Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,206
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

“Jawablah Izz. Kenapa diam?” Jerit Shasha. Sejak tadi, Izz hanya diam. Agaknya menyesal dengan apa yang telah terjadi. Tapi kenapa pula perlu menyesal? Setahunya Izz memang tidak suka pada Nea. Tapi perasaan tidak suka itu boleh berubah. Siapa tahu sekarang Izz sudah suka. Sebab itu mereka bolah duduk semeja tadi.

Izz menggosok-gosok telinganya. Perit bila suara Shasha memekik bak petir di langit. “Tak payah jeritlah. I tak pekak lagi.”

“Dah you tak jawab soalan I, mestilah I jerit. Biar you betul-betul dengar. Susah sangat ke nak jawab kenapa you boleh duduk semeja dengan Nea?”

“Masalahnya I bukan berdua je dengan dia. Memanglah masa you datang, you nampak I dengan dia je. Tapi itu sebab yang dua orang lagi dah balik,” terang Izz.

Shasha menyilangkan tangannya. “Boleh percaya ke?”

“Ya. Tak kanlah I nak keluar berdua dengan Nea? Tak logik!”

“Okey. Kali ni I percaya you. Tapi kalau lepas ni I dapat tangkap you duduk berdua dengan dia lagi, siap you.”

Izz mengeluh perlahan. Shasha memang ratu ugut. Dan boleh jadi juga Shasha ratu segala yang menjengkelkan. Di sebabkan itu, dia sering di nasihat dan di kutuk sama banyak oleh sahabat-sahabatnya. Faiz, Joe dan Afif. Faiz kata dia gila kerana memilih Shasha. Joe pula kata dia hebat kerana tahan dengan perangai Shasha. Manakala Afif kata dia lelaki paling malang kerana di pilih shasha. Dan apa yang dia mampu buat hanya menadah telinga.

“Kenapa you buat macam tu tadi?” Soalnya setelah melihat Shasha reda sedikit

Shasha menjengilkan mata. Naik kembali marah di hatinya yang baru mahu surut. “Kenapa? You kesian tengok dia?”

“Shasha please. Boleh tak jangan marah-marah? I rimaslah. Ke you nak sangat jadi tua?”

“Siapa suruh you tanya yang bukan-bukan?”

Actually, I suka dengan apa yang you buat. I pun dah lama teringin nak jirus dia dengan jus oren. Tapi I tak suka bila you kata yang I ni boyfriend you. Kita berdua cuma kawan. Tak lebih, tak kurang. I dah banyak kali bagitahu,” kata Izz.

Seretak dengan itu, perut Izz di hempas dengan beg tangan jenama Burberry miliknya. “Dan I pun dah bagitahu banyak kali. Sama ada you suka atau tak, belajar untuk terima yang you tu boyfriend I dan I ni girlfriend you.”

Izz memegang perutnya. Shasha sudah jauh berjalan di hadapan. Satu kebenaran yang Shasha dan dia tahu, mereka bukanlah pasangan kekasih. Tapi kebenaran itu tidak langsung di percayai oleh sahabat-sahabatnya dan orang-orang sekeliling. Macam mana nak percaya. Shasha itu seperti bayang-bayangnya. Di mana ada dia, di situ pasti ada Shasha. Tapi bayang-bayang pun boleh hilang bila malam menjelma. Mujur dia masih ingat akan hubungan kekeluargaan dengan Shasha. Kalau tidak, memang sudah di tendang gadis ini jauh-jauh dari sisinya.

***

“Hebat sangat ke buat perangai macam tu dekat tempat awam?” Jerkah Tan Sri Hisyam.

Nea mengetap bibir. Dia susah mahu menyembunyikan apa pun dari pengetahuan Tan Sri Hisyam. Mata-mata papanya ada di mana-mana. “Nea… minta maaf.”

“Maaf?” Tan Sri Hisyam mencebik. “Papa dah penat dengar perkataan tu.”

“Tapi Nea tak salah. Shasha tu yang salah faham.” Nea mempertahankan dirinya.

Tan Sri Hisyam mendengus. “Salah Shasha ke kalau Nea menjerit macam orang gila kat situ?”

Nea terdiam. Ya, papa benar. Shasha hanya salah kerana telah menjirusnya dengan jus oren. Tapi yang menjerit itu memang salahnya. Kuasa untuk mengawal diri dari di kuasai amarah terletak di tangannya. Tapi dia gagal melakukan itu.

“Papa malu!”

“Papa…”

“Mungkin papa salah sebab bagi Nea kerusi CEO tu,” kata Tan Sri Hisyam.

“Pernah ke Nea minta semua tu? All this while, Nea cuma minta satu je. Layan Nea macam seorang anak. Tapi pernah ke papa buat macam tu? No! Sekali pun tak pernah,” balas Nea. Air matanya sudah merembes keluar. Ya Allah, aku kalah kali ini.

Pantas Tan Sri Hisyam mengangkat tinggi tangannya sebelum melayangkannya ke pipi Nea. Nea terpana. Rasa berpinar matanya. Lalu pipi yang terasa kebas di pegang. Wajah Tan Sri Hisyam di pandang sayu. “Papa.”

“Jangan nak kurang ajar dengan papa. Selama ni, papa yang jaga Nea. Kalau bukan sebab papa, Nea tak senang macam sekarang. What else do you want?”

“Nea nak kita macam keluarga yang lain. Papa tahu tak, Nea rasa antara kita ni hambar sangat. Macam ada jurang yang pisahkan hubungan papa dengan Nea. Kadang-kadang Nea rasa macam…”

“Macam apa?”

Nea mengesat air matanya dengan belakang tangan. “Macam… macam Nea ni anak angkat.”

Tan Sri Hisyam memegang kedua belah bahu Nea. Wajahnya sudah membahang. “Sekali lagi Nea cakap macam tu, Nea boleh kemas kain baju Nea and get out from my house!”

“Sampai hati papa…”

Stop crying! Papa tak ada anak yang lemah macam ni,” kata Tan Sri Hisyam lalu menolka tubuh Nea ke atas sofa. Setelah itu, laju Tan Sri Hisyam mendaki anak tangga untuk menuju ke biliknya.

Nea yang terduduk di sofa hanya mampu menangis dan meraung. Kak Rahimah yang sedari tadi hanya memerhati terus menerpa ke arah Nea. Di peluk anak majikannya itu dengan erat.

“Papa tak sayang Nea,” rintih Nea.

“Shh… janganlah macam ni Nea. Papa tu sayang Nea. Dia buat semua ni bersebab. Nea jangalah sedih. Kak Imah ada,” pujuk Rahimah. Luluh hatinya saat melihat Tan Sri Hisyam menampar pipi Nea tadi.

Perlahan-lahan Nea menyentuh pipinya. Seumur hidup, ini kali pertama pipinya menjadi mangsa tangan kasar papa. Salahkah dia kerana menyuarakan isi hati yang sudah lama di pendam? Ah, papa kejam! Dia di tampar gara-gara hanya mahu di layan seperti anak-anak yang lain. Kenapa papa? Apa salah Nea? Mungkin memang benar dia anak yatim piatu. Papa mengambilnya dari rumah anak yatim ketika masih bayi. Siapa tahu?

Tiba-tiba, dia teringatkan kata-kata Puan Sakinah tengah hari tadi. Sepertinya Puan Sakinah pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Bukan ketika dia sudah menginjak dewasa tapi ketika dia masih kecil. Boleh jadi juga ketika dia masih bayi. Tak kanlah… Ya Allah. Rumah Cahaya Kasih.

“Kak Imah…”

“Ya Nea?” Kak Rahimah meleraikan pelukannya. Di tatap wajah sendu anak majikannya ini dengan penuh rasa kasih. Nea sudah di anggap seperti anak sendiri.

“Kak Imah kerja kat sini sejak Nea sekolah rendah lagi kan?” Tanya Nea.

Kak Rahimah menagangguk.

“Kak Imah tahu apa-apa pasal rumah Cahaya Kasih?”

“Rumah Cahaya Kasih?” Kak Rahimah berfikir sejenak. “Rumah anak yatim tu?”

Wajah Nea nampak bercahaya. “Kak Imah tahu?”

“Yalah. Tan Sri kan dah lama menyumbang pada rumah anak yatim tu. Nea je yang tak tahu. Dulu Puan Sakinah dan Encik Bahar selalu datang sini. Tapi sejak Nea dah habis belajar ni je dia orang dah tak datang. Mungkin Tan Sri lebih selesa jumpa kat luar agaknya,” beritahu Kak Rahimah.

“Puan Sakinah pernah datang sini? Tapi kenapa Nea tak pernah jumpa dia?” Nea makin pelik. Mustahil dia tidak pernah terserempak dengan Puan Sakinah di rumah sendiri.

“Dulu bila Puan Sakinah datang, Nea tak ada. Nea kat sekolah. Bila dah besar ni pula, Nea kat universiti. Sebab tu tak jumpa.”

Penjelasan dari Kak Rahimah itu membuat Nea berfikir panjang. Sah! Papa memang merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya. Bertanya pada papa? Memang menempah maut. Puan Sakinah! Ya, hanya wanita itu harapannya. Dia harus tahu kebenaran tentang siapa sebenarnya Nea Khairina.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman