Belum
sempat Izz membuka pintu bilik, Nea sudah terlebih dahulu membukanya dari
dalam. Izz tersenyum. Namun tidak pada Nea. Wajahnya masam mencuka. Tanpa
amaran, kaki kiri Izz di tendang sekuat hati. Sememangnya dia sudah merancang
mahu melakukan itu sebelum Izz menjejakkan kaki ke biliknya.
“Aduh!! Apa ni Nea?” Jerkah Izz.
Pantas tangan Izz di tarik masuk ke
dalam bilik. Setelah itu, pintu di tutup dan terus di kunci. “Tak payahlah
jerit-jerit. Macam perempuan!”
“Dah sakit, aku jeritlah. Tak kan
nak ketawa pula?”
“Itu hukuman untuk kau,” kata Nea.
Izz mengerutkan dahi. “Kau merepek
apa ni? Hukuman apa?”
“Hukuman untuk semua salah yang kau
dah buat. Salah yang pertama, sebab kau kita kena kahwin hari ni. Kedua, sebab
kau sesuka hati peluk aku masa majlis nikah tadi. Ketiga, anggap itu sebagai
tiket untuk kau masuk dalam bilik aku.”
“Suka hatilah. Malas aku nak layan,”
balas Izz lalu menghampiri katil bersaiz queen bercadar ungu itu. Kemudian, di
perhati keadaan di sekeliling bilik. Bersih, kemas dan cantik. Tapi… “Perempuannya
bilik kau ni,” komennya.
Nea mengetap bibir. “Ni bilik
perempuan. Jadi dah tentu bilik pun macam perempuan.”
“Tak adalah. Tapi bilik kau ni
nampak lembut sangat. Macam tak kena pula dengan kau. Aku tak lah kata kau ni
ganas but you know. Kau tengah-tengah. Tak ganas, tak lembut. Tapi mungkin
ganas tu lebih sikit,” balas Izz.
“Lebih baik kau tutup mulut sebelum
aku halau kau keluar,” kata Nea sebal. Setelah itu, dia terus naik ke atas
katil dan menarik selimut hingga ke paras dada.
Izz memerhati saja tingkah Nea.
Memang ganas! Tapi ada sesuatu yang dia musykil. “Aku… pelik.”
“Pelik apa?” Tanya Nea dengan mata
terpejam.
“Selalunya dekat dalam drama,
pasangan yang kena kahwin paksa mesti tidur asing. Sorang kat bawah, sorang kat
atas. Tapi kau tak cakap apa-apa pula. Atau pun kau nak aku faham-faham
sendiri?”
Nea membuka mata sebelum duduk dan memandang wajah Izz yang nyata
mahukan jawapan. “Aku tak nak jadi pasangan yang macam dalam drama. Aku tahu
kita kena kahwin paksa. Tapi aku nak cuba jadi isteri yang baik untuk kau. Dan
percubaan tu bermula dengan kau boleh tidur sebelah aku. Aku tak kan minta kau
tidur tempat lain kecuali kau sendiri yang nak.”
Izz tersengih. “Kau… tak takut ke?”
“Takut apa?”
“Takut…” perlahan-lahan Izz mula
memanjat katil dan duduk berdekatan dengan Nea. Bibirnya sudah tersenyum nakal.
“Takut… aku apa-apakan kau?”
“Kau nak apa-apakan aku ke?” Soal Nea
berani. Ah! Dia sudah berlatih dua hari untuk ini. Dia tidak boleh nampak lemah
di hadapan Izz.
“Rezeki dah ada depan mata. Tak kan
nak tolak?” Mata Izz mula redup. Hujung rambut Nea di pegang kejap.
Nea menelan liur. Izz dah gila! Ya
Allah, apa aku nak buat ni? “Aku… aku dah agak dah.”
“Apa?”
“Kau memang suka aku. Tapi tak nak
mengaku. Dekat luar kutuk aku. Tapi dalam hati, cinta sangat-sangat dekat aku.”
Izz mencerlungkan matanya. Hajat
mahu mengenakan tapi dia pula yang terkena. “Aku memang suka kau.”
Nea tersentak.
“Tapi… masa tu mesti aku tengah
gila. Tak tahu nak beza yang baik dan buruk,” sambung Izz.
“Baik dan buruk?” Pastinya dia yang
buruk itu. Huh! Pantas saja bantal di sisinya di baling ke wajah Izz. “Tenuk
gila! Macamlah dia tu baik sangat.” Kemudian, Nea kembali merebahkan diri
sebelum mengiringkan badan ke kiri. Selimut di tarik menutupi seluruh tubuhnya.
Izz ketawa perlahan. Di pandang Nea
yang sudah rupa hantu bungkus itu. “Aku memang baik pun.” Bantal kembali di
baling ke wajah Nea yang terselindung di balik selimut. Tanpa menunggu lama,
dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai mandi, dia
kemudian besolat isyak sebelum kembali ke katil. Ketika itu di lihatnya Nea
sudah tidur nyenyak. Langsung tidak sedar dengan kehadirannya.
“Semalam aku tidur sorang. Hari ni,
dah berdua. Rasa betul-betul macam mimpi,” ucapnya perlahan. Wajah Nea yang
sudah berpaling ke arahnya di amati. Tiba-tiba saja dia menguntum senyum.
“Kau
ni… cantik juga kan. Macam manalah aku boleh kata kau langsuir,” ujarnya.
Setelah itu, dia ikut merebahkan diri di sebelah Nea. Badannya terasa sangat
lelah.
***
Perlahan-lahan Nea membuka matanya.
Dan soalan pertama yang muncul di kepala, mana izz? Bingkas dia duduk di atas
katil. Matanya meliar ke sofa. Kosong! Jadi Izz tidur di mana? Lalu dia bangun
untuk mencari. Namun belum jauh dia melangkah, tubuh izz kelihatan sedang
berbaring di tepi katil. “Dia tidur bawah?”
Pantas
Izz di dekati. “Izz,” panggilnya.
Namun Izz kaku di balik selimut.
“Izz, bangunlah. Izz.” tubuh Izz di
cucuk-cucuk dengan jari telunjuk.
Tetap kaku. Izz tidur mati!
“Izz!!” Jerit Nea. Apabila lelaki
itu masih tidak bergerak, Nea segera berdiri. Sayup-sayup azan kedengaran
membuatkan dia terus menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Sekembalinya
dari bilik mandi, telekung di sarung ke tubuh. Setelah itu, dia kembali menghampiri
Izz dengan sebiji bantal di tangan.
“Bangun!!” Bantal yang ada di tangan
di hempas ke wajah Izz.
Izz yang terkejut pantas bangun dari
tidur. Tatkala terlihat wajah Nea, dia menjerit. Mengengsot sedikit dia
menjauhi Nea yang berpakaian serba putih itu.
“Dah buang tabiat ke menjerit
pagi-pagi ni?” Tanya Nea.
“Yang kau pakai macam ni kenapa?”
“Subuh. Kenapa kau tidur bawah?”
Izz mendengus. “Good question. Kau tidur… ganas gila! Berapa kali kau tendang aku?
Dan berapa kali kau letak tangan kau kat atas aku? Banyak kali Nea. Banyak
kali. Boleh percaya tak? Macam mana seoarang perempuan boleh tidur macam tu.”
Nea buat muka tidak percaya. Nak
menipu akulah tu! “Aku tak percaya. Kau kalau bab nak mengenakan aku, memang
nombor satu.”
“Dah agak dah. Aku berani kerat jari
kalau kau percaya apa yang aku cakap walaupun hakikatnya semua yang aku cakap
tu satu kebenaran. Kalau nak, aku boleh rakam macam mana ganasnya kau tidur.”
“Dah lah. Tak nak dengar,” kata Nea
lalu menutup kedua belah telinganya dengan tangan.
Pantas Izz menarik tangan Nea yang
di litupi kain telekung itu. “Kau kena dengar sebab aku akan tidur dengan kau
untuk seumur hidup. Dah, tunggu aku. Kita solat sama-sama.” Tangan Nea di
lepaskan dan dia berlalu ke bilik mandi.
Dan subuh itu, buat pertama kali
mereka solat berjemaah. Usai berdoa, Nea terus menghulur tangan untuk bersalam
dengan Izz. Izz mengangkat kening.
“Salam,” kata Nea.
“Oh.” Pantas Izz menyambut huluran
tangan Nea. Namun apabila Nea mahu menarik tangannya, dia menggenggamnya dengan
lebih erat. “Kenapa?”
“Kenapa apa?’
“Ni,” kata Izz sebelum memandang ke
bawah.
“Aku kan nak jadi isteri yang baik,”
jawab Nea lalu menarik tangannya.
Izz tersenyum. “Tapi kalau nak jadi
isteri yang lagi baik, kenalah tunaikan permintaan suami. Faham kan?”
Nea mengetap bibir. “Kecuali yang
tu.” Pantas dia berdiri dan menanggalkan telekung yang di pakai. Izz pula sudah
melambakkan tawa. Dia juga tidak mahu kalau Nea tidak rela. Tunggulah dua-dua
rela. Yang pasti rela akan datang sendiri kalau hati sudah cinta. Tapi tentulah bukan sekarang atau hari-hari mendekat.