Ketika Nea
tiba di rumah, terkocoh-kocoh kak Rahimah mendekatinya. Katanya, Tan Sri Hisyam
mahu berjumpa di bilik bacaan. Nea akur tanpa banyak soal. Pasti papa mahu
menyambung kata yang terhenti di pejabat siang tadi. Sabarlah wahai telinga.
Kuatlah wahai hati. Sudah acap kali dia di marahi papa. Tak kanlah tak biasa
lagi? Ya! Dia sudah biasa. Semoga kata-kata itu akan menjadi azimat paling
ampuh buat dirinya.
Dengan
lafaz bismillah, pintu bilik bacaan di ketuk. Apabila tiada jawapan,
perlahan-lahan Nea menolak daun pintu yang tidak berkunci itu. Tahu Tan Sri Hisyam
pasti sedang melakukan sesuatu. Dan benar seperti telahannya. Di lihatnya
ketika itu Tan Sri Hisyam sedang leka membelek sebuah buku. Papa kalau tengah
buat sesuatu memang tak toleh kiri kanan! “Assalamualaikum papa,” sapanya.
“Waalaikumsalam,”
sahut Tan Sri Hisyam. Namun matanya masih terus melekat pada buku di tangan.
Nea
tersenyum hambar. Sama hambar seperti hubungannya dan juga Tan Sri Hisyam.
Kalaulah ada mama, mungkin suasananya tidak akan seperti ini. Tapi itu tidak
bermaksud yang dia menolak ketentuan Allah. Sesungguhnya setiap yang bernyawa
pasti akan mati. Cuma cepat atau lambat sahaja.
“Esok
papa nak Nea jumpa Puan Sakinah,” kata Tan Sri Hisyam lalu menutup buku yang
sejak tadi menjadi tatapan matanya.
Eh,
papa bukan nak marah soal pagi tadi tadi ke? Nea pelik. “Puan Sakinah? Siapa
tu?”
Tan
Sri Hisyam berdiri. Raut wajah Nea di pandang sekilas. “Macam mana nak tahu
kalau selama ni tak pernah ambil kisah pasal syarikat?”
Nea
telan liur. Dia tidak ambil kisah kerana dia tidak mahu bekerja dengan papa.
Dia mahukan kebebasan. Sama seperti ketika dia bergelar pelajar. Jauh dari
kongkongan papa. Tapi bila Tan Sri Hisyam kata A, maka dia tiada pilihan untuk
berkata B. Tapi bila akal gilanya datang, dia jadi suka dengan keadaan ini. Tidak
perlu kerja keras, tapi terus jadi bos besar. Hanya perlu belajar pandai-pandai
tentang hal-hal perniagaan.
“Esok
Izz ada sekali. Kalau tak tahu, tanya dia,” kata Tan Sri Hisyam.
“Izz?”
Nea terlopong. Kalaulah papa tahu betapa mereka bagai kucing dengan anjing,
pasti papa akan berfikir dua kali untuk berkata sebegitu.
“Jangan
lambat!” Itu amaran keras Tan Sri Hisyam. Membuat salah di hadapannya, dia
masih boleh terima. Tapi kalau di hadapan orang lain, itu sesuatu yang amat
teruk dan memalukan.
Nea
mengetap bibir. Walaupun tahu seperti apa jawapan Tan Sri Hisyam, dia tetap
mahu mencuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam… “Boleh tak
kalau Nea suruh Faizul je yang pergi? Lagipun Nea ada banyak lagi hal-hal
syarikat yang Nea kena ambil tahu. Banyak fail yang nea tak tengok lagi.”
Tan
Sri Hisyam yang sudah menghampiri pintu, menghentikan langkah. “Are you deaf Nea Khairina? Nama siapa
yang papa sebut tadi? You or Faizul?”
“Huh?
Err… sorry pa,” ujar Nea. Wajahnya
sudah tunduk memandang lantai marmar berwarna biru itu. Deaf? Kasarnya bahasa papa. Tapi ini kali pertamakah dia mendengar
kata-kata seperti itu? Tidak! Banyak kali. Malah ada yang lebih teruk lagi.
Tanpa
berlengah, Tan Sri Hisyam memulas tombol pintu dan terus keluar dari bilik
bacaan miliknya. Pintu di hempas kuat.
Nea tersentak. Di urut perlahan dadanya. Hari
ini cukup memenatkan baginya. Konon-konon esok bolehlah tenang sikit. Tapi
tidak! Harinya pasti akan jadi lebih teruk bila bertemu dengan si tenuk itu. Tensionnya!!
***
“Alhamdulillah.
Sekali lagi terima kasih sebab encik Izz dan cik Nea sudi menyumbang untuk rumah Cahaya Kasih. Kami tak pernah rasa terpinggir. Setiap tahun, kami di beri
rezeki dan kegembiraan. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik kamu berdua,”
ucap Puan Sakinah dengan senyuman gembira.
“Kami
senang hati dapat membantu puan,” ujar Izz.
Nea
hanya mengangguk. Rupanya Puan Sakinah ini pemilik rumah Cahaya Kasih. Daya Group
dan Perkasa Group bekerjasama untuk memberi sumbangan pada rumah anak yatim ini.
“Encik
Izz dengan cik Nea ni ada apa-apa ke?” Tanya Rosma, pembantu di rumah Cahaya Kasih.
Kata Puan Sakinah, Rosma memang selalu di bawa bersama jika suaminya tidak
dapat menemani.
“Rosma…”
tegur Puan Sakinanh. Nyata dia kurang senang dengan pertanyaan pembantunya itu.
Rosma
hanya tersengih. “Tak adalah kak. Saya tengok dia orang berdua ni sepadan.
Sama-sama ada rupa, sama-sama ada pangkat besar. Pendek kata, memang sesuai sangatlah.”
Izz
hanya ketawa. “Tak adalah cik Rosma. Kami cuma rakan business. Tapi terima kasih atas pujian tu. Mesti cik Nea suka. Yalah,
dia pantang di puji,” sindirnya sambil mengerling wajah Nea.
Puan
Sakinah dan Rosma melepaskan tawa kecil dengan sindiran yang di rasakan bagai
satu gurauan itu. Mahu ketawa berlebih-lebih, takut gadis muda di hadapan
mereka ini terasa hati.
Nea
mengetap bibir. Sempat lagi si tenuk ini mengutuknya. Tak profesional langsung!
Dan boleh pula ada yang ketawa. Apa yang kelakar? Rasa mahu marah sahaja ketika
ini. Tapi cuba di tahan sekuat hati. Jaga adab. Jaga perilaku. Jaga nama baik.
Tidak lama, dia juga ikut ketawa. “Betullah apa kata encik Izz tu. Saya tak
boleh orang puji saya lebih-lebih. Lagipun saya takut encik Izz terasa. Orang
jarang puji dia. Sebab tu bila dia kena puji, ada rasa pelik sikit.” Nea membalas
dengan sindiran juga. Dan hatinya puas saat melihat wajah bengang Izz.
Saat
itu, Puan Sakinah dan Rosma berpandangan. Mereka bagai dapat merasakan
ketegangan di sini. “Err… cepat betul masa berlalu kan? Dulu masa saya jumpa
cik Nea, cik Nea kecil lagi. Sekarang dah besar. Dah jadi perempuan yang cantik,”
ujar Puan Sakinah. Dia berusaha untuk menenangkan ketegangan yang mula di
rasakan ketika ini.
Nea
mengerutkan dahi. “Maksud puan, kita pernah jumpa sebelum ni?”
Puan
Sakinah terkedu. Niatnya hanya mahu membantu meredakan suasana. Bukan mahu
mengungkit cerita lama. Sepatutnya dia tidak menimbulkan tentang itu tadi. “Maafkan
saya cik Nea, encik Izz. Rasanya dah lewat sangat ni. Kami balik dululah,”
katanya. Soalan Nea tidak mahu di jawab.
“Yalah.
Sampaikan salam saya pada encik Bahar,” kata Izz.
Puan
Sakinah tersenyum sebelum mengangguk. Setelah itu, tangan di hulur untuk
bersalaman dengan Nea. Rosma juga turut melakukan hal yang sama. Dan tanpa
berlengah, mereka berdua pun berlalu dari situ.
Nea
hanya memerhati. Walaupun hatinya terlalu membuak-buak ingin tahu, keengganan Puan
Sakinah untuk menjawab soalannya dengan cara berhemah membantutkan niatnya. Pernahkah
dia melihat Puan Sakinah sebelum ini? Entahlah. Semuanya nampak kabur. Namun dia
tersentak bila merasakan ada air dingin yang mengalir di wajahnya. Siling bocor
ke? Tapi air hujan bau jus oren? Memang tak lah!
Lalu
wajah Izz di pandang tajam. Kalau bukan kerana si tenuk ini, siapa lagi? Habis
dia lencun dengan jus oren. Tak guna! Tapi reaksi dari Izz tidak seperti yang
dia harapkan. Lelaki itu nampak terkejut. Tapi kenapa? Bukankah sepatutnya Izz
sedang tersenyum atau paling tidak pun buat muka poyo?
Namun
apabila dia berpaling, tahulah dia kenapa reaksi Izz sebegitu. Nah, ini dia si
tenuk betina a.k.a pasangan Izz Anaqi yang berpakaian sendat, berambut celup
dan bermekap tebal sudah sampai. Shasha Nadira binti Tan Sri Borhan.
“What the hell are you doing miss Shasha?”
Tanya Nea keras. Dia sudah berdiri di hadapan Shasha.
“Memang
patut pun. Perempuan tak tahu malu,” ejek Shasha.
Nea
mencerlungkan matanya. “What? Tak tahu
malu?”
“Yalah.
Dalam ramai-ramai lelaki, boyfriend
aku juga yang kau nak.”
“Aku
nak dengan boyfriend kau ni? Oh, please!”
Shasha
sudah menarik lengan Izz yang masih diam sejak tadi. “Ini last wrning. Kalau kau kacau Izz lagi, aku bukan simbah segelas. Satu
baldi aku lumur kat badan kau.” Setelah itu, cepat-cepat dia melangkah. Izz terpaksa
juga mengikut rentak Shasha kerana lengannya di tarik sama.
Nea
menghela nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan. “Tak guna punya tenuk
gila!” Jeritnya kuat. Langsung lupa yang dia berada di mana. Ya, dia berada di
kafe yang ada ramai orang sedang menikmati hidangan masing-masing. Sakit hati!
Malu! Apa lagi? Semua sudah ada di dalam hatinya kini.
Lantas
dengan wajah tebal berkilo-kilo, dia melangkah pergi. Laju langkahnya sehingga
dia rasa mahu menanggalkan kasut tumit tingginya dan berlari pecut menuju ke
kereta. Nyata hari ini sangat teruk baginya. Malah bertambah teruk bila Shasha enter frame sekali.