di amati. Tiba-tiba saja dia menguntum senyum.

“Kau ni… cantik juga kan. Macam manalah aku boleh kata kau langsuir,” ujarnya. Setelah itu, dia ikut merebahkan diri di sebelah Nea. Badannya terasa sangat lelah.

***

Perlahan-lahan Nea membuka matanya. Dan soalan pertama yang muncul di kepala, mana izz? Bingkas dia duduk di atas katil. Matanya meliar ke sofa. Kosong! Jadi Izz tidur di mana? Lalu dia bangun untuk mencari. Namun belum jauh dia melangkah, tubuh izz kelihatan sedang berbaring di tepi katil. “Dia tidur bawah?”

Pantas Izz di dekati. “Izz,” panggilnya.

Namun Izz kaku di balik selimut.

“Izz, bangunlah. Izz.” tubuh Izz di cucuk-cucuk dengan jari telunjuk.

Tetap kaku. Izz tidur mati!

“Izz!!” Jerit Nea. Apabila lelaki itu masih tidak bergerak, Nea segera berdiri. Sayup-sayup azan kedengaran membuatkan dia terus menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Sekembalinya dari bilik mandi, telekung di sarung ke tubuh. Setelah itu, dia kembali menghampiri Izz dengan sebiji bantal di tangan.

“Bangun!!” Bantal yang ada di tangan di hempas ke wajah Izz.

Izz yang terkejut pantas bangun dari tidur. Tatkala terlihat wajah Nea, dia menjerit. Mengengsot sedikit dia menjauhi Nea yang berpakaian serba putih itu.

“Dah buang tabiat ke menjerit pagi-pagi ni?” Tanya Nea.

“Yang kau pakai macam ni kenapa?”

“Subuh. Kenapa kau tidur bawah?”

Izz mendengus. “Good question. Kau tidur… ganas gila! Berapa kali kau tendang aku? Dan berapa kali kau letak tangan kau kat atas aku? Banyak kali Nea. Banyak kali. Boleh percaya tak? Macam mana seoarang perempuan boleh tidur macam tu.”

Nea buat muka tidak percaya. Nak menipu akulah tu! “Aku tak percaya. Kau kalau bab nak mengenakan aku, memang nombor satu.”

“Dah agak dah. Aku berani kerat jari kalau kau percaya apa yang aku cakap walaupun hakikatnya semua yang aku cakap tu satu kebenaran. Kalau nak, aku boleh rakam macam mana ganasnya kau tidur.”

“Dah lah. Tak nak dengar,” kata Nea lalu menutup kedua belah telinganya dengan tangan.

Pantas Izz menarik tangan Nea yang di litupi kain telekung itu. “Kau kena dengar sebab aku akan tidur dengan kau untuk seumur hidup. Dah, tunggu aku. Kita solat sama-sama.” Tangan Nea di lepaskan dan dia berlalu ke bilik mandi.

Dan subuh itu, buat pertama kali mereka solat berjemaah. Usai berdoa, Nea terus menghulur tangan untuk bersalam dengan Izz. Izz mengangkat kening.

“Salam,” kata Nea.

“Oh.” Pantas Izz menyambut huluran tangan Nea. Namun apabila Nea mahu menarik tangannya, dia menggenggamnya dengan lebih erat. “Kenapa?”

“Kenapa apa?’

“Ni,” kata Izz sebelum memandang ke bawah.

“Aku kan nak jadi isteri yang baik,” jawab Nea lalu menarik tangannya.

Izz tersenyum. “Tapi kalau nak jadi isteri yang lagi baik, kenalah tunaikan permintaan suami. Faham kan?”

Nea mengetap bibir. “Kecuali yang tu.” Pantas dia berdiri dan menanggalkan telekung yang di pakai. Izz pula sudah melambakkan tawa. Dia juga tidak mahu kalau Nea tidak rela. Tunggulah dua-dua rela. Yang pasti rela akan datang sendiri kalau hati sudah cinta. Tapi tentulah bukan sekarang atau hari-hari mendekat.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman