Iphone yang
berbunyi di biarkan sahaja. Dia malas mahu bercakap dengan Amir ketika ini.
Tamparan wanita dari Julia masih tebal di hatinya. Walaupun berpuluh kali Amir
menghantar pesanan ringkas memohon maaf atas tindakan Julia, dia peduli apa! Maaf
saja tidak cukup. Dia mahu lebih. Dia mahu Amir berhenti mengganggunya dan
berhentikan niat mahu berkahwin dengannya. Kalau itu dapat di tunaikan, dia
dengan senang hati akan melupakan apa yang telah berlaku.
Tidak
lama, jam di tangan di kerling. Waktu makan tengah hari hanya tinggal beberapa
minit saja lagi. Lantas beg tangan di capai sebelum dia melangkah keluar dari
bilik. Nampaknya terpaksalah dia masuk lambat sedikit petang ini. Butang lif di
tekan sebelum dia memboloskan diri ke dalam perut lif. Saat pintu lif terbuka
di tingkat bawah, Nea tergamam.
“Nea…”
Nea
mengetap bibir. Tidak cukup dengan mengganggunya di telefon kini muncul pula di
Daya Group. Amir ini memang tidak suka melihat orang senang sedikit agaknya.
Tanpa mempedulikan kehadiran lelaki itu, dia pantas melangkah.
“Nea.
Tunggulah kejap,” kata Amir sambil memaut lengan Nea.
Langkah
Nea terhenti sebelum menarik kasar lengannya. “Jangan kacau I!”
“Nea,
I minta maaf. I tak sangka yang Julia akan serang you. But trust me, I dengan
dia dah lama putus,” terang Amir.
“Cakap
je lah apa-apa Amir. I don’t care.”
“I…
I sayang you.”
Nea
tersentak namun perasaannya lekas di matikan dari terus di buai dengan sepatah
perkataan itu. “Ingat I akan tertipu dengan you?”
Lalu Nea meneruskan langkahnya dengan lebih pantas. Tanpa sedar, tubuhnya
terlanggar seseorang. Dia pantas mendongak.
“Nea!”
Panggilan
dari Amir itu membuat Nea semakin rimas. Dan dalam tempoh beberapa saat,
perlakuannya terlebih dahulu bertindak mengatasi akal fikirannya.
Izz
membulatkan mata bila Nea merangkul kemas lengannya. Si langsuir ni dah hilang
akal ke apa?
Amir
berhenti menapak. Ada kerutan yang jelas timbul di dahinya. “Apa semua ni Nea?”
“I
tahu you kenal Izz. Tapi hari ni you bukan saja akan kenal dia sebagai
CEO Perkasa Group tapi juga sebagai boyfriend
I,” jawab Nea. Di pandangnya tepat ke anak mata Amir. Dia tidak mahu lakonannya
dapat di hidu oleh lelaki itu. Reaksi Izz? Jangan cakaplah! Nampak sangat
terkejutnya sehingga kelihatan seperti biji mata mahu tersembul keluar.
“Boyfriend you? Tapi uncle Hisyam
cakap yang you tak ada sesiapa.”
“I
dengan Izz memang rahsiakan hubungan kami. Tapi bila keadaan dah jadi macam ni,
I terpaksa berterus terang. Sebab tu I tak nak you kacau I sebab I tak kan pernah cintakan you. Cinta I hanya untuk Izz,” tegas Nea.
“What?
You couple dengan Izz?” Pekik Shasha yang tiba-tiba muncul di situ.
Nea
menggigit bibir. Argh! Semuanya sudah jadi serabut. Tidak sepatutnya tenuk
betina ini ada di sini. Dia hanya mahu mengelak dari Amir. Bukan menambah
masalah dengan Shasha.
“Apa
semua ni Izz?” Tanya Shasha garang. Meluap-luap kemarahan yang terpancar pada
wajahnya ketika ini.
Mulut
Izz bagaikan terkunci. Kini semua mata tertumpu ke arahnya. Menanti jawapan
yang sebenar-benarnya.
“Lebih
baik you cakap sebelum I naik hantu
kat sini,” ugut Shasha.
“I…”
Izz menghela nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan-lahan. Alang-alang
sudah sampai sini, baik dia teruskan saja. “I tak ada benda nak cakap sebab you dah dengar semua dari mulut Nea.”
“How dare you Izz!” Bentak Shasha. Rasa
mahu di lempang wajah Izz saat itu.
“I’m sorry. Jom sayang.” Pantas Izz
menarik tangan Nea. Nea yang tergamam hanya mengikut langkah Izz.
“Izz!
Izz!” Nyaring suara Shasha memanggil. Namun Izz sudah jauh di hadapan. Kemudian
di hentak-hentak lantai tempat dia berpijak kini. “Tak guna!” Setelah itu, laju
langkahnya keluar dari Daya Group.
Amir
pula hanya diam tanpa sepatah kata. Mimpikah semua ini? Tidak! Ini kenyataan
kerana hatinya rasa sangat sakit. Seperti di siat-siat dengan pisau belati.
Kali pertama berperasaan sebegini buat dia sedar yang dia memang benar telah
jatuh cinta. Jatuh cinta pada seorang gadis yang tidak langsung mahu
memandangnya.
***
Izz
merenung wajah Nea. Makin tajam pandangannya, makin tajam juga pandangan mata Nea
terhadapnya. “Apa pandang aku macam tu?”
“Suka
hatilah!” balas Nea.
“Kau
kalau dah buat salah, buat macam orang yang buat salah,” kata Izz.
“Salah
apa?”
Izz
mengetap bibir. “Salah apa? Kau ni memang suka cari pasal dengan akulah. Tadi
tu, benda merapu apa kau cakap dengan Amir?”
Nea
meramas jarinya. Ah! Tidak perlu takut dengan Izz. Setakat tenuk ni, dia tak
heranlah! “Aku tak rancang pun semua tu.”
“Yalah
tu tak rancang. Ingat aku nak percaya?” Tempelak Izz.
“Betul
aku tak rancang. Semua tu spontan. Aku rimas bila dia kacau aku. Aku cuma nak
selamatkan diri dari dia. Dan kebetulan kau ada kat situ.”
“Oh
selamatkan diri? Jadi makananya sekarang ni aku dah jadi penyelamat kaulah?
Macam tu?”
“Tak
payah nak marah sangatlah. Kau pun dua kali lima je. Pergi mengaku dekat Shasha
yang apa aku cakap tu betul kenapa?” Kini, Nea pula yang menempelak.
Izz
tersentak. “Aku… aku nak tolong kaulah. Nanti kalau aku tak cakap macam tu,
penipuan kau tak menjadi. Kau patut bersyukur tau aku nak tolong kau.”
Nea
tersenyum sinis. “Kita dah kenal tujuh tahun. Bermusuh pun dah tujuh tahun.
Jadi aku tahu yang kau tak kan tolong aku. Terus terang je lah. Dengan aku pun malu
ke?”
“Kau
merepek apa ni?’
“Dah
lah Izz. Aku gelilah tengok kau berpura-pura macam ni.”
Izz
meraup wajahnya. “Okey. Papa aku nak aku kahwin dengan shasha. Tapi aku tak
nak. Aku buat macam tu tadi sebab aku nak dia give up dengan aku. Puas hati?”
“Kau
tiru alasan aku,” tuduh Nea. Dia juga mahu di jodohkan dengan Amir oleh papa.
Dia mengaku yang Izz kekasihnya di hadapan Amir kerana mahu lelaki itu mengalah
dan tidak menggganggunya lagi. Bukankah sama seperti cerita Izz?
“Aku
tak ada masa nak tiru alasan kau. Ingat apa? Hidup kau je yang ada drama?”
“Tapi
bukan kau couple dengan Shasha ke?”
“Tak.
Dia je yang selalu mengendeng dekat aku. Tapi sebenarnya, aku cuma anggap dia
kawan,” kata Izz.
Nea
membentuk bibirnya. “Tapi tak kanlah kau tak ada girlfriend? Mustahil CEO Perkasa Group ni tak laku?”
“Sedapnya
mulut mengata aku! Habis tu kau tu laku sangat ke?”
“Jangan
nak ulang soalan aku,” ujar Nea sebal.
Izz
mencebik. “Ada aku kisah?” Ada ke patut dia di kata tak laku? Dia laku. Cuma
gara-gara Shasha, dia jadi tak laku. Semua orang tahu dia dengan Shasha kerana
Shasha yang mahu begitu. Satu Malaysia sudah di canang gadis itu. Jadi siapa
yang berani mahu mendekatinya?
Nea
menjeling tajam. Setelah itu, mereka berdua diam. Tiada apa lagi yang mahu di
bualkan. Nyata masing-masing sudah setuju dengan perancangan ‘gila’ yang
tiba-tiba ini.