Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,180
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

“Comelnya anak korang ni,” puji Afif sambil mencuit pipi bayi perempuan yang baru berusia sehari itu. Dia memang suka pada budak-budak. Kerana itu dia telah mengusahakan sebuah tadika. Satu usaha yang pada mulanya mendapat tentangan keluarga. Tapi dia bukan jenis orang yang tunduk pada desakan. Akhirnya, keputusannya di restui. Dia menang dan keluarganya terpaksa akur.

“Kalau dah comel, kahwinlah cepat,” kata Joe. Isterinya, Mira turut tersenyum mendengarnya.

“Tengah cari calon. Rasanya aku nak cari yang pan asia. Nanti kalau dapat anak, mesti lagi comel dari baby Rasya ni,” balas Afif. Rasya nama yang di sebut-sebut oleh Joe untuk di beri pada puteri sulungnya ini.

Faiz ketawa. “Muka banyak jerawat, ada hati nak pan asia. Beranganlah.”

Pantas Afif melepaskan tumbukan ke bahu Faiz yang berdiri di sebelahnya. “Jerawat ni sekejap je. Aku sibuk sangat sampai tak ada masa nak jaga muka. Tapi kau tunggu. Bila muka aku dah licin macam dulu, kaulah orang pertama yang akan puji kekacakan aku.”

“Okey, okey. Aku lupa yang kau dulu memang kacak,” seloroh Faiz.

“Eh, Izz mana?” Tanya Joe. Mustahil Izz tidka mahu dating menjenguk. Dulu sebelum anaknya lahir, beria-ia sangat mahu jadi yang pertama datang melawat. Tapi sekarang, yang pertama itulah yang paling lambat!

Faiz dan Afif berpandangan. Joe pasti tidak akan bertanya sekiranya tahu yang Izz sangat marah ketika ini.

Joe mengerutkan dahi. “Korang kenapa?”

“Err…” Faiz tidak jadi meneruskan kata apabila pintu di tolak dari luar.

“Izz. Sampai pun. Ingat tak datang. Kata nak jadi orang pertama yang datang. Tapi kenyataannya, kau yang terakhir. Kecil hati aku,” ujar Joe.

Izz tersenyum tipis. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri katil bayi dan mencium lembut pipi baby Rasya. Setelah itu, Joe di hampiri. “Aku nak jumpa kau,” katanya sambil menepuk bahu Joe.

Joe termangu-mangu apabila melihat Izz terus berpaling dan keluar dari bilik. “Kenapa tu?”

“Pergilah,” kata Afif.

“Abang keluar dulu.”

Mira mengangguk. Sempat Joe mencium dahinya. Dalam pada itu, dia terus mencari wajah Afif dan Faiz. “Gaduh ke?”

“Eh tak adalah. You rehatlah. Kita orang keluar dulu.” Faiz menafikan. Setelah itu dia dan Afif turut keluar dari bilik yang menempatkan Mira. Terkocoh-kocoh mereka melangkah mendapatkan Izz dan juga Joe di luar bilik. Takut bertumbuk pula nanti.

“Kau ambil balik,” kata Izz lalu melemparkan gambar-gambar yang di pegangnya ke wajah Joe.

Joe tersentak. Gambar-gambar yang berselerakan berhampiran kakinya di ambil. Di belek gambar itu satu persatu. “Tak payahlah bagi balik. Aku yang hantar. Jadi gambar ni ada banyak kat aku.”

“Aku hampir gila sebab gambar tu,” bentak Izz.

“Gila sebab terlalu happy yang plan aku ni berjaya? Don’t mention it. Aku tahu. Tapi aku tak perlukan balasan. Kita kan kawan. Cukuplah ucapan terima kasih.”

Izz tersenyum sinis. “Kau tahu tak, aku rasa macam nak bunuh kau sekarang ni.”

“Bunuh aku? Tak kenang budi punya kawan. Macam ni ke kau layan orang yang dah tolong kau?”

“Kau bukan tolong aku. Tapi kau dah menyusahkan aku. Faham tak?’

What do you mean?’

Plan kau tak jalan. Izz tetap akan kahwin dengan Nea. But the worst part is perkahwinan tu tak di batalkan. Tapi di cepatkan,” sampuk Faiz yang sudah berada di situ.

Joe terdiam. Mahu menjawab, dia tidak tahu apa perkataan yang sesuai. Tahniah? Mahu kena pelangkung dengan Izz. Takziah? Memang cari nahaslash!

“Sabarlah Izz. Kita fikir cara lain,” ujar Afif yang cuba menenangkan suasana.

“Dah tak ada cara lain. Anyway, minggu depan, datanglah rumah. Rasa tak sabar nak kahwin,” kata Izz dengan nada yang cukup sinis.

“Aku minta maaf bro. Aku… aku tak tahu benda ni akan jadi lebih teruk. Aku cuma nak tolong. That’s all.” Joe rasa sangat bersalah ketika ini. Niatnya hanyalah mahu membantu. Tapi tidak sangka pula bantuannya boleh bertukar menjadi bencana.

Izz meraup wajahnya. Memang dia marah pada Joe. Tapi tidaklah sampai mahu memutuskan hubungan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama. Lagipun dia akui yang Joe sekadar mahu membantu.

Faiz, Afif dan Joe berpandangan sesama sendiri. Masalah Izz sama seperti masalah mereka juga. Mereka turut merasa apa yang Izz rasakan ketika ini.

Tiba-tiba iphone kepunyaan Izz berbunyi. Apabila melihat nama si pemanggil, Izz mengeluh berat.

“Siapa call?” Tanya Faiz.

“Bala,” balas Izz lalu terus melangkah.

Afif pelik. “Bala? Apa maksud dia?”

Faiz dan Joe hanya menjungkit bahu. Mereka juga tidak tahu tentang bala yang di maksudkan oleh Izz itu.

***

Belum sempat Izz melangkah masuk ke dalam kafe, Nea terlebih dulu menarik lengannya. Izz tersentak. “Kau buat apa ni?”

Nea tidak menyahut. Sebaliknya, lengan Izz terus di tarik menjauh dari kafe. Jauh dari semua orang. Dia tidak mahu orang lain melihat amukannya sebentar lagi.

“Kau nak bawa aku pergi mana?”

Setelah sampai di tepi keretanya, Nea terus menolak tubuh Izz. Bahu Izz di pukul dengan tangan. Tidak cukup dengan itu, tumbukannya pula yang mengambil alih. Tidak lama, beg tangannya juga di gunakan sebgai pemukul. Bertubi-tubi pukulan yang di lakukannya. Dia sudah hilang akal waras!

“Nea! Stop it!” Izz berusaha menghalang Nea. Tangan Nea cuba di pegang, namun gagal. “Stop it I said! Dah gila ke?” Sekali lagi tangan Nea cuba di pegang dari terus memukulnya. Kali ini, pegangan tangannya lebih kemas dan akhirnya ‘amukan’ Nea berjaya juga di kawal.

“Ya, aku memang dah gila. Dan semuanya sebab kau. Aku tahu kau memang sengaja buat aku macam ni kan?” Tempelak Nea. Tangannya yang masih dalam genggaman Izz di rentap kuat.

“Buat apa?”

Nea tergelak sinis. “Buat apa? Betul ke kau tak tahu?”

“Macam mana aku nak tahu kalau kau tak cakap,” balas Izz walaupun dia sudah dapat mengagak punca Nea naik hantu sekarang ini.

“Kita sepatutnya kahwin bulan depan. Bukan minggu depan. Aku tak tahu apa sebenarnya yang jadi tapi mana pergi janji kau? Kau kata kita tak kan jadi kahwin kan?”

“Aku dah buat.”

“Kalau kau dah buat, kita tak kan jadi kahwin. Makin cepat dari jangkaan pula tu. Jangan-jangan kau yang minta cepatkan tarikh kahwin sebab kau memang nak kahwin dengan aku. Betul tak?”

Izz mengetap bibr. “Okey. Aku mengaku yang plan aku gagal. Benda jadi makin teruk dan semuanya di luar kawalan aku. Tapi aku nak ingatkan kau supaya jangan sesekali lupa yang semua benda ni terjadi sebab kau. Kau yang mulakan semua ni. Kalau kau tak gatal mulut mengaku dekat Amir, kita tak kan hadapi situasi ni.”

Nea mencerlungkan matanya. Dia rasa mahu menangis dengan nasib dirinya. “I hate you!”

Well, that’s good. Aku pun benci kau. In fact, I loathe you so much!”

“Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. Dah, tepi.” Nea menolak tubuh Izz supaya dia boleh masuk ke dalam kereta. Setelah itu, laju Nea memecut keretanya.

Izz mengepal tangannya. "Arghh!!” Dia menjerit di situ. Sungguh dia sakit hati, marah dan geram dengan apa yang berlaku.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman