Nea
memegang perutnya yang berkeroncong. “Lapar lagilah…” luahnya. Hajat mahu terus
lena setelah menjamah biskut dengan segelas air milo bersama Izz tadi terus di
batalkan. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia menjengah ke tingkat bawah. Mahu
menyediakan sesuatu yang lebih mengenyangkan. Setelah sampai di tingkat bawah,
di lihatnya Izz sedang menonton televisyan di ruang tamu.
“Kat rumah kau ni ada apa-apa yang
boleh di masak ke?” Tanyanya.
“Ada,” jawab Izz tanpa mengalihkan
pandangannya dari kaca televisyen.
Lalu Nea berlalu ke dapur. Dapat
makan nasi dengan telur goreng pun sudah cukup bagus. Peti ais di buka. Tapi
yang kelihatan hanya ada dua botol air mineral sahaja. Apa yang nak di masak?
“Izz, fridge kau kosonglah. Aku nak
masak apa kalau macam ni?” Jeritnya.
Tidak lama, Izz muncul di sisinya.
“Bukan kat situ.” Dia kemudian bergerak ke kabinet berhampiran dan mengeluarkan
sebungkus maggi perisa kari. “Ni.”
Nea membulatkan mata. “Maggi?”
“Yalah.”
“Sayur, ikan, ayam, beras tak ada
ke? Aku tak nak maggi.”
Izz menggaru kepalanya. “Buat apa
aku nak beli semua tu? Membazir. Aku bukannya selalu datang sini.”
“Habis tu aku nak makan apa?”
“Maggi.”
“Aku
tak nak.”
“Kalau
macam tu, makan pizza je lah. Esok kita pergi beli barang,” balas Izz.
“Tak kan nak keluar? Nanti papa
nampak.”
“Habis tu kalau tak keluar, nak
makan apa? Pizza memanjang? Dah jemu, makan maggi pula.”
“Aku bukannya suka-suka tak nak
keluar.”
Izz mengeluh. Dia pun takut juga.
Apa-apa boleh terjadi. Dunia ini kecil. Tidak mustahil boleh terserempak dengan
Tan Sri Hisyam di mana-mana. “Aku tahulah. Tak apa, nanti aku ikhtiar cara
lain. Ni, kau nak pizza tak?”
“Bolehlah dari tak ada. Tapi aku tak
nak kongsi tau. Kita beli asing.”
“Badan kecil. Nafsu besar. Ada bela
hantu raya ke kat dalam perut tu?” Sindir Izz sebelum kembali semula ke ruang
tamu.
Nea mengetap bibir. “Dasar tenuk!”
***
Nea memicing anak telinganya. Dia
salah dengarkah? Tak mungkin! Jelas di telinganya ada lebih dari satu suara di
ruang tamu. Gelak tawa begitu jelas kedengaran. Perlahan-lahan kakinya
melangkah ke arah datangnya suara itu.
“Nea. Sini,” panggil Izz setelah
terlihat kelibat Nea.
Nea kaku. Faiz dan Afif. Kedua-duanya
tersenyum lebar memandangnya. “Bi… bila korang sampai?”
“Adalah dalam dalam dua puluh
minit,” jawab Faiz.
“Oh. Tak minum dulu?” Nea berbasa
basi.
“Tak apa. Kita orang dah minum dah sebelum
datang sini tadi,” kata Afif.
Nea terangguk-angguk. Setelah itu,
dia diam. Tidak tahu apa lagi yang mahu di borakkan. Lagipun dia bukanlah rapat
sangat dengan sahabat-sahabat Izz ini. Cuma pernah terserempak beberapa kali
ketika mereka keluar dengan Izz. Tapi dia tahu, mereka ini juga turut
mengatanya. Ketuanya? Siapa lagi kalau bukan Izz Anaqi.
“Eh, okeylah. Kita orang balik dulu.
Tak nak kacau lama-lama orang tengah honeymoon
ni,” seloroh Afif.
“Yalah. Nanti rasanya aku pun nak
macam ni. Honeymoon dalam rumah. Best juga,” tambah Faiz sambil ketawa.
Izz tersengih. Kawan-kawannya memang
gila! “Dah lah. Pergi balik. Dan jangan menyibuk nak datang sini lagi.”
“Baik bos. Nampaknya tahun depan
Rasya dah ada genglah ni,” kata Faiz lagi.
Nea mengerutkan dahi. “Siapa Rasya?”
“Baby
joe. Masa korang kahwin hari tu Joe ada bawa anak dia. Maybe you tak perasan.”
“Oh ya ke?” Namun dalam hati, sudah
berbakul sumpah seranahnya. Mulut tak ada insurans! Perkara sensitif itu juga
yang di sebut. Geramnya!!
“Dah lah. Balik, balik.” Izz
mencelah.
Faiz dan Afif mencebik. “Yalah,
yalah. Bye Nea.”
Nea tersenyum sahaja. Pemergian
mereka berdua hanya di hantar dengan pandangan mata yang menjengkelkan. Perangai
sama teruk dengan Izz. “Kenapa dia orang datang sini?” tanyanya sebaik sahaja Izz
menutup pintu.
“Hantar bantuan,” jawab Izz.
“Bantuan?”
“Ikut aku.” Tangan Nea di tarik
menuju ke dapur.
“Eh.” Nea tidak sempat memghalang.
Dan setelah tiba di dapur, dia terkedu. Ada dua bungkusan beg plastik sederhana
besar terletak di atas meja. “Apa ni?”
“Semua yang kau nak ada kat dalam
ni. Cukuplah untuk dua hari lagi kita kat sini.”
Pantas Nea menjengah isi di dalam
beg plastik itu. Benar. Semuanya ada. Dari bahan kering sehinggalah yang basah.
“Kau suruh dia orang beli semua ni?”
“Yalah. Kita kan tengah bersembunyi.
Tak boleh keluar. Jadi kenalah minta bantuan secara rahsia kalau nak survive,” balas Izz.
“Dia orang tak buka mulut ke nanti?”
Tanya Nea gusar.
“Dia orang kawan yang paling boleh
di percaya.”
“Yalah tu,” cebik Nea. Izz dulu pun
mengaku orang yang paling boleh di percaya. Tapi hakikatnya… hampeh!
“Kau ni reti masak ke?”
Nea mengecilkan matanya. “Kalau aku
masak sedap, kau nak bagi aku apa?”
Izz tergelak. “Aku bagi… bagi…
kebahagiaan.”
“Hesy! Tak apalah. Terima kasih
banyak-banyak. Simpan je lah kebahagiaan kau tu.”
“Orang bagi tak nak. Nanti aku tak
bagi, merengek-rengek minta.”
“Aku boleh cari bahagia sendiri,”
balas Nea sebal. Rasa mahu di cili pula mulut Izz.
“Yalah. Aku doakan kau jumpa bahagia
yang kau cari,” ujar Izz tapi dalam nada bergurau.
Nea mendengus. “Ni, aku nak cakap
sikit. Aku tak suka apa yang kau cakap tadi. Boleh menimbulkan salah faham.”
“Yang mana?”
“Pergi balik. Jangan menyibuk nak
datang sini lagi. Yang tu. Tak pasal-pasal dalam kepala Afif dengan Faiz fikir
benda lain.”
Izz pura-pura mengerutkan dahi. “Benda
lain? Benda lain apa?”
“Jangan buat-buat tak fahamlah.”
“Betul. Aku tak faham. Ke kau yang
fikir benda lain ni?” Izz mengangkat-angkat kening. Nea semakin di hampiri.
Cepat-cepat Nea menutup telinganya.
“Dah lah. Malas nak dengar.”
“Malas nak dengar? Ruginya…”
Nea berundur ke belakang bila Izz
semakin menghimpitnya. “Kau nak buat apa ni?”
Izz menguis pipi Nea. “Aku nak bagi
kau tengok sebab kau kan tak nak dengar.” Lalu tanpa amaran, hidung Nea di
kucup lembut.
Nea tergamam. Terkebil-kebil
matanya. Izz yang sudah gila atau… dia? Dan dia tersedar saat tawa Izz meledak.
Nea tersentak. Tapi Izz sudah tiada di hadapannya. “Izz!! Tak guna!” jeritnya
kuat. Pantas dia berlari mengejar Izz. Cumanya dia sudah terlambat bila kedengaran
Izz menutup dan mengunci pintu bilik.