Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,076
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Humaira menggerutu di dalam hati. Perempuan berambut panjang dan memakai gaun paras lutut ini memang tidak faham bahasa melayu. Agaknya dia kena bercakap dalam bahasa siam baru perempuan ini boleh faham dengan kata-katanya. Sudah di kata bos ada meeting dan tidak mahu di ganggu, tapi masih saja memekik kata dia menipu. “Janganlah buat kecoh kat sini cik. Cik Nea memang tak nak di ganggu. Dia ada meetingdengan staf.”

“Aku peduli apa. Sekarang ni kau panggil dia keluar sebelum aku yang rempuh masuk bilik dia,” ujar perempuan itu.

“Kalau cik tak nak pergi, saya tak kan teragak-agak panggil guard untuk bawa cik keluar,” ugut Humaira.

Perempuan itu tergelak sinis. “Kau tak kan berjaya halau aku. Faham?”

“Eh, cik! Cik!” Kalut Humaira jadinya bila perempuan itu terus meluru masuk ke dalam bilik majikannya. Laju betul perempuan ni!

“Err.. cik Nea. Maaf. Saya dah kata yang cik Nea tak nak di ganggu…”

Nea mengerutkan dahi. Siapa pula perempuan yang kurang beradab ini? “It’s okay Maira,” ucapnya pada Humaira.

Humaira mengangguk sebelum menutup pintu bilik Nea. Semoga perempuan gila itu tidak akan bertindak gila kerana dari caranya, macam mahu mencari gaduh. Tingkahnya sangat tidak sopan.

“Awak berdua boleh keluar. Nanti kita sambung,” kata Nea pada dua orang stafnya. Setelah mereka keluar, Nea segera berdiri. “Silakan duduk cik.”

“Aku datang sini bukan nak duduk.”

Nea tersenyum. Walaupun berasa marah, dia tetap sabarkan hati. “Mungkin kita boleh bincang kat tempat lain. Yalah sebab saya tak rasa cik datang sini atas urusan kerja atau business.”

“Tak ada benda yang nak di bincangkan sebab aku bukan orang yang suka pada perbincnagan,” jawab perempuan itu kasar.

“Saya minta maaf tapi saya rasa saya tak ada urusan dengan cik. Mungkin cik kenal saya tapi saya tak kenal cik,” kata Nea.

Perempuan itu melangkah dua tapak ke hadapan. “Aku Julia. Girlfriend Amir.”

Nea tersentak. Julia girlfriend Amir. Tapi kenapa mencarinya? Carilah Amir! “Okey. Tapi kenapa cari saya?”

“Sebab kau, Amir tinggalkan aku. Kau ni memang tak tahu malu kan? Dah tak laku sangat ke sampai boyfriend orang pun kau nak kebas?” Tengking Julia.

“Saya rasa cik Julia dah salah faham. Saya tak pernah rampas boyfriend sesiapa.”

Julia mencebik. “Yalah tu. Orang kalau dah buat salah memang tak kan mengaku.”

“Apa bukti yang saya rampas Amir dari cik Julia?” Tanya Nea. Menuduh tanpa bukti memang tidak boleh di terima langsung.

“Bukti? Hey, hari ni dah berlambak gambar kau kat internet tu. Nak bukti apa lagi?”

Nea nampak terkejut. Gambar? Dia belum berkesempatan mahu menyemak ruangan gosip hari ini. Lagipun Humaira dan staf-staf di Daya Group juga senyap. Agaknya mereka takut dan hanya bercakap di belakangnya sahaja. “Saya tak tahu apa-apa pasal gambar yang cik Julia maksudkan.”

Stop being so innocent. Aku benci. Dengar ya betina, Amir tu milik aku. Dia hak aku. Jadi sebelum aku apa-apakan kau, lebih baik kau jauhkan diri dari dia.” Keras amaran yang Julia berikan.

“Saya tak ada hati pada Amir. Dan kalau betul dia milik cik Julia, suruh dia berhenti kacau saya,” balas Nea.

Julia mencerlungkan matanya. Kata-kata Nea itu seperti menggambarkan dirinya tidak cukup bagus untuk Amir sehinggakan lelaki itu mencari yang lain. Tak guna! “Amir tak kacau kau. Tapi kau yang kacau dia. Kau goda dia sampai dia tunduk pada kau.”

“Jangan kata dekat saya yang cik Julia tak tahu perangai Amir. Cik Julia yakin ke dia hanya keluar dengan saya? Dia boleh keluar dengan sepuluh perempuan. Mustahil cik Julia tak tahu? Atau sebenarnya cik Julia buat tak tahu sebab cuma nak duit dia?”

“Kurang ajar!” Pantas Julia melayangkan tangannya pada pipi Nea. “Aku cintakan dia. Aku sanggup serahkan segalanya untuk dia.”

Nea memegang pipinya yang terasa kebas. Oh! Aku benci kau Amir! “Kalau cik Julia cintakan dia, jaga dia baik-baik. Saya tak ingin dan tak nak dengan lelaki macam tu. Sebelum saya panggil guard, lebih baik kau keluar. Get out!”

Julia mendengus sebelum dia segera keluar dari bilik Nea. Nea yang di tinggalkan terus duduk di atas kerusi. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Bukan kerana sakit di tampar tapi kerana sakit hati dengan Amir. Ternyata lelaki itu penuh dengan kata dusta. Ketika mereka keluar makan bersama tempoh hari, Amir langsung tidak memberinya peluang untuk bercakap soal perkahwinan mereka. Setiap kali dia mahu membuka mulut, ada saja alasan Amir. Sudahnya, tiada perbincangan di antara mereka.

“Amir tak guna!” Bentak Nea sambil menghempas mejanya. Tidak seharusnya dia menjadi mangsa di sini kerana bukan dia yang bersalah. Bukan dia!

***

Nea duduk bersendirian di sebuah kafe petang itu. Sedih mengenangkan nasib diri yang tidak habis-habis di rundung malang. Mahu mengadu pada Nadra, sahabatnya itu nun jauh di Taiping. Ibunya tidak sihat. Zana pula outstation. Jadi tinggallah dia memendam rasa di sini. Mahu berkongsi rasa dengan papa, rasanya tidak. Selama ini, tidak pernah ada sesi meluah perasaan di antara dia dan Tan Sri Hisyam. Teman lelaki? Kalaulah dia punya. Bukan tidak pernah di dekati tapi dia tiada hati mahu bercinta. Sikap papa membuat dia malas mahu berfikir soal lelaki. Lalu dia menyembamkan wajahnya ke atas meja.

Seketika, kedengaran bunyi kerusi seperti di tarik. Pantas dia mengangkat kepala. Berkerut dahinya memandang empunya wajah yang sudah duduk di hadapannya itu. “Kau buat apa kat sini?”

“Beli ikan,” jawab Izz selamba.

Nea mengetap bibir. Bercakap dengan Izz memang menyakitkan hati.

“Teruknya muka kau? Betul-betul sebiji macam langsuir. Putus cinta ke?” Tanya Izz pula.

“Tak payah sibuklah!”

Izz ketawa perlahan. “Aku dah agak dah. Tu lah. Bercinta lagi dengan si Amir tu. Kan dah kena tinggal.”

“Siapa cakap aku bercinta dengan dia?”

“Internet yang cakap. Bersepah gambar kau dengan Amir. Lagipun aku pernah nampaklah kau keluar dengan dia. Untunglah dah glamour sekarang. Rasanya nama kau trending kat twitter ni.”

Nea mengeluh perlahan. Di pandangnya Izz lama. “Papa nak aku kahwin dengan dia.”

Izz tersentak. Pengakuan Nea sesuatu yang agak mengejutkan walaupun hakikatnya kenyataan itu tidak mustahil. Siapa yang tidak mahu bermenantukan anak jutawan seperti Amir Isyraf itu? Kalau dia ini anak dara, entah-entah dia juga akan di jodohkan dengan Amir. “Amir tu lelaki terhangat di pasaran. Confirmlah uncle Hisyam nak buat menantu.”

“Masalahnya aku tak suka dia. Kau pun tahu dia playboy kan? Silap-silap baru kahwin, dia dah cari girlfriend lain,” adu Nea. Walaupun dia dan Izz sentiasa bertelagah sejak zaman universiti lagi, tapi hakikatnya mereka boleh duduk bersama seperti tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun mereka akan sindir menyindir dan bergaduh sepanjang tempoh itu, tapi itulah mereka. Tidak sebulu bukan bermakna seorang harus ke timur dan seorang lagi harus ke barat.

“Pipi kau kenapa?” Tunjuk Izz pada pipi sebelah kiri Nea.

Girlfriend Amir serang aku kat office,” beritahu Nea tanpa berselindung. Dia tidak malu mahu mengakuinya di hadapan Izz. Setakat di ketawakan lelaki itu, dia sudah kebal.

Seriously? Hebat perempuan tu. Tak kan dia tak takut dengan langsuir kot?”

Nea mencerlungkan matanya. “Rasa macam nak bunuh tenuk pula lepas ni,” balas Nea sebal. Namun hatinya sedikit lega. Biarpun temapt meluah itu Izz, dia tidak kisah. Dia memang tidak boleh memendam masalah. Kecualilah masalahnya dengan Tan Sri Hisyam. Dia tidak mahu sampai orang luar tahu apa yang sedang berlaku di dalam keluarganya.

Izz ketawa geli hati. Kadang-kadang duduk dengan musush sendiri, ada juga seronoknya. Walaupun tidak mesra, tapi mereka boleh jujur tanpa berfikir mahu menjaga hati masing-masing.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman