“Dah
lah tu Nea. Tak payah fikir sangat. Risau aku tengok kau tau,” kata Zana. Dia
susah hati melihat Nea. Kerjaanya asyik menggigit kuku dari tadi. Ternyata Nea
memang tidak boleh membuang tabiat itu. Kalau sedang risau dan takut, mulalah
gigit kuku. Dia dan Nadra sudah hafal dengan tingkah Nea itu.
“Aku
dah cuba tapi aku tak boleh. Mesti nak fikir juga pasal tu. Aku… aku tak tenang
kat rumah. Setiap kali berdepan dengan papa, lutut aku menggigil,” balas Nea.
“Aku
rasa papa kau tak tahulah Nea. Kalau dia tahu, tentu dah lama dia marah kau,”
ujar Nadra.
Nea
mengeluh perlahan. Nadra dan Zana tidak kenal Tan Sri Hisyam sepenuhnya. Diam
papanya bukan diam kosong. Diamnya hanya mahu mengumpul sejumlah kemarahan yang
nyata menggerunkan. “Mustahil Amir tak bagitahu papa.”
“Dulu
masa kau tolak dia masuk kolam, dia tak bagitahu papa kau juga kan? Samalah
macam kali ni. Kalau ikutkan yang dulu tu lagi teruk. Satu badan lencun,” ujar
Nadra lagi.
“Tapi
kenapa?”
Zana
membentuk-bentuk bibirnya. Cuba mencari jawapan yang sesuai bagi soalan Nea. “Dia
jatuh cinta dengan kau… kot.”
Nea
tersentak. “Itu jawapan paling gila aku pernah dengar. Mustahil. Tak mungkin.
Dia tu playboy besar. Dia tak kan
tahu macam mana nak cinta perempuan.”
“Jangan
cepat sangat hakimi dia. Amir tu manusia. Boleh berubah,” sampuk Nadra.
“Kalau
orang lain mungkin, tapi Amir tak. Dia tak kan ebrubah,” bidas Nea.
Nadra mencebik. “Entah-entah kau pun dah jatuh
cinta dengan dia tak?”
“Aku?”
Nea ketawa sinis. “Dalam mimpi pun tak ingin.”
“Cakap
besar! Apa kau tak nampak ke betapa handsomenya dia? Susah nak tolak lelaki
macam tu,” balas Nadra.
Zana
menampar lengan Nadra. “Rupa paras boleh berubah bila diri di mamah usia. Masa
muda memanglah handsome. Lagipun kau sanggup ke hari-hari makan hati berulam
jantung?”
“
Korang berdua ni prejudis sangatlah. Aku dah kata manusia boleh berubah. Kalau
ada kemahuan, tak musthail Amir tu dari playboy
tegar boleh berubah menjadi seorang lelaki paling setia dalam dunia,” ujar Nadra.
Nea
tersenyum hambar. “Rasanya kau patut ganti tempat aku untuk kahwin dengan dia.”
Nadra
nampak teruja. “Nak, nak. Besar tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan.
Aku memang dah lama nak ada pasangan macam Amir tu. Dah lah handsome, banyak duit, charming, sweet…”
“Jumpa
pun tak pernah tapi dah puji melangit,” cebik Zana.
“Dah
nama pun playboy, mestilah ada
ciri-ciri tu semua.”
Zana
hanya menggelengkan kepala. Bercakap dengan Nadra memang menghabiskan air liur.
Semua nasihatnya berkaitan lelaki tidak mahu di dengar. Sudahnya, sampai sekarang
Nadra masih single. Setiap
perhubungannya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Kadang-kadang hanya
beberapa minggu. Kini tumpuannya beralih pula pada Nea. “Jadi kau setuju kahwin
dengan Amir?”
“No way!”
“Tak
takut dengan papa kau?” Tanya Zana lagi. Dia dan Nadra memang tahu sifat Tan
Sri Hisyam yang garang dan cepat marah itu. Walaupun Nea jarang mengadu tapi
dia tahu yang Nea kadang-kadang tertekan dengan semua itu.
Nea
terdiam. Bila masa dia tidak takut dengan papa? Hanya kadang-kadang saja
keberaniannya datang menyinggah.
“Macam
ni lah, kau bincnag elok-elok dengan papa kau. Kalau dia berkeras, kau
janganlah ikut keras juga. Walau macam mana pun, dia tetap papa kau,” nasihat Zana.
Nadra
menganggukkan kepala. “Betul tu Nea. Kau cakaplah dengan papa kau yang Amir tu playboy. Tak kanlah papa kau nak bagi
kau kahwin dengan lelaki macam tu.”
“Amboi,
tadi bukan main nak dengan si Amir tu! Sekarang ni, kutuk pula,” perli Zana.
“Don’t get me wrong babe. Aku still nak dengan
Amir tu.Tapi sekarang ni aku cuma nak bagi cadangan dekat Nea je,” kata Nadra.
Zana
tergelak. “Yalah tu. Tapi aku peliklah. Tak kan papa kau tak tahu perangai Amir
tu macam mana?”
Nea
mengangkat bahu. Dia belum lagi mempersoalkan tentang itu di hadapan Tan Sri Hisyam.
Lagipun sejak dia menyimbah Amir dengan segelas air kosong dua hari lepas, dia
jadi takut dengan papanya. Takut tiba-tiba dia di lempang atau di halau keluar
dari rumah. Tapi nampaknya, sampai saat ini Tan Sri Hisyam masih berlagak
biasa. Apa muslihat Amir? Kenapa masih berdiam diri sedangkan dia jelas telah
membuat kesalahan? Ah! sukar sungguh untuk menebak apa yang ada dalam hati Amir.
***
Nea
turun dari kereta dengan hati yang penuh tanda tanya. Siapa yang datang? Mungkin
kawan papa agaknya. Setelah membuka pintu rumah, dia dapat menangkap gelak tawa
dari ruang tamu. Dia cuba mengecam empunya suara tapi tidak berjaya. Biarlah!
Bukan urusannya mahu ambil tahu. Namun baru dia mahu memijak anak tangga
pertama, terdengar namanya di panggil. Dia segera berpaling.
“Hai
sayang,” tegur Amir berserta senyuman paling manis.
Nea
mengetap bibir. Apa lagi yang lelaki ini mahu? Bukankah sudah jelas yang dia
tidak suka. Kenapa masih terhegeh-hegeh mahukannya?
“Nea
dari mana?” Tanya Tan Sri Hisyam yang baru muncul di belakang Amir.
“Jumpa
kawan,” jawab Nea pendek.
“Dah
makan?”
Nea
sekadar mengangguk. Tersentuh hatinya tatkala Tan Sri Hisyam bertanyakan soalan
itu. Pasti kerana ada Amir di sini. Kalau tidak, mustahil dia akan mendengar
pertanyaan itu malam ini.
“Kalau
macam tu, Nea kena sedia untuk makan buat kali kedua,” kata Tan Sri Hisyam.
“Maksud
papa?”
“Amir
ajak Nea dinner. So, Nea pergi
bersiap dan keluar dengan Amir.”
“What?” Terus wajah Amir di carinya.
Ketika itu Amir sekali lagi meleretkan senyuman ke arahnya. Nea mendengus. “Tak
nak.”
Terus
berubah wajah Tan Sri Hisyam. “Nea!”
“I’m sorry tapi Nea tak nak keluar. Nea
penat. Lagipun esok Nea kena pergi pejabat awal. Ada meeting.”
“No excuses. Nea kena keluar dengan Amir.
Keluar dengan kawan-kawan tak tahu penat. Tapi keluar dengan bakal suami
sendiri tahu pula penat.”
Nea
menggenggam erat jarinya. Nampaknya papa masih mahu dia berkahwin dengan playboy ini. “Papa betul ke nak Nea
kahwin dengan Amir?”
“Yes!”
“Papa
tak tahu agaknya yang perangai amir ni teruk. Dia playboy pa. Girlfriend
keliling pinggang. Papa nak ke Nea hidup dengan orang macam ni?”
Tan
Sri Hisyam sudah menapak ke hadapan. Wajah Nea di renung tajam. “You should behave yourself. Papa tak
pernah ajar Nea jadi kurang ajar. Jangan pertikaikan keputusan papa. Amir
lelaki terbaik untuk Nea. Papa tahu Amir macam mana. Dia janji dengan papa dia
akan berubah. And I believe him. Jadi
Nea pun kena percaya dengan Amir.”
“I can’t. Kalau Amir nak keluar, papa
boleh temankan dia. Tapi Nea tak nak. Nea minta maaf. Nea naik dulu,” ujar Nea
sebelum laju kakinya mendaki anak tangga. Walaupun tidak menyatakan penolakan
terhadap perkahwinan ini, harapnya Tan Sri Hisyam faham dengan tingkahnya. Dia
memang tidak mahu dengan Amir. Tidak!
“Nea!
I’m not finished with you!” Bentak Tan
Sri Hisyam. Dia mahu mengejar langkah Nea tapi lekas di tahan oleh Amir.
“Uncle…” Amir menggeleng-gelengkan
kepalanya. “It’s alright. Saya boleh
makan seorang.”
“Maafkan anak uncle.”
Amir tersenyum. “Don't worry uncle. Saya selalu maafkan Nea. Dia tak buat salah apa pun."
Tan
Sri Hisyam mengeluh keras. Satu kerugian jika perkahwinan ini tidak berjalan
sepeti yang di inginkan. Manfaatnya banyak jika bermenantukan Amir Isyraf dan
berbesankan Tan Sri Ahmad. Bukan saja syarikatnya akan mendapat tempias tapi
kehidupan dia dan Nea akan turut berubah. Apa yang di lakukannya ini adalah
untuk kebaikan. Bukan keburukan.