Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,186
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Nea melirik jam di tangannya. Berkali-kali sehingga dia naik pening. Hari ini merupakan hari pertamanya di pejabat sebagai CEO Daya Group menggantikan papa. Satu majlis tertutup telah di atur untuk menyambutnya sebagai ketua baru. Semuanya atas idea papa. Kata papa, dia harus berada di pejabat tepat pukul 9.00 pagi. Tapi sekarang, sudah pukul 10.00 pagi! Habislah dia. Argh!! Semuanya gara-gara dia balik lambat semalam. Perancangan hanya mahu lepak sekejap bersama Nadra dan Zana. Tapi hujungnya, mereka merayap sampai pukul 11.00 malam. Tengok wayang, makan dan mereka sempat berkaraoke hingga tak ingat dunia.

Apabila lif yang di naiki berhenti di tingkat lima, Nea terkocoh-kocoh keluar. Namun tiba-tiba, dia berasa tubuhnya melayang. Beg tangan, beg kerja dan beberapa fail yang mengandungi maklumat syarikat yang belum habis di khatamnya bersepah di atas lantai.

Well, well, well.Tengok siapa yang kita ada kat sini? CEO baru mulakan hari dekat Daya Group dengan duduk kat atas lantai.” Sinis satu suara mengejeknya.

Pantas Nea mengangkat wajah. Izz Anaqi! Musuh tegarnya selama enam tahun berturut-turut. Kenapalah dia ada kat sini?

Izz tersenyum sinis. Ini bukan pertama kali mereka berlanggar. Lagipun mereka bertemu kerana insiden perlanggaran. Dan sejak itu, bencinya pada si Nea langsuir ini semakin membuak-buak. “Aku rasa kau patut balik rumah dan sembunyi bawah selimut. Uncle Hisyam tinggal tunggu masa je lagi nak telan kau hidup-hidup.”

“Diamlah tenuk!” Marah Nea sambil tangannya laju mengutip barang-barang miliknya. Tidak payah Izz beritahu pun, dia sudah boleh mengagak suhu kemarahan papanya. Dan terasa seperti bahangnya sudah sampai ke sini.

“Aku datang tadi sebagai wakil dari Perkasa Group. Kononnya nak mengeratkan lagi kerjasama antara Daya dan Perkasa di bawah seliaan CEO baru. Tapi sayangnya, CEO baru tak muncul sebab dia tengah duduk bersantai dekat tepi lif,” kata Izz.

Setelah semua barang-barangnya di ambil, Nea pantas berdiri. Mencerlung matanya memandang wajah Izz yang terasa sangat menjengkelkan itu. Duduk bersantai? Oh, sakitnya hati! Kenapalah kalau mereka berlanggar, mesti dia yang akan jatuh? Mesti dia yang akan rasa sakit. Kenapa bukan si tenuk ini yang jatuh? Kenapa bukan dia yang melihat dan si tenuk ini yang merasa? Tapi bila berbalik pada logik, memang patut dia yang jatuh dan berasa sakit kerana hakikatnya tubuhnya lebih ringan dan kecil dari Izz. “Just shut up!”

Izz tunduk sedikit. Sahabat-sahabatnya semua memuji Nea. Mereka kata Nea perfect! Menawan! Cantik! Dan dia akui itu. Tapi bila hati dah benci, cantik tidak bermakna apa-apa. “And what if I don’t?”

Nea mengetap bibir. “Kau rasa aku nak buat apa?”

Izz nampak bingung. Serentak dengan itu, kaki kiri Izz di sepak sekuat hati. Setelah itu, dia terus berlalu bersama senyuman kemenangan.

“Sakitlah langsuir!” Jerit Izz. Dia sudah terlompat-lompat dengan satu kaki di situ. Nea selalu menendang kakinya. Tapi yang peliknya, dia selalu lupa. Kalau tidak, bolehlah dia mengelak.

Damn it!” Marah Izz kemudiannya. Mujur tiada sesiapa di situ. Setelah itu, tempang kakinya menuju ke pintu lif. Hilang macho di buatnya.

***

Nea menelan liur. Kesat dan perit! Tiada lagi majlis tertutup. Di pandang kiri dan kanan, semua pekerja sedang bekerja seperti biasa. Hanya apabila dia lalu di hadapan mereka, semuanya bangun dan menyapanya dengan ramah. Ah, awal-awal lagi sudah menjadi contoh ketua yang tidak baik di hadapan pekerja sendiri.

“Cik Nea,” tegur seorang staf wanita yang ayu bertudung.

Nea menghulur senyum. Humaira, setiausaha papa atau lebih tepat lagi bekas setiausaha papa kerana kini Humaira itu telah menajdi setiausahnya pula.

“Ada apa Maira?” Tanya Nea. Umur mereka sama. Lagipun sebelum ini mereka selalu berjumpa dan pernah juga keluar bersama. Jadi tidak sukar untuk mencipta keserasian dengan gadis itu.

“Tan Sri Hisyam nak jumpa,” beritahu Humaira.

Nea memicit dahinya. Masalah yang sudah di duga. “Papa mengamuk ke tadi?”

Humaira hanya tersenyum. Nea Khairina ini tentu lebih kenal bagaimana sikap papanya. Tadi Tan Sri Hisyam tidak menunggu lama. Tepat pukul 9.30, mereka semua di suruh bersurai dan kembali melakukan kerja masing-masing. Jangan bercakap lagi soal majlis menyambut CEO baru. Dan semua pekerja akur dengan arahan itu.

“Terima kasih,” ucap Nea. Perlahan-lahan langkah kaki di atur menuju ke bilik papanya yang juga bakal menjadi biliknya. Tapi itupun kalau papa masih mahu dia menjadi CEO Daya Group. Kalau tidak, dia gigit jarilah jawabnya. Terpaksa mencari pekerjaan sendiri dan bermula dari bawah.

Pintu bilik di ketuk. Setelah terdengar perkataan ‘masuk’ yang di ucapkan dari dalam bilik, pantas Nea membuka pintu. Dari situ dia sudah terlihat kelibat Tan Sri Hisyam. Walaupun sedang membelakanginya, Nea rasa tubuhnya menggigil. Belakang dan depan, baginya sama menyeramkan. “Papa…” Dia memberanikan diri untuk menegur setelah pintu bilik di tutup rapat.

“Baru sampai?” Tanya Tan Sri Hisyam tanpa berpaling. Kedua-dua tangannya menyeluk poket seluar.

“Nea… Nea minta maaf. Nea tahu Nea salah. Nea tak patut…”

Then kenapa buat juga?” Keras Tan Sri Hisyam bertanya. Kini, wajah Nea di pandang tajam.

Nea tunduk. Hampir terlepas fail di tangan sehingga memaksa dia menggenggam fail itu erat-erat. “I’m sorry.”

This company is not a joke. Papa tumpahkan seluruh kudrat untuk bangunkan syarikat ni. And don’t you dare to ruin my effort just like that.”

“Nea tak bermaksud macam tu,” jawab Nea perlahan. Air mata yang hampir tumpah di tahan. Kalau dia menangis, Tan Sri Hisyam akan bertambah marah. Kononnya dia lembik dan tidak mahu menerima teguran.

Tan Sri Hisyam berjalan merapati Nea. Satu-satunya pewarisnya yang ada untuk meneruskan legasinya kelak. “You better watch out. Nea tahu kan yang papa paling tak suka orang yang tak ambil serius tentang sesuatu perkara?” Usai berkata-kata, Tan Sri Hisyam terus menapak keluar. Dia masih marah. Namun lebih baik amarahnya itu di sambung di rumah sahaja. Di sini ramai yang mendengar. Air muka anaknya perlu di jaga.

Setelah Tan Sri Hisyam keluar, laju saja Nea meletakkan barang-barangnya di atas meja. Dia lemah bila berhadapan dengan kemarahn Tan Sri Hisyam. Dan tanpa sedar, air matanya mula mengalir di pipi.

“Mama…” rintihnya sayu.

Mamanya pergi ketika melahirkan adik-adik kembarnya. Ketika itu, dia baru berusia lima tahun. Masih terlalu mentah untuk kehilangan kasih sayang dan dakapan hangat seorang ibu. Sejak itu, dia di besarkan sendiri oleh Tan Sri Hisyam. Dan kadang-kadan ada arwah wan dan aki juga membantu. Tapi selebihnya, dia di didik dan di besarkan mengikut acuan Tan Sri Hisyam. Nea Khairina harus jadi kuat, tegas dan bijak.

Seumur hidupnya tidak pernah di pujuk oleh papa. Makin kuat tangisannya, makin galak papa mengherdik. Kerana tidak tahan, dia berusaha untuk menahan air matanya dari tumpah di hadapan Tan Sri Hisyam. Dia berlakon untuk jadi kuat sedang hatinya kadang-kadang rapuh. Dan setelah dirinya mula tenang, Nea menekan interkom di atas meja. “Maira, masuk bilik saya kejap.”

“Baik cik.”

Air mata di sapu perlahan. Hati yang sedih perlu di ubati dengan kadar yang segera. Kata papa, air mata menunjukkan kelemahan. Tapi agaknya papa lupa yang air mata itu bukanlah tanda kelemahan yang nyata. Ada banyak sebab mengapa kita menangis. Papa dulu pun pernah menangis. Cuma sekarang sahaja dia tidak pernah melihat papa menangis. Mungkin kerana papa juga berlakon menjadi kuat di hadapannya sedang di belakang, papa juga sangat rapuh hatinya.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman