Dengan sekali lafaz,
Nea sah bergelar isteri kepada Izz. Menitis air matanya saat itu. Izz pula
nampak tenang. Usai mengaminkan doa, Izz berlalu sebentar untuk menunaikan
solat sunat. Setelah itu,dia mula mendekati Nea yang sedang duduk di atas pelamin
yang di hiasi bunga mawar segar berwarna putih. Nampak cantik dan indah. Sama
seperti wajah Nea. Cantik dan indah. Itu persepsi Izz apabila melihat wajah Nea
yang manis bertudung.
Semalam, dia sudah bertekad untuk
tidak memandang walau seinci pun wajah Nea sehinggalah selesai dia melafazkan
akad. Dia takut tidak dapat menerima hakikat. Tapi saat dia menyarungkan cincin
di jari manis Nea, saat Nea mengucup lembut tangannya dan saat dia memegang dagu
Nea, semuanya berubah. Walau apa pun perasaannya ketika ini, ia pasti tidak
akan sama jika yang di hadapannya ini bukan Nea. Dan rasanya tiada siapa yang
boleh menggantikan tempat Nea sebagai isterinya.
Anak mata Nea di renung. Walaupun
tidak tahu apa yang ada di dalam hati gadis itu, namun renungan mata Nea cukup
menenangkan. Perlahan-lahan dahi Nea dikucup lembut. Pantas Nea menggenggam
erat tangannya. Terasa seolah-olah ada satu perasaan yang mengalir deras di setiap
salur darahnya. Dia jadi kaku seketika.
“Nea!”
Nea tersentak. Terus di pandang
wajah Zana dan Nadra yang sudah tercegat di hadapannya. Hilang segala bayangan
waktu dahinya di kucup Izz tidak lama tadi.
“Dah berangan suasana dalam bilik
ke?” Usik Nadra.
Bulat mata Nea. “Kau memang tak sayang
mulut,” marahnya.
Mengekek ketawa Nadra. “Tak payahlah
nak marah-marah. Kau kan pengantin baru.”
“Tahniah Nea. Tak sangka kau yang
kahwin dulu. Ingatkan minah sebelah aku ni,” kata Zana. Dulu, Nadralah yang
mahu kahwin awal. Tapi kenyataannya tidak seperti itu. Belum sampai jodoh.
Nea tersenyum. “Thanks Zana.”
“Kau tak happy ke?” Tanya Nadra.
Zana mengetap bibir. “Perlu ke kau
tanya soalan macam tu?”
Nadra mengangguk. “Sangat perlu.
Zana, tengoklah muka dia. Tak macam pengantin baru.”
Nea mengeluh perlahan. “Honestly, aku memang tak happy. Yalah, siapa yang happy bila kena kahwin dengan lelaki
yang kita tak cinta.”
“Insya-Allah dia okey,” pujuk Zana.
“Entahlah Zana. Aku tak boleh nak
fikir macam mana kehidupan aku lepas ni.”
Zana
memeluk bahu Nea. “Aku tahu kau boleh lalui. Izz dah jadi suami kau pun. Nak
tak nak kau kena terima. Dia jodoh yang Allah dah atur untuk kau. Jadi dia yang
terbaik.”
Nea tersenyum cuma. Dia tidak tahu
kata-kata yang sesuai untuk membalas ucapan Zana itu.
“Babe,
dia orang tu semua kawan-kawan laki kau ke?” Tanya Nadra penuh minta.
“Tak payahlah sebut laki. Aku geli,”
balas Nea.
“yalah, yalah. Tapi jawablah soalan
aku. Tu kawan-kawan Izz ke?”
Nea mengerling sedikit ke arah Izz
yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. “Hmm…”
“Handsomenya Nea. Kenapa kau tak
pernah bagitahu aku yang Izz ada kawan-kawan yang handsome?”
Zana mencebik. “Dah mula dah…”
Nadra menjelirkan lidah. “Jealous! Tapi kan Nea, antara dia orang
semua Izz tetap paling handsome. Jadi
itu maknanya, kau bertuah sebab dapat Izz.”
Nea memandang ke arah Izz. Handsome? Entahlah. Mungkin handsome. Sebenarnya, Izz memiliki
ciri-ciri lelaki idamannya. Ada tahi lalat di bawah mata. Baginya ia satu
penarik yang sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata. Tapi sayangnya, lelaki
itu Izz. Dan tiada lagi lelaki lain yang di jumpainya selain Izz yang ada tahi
lalat di bawah mata. Memang mustahil tapi itulah kebenaran. Tapi walaupun Izz
bukan lelaki yang dia harapkan, kadang-kadang matanya tidak tahan dengan godaan.
Tetap juga mahu mencuri pandang ke wajah Izz walaupun cuma sebentar.
Namun dia tersentak bila Izz
membalas pandangannya. Kalut dia berpaling. Jantungnya berdegup laju lantas
menerbitkan peluh dingin di dahinya.
Izz ters engih. “Nea… Nea…”
“Dah lah tu. Nanti malam kau
tengoklah puas-puas,” perli Joe.
Izz menoleh. “Kau merepek apa ni?”
Joe ketawa. “Malam nanti, kau
tahulah yang aku tak merepek.”
“Aku rasa kau kena dengar cakap Joe.
Expert tu,” sampuk Faiz.
Izz hanya mendengus. Makin di layan,
makin sakit hatinya.
“Shasha…” kata Afif tiba-tiba
“Shasha? Kau demam ke? Dia tak
adalah,” ujar Faiz.
“Dia ada. Dan… dia nampak lain.”
Faiz mengerutkan dahi. “Kau okey tak
ni? Risau aku. Shasha yang frust tapi
kau yang biul? Pelik!”
Izz dan Joe tersenyum geli hati.
Mereka juga tidak nampak Shasha dari tadi. Hanya kedua orang tuanya saja yang
datang.
Afif menyiku lengan Faiz. “Biul
apanya? Tu Shasha datang sini.”
Pantas mereka bertiga memandang ke
arah yang di maksudkan oleh Afif. Dan sekelip mata saja mereka bagaikan
terpaku.
“Err… kita orang keluar dulu. Kau
sembanglah dengan Shasha,” kata Joe sebelum cepat-cepat mereka bertiga berlalu
dari situ.
Izz masih terpaku. Terasa seperti
mimpi. Tapi bukan. Ini bukan mimpi tapi kenyataan.
“Kenapa tengok I macam tu? Muka I
dah jadi macam mak lampir ke?”
“Eh tak. Hmm… you… you pakai tudung.”
Shasha tersenyum kelat. “saja.
Manalah tahu Nea lari. Boleh I ganti tempat dia.”
Sebenarnya
dia tidak mahu datang ke majlis pernikahan Izz. Takut dia akan terus jadi gila
apabila melihat Izz mengucup dahi orang lain selain dirinya. Tapi entah kenapa
di saat akhir dia tidak dapat membendung rasa untuk datang ke sini. Rasanya
begitu membuak-buak. Baju kurung di sarung ke tubuh. Dia mahu berdandan
cantik-cantik. Biar hilang seri pengantin Nea di telan oleh kejelitaannya. Tapi
sayangnya, rambutnya kejung. Pengering rambutnya pula rosak. Mahu tidak mahu,
terpaksa juga dia meminjam selendang panjang milik Aisya, anak pembantu
rumahnya. Dia sudah tiada pilihan. Mula-mula pakai, dia main lilit sahaja.
Mujur Aisya membantunya untuk memakai dengan lebih cantik dan kemas.
Izz
tergelak. “Tapi sayangnya, Nea tak lari.”
“Memanglah
dia tak lari. Dia takut you akan
balik pada I.”
“I
tak sangka you datang.”
“I
pun tak sangka yang I akan datang sini hari ni. Anyway, tahniah sebab dah kahwin walaupun bukan dengan I,” kata Shahsa.
“Thanks. I harap you akan jumpa lelaki yang lebih baik.”
“I hope so. Okeylah, I balik dulu.
Lama-lama kat sini pun buat sakit hati je.”
“Err…
Sha…”
Shasha
berpaling. “Kenapa?”
Izz
menapak sedikit. “You nampak cantik
pakai tudung.”
“You cakap apa?”
“I
cakap you nampak cantik pakai tudung”
Terus
Shasha memegang pipinya. Sama ada dia mahu percaya atau tidak, ini kali pertama
Izz memujinya cantik. Rupanya tidak sia-sia dia datang ke sini. Walaupun hatinya
sakit, tapi penawarnya lebih besar dari rasa sakitnya. “Izz kata aku cantik?”
Izz
yang sedang berjalan sambil membelakanginya itu terasa mahu dipeluk. Tapi
sebaik saja melihat Izz memaut pinggang Nea, hasratnya terus mati. Dari mahu di
peluk, rasa mahu di bunuh pula Izz ketika ini. Bencinya!