Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,108
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

“Adik, Puan Sakinah ada tak?” Tanya Nea pada seorang remaja perempuan yang sedang duduk berbual bersama temannya di sebuah pondok. Dia nekad untuk mencari kebenaran dengan datang ke rumah Cahaya Kasih ini. Tadi, sebelum Tan Sri Hisyam bangun lagi dia sudah keluar. Dia tidak mahu papa menyoal pemergiannya walaupun hakikatnya papa tidak akan bertanya. Seminggu sejak insiden dia di tampar, hubungannya dan Tan Sri Hisyam bertambah dingin dan hambar dari dulu. Mereka hanya bercakap bila perlu dan bila keadaan mendesak sahaja.

“Oh, umi ada kat bilik dia. Mari saya bawa kakak,” kata remaja perempuan itu.

Nea tersenyum. “Terima kasih.” Lalu dia membuntuti langkah dua orang remaja perempuan di hadapannya itu. Sambil itu, matanya sempat memandang kawasan sekeliling. Nampak tenang dan penuh dalam kesederhanaan.

“Ni lah bilik umi kak.”

“Oh. Terima kasih dik. Ambil ni, buat belanja.” Nea menghulur wang kertas bernilai RM 50 kepada remaja perempuan itu.

“Eh tak apalah kak. Bukannya susah pun tunjuk bilik umi ni.”

“Ambillah. Kakak ikhlas.”

Teragak-agak wang kertas itu di ambil. “Terima kasih kak. Semoga Allah beri kebaikan pada kakak.”

“Amin,” jawab Nea. Sungguh dia terharu dengan kebaikan remaja perempuan itu. Ternyata Puan Sakinah dan seluruh penjaga di rumah Cahaya Kasih ini berjaya membentuk anak-anak yatim di sini dengan penuh didikan dan akhlak yang terpuji.

Setelah itu, Nea memandang pintu yang tertutup rapat itu. Akankah kebenaran yang bakal di ketahuinya menyakitkan atau sebaliknya? Dia hanya mampu berserah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Tanpa berlengah, pintu bilik puan Sakinah di ketuk.

“Masuk.”

Apabila terdengar suara mengizinkannya masuk, Nea mengucapkan lafaz bismillah. Tombol pintu di pulas perlahan. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam,” jawab puan Sakinah. Apabila dia mengangkat kepala, wajah Nea terlayar di matanya. “Eh, Cik Nea.”

Cepat-cepat Nea menghulurkan tangan. Setelah itu, laju saja puan Sakinah mempelawa Nea duduk.

“Kenapa cik Nea tak bagitahu dulu nak datang? Saya tak sediakan apa-apa pun,” ujar puan Sakinah.

“Tak apa puan. Saya datang ni atas sebab peribadi. Bukan kerja.”

Puan Sakinah mengerutkan dahi. “Sebab peribadi yang macam mana tu?”

Nea menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan-perlahan. “Saya pernah tinggal sini ke?”

Pertanyaan itu membuatkan Puan Sakinah tersentak. “Err… cik Nea cakap apa ni? Saya tak faham.”

“Puan pernah jumpa saya masa saya kecil. Lepas tu bila saya tanya, puan tak nak jawab. Puan macam sembunyikan sesuatu dari saya.”

“Tak ada apa yang saya sembunyikan dari cik Nea. Sebenarnya saya memang pernah jumpa cik Nea masa kecil. Tapi cik Nea tak ingat agaknya. Yalah, dah lama pun. Saya tak pelik kalau cik Nea tak ingat.”

“Puan tipu.”

“Cik…”

“Saya anak yatim piatu kan?” Soal Nea. Dia tidak perlu berbasa-basi lagi soal itu.

Puan sakinanh tergeleng-geleng. “Kenapa cik Nea cakap macam tu? Cik Nea anak kandung Tan Sri.”

“Puan tak kan tahu apa yang saya rasa. Hakikatnya memang saya duduk sebumbung dengan papa. Tapi sebumbung tak bermakna kami sehaluan. Papa dingin dengan saya. Memang papa tak pernah abaikan saya tapi saya tak nak papa yang cuma boleh penuhi keperluan saya. Kehendak saya macam mana? Papa nak saya jadi macam dia. Saya cuba sebab saya tak nak papa marah saya. Tapi sekuat mana saya cuba, semuanya tak pernah betul kat mata papa.”

“Tan Sri tu sayang cik Nea. Cik Nea satu-satunya anak yang dia ada.”

Nea memegang tangan puan Sakinah. Perlahan-lahan air matanya mengalir melewati tubir mata. “Tolonglah puan. Bagitahu apa yang patut saya tahu. Saya sayang papa. Tapi sekarang saya keliru.”

Puan Sakinah tersenyum. “Tak ada apa yang cik Nea patut tahu. Percayalah. Cuma cik Nea kena yakin dan percaya. Cik Nea anak kandung Tan Sri Hiysam. Tak ragu lagi. Setiap ayah, ada cara tersendiri untuk didik anak. Mungkin bagi cik Nea cara Tan Sri tu kasar. Tapi tengoklah sekarang cik Nea macam mana. Cik Nea jadi anak yang baik dan berjaya.”

“Tapi…”

“Cik Nea kena percaya kata hati cik Nea. Saya yakin yang cik Nea akan dapat jawapan yang cik Nea cari,” ujar puan Sakinah. Walau jauh di sudut hati ada rasa kasihan yang terbit, tapi demi sebuah amanah dia akur. Biar masa yang menentukan tentang rahsia ini. Lambat-laun, ia akan terbuka jua jika di izin yang maha esa.

Nea hampa. Tapi mustahil puan Sakinah mahu menipunya. Mungkin dia terlalu ikutkan perasaan. Tiada kebenaran yang perlu di ketahui mengenai Nea Khairina kerana inilah dirinya. Anak tunggal Tan Sri Hisyam dan CEO Daya Group.

***

Tan Sri Hisyam dan Tan Sri Khalid duduk di sebuah kafe sambil menikmati minum petang. Lelah setelah bermain golf masih terasa walaupun sudah sejam mereka berhenti.

“Dengarnya Nea buat dengan baik untuk dapat projek dekat Putrajaya tu,” kata Tan Sri Khalid.

Tan Sri Hisyam tersenyum. “Akhirnya saya dah boleh harapkan dia.”

“Baguslah tu. Nampaknya kau dah boleh goyang kaki. Macam aku. Duduk rumah, makan, tidur dan main golf.”

“Pergi masjid tak?” Soal Tan Sri Hisyam.

Tan Sri Khalid ketawa besar. Dia sedang di sindir nampaknya. “Alhamdulillah. Walaupun tak selalu, tapi aku di beri hidayah untuk solat lima waktu.”

Tan Sri Hisyam ikut ketawa. Mereka dulu antara hamba yang alpa. Tapi bila hidayah datang, baru terasa betapa besarnya dosa masa lalu. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka yang lalu dan menerima taubat mereka. “Nampak gaya Izz memang tak datang.”

“Golf permainan yang bosan. Aku melenting bila dia kata macam tu. Dia lebih suka lepak dengan kawan-kawan dia dan pergi bahayakan diri dengan buat aktiviti dekat hutan, bukit atau gunung. Kau bayangkan, dia lebih rela buat aktiviti berbahaya dari pegang kayu golf.”

“Setiap orang tak sama minat. Tapi aku tahu yang minat aku sekarang adalah minat yang wajib ada pada setiap ayah yang punya anak dara atau teruna.”

“Apa maksud kau?” Tanya Tan Sri Khalid.

“Main dengan cucu,” jawab Tan Sri Hisyam.

Tan Sri Hisyam tersengih. “Nea dah bawa calon suami dia jumpa kau ke? Anak Tan Sri mana?”

“Bukan dia. Tapi aku yang akan bawa calon suami untuk Nea.”

What? Hisyam, perlu ke buat macam tu? Kahwin paksa ni tak selalu menjamin kebahagiaan. Dalam drama bolehlah.”

“Sampai bila kita nak tunggu? Tengok Izz. Pernah ke dia bawa calon menantu untuk kau?” soal Tan Sri Hisyam.

Tan Sri Khalid terdiam. Betul juga. Izz tidak pernah memperkenalkan sesiapa padanya atau pada Puan Sri Fatimah. Mereka suami isteri sudah sepakat untuk tidak mahu masuk campur soal jodoh Izz. Sudah sampai jodoh nanti, kahwin juga. Tapi terpaksalah makan hati bila rakan-rakan lain sudah sibuk bermain dengan cucu.

Tan Sri Hisyam menepuk bahu sahabatnya sejak dari kecil itu. “Nak tak nak, kau kena ikhtiar guna cara aku.”

“Anak Tan Sri mana yang kau dah berkenan ni?”

“Kau kenal dia,” jawab Tan Sri Hisyam berserta senyuman penuh misteri. Tentu sahaja Tan Sri Khalid kenal dengan orangnya. Cuma dia tidak mahu terburu-buru untuk memberitahu.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman