“Adik,
Puan Sakinah ada tak?” Tanya Nea pada seorang remaja perempuan yang sedang duduk
berbual bersama temannya di sebuah pondok. Dia nekad untuk mencari kebenaran
dengan datang ke rumah Cahaya Kasih ini. Tadi, sebelum Tan Sri Hisyam bangun
lagi dia sudah keluar. Dia tidak mahu papa menyoal pemergiannya walaupun hakikatnya
papa tidak akan bertanya. Seminggu sejak insiden dia di tampar, hubungannya dan
Tan Sri Hisyam bertambah dingin dan hambar dari dulu. Mereka hanya bercakap
bila perlu dan bila keadaan mendesak sahaja.
“Oh,
umi ada kat bilik dia. Mari saya bawa kakak,” kata remaja perempuan itu.
Nea
tersenyum. “Terima kasih.” Lalu dia membuntuti langkah dua orang remaja
perempuan di hadapannya itu. Sambil itu, matanya sempat memandang kawasan
sekeliling. Nampak tenang dan penuh dalam kesederhanaan.
“Ni
lah bilik umi kak.”
“Oh.
Terima kasih dik. Ambil ni, buat belanja.” Nea menghulur wang kertas bernilai
RM 50 kepada remaja perempuan itu.
“Eh
tak apalah kak. Bukannya susah pun tunjuk bilik umi ni.”
“Ambillah.
Kakak ikhlas.”
Teragak-agak
wang kertas itu di ambil. “Terima kasih kak. Semoga Allah beri kebaikan pada
kakak.”
“Amin,”
jawab Nea. Sungguh dia terharu dengan kebaikan remaja perempuan itu. Ternyata
Puan Sakinah dan seluruh penjaga di rumah Cahaya Kasih ini berjaya membentuk
anak-anak yatim di sini dengan penuh didikan dan akhlak yang terpuji.
Setelah
itu, Nea memandang pintu yang tertutup rapat itu. Akankah kebenaran yang bakal
di ketahuinya menyakitkan atau sebaliknya? Dia hanya mampu berserah. Semoga
Allah permudahkan segalanya. Tanpa berlengah, pintu bilik puan Sakinah di
ketuk.
“Masuk.”
Apabila
terdengar suara mengizinkannya masuk, Nea mengucapkan lafaz bismillah. Tombol
pintu di pulas perlahan. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,”
jawab puan Sakinah. Apabila dia mengangkat kepala, wajah Nea terlayar di
matanya. “Eh, Cik Nea.”
Cepat-cepat
Nea menghulurkan tangan. Setelah itu, laju saja puan Sakinah mempelawa Nea
duduk.
“Kenapa
cik Nea tak bagitahu dulu nak datang? Saya tak sediakan apa-apa pun,” ujar puan
Sakinah.
“Tak
apa puan. Saya datang ni atas sebab peribadi. Bukan kerja.”
Puan
Sakinah mengerutkan dahi. “Sebab peribadi yang macam mana tu?”
Nea
menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan-perlahan. “Saya pernah
tinggal sini ke?”
Pertanyaan
itu membuatkan Puan Sakinah tersentak. “Err… cik Nea cakap apa ni? Saya tak
faham.”
“Puan
pernah jumpa saya masa saya kecil. Lepas tu bila saya tanya, puan tak nak
jawab. Puan macam sembunyikan sesuatu dari saya.”
“Tak
ada apa yang saya sembunyikan dari cik Nea. Sebenarnya saya memang pernah jumpa
cik Nea masa kecil. Tapi cik Nea tak ingat agaknya. Yalah, dah lama pun. Saya
tak pelik kalau cik Nea tak ingat.”
“Puan
tipu.”
“Cik…”
“Saya
anak yatim piatu kan?” Soal Nea. Dia tidak perlu berbasa-basi lagi soal itu.
Puan
sakinanh tergeleng-geleng. “Kenapa cik Nea cakap macam tu? Cik Nea anak kandung
Tan Sri.”
“Puan
tak kan tahu apa yang saya rasa. Hakikatnya memang saya duduk sebumbung dengan
papa. Tapi sebumbung tak bermakna kami sehaluan. Papa dingin dengan saya. Memang
papa tak pernah abaikan saya tapi saya tak nak papa yang cuma boleh penuhi
keperluan saya. Kehendak saya macam mana? Papa nak saya jadi macam dia. Saya
cuba sebab saya tak nak papa marah saya. Tapi sekuat mana saya cuba, semuanya
tak pernah betul kat mata papa.”
“Tan
Sri tu sayang cik Nea. Cik Nea satu-satunya anak yang dia ada.”
Nea
memegang tangan puan Sakinah. Perlahan-lahan air matanya mengalir melewati
tubir mata. “Tolonglah puan. Bagitahu apa yang patut saya tahu. Saya sayang
papa. Tapi sekarang saya keliru.”
Puan
Sakinah tersenyum. “Tak ada apa yang cik Nea patut tahu. Percayalah. Cuma cik Nea
kena yakin dan percaya. Cik Nea anak kandung Tan Sri Hiysam. Tak ragu lagi. Setiap
ayah, ada cara tersendiri untuk didik anak. Mungkin bagi cik Nea cara Tan Sri
tu kasar. Tapi tengoklah sekarang cik Nea macam mana. Cik Nea jadi anak yang baik
dan berjaya.”
“Tapi…”
“Cik
Nea kena percaya kata hati cik Nea. Saya yakin yang cik Nea akan dapat jawapan
yang cik Nea cari,” ujar puan Sakinah. Walau jauh di sudut hati ada rasa
kasihan yang terbit, tapi demi sebuah amanah dia akur. Biar masa yang menentukan
tentang rahsia ini. Lambat-laun, ia akan terbuka jua jika di izin yang maha
esa.
Nea
hampa. Tapi mustahil puan Sakinah mahu menipunya. Mungkin dia terlalu ikutkan
perasaan. Tiada kebenaran yang perlu di ketahui mengenai Nea Khairina kerana inilah
dirinya. Anak tunggal Tan Sri Hisyam dan CEO Daya Group.
***
Tan
Sri Hisyam dan Tan Sri Khalid duduk di sebuah kafe sambil menikmati minum
petang. Lelah setelah bermain golf masih terasa walaupun sudah sejam
mereka berhenti.
“Dengarnya
Nea buat dengan baik untuk dapat projek dekat Putrajaya tu,” kata Tan Sri
Khalid.
Tan
Sri Hisyam tersenyum. “Akhirnya saya dah boleh harapkan dia.”
“Baguslah
tu. Nampaknya kau dah boleh goyang kaki. Macam aku. Duduk rumah, makan, tidur dan
main golf.”
“Pergi
masjid tak?” Soal Tan Sri Hisyam.
Tan
Sri Khalid ketawa besar. Dia sedang di sindir nampaknya. “Alhamdulillah.
Walaupun tak selalu, tapi aku di beri hidayah untuk solat lima waktu.”
Tan
Sri Hisyam ikut ketawa. Mereka dulu antara hamba yang alpa. Tapi bila hidayah
datang, baru terasa betapa besarnya dosa masa lalu. Semoga Allah mengampunkan
dosa mereka yang lalu dan menerima taubat mereka. “Nampak gaya Izz memang tak
datang.”
“Golf
permainan yang bosan. Aku melenting bila dia kata macam tu. Dia lebih suka lepak dengan
kawan-kawan dia dan pergi bahayakan diri dengan buat aktiviti dekat hutan, bukit atau gunung. Kau bayangkan, dia lebih rela buat aktiviti berbahaya dari pegang kayu golf.”
“Setiap
orang tak sama minat. Tapi aku tahu yang minat aku sekarang adalah minat yang
wajib ada pada setiap ayah yang punya anak dara atau teruna.”
“Apa
maksud kau?” Tanya Tan Sri Khalid.
“Main
dengan cucu,” jawab Tan Sri Hisyam.
Tan
Sri Hisyam tersengih. “Nea dah bawa calon suami dia jumpa kau ke? Anak Tan Sri
mana?”
“Bukan
dia. Tapi aku yang akan bawa calon suami untuk Nea.”
“What? Hisyam, perlu ke buat macam tu? Kahwin
paksa ni tak selalu menjamin kebahagiaan. Dalam drama bolehlah.”
“Sampai
bila kita nak tunggu? Tengok Izz. Pernah ke dia bawa calon menantu untuk kau?”
soal Tan Sri Hisyam.
Tan
Sri Khalid terdiam. Betul juga. Izz tidak pernah memperkenalkan sesiapa padanya
atau pada Puan Sri Fatimah. Mereka suami isteri sudah sepakat untuk tidak mahu
masuk campur soal jodoh Izz. Sudah sampai jodoh nanti, kahwin juga. Tapi
terpaksalah makan hati bila rakan-rakan lain sudah sibuk bermain dengan cucu.
Tan
Sri Hisyam menepuk bahu sahabatnya sejak dari kecil itu. “Nak tak nak, kau kena
ikhtiar guna cara aku.”
“Anak
Tan Sri mana yang kau dah berkenan ni?”
“Kau
kenal dia,” jawab Tan Sri Hisyam berserta senyuman penuh misteri. Tentu sahaja
Tan Sri Khalid kenal dengan orangnya. Cuma dia tidak mahu terburu-buru untuk
memberitahu.