Nea
mematikan hasratnya untuk masuk ke dalam rumah apabila terlihat Tan Sri Hisyam
sedang duduk di atas sebuah bangku di halaman rumah sambil memegang tab. Beg
kerja di pegang erat. Kekuatan cuba di raih sebelum dia menapak mendekati
papanya. Banyak perkara yang dia mahu tahu. Banyak perkara yang dia mahu
luahkan. Dan rasanya inilah masa yang paling tepat. “Pa. Nea nak cakap sikit
boleh?”
“Nak minta tangguh majlis kahwin
lagi?” Tanya Tan Sri Hisyam tanpa mengangkat wajah.
Nea mengetap bibir. “Tak. Bukan tu.”
“Then?”
Perlahan-lahan Nea duduk di atas
bangku yang bertentangan dengan Tan Sri Hisyam. “Kenapa papa cepatkan
perkahwinan Nea dengan Izz?” Tanyanya. Sepatutnya dia bertanya lebih awal. Tapi
saat Tan Sri Hisyam memberitahunya akan hal itu, otaknya jadi tepu. Langsung
tidak boleh berfikir yang lain kerana dia terlalu marah dengan Izz. Lelaki itu
sudah berjanji akan melakukan sesuatu. Tapi hasilnya sungguh mengecewakan.
Lantaran itu, terus saja dia menyerang Izz semalam.
“Benda baik. Memang patut kita
cepatkan,” jawab Tan Sri Hisyam tanpa mahu mendedahkan hal sebenar. Dia tidak
mahu Nea percaya dengan gambar-gambar ‘sampah’ itu. Mujur juga gambar itu di
berikan padanya. Bukan Nea.
“Papa yakin ke Izz boleh bahagiakan
Nea?”
Tan Sri Hisyam meletakkan tab di
atas meja. Wajah Nea di pandang. “Of
course. Papa percaya Izz sama macam papa percaya Amir.”
Nea tersenyum sinis. “Habis tu kalau
Nea tanya mana yang lebih baik untuk Nea, papa rasa papa pilih siapa? Tak kan
Nea nak kahwin dua.”
“What
are you trying to say? Nea kena ingat. Bukan papa yang pilih Izz tapi Nea. So, sama ada Izz baik untuk Nea atau
tak, Nea dah pilih Izz. Siapa yang papa pilih dah tak penting.”
“Papa yang buat Nea pilih Izz.”
Tan Sri Hisyam mengecilkan matanya.
Wajah Nea di renung dengan penuh rasa curiga. Sepertinya dia dapat menangkap
sesuatu dari riak wajah anaknya itu. “Do
you love Izz?”
Nea diam. Tidak lama, dia bersuara.
“Tak.” Ya. Dia harus menamatkan semua ini. Sudah tidak sanggup rasanya mahu
menanggung akibat dari perbuatan sendiri.
“Apa?!”
“Ya. Nea tak cintakan Izz.”
“Nea cakap apa ni?” Tanya Tan Sri Hisyam
dengan nada keras.
“Nea tak nak Amir. Sebab tu Nea tipu
pasal Izz. Kami tak bercinta pun,” beritahu Nea.
Pantas Tan sri Hisyam memegang kuat
lengan Nea.
“Pa…
tangan Nea sakit,” adu Nea.
“Tak sangka Nea sanggup menipu. See, I told you. Tak salah papa lebih
percaya Halim dari Nea,” kata Tan Sri Hisyam lalu melepaskan lengan Nea.
“Kenapa mesti sebut nama abang
Halim? Pa, dia tu orang luar. Tak perlu bandingkan Nea dengan abang Halim.”
Tan Sri Hisyam terus bangkit dari
kerusi. “Nea mengaku dekat papa ni sebab nak papa batalkan perkahwinan Nea ke?”
“Nea… Nea tak fikir macam tu,” balas
Nea. Dia mengaku kerana sudah tidak sanggup menghadapi hari-hari yang sukar
menanti hari perkahiwnannya. Tidak pula terfikir untuk meminta Tan Sri Hisyam membatalkan
majlis tersebut. Lagipun kalau dia minta, bukan boleh dapat.
“Baguslah kalau macam tu sebab papa
tak ada niat pun nak batalkan perkahwinan Nea. Nea yang pilih Izz. Jadi lepas
ni pandai-pandailah Nea uruskan sendiri. Papa dah tak nak campur,” kata Tan Sri
Hisyam selajur berlalu meninggalkan Nea.
Nea meraup wajahnya. Walaupun beban
di hati sudah sedikit kurang tapi tetap tidak dapat hilang sepenuhnya. Entah
bila akan hilang. Dia hanya mampu menunggu.
***
“Sorry
aku lambat,” kata Izz.
Amir mengangkat kepala. “It’s okay. Duduklah.”
Izz tersenyum sebelum menarik kerusi
di hadapan Amir. Terkejut juga ketika setiausahanya memberitahu bahawa Amir
Isyraf mahu berjumpa. Mereka bukannya ada urusan perniagaan pun. Jauh sekali
urusan peribadi. “Kenapa kau nak jumpa aku? Nak bincang pasal business?”
“It’s
not about business.”
“Then
what?”
“Aku dengar tarikh perkahwinan kau dengan
Nea di cepatkan.”
Izz mengeluh perlahan. Dia nak cakap
pasal tu ke? Bosannya! “Yup. Lusa. Jemputlah datang.”
“Aku tak janji.”
“Oh, tak apa. Aku tahu kau busy,” balas Izz.
Amir tersenyum hambar. “Can I ask something?”
“Sure.”
“Kau dengan Nea, betul-betul
bercinta ke?”
Izz tersentak. “Apa hak kau tanya
soalan tu?”
“Nothing.
It just kalau kau tak serius dengan
dia, tinggalkan dia. She deserve someone
better,” kata Amir penuh makna.
“Jadi maksud kau aku tak cukup bagus
untuk dia? Okey kalau macam tu, bagitahu aku siapa yang cukup bagus untuk Nea?
Kau? No, I don’t think so. Aku tahu
aku tak cukup bagus tapi aku tahu yang aku lebih bagus dari kau,” balas Izz
geram. Ada hati mamat Amir ni mahu mengutuknya dan mengatakan dia tidak bagus.
Cermin diri dululah!
Amir tergeleng-geleng. “Aku tahu kau
lebih bagus dari aku. Sangat-sangat bagus. But
I love Nea more than you love her.”
Izz tersenyum sinis. “Siapa nak
percaya kata-kata playboy macam kau?
Kau boleh kata cinta pada mana-mana perempuan yang kau nak termasuk Nea.”
“Tapi cinta aku pada Nea ikhlas.”
“Ikhlas? Entahlah Amir. Susah aku
nak cakap,” sinis Izz berkata.
“Kau? Ikhlas cintakan Nea?” Tanya Amir.
Soalan maut! Ah, nak jawab apa ni?
Izz jadi rimas. “Aku ikhlas atau tak, itu bukan masalah kau.”
“Yes,
that’s my problem. Kalau kau tak cintakan Nea, lepaskan dia. Aku ada.
Walaupun dia tak suka aku at least
aku boleh cuba untuk menangi hati dia.”
Izz mengetap bibir. Berlagak bagus
pula mamat ni! “Aku cintakan dia. Dan aku tak kan lepaskan dia untuk kau. It’s that clear Amir Isyraf?”
Amir ketawa perlahan. Kopi yang
terhidang di atas meja di hirup perlahan. “Good
to hear that.”
“Kalau tak ada apa-apa lagi, aku nak
balik office,” kata Izz.
“Okey. Just remember one thing. Kalau kau tak nak Nea, bagitahu aku. Aku sanggup
terima dia walaupun sejuta kali dia tolak aku.”
Izz hanya melemparkan senyuman
tipis. Setelah itu, laju sahaja dia meninggalkan Amir dengan hati yang panas
membara. Amir seolah-olah meperkecilkannya. Macamlah dia tak layak untuk Nea. Setakat
menang cinta belum tentu akan menjamin kebahagiaan.
Amir pula hanya memandang langkah Izz
yang semakin jauh. Sukarnya mahu menghadapi semua ini. Seolah-olah hatinya
telah hilang separuh. Mahu menangis, dia lelaki. Lelaki yang punya
segala-galanya. Rupa paras, harta, kedudukan. Masa mahu menangis hanya kerana
gagal mendapatkan Nea. Siapa Nea? Apa yang hebat tentang gadis itu sehingga
boleh membuat dia membazir air mata? Ah! Cinta. Cinta yang telah membuat Nea hebat di
hatinya. Juga di mata.