Humaira
menggerutu di dalam hati. Perempuan berambut panjang dan memakai gaun paras
lutut ini memang tidak faham bahasa melayu. Agaknya dia kena bercakap dalam
bahasa siam baru perempuan ini boleh faham dengan kata-katanya. Sudah di kata
bos ada meeting dan tidak mahu di
ganggu, tapi masih saja memekik kata dia menipu. “Janganlah buat kecoh kat sini
cik. Cik Nea memang tak nak di ganggu. Dia ada meetingdengan staf.”
“Aku
peduli apa. Sekarang ni kau panggil dia keluar sebelum aku yang rempuh masuk
bilik dia,” ujar perempuan itu.
“Kalau
cik tak nak pergi, saya tak kan teragak-agak panggil guard untuk bawa cik keluar,” ugut Humaira.
Perempuan
itu tergelak sinis. “Kau tak kan berjaya halau aku. Faham?”
“Eh,
cik! Cik!” Kalut Humaira jadinya bila perempuan itu terus meluru masuk ke dalam
bilik majikannya. Laju betul perempuan ni!
“Err..
cik Nea. Maaf. Saya dah kata yang cik Nea tak nak di ganggu…”
Nea
mengerutkan dahi. Siapa pula perempuan yang kurang beradab ini? “It’s okay Maira,” ucapnya pada Humaira.
Humaira
mengangguk sebelum menutup pintu bilik Nea. Semoga perempuan gila itu tidak
akan bertindak gila kerana dari caranya, macam mahu mencari gaduh. Tingkahnya
sangat tidak sopan.
“Awak
berdua boleh keluar. Nanti kita sambung,” kata Nea pada dua orang stafnya.
Setelah mereka keluar, Nea segera berdiri. “Silakan duduk cik.”
“Aku
datang sini bukan nak duduk.”
Nea
tersenyum. Walaupun berasa marah, dia tetap sabarkan hati. “Mungkin kita boleh
bincang kat tempat lain. Yalah sebab saya tak rasa cik datang sini atas urusan
kerja atau business.”
“Tak
ada benda yang nak di bincangkan sebab aku bukan orang yang suka pada
perbincnagan,” jawab perempuan itu kasar.
“Saya
minta maaf tapi saya rasa saya tak ada urusan dengan cik. Mungkin cik kenal
saya tapi saya tak kenal cik,” kata Nea.
Perempuan
itu melangkah dua tapak ke hadapan. “Aku Julia. Girlfriend Amir.”
Nea
tersentak. Julia girlfriend Amir.
Tapi kenapa mencarinya? Carilah Amir! “Okey. Tapi kenapa cari saya?”
“Sebab
kau, Amir tinggalkan aku. Kau ni memang tak tahu malu kan? Dah tak laku sangat
ke sampai boyfriend orang pun kau nak
kebas?” Tengking Julia.
“Saya
rasa cik Julia dah salah faham. Saya tak pernah rampas boyfriend sesiapa.”
Julia
mencebik. “Yalah tu. Orang kalau dah buat salah memang tak kan mengaku.”
“Apa
bukti yang saya rampas Amir dari cik Julia?” Tanya Nea. Menuduh tanpa bukti
memang tidak boleh di terima langsung.
“Bukti?
Hey, hari ni dah berlambak gambar kau kat internet tu. Nak bukti apa lagi?”
Nea
nampak terkejut. Gambar? Dia belum berkesempatan mahu menyemak ruangan gosip hari ini. Lagipun Humaira dan staf-staf di Daya Group juga senyap. Agaknya
mereka takut dan hanya bercakap di belakangnya sahaja. “Saya tak tahu apa-apa
pasal gambar yang cik Julia maksudkan.”
“Stop being so innocent. Aku benci.
Dengar ya betina, Amir tu milik aku. Dia hak aku. Jadi sebelum aku apa-apakan
kau, lebih baik kau jauhkan diri dari dia.” Keras amaran yang Julia berikan.
“Saya
tak ada hati pada Amir. Dan kalau betul dia milik cik Julia, suruh dia berhenti
kacau saya,” balas Nea.
Julia
mencerlungkan matanya. Kata-kata Nea itu seperti menggambarkan dirinya tidak
cukup bagus untuk Amir sehinggakan lelaki itu mencari yang lain. Tak guna! “Amir
tak kacau kau. Tapi kau yang kacau dia. Kau goda dia sampai dia tunduk pada kau.”
“Jangan
kata dekat saya yang cik Julia tak tahu perangai Amir. Cik Julia yakin ke dia
hanya keluar dengan saya? Dia boleh keluar dengan sepuluh perempuan. Mustahil
cik Julia tak tahu? Atau sebenarnya cik Julia buat tak tahu sebab cuma nak duit
dia?”
“Kurang
ajar!” Pantas Julia melayangkan tangannya pada pipi Nea. “Aku cintakan dia. Aku
sanggup serahkan segalanya untuk dia.”
Nea
memegang pipinya yang terasa kebas. Oh! Aku benci kau Amir! “Kalau cik Julia
cintakan dia, jaga dia baik-baik. Saya tak ingin dan tak nak dengan lelaki
macam tu. Sebelum saya panggil guard,
lebih baik kau keluar. Get out!”
Julia
mendengus sebelum dia segera keluar dari bilik Nea. Nea yang di tinggalkan
terus duduk di atas kerusi. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Bukan kerana sakit
di tampar tapi kerana sakit hati dengan Amir. Ternyata lelaki itu penuh dengan
kata dusta. Ketika mereka keluar makan bersama tempoh hari, Amir langsung tidak
memberinya peluang untuk bercakap soal perkahwinan mereka. Setiap kali dia mahu
membuka mulut, ada saja alasan Amir. Sudahnya, tiada perbincangan di antara
mereka.
“Amir
tak guna!” Bentak Nea sambil menghempas mejanya. Tidak seharusnya dia menjadi
mangsa di sini kerana bukan dia yang bersalah. Bukan dia!
***
Nea
duduk bersendirian di sebuah kafe petang itu. Sedih mengenangkan nasib diri
yang tidak habis-habis di rundung malang. Mahu mengadu pada Nadra, sahabatnya
itu nun jauh di Taiping. Ibunya tidak sihat. Zana pula outstation. Jadi tinggallah dia memendam rasa di sini. Mahu
berkongsi rasa dengan papa, rasanya tidak. Selama ini, tidak pernah ada sesi
meluah perasaan di antara dia dan Tan Sri Hisyam. Teman lelaki? Kalaulah dia
punya. Bukan tidak pernah di dekati tapi dia tiada hati mahu bercinta. Sikap
papa membuat dia malas mahu berfikir soal lelaki. Lalu dia menyembamkan
wajahnya ke atas meja.
Seketika,
kedengaran bunyi kerusi seperti di tarik. Pantas dia mengangkat kepala. Berkerut
dahinya memandang empunya wajah yang sudah duduk di hadapannya itu. “Kau buat
apa kat sini?”
“Beli
ikan,” jawab Izz selamba.
Nea
mengetap bibir. Bercakap dengan Izz memang menyakitkan hati.
“Teruknya
muka kau? Betul-betul sebiji macam langsuir. Putus cinta ke?” Tanya Izz pula.
“Tak
payah sibuklah!”
Izz
ketawa perlahan. “Aku dah agak dah. Tu lah. Bercinta lagi dengan si Amir tu. Kan
dah kena tinggal.”
“Siapa
cakap aku bercinta dengan dia?”
“Internet
yang cakap. Bersepah gambar kau dengan Amir. Lagipun aku pernah nampaklah kau
keluar dengan dia. Untunglah dah glamour
sekarang. Rasanya nama kau trending
kat twitter ni.”
Nea
mengeluh perlahan. Di pandangnya Izz lama. “Papa nak aku kahwin dengan dia.”
Izz
tersentak. Pengakuan Nea sesuatu yang agak mengejutkan walaupun hakikatnya
kenyataan itu tidak mustahil. Siapa yang tidak mahu bermenantukan anak jutawan
seperti Amir Isyraf itu? Kalau dia ini anak dara, entah-entah dia juga akan di
jodohkan dengan Amir. “Amir tu lelaki terhangat di pasaran. Confirmlah uncle Hisyam nak buat menantu.”
“Masalahnya
aku tak suka dia. Kau pun tahu dia playboy
kan? Silap-silap baru kahwin, dia dah cari girlfriend
lain,” adu Nea. Walaupun dia dan Izz sentiasa bertelagah sejak zaman universiti
lagi, tapi hakikatnya mereka boleh duduk bersama seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Walaupun mereka akan sindir menyindir dan bergaduh sepanjang tempoh itu, tapi
itulah mereka. Tidak sebulu bukan bermakna seorang harus ke timur dan seorang
lagi harus ke barat.
“Pipi
kau kenapa?” Tunjuk Izz pada pipi sebelah kiri Nea.
“Girlfriend Amir serang aku kat office,” beritahu Nea tanpa berselindung.
Dia tidak malu mahu mengakuinya di hadapan Izz. Setakat di ketawakan lelaki
itu, dia sudah kebal.
“Seriously? Hebat perempuan tu. Tak kan
dia tak takut dengan langsuir kot?”
Nea
mencerlungkan matanya. “Rasa macam nak bunuh tenuk pula lepas ni,” balas Nea
sebal. Namun hatinya sedikit lega. Biarpun temapt meluah itu Izz, dia tidak
kisah. Dia memang tidak boleh memendam masalah. Kecualilah masalahnya dengan
Tan Sri Hisyam. Dia tidak mahu sampai orang luar tahu apa yang sedang berlaku
di dalam keluarganya.
Izz
ketawa geli hati. Kadang-kadang duduk dengan musush sendiri, ada juga
seronoknya. Walaupun tidak mesra, tapi mereka boleh jujur tanpa berfikir mahu
menjaga hati masing-masing.