Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,182
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Akhirnya! Jari manis Nea telah di hiasi dengan sebentuk cincin. Ramai keluarga terdekat melahirkan ucapan tahniah. Ada yang memuji tunangnya a.k.a Izz Anaqi kacak. Izz sengih sampai ke telinga. Dia pula hanya mampu tersenyum. Dia seboleh mungkin cuba untuk menutupi rasa terpaksa dan tidak suka di sebalik raut wajah yang penuh dengan senyuman. Setelah selesai sesi bergambar dengan ahli keluarga, mereka di tinggalkan berdua. Para jemputan pula sedang menjamu selera di kanopi yang telah di sediakan di halaman rumah.

“Kita dah tunanglah langsuir,” kata Izz.

Nea mengerling Izz di sebelahnya. “Kau yang nak kan?”

“Tak apa. Kau tak payah risau. Aku janji dengan kau yang kita tak akan kahwin.”

“Harap-harap boleh percayalah.”

Izz mengetap bibir. “Tolong Sikit! Akulah orang yang paling boleh di percaya tau. Aku tahulah apa aku nak buat. Kalau nak harapkan kau, memang tak jadilah.”

“Yalah, yalah.” Nea mengalah. Malas mahu bertikam lidah di hari ‘bahagia’ mereka ini.

“Excuse me.”

Nea menoleh. Shasha? Siapa yang jemput? Tan Sri Khalid agaknya. Yalah, walaupun tak dapat jadi menantu, dia tahu Shasha ada hubungan kekeluargaan dengan Izz. Jadi tiada salahnya gadis ini berada di sini.

“Nea, boleh tak I pinjam your fiance kejap?” Tanya Shasha.

“Err… boleh. Pinjamlah.”

Thanks. Nanti I pulangkan balik. Itupun kalau I nak lah. Jom Izz.” Pantas tangan Izz di tarik. Namun sempat juga Izz menjengilkan mata ke arah Nea.

“Kenapa kau bagi aku kat dia?” Itu kata Izz dalam nada yang hanya boleh di dengari oleh Nea. Namun Nea hanya menjungkit bahu. Dalam hati, Shasha tidak pulangkan Izz kepadanya pun tak apa. Dia lagi suka.

“Nea!”

Nea tersentak. “Eh korang! Apasal lambat sangat? Lama aku tunggu.”

“Kita orang kat luar, makan. Lagipun malaslah nak kacau kau dengan Izz. Yalah, orang baru lepas tunang ni mestilah nak luahkan perasaan masing-masing. Nervous ke, happy ke. Betul tak?” Ujar Nadra.

“Tak ada maknanya nak ada sesi meluahkan perasaan,” cebik Nea.

“Tapi tadi kita orang sempatlah nampak Shasha bawa Izz pergi. Tak sangka pula yang kau boleh senang-senang je bagi tunang kau pergi dengan perempuan tu,” kata Zana.

“Biarlah.”

Nadra membulatkan mata. Terus di palingkan tubuh Nea supaya menghadapnya. “Biarlah? Wow! Kau ni tunang yang tak ada perasaan ke apa? Shasha tu ex Izz kan? Tak kan kau tak jealous langsung?”

Nea tersenyum. “Buat apalah aku nak jealous? Izz boleh jumpa dan keluar dengan mana-mana perempuan pun yang dia nak. Aku tak kisah.”

“Aku dah agak dah. Kau mesti ada rahsia yang tak share dnegan kita orang kan?” Tebak Zana.

“Kenapa kau rasa macam tu?”

“Yalah. Kita orang berdua ni saksi macam mana kau dengan Izz memang tak boleh jumpa. Mesti gaduh. Tapi tahu-tahu hari ni, kau dah tunang dengan dia. Kau jemput kita orang pun pagi tadi tau. Aku dengan Nadra macam nak tercekik air liur sendiri memikirkan benda ni. Cuba cerita, apa sebenarnya yang dah jadi?”

“Tak ada apalah. Aku cintakan Izz. Sebab tu aku tunang dengan dia.”

Zana mengecilkan matanya. “Aku bukan kenal kau semalam tau Nea. Jadi lebih baik kau bagitahu cepat. Tadi tak sempat nak tanya. Ramai sangat orang. Tapi sekarang, kita bertiga je. Jadi kau boleh bagitahu semuanya. Tak pernah tau kau berahsia dengan kita orang. Tapi entah hantu apa yang dah rasuk kau kali ni sampai kau boleh tak cerita apa-apa pasal hubungan kau dengan Izz. Bila berbaik? Bila pula bercintanya?”

Nea akhirnya melepaskan keluhan panjang. Di pandang kiri dan kanan. Nanti kalau papa dengar, mengamuk sakan orang tua tu. “Okey. Tapi janji jangan bagitahu sesiapa.”

Pantas Zana dan Nadra mengangkat tangan separas bahu tanda berjanji untuk mengunci mulut.

“Salah aku,” luah Nea.

“Maksudnya?” Wajah Zana nampak kabur dengan luahan Nea itu.

“Masa tu Amir datang office aku. Dia minta maaf pasal apa yang girlfriend dia dah buat kat aku. Tapi aku tak layan. Dia pula tak putus asa. Aku rimaslah. Kebetulan Izz ada kat situ. Aku… entahlah. Mungkin masa tu aku tergila kejap sampai aku mengaku dekat Amir yang Izz tu boyfriend aku.”

Nadra membawa jari telunjuknya ke bibir. “Maknanya kau dengan Izz tengah berlakonlah sekarang?”

Nea mengangguk. “Aku rasa lebih baik aku dengan Izz daripada dengan Amir.”

“Habis tu Izz cakap apa? Aku tak percaya dia boleh terima semua ni bulat-bulat.”

“Tak tahulah ini kebetulan atau apa, tapi situasi dia sama macam aku. Papa dia nak dia kahwin dengan Shasha. Tapi dia tak nak. Sebab tu Izz terima semua ni,” beritahu Nea.

“Tapi bukan Shasha tu girlfriend dia ke?”

“Tak. Izz bagitahu aku dia tak suka Shasha. Shasha je yang mengendeng dekat dia.”

Nadra ketawa. “Dah agak dah. Tak ada lelaki yang akan suka dengan Shasha. Memanglah dia seksi, cantik, kaya tapi kalau perangai teruk tak guna juga.”

“Kalau mengata orang, nombor satu,” sindir Zana.

“Dah kenyataannya macam tu. Nak buat macam mana? Tapi boleh pula papa kau terima Izz kan. Yalah, Amir kan calon menantu pilihan dia.”

“Uncle Khalid kan kawan baik papa. Jadi sebab tu papa aku boleh terima Izz.”

“Tapi lepas ni macam mana? Nak teruskan sampai kahwin?”

“Entahlah zana. Sebelum tunang, aku dengan Izz cuba juga pujuk mak ayah masing-masing tapi tak jalan. Lebih-lebih lagi papa aku. Tahulah kan dia macam mana. Lagipun masa singkat sangat. So, Izz kata dia akan cuba buat sesuatu supaya perkahwinan kami tak jadi. Aku ikut dia je. Yalah kami menipu bukannya sampai tahap nak kahwin. Just menipu supaya terlepas dari kahwin paksa tu je. Tapi tak tahu pula yang masalah dah jadi tambah rumit.”

“Tapi kenapa instinct aku kuat mengatakan bahawa kau dengan Izz akan kahwin dan bahagia sampai tua? Selalunya antara kita bertiga, instinct aku yang paling tepat tau. Kemungkinan untuk salah hanya 0.1 peratus,” kata Nadra.

Nea mengetap bibir. “Tapi ketepatan instinct kau tu bukan untuk masalah aku ni.”

Nadra mencebik. “Tak apa. Kita tengok je nanti. Eh, Amir tak datang ke? Bilalah hajat aku nak jumpa face to face dengan dia nak kesampaian? Boleh kempunan aku macam ni.”

Amir! Nea diam. Sudah lama lelaki itu tidak menghubunginya. Mungkin sudah mengerti yang dia memang tidak akan pernah membuka ruang dan peluang buat dirinya. Baguslah. Sekurang-kurangya satu masalah sudah selesai.

***

You tak ada apa nak cakap dengan I ke?” Tanya Shasha.

Izz mengerutkan dahi. “You yang tarik I sampai sini. So, I rasa I yang patut tanya soalan tu dekat you.”

Shasha mendengus. Di pandangnya sekeliling. Mereka kini berada sedikit tersorok dari tetamu yang hadir tapi tetap boleh di lihat keberadaan mereka. “You tak tanya. Jadi sebab tu I tanya.”

“Okey. You ada apa-apa nak cakap dengan I?”

“Ada.”

“Apa?”

“You happy sebab pilih Nea dan bukan I?”

Izz tersenyum. Buat masa ini mestilah dia happy. Dia sudah terlepas dari Shasha. Kalau boleh, dia mahu buat majlis kesyukuran. Tapi hanya untuk sementaralah. “Happy.”

“I tak suka jawapan you.”

“Salah you. Kenapa tanya I soalan macam tu?”

Shasha mencerlungkan matanya. Izz nampak segak dengan baju melayu rona ungu. Tapi pasti akan lebih segak jika dia yang berada di sebelah lelaki itu. “Tak berbaloi I datang sini untuk you.”

“Tapi I tak jemput you,” balas Izz.

You ni!” Shasha menampar kuat bahu Izz. “Uncle Khalid yang jemput. Kalau ikutkan hati, malas nak datang sini. Tapi sebab I ingat kat you, I datang juga. Tak sangka pula I dapat balasan macam ni. Dah lah I nak balik.”

“Eh, tak nak makan dulu ke?” Izz separuh menjerit kerana Shasha sudah sedikit meninggalkannya.

“Dah kenyang!” Jawab Shasha.

Izz ketawa perlahan. Geli hati memikirkan tingkah Shahsa. Tapi apa pun Shasha tetap akan menjadi sebahagian dari memori yang tidak akan pernah dia lupakan.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman