“Assalamualaikum
pa,” sapa Izz pada Tan Sri Hisyam yang sedang bersarapan pagi. Nea mengekorinya
dari belakang. Tapi isterinya itu hanya diam. Langsung tidak menyapa mahupun memandang
wajah papanya. Tan Sri Hisyam juga sama. Mereka bagaikan dua orang asing yang
berada dalam satu tempat yang sama.
“Waalaikumsalam. Duduklah Izz,”
balas Tan Sri Hisyam dengan senyuman lebar.
“Papa tak keluar ke hari ni?” Tanya
Izz.
“Izz?”
“Err…” Izz memandang Nea yang sedang
menyudu nasi goreng ke dalam pinggannya. “Tak tahu lagi.”
“Kalau tak keluar, papa ingat nak
ajak Izz keluar dengan papa.”
“Boleh juga. Sayang tak kisah kan
kalau abang keluar dengan papa?”
Nea menggeleng. Pentingkah jika dia
kisah atau tidak? Izz pun… sesuka hati berabang dan bersayang. Pasti mahu
mengaburi mata papa. Tapi apa guna panggilan itu. Bukannya papanya tidak tahu
keadaan sebenar.
“Izz cuti berapa lama?” Tanya Tan
Sri Hisyam. Sesekali matanya mengerling Nea yang langsung tidak bersuara sejak
dari tadi.
Izz mengetap bibir. “Esok Izz masuk
kerja.”
Tan Sri Hisyam terkejut. “Esok? Tak
ambil cuti? Bila nak honeymoon?”
“Honeymon?”
Izz menggaru kepalanya. Dia hanya fikir pasal kahwin saja. Tidak terfikir pula
tentang bulan madu. “Tak tahu lagi. Kita orang belum decide pun.”
“Tak payah decide.
Ambil ni. Esok tak payah pergi kerja. Perkasa Group akan tetap berjalan macam
biasa walaupun Izz tak ada. Tak lama pun. Empat hari je,” kata Tan Sri Hisyam.
Perlahan-lahan sampul di atas meja
di ambil. Apabila isinya di keluarkan, melopong mata Izz. Tiket penerbangan berserta
pakej bulan madu di Venice, Itali. Wow! Hebat! “Apa ni pa?”
“Hadiah dari papa. Jadi esok tak
payah fikir pasal pejabat. Cuma fikir pasal honeymoon.
Okey?”
Izz tersengih kelat. Nea pula hanya
berlagak selamba. Venice. Satu tempat yang memang terlalu mahu di kunjungi.
Tapi pergi bersama Izz. Entahlah. Dia tidak rasa keterujaan itu hari ini.
Tambah-tambah lagi dengan sikap endah tak endah papa. Terasa seperti dia tidak
wujud di ruang makan ini.
***
Mundar-mandir Nea menunggu di dalam
bilik. Sudah pukul 9.00 malam. Tapi bayang Izz masih tidak kelihatan. “Mana
papa bawa Izz ni?”
Tidak lama, pintu terbuka dari luar.
Nea menoleh. Izz masuk dengan wajah yang sedikit penat.
“Kau dari mana?” Tanya Nea.
“Kau tunggu aku ke?” Izz sudah duduk
di atas sofa. Penat mengikut Tan Sri Hisyam ke sana ke mari. Macam dia menantu
perempuan! Mula-mula ke kafe bertemu kawan-kawan bapa mertuanya. Selepas itu,
bermain golf dan manunggang kuda juga bersama kawan-kawan bapa mertuanya.
Pendek kata, ia adalah seperti sesi memperkenalkan menantu.
“Ya, aku tunggu kau.”
Izz tersengih. “Tunggu sebab nak
jadi isteri yang baik ke atau ada sebab lain?”
Nea mengetap bibir. “Aku nak bincang
dengan kau pasal…”
“Oh,
jadi maknanya bukan sebab nak jadi isteri yang baiklah? Macam ni, perbincangan
selalunya lama. Jadi apa kata bagi aku mandi dan solat dulu. Lepas tu nanti
baru kita bincang. Okey?”
“Tapi…” Nea tidak jadi mahu
membantah apabila melihat tampang Izz yang letih dan tidak selesa itu.
“Pergilah. Tapi lepas tu kita bincang.”
“Tahu,” balas Izz. Dengan malas, dia
bangun dari sofa dan terus berlalu ke bilik air.
Nea pula terus menuju ke katil.
Novel yang terletak di atas meja kecil di tepi katil, di capai dan di baca. Suamiku, Encik Sotong
karya Syikin Zainal. Tapi... Suamiku, Encik Tenuk. Pantas Nea tergelak dalam hati.
Kelakarnya!
“Kau nak bincang apa?”
Nea tersentak. Izz sudah duduk di
sebelahnya. Entah bila lelaki itu selesai mandi dan solat. Kemudian, novel di tangan
di letak kembali di atas meja. “Aku nak bincang pasal honeymoon kita.”
“Yalah! Honeymoon. Kau dah kemas baju ke?”
“Tak.”
Izz terkejut. “Tak? Habis tu bila
nak kemas? Esok? Sempat ke?”
Nea mengeluh perlahan. “Aku tak
kemas sebab aku tak nak pergi.”
“Tak nak pergi? Kenapa?”
“Saja.”
Bulat mata Izz. “Saja? Nea, boleh
tak bagi alasan yang kukuh sikit.”
“Aku…” Nea terdiam seketika. “Okey.
Aku memang teringin nak honeymoon
dekat Venice. Tapi masalahnya aku tak nak pergi dengan kau.”
“Kalau
kau tak pergi dengan aku, habis tu kau nak pergi dengan siapa? Dah nama pun honeymoon, kenalah pergi dengan suami.
Ke kau dah lupa yang aku ni suami kau?”
“Aku tahu tapi kau suami yang aku
tak cinta atau sayang. Jadi aku tak nak lah rosakkan tempat tu dengan kenangan
kita yang aku tahu tak kan manis.”
Izz mula berfikir. Ada benarnya juga
kata Nea. Bulan madu adalah masa yang patut di nikmati dengan penuh romantik
dan bahagia dengan pasangan masing-masing. Bukan sebaliknya. Dia sangat sedar
dan faham tentang keinginan Nea itu.
“Izz…”
“Kalau kau tak nak pergi Venice, kau
nak pergi mana?” Tanya Izz kemudiannya.
“Mana-mana je. Asalkan bukan Venice
dan bukan untuk bulan madu,” jawab Nea.
Izz mengehela nafas panjang sebelum
menghembusnya keluar. Dia bukannya mahu tunduk dan akur sahaja pada kata-kata
isteri. Tapi dia cuba untuk menjadi seorang suami yang rasional memandangkan
hubungannya dan Nea terbina bukan atas dasar cinta dan sayang. “Okey, kita tak
payah pergi. Tapi dengan sayarat.”
Nea mengerutkan dahi. “Syarat apa?”
“Tell
me the truth. Kau gaduh dengan papa ke?”
“Gaduh? Kau cakap apa ni?” Nea cuba
menutupi hal sebenar. Ah! Kenapa Izz tiba-tiba tanya soalan tu? Papa ada cakap
apa-apa dengan Izz ke?
“Come
on Nea. Sesiapa yang nampak pun akan tahu yang kau ada masalah dengan
papa.”
Nea meraup wajahnya. Ketara sangatkah
yang dia dan papa sedang dalam krisis? Nampaknya terlalu mudah untuk membaca bahasa
tubuh mereka. “Sebenarnya aku dah mengaku dekat papa yang aku tak cinta kau.
Kita cuma berlakon.”
Izz tersentak. “What? Kau bergurau kan?”
“Tak.”
“Habis tu masa kita nikah dan masa
kat meja makan tadi, papa kau tahu yang kita tak bercinta pun?”
Nea mengangguk.
“Kenapa kau tak bagitahu yang papa
dah tahu?” Bentak Izz
“Penting ke untuk kau tahu?”
“Sangat penting! Nea, kau buat aku nampak
macam orang bodoh tahu tak? Pura-pura mesra depan papa kau untuk nampakkan yang
kita ni betul-betul bercinta. Tapi hakikatnya papa kau tahu yang semua tu cuma
lakonan. Huh! I’m so stupid!”
Nea sekadar menjungkit bahu. Izz
mahu marah atau apa, lantaklah! Dia malas mahu ambil peduli. Yang penting, dia
sudah mengakui kebenaran. Lalu dia terus merebahkan tubuhnya. Dia mahu tidur.
Izz mengerling Nea yang sudah
berbaring di sebelahnya. “Kau boleh tidur Nea? Kau tahu tak yang aku tengah
marah ni?’
Tiada respon. Nea memejam rapat matanya.
Izz mendengus. Namun sempat dia
berfikir. Kalau Tan Sri Hisyam tahu yang mereka hanya berpura-pura, kenapa
masih mahu menghadiahkan mereka pekaj bulan madu? Dan paling penting, kenapa
masih mahu menjodohkan mereka yang terang-terang sudah menipu? Ah! Persoalan
itu hanya mampu di jawab oleh Tan Sri Hisyam.