Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,095
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Tan Sri Hisyam diam tidak terkata. Berita yang Amir sampaikan benar-benar mengejutkannya. Puas di ingat dan di raih kembali ingatannya terhadap tindak tanduk Nea dan Izz. Tapi tiada satu pun yang mampu untuk dia kaitkan. Nea bercinta dengan Izz. Macam mana dia boleh langsung tidak tahu? Mungkin Nea takut untuk berterus terang. Kalau benar, ternyata ia bukan salah anak itu tapi dia. Dia yang meletakkan sempadan di antara mereka anak beranak sehingga terciptanya jurang yang tidak sepatutnya. “Susah uncle nak percaya.”

“Saya pun,” balas Amir.

“Habis tu sekarang Amir nak buat apa?” Tanya Tan Sri Hisyam.

“Bukan saya tapi uncle.”

“Maksud Amir?”

Amir memandang wajah Tan Sri Hisyam yang nampak bingung itu. “Uncle pilih saya atau Izz. Semua keputusan di tangan uncle. Saya yakin siapa saja yang uncle pilih, Nea kena terima. ”

Tan Sri Hisyam tersentak. Ya, dia yang memulakan semua ini. Jadi dia juga yang patut mengakhirinya. Namun ia bukan semudah dengan hanya memilih satu nama. Ikut kemahuan hati, memang Amir calon yang sesuai. Tapi dia seorang papa. Bohonglah kalau dia tidak mahu anaknya hidup dengan orang yang di cintai. Lebih-lebih lagi lelaki itu Izz. Anak kepada sahabat baiknya sendiri. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu sibuk-sibuk mahu ambil tahu tentang latar belakang bakal menantunya.

Uncle…”

“Err…” Tan Sri Hisyam berperang dengan perasaan sendiri. Kemahuannya atau kebahagiaan Nea? Mana satu yang harus dia pilih?

Think it carefully. Saya tak nak uncle menyesal bila keputusan dah di buat. Saya bukan nak cakap besar tapi kalau uncle pilih saya, saya janji kemewahan dan kebahagiaan dunia milik uncle dan Nea.”

“Macam mana dengan kebahagiaan akhirat? Amir mampu janji?” terus Tan Sri Hisyam bertanya. Baginya anak muda ini angkuh dengan harta yang dimiliki. Agaknya lupa bahawa harta dunia adalah pinjaman Allah. Bila-bila masa saja nikmat itu akan di tarik.

Amir terdiam seketika. Ini soalan perangkap! Dan jawapannya mungkin boleh jadi sebab dia di pilih atau sebaliknya. “Saya… saya tak janji. Tapi bila saya kata saya akan berubah untuk jadi yang lebih baik, maknanya saya betul-betul akan berubah.”

Tan sri hisyam mengeluh perlahan. Izz atau Amir? Kedua-duanya layak untuk menjadi menantunya. Di saat ini, dia harus menimbang segala baik dan buruk. Dia tahu mungkin dia bukan papa yang terbaik untuk Nea. Jadi dia mahu Nea mendapat suami yang terbaik agar anaknya itu akan bahagia dunia dan akhirat.

***

“Apa semua ni uncle?” Tanya Shasha. Dia tidak puas hati dengan semua yang telah menimpa dirinya. Ianya sungguh tidak adil!

Tan Sri Khalid menggaru kepala yang tidak gatal. Dia juga bingung. Shasha menerjahnya dengan satu berita yang langsung tidak terjangkau dek akal fikirannya. “Uncleuncle pun tak tahu apa-apa pasal hal ni.”

Shasha mendengus keras. “Shasha tak sukalah! Depan Shasha, Izz kata dia benci dengan nea. Tapi dekat belakang, rupanya sayang.”

“Izz main-main agaknya kata dia bercinta dengan Nea.”

“Main-main apanya uncle. Bukan Shasha je dengar tau. Tapi Amir pun ada sekali.”

Tan Sri Khalid diam. Kelakuan Izz dan Nea biasa-biasa saja di matanya. Tidak mesra tapi tidak juga dingin. Entah bila pula mereka berdua itu bercinta.

“Janganlah diam uncle. Tolonglah shasha,” ujar Shasha.

“Sekarang ni uncle dah tak tahu sama ada perkahwinan Izz dengan Shasha akan berjalan ikut perancangan atau tak,” kata Tan Sri Khalid. Salahnya kerana terburu-buru. Sepatutnya dia siasat dahulu tentang siapa yang ada di dalam hati Izz. Bukan main redah saja. Betul juga kata isterinya. Dia terlalu terpengaruh dengan Hisyam untuk dapatkan menantu dan punya cucu. Sekarang, semuanya sudah jadi kacau. Tapi rasanya sahabatnya itu juga sudah tahu tentang ini. Pasti perasaan mereka berdua sama saja sekarang. Rasa bersalah!

Shasha menjengilkan mata. “Jangan cakap dengan Shasha yang uncle nak batalkan perkahwinan kami pula.”

“Kalau ya macam mana?”

“Mana boleh uncle. Shasha dah bagitahu mama dengan papa yang uncle nak datang merisik bila dia orang balik dari Belanda nanti. Kalau uncle batalkan, apa Shasha nak jawab dengan dia orang?”

“Tak apa. Bukan salah Shasha, tapi uncle.Jadi biar uncle yang cakap,” kata Tan Sri Khalid.

Uncle dah bagi harapan pada Shasha dan sekarang uncle senang-senang nak tarik balik? No! Shasha tak kan biar uncle buat macam tu,” ujar Shasha.

Tan Sri Khalid membetulkan posisi duduknya di atas sofa. Mujur isterinya tiada di rumah. Kalau tidak, pasti Shasha akan menyerang isterinya dengan air mata. Isterinya itu memang pantang dengan air mata. Cepat tersentuh! “Shasha tak kesian dengan Nea dan Izz ke?”

Shasha tergelak sinis. “Sebelum Shasha kesian dengan orang lain, lebih baik Shasha kesiankan diri sendiri. Shasha ni dah macam orang teraniaya.”

“Okeylah macam ni. Shasha balik dulu. Nanti kita bincang lagi lagi hal ni. Uncle nak solat ni,” ujar Tan Sri Khalid beralasan. Walaupun ada lima belas minit lagi sebelum masuk waktu solat asar, hanya itu alasan yang boleh dia fikirkan ketika ini. Keberadaan Shasha di rumahnya membuat kepalanya sakit.

“Yalah, Shasha balik. Tapi ingat tau uncle, Shasha yang paling layak untuk Izz. Bukan perempuan tu.” Shasha sempat berpesan sebelum berdiri dan menuju ke pintu utama.

Tan Sri Khalid hanya memerhati langkah Shasha sehingga hilang dari pandangan matanya. Setelah itu, telefon bimbitnya di capai dan dia segera mendail nombor Tan Sri Hisyam. Tidak lama, panggilannya bersambut. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Rasanya aku tahu kau nak cakap pasal apa,” jawab Tan Sri Hisyam di hujung talian.

“Yalah. Betullah tu. Shasha baru je balik lepas bagitahu aku cerita yang mengejutkan ni.”

Tan Sri Hisyam tergelak. “Amir pula bagitahu aku semalam. Cuma aku tak tahu macam mana nak bagitahu kau. Tengok-tengok, kau dah call dulu.

“Rasa macam aku dah salah buat keputusanlah,” adu Tan Sri Khalid.

“Bukan aku tapi kita,” balas Tan Sri Hisyam.

“Jadi apa keputusan kau?”

“Aku… tahu kita kawan dah lama. Sejak dari zaman bujang lagi.” Tan Sri Hisyam berhenti bercakap dan menyambungnya tidak lama kemudian. “Tapi itu tak bermakna yang aku nak berbesan dengan kau.”

Tan Sri Khalid ketawa. Jawapan itu memang nampak seperti Tan Sri Hisyam. “Aku tahu dan aku tak salahkan kau. Lagipun kita tak dengar dari mulut tuan punya badan lagi. Jadi mana boleh kita buat keputusan sekarang.”

“Kau pula nak ke Nea jadi menantu kau?” Tanya Tan Sri Hisyam.

“Aku tak kisah. Tapi bila mengenangkan Borhan, rasanya aku tak boleh abaikan Shasha. Kau tahulah Borhan kalau dah naik hantu, tak boleh nak di kawal. Aku ni silap-silap boleh kena saman malu.”

Tan Sri Hisyam mengiyakan. Siapa yang tidak kenal dengan sikap Tan Sri Borhan. Sikit-sikit saman. Sikit-sikit saman. Agaknya sudah berkepuk duit hasil kes saman yang di menanginya di dalam bank.

“Tak apalah. Nanti kita bincangkan lagi. Kau pun fikir-fikirkanlah. Tak rugi jadi besan aku,” seloroh Tan Sri Khalid.

“Tapi lagi rugi kalau aku tak berbesan dengan Tan Sri Ahmad,” balas Tan Sri Hisyam yang akhirnya mencetuskan tawa mereka.

Setelah berbalas ucapan salam, mereka sama-sama merenung siling. Cuba mencari jawapan yang terbaik agar tidak salah membuat keputusan. Tidak lama, azan asar berkumandang dari masjid berhampiran. Lalu keduanya bergegas untuk mengambil air sembahyang dan menghadap Maha Pencipta. Mereka mahu bermunajat minta di permudahkan segala urusan dunia dan juga akhirat.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman