Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,109
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Nea mengetap bibir melihat tingkah pemuda itu. Dasar buaya! Tahulah muka kacak seperti pak arab dan ada harta menimbun. Tapi itu bukan jaminan untuk dia suka pada pemuda itu. Mustahil papa tidak tahu yang pemuda ini kaki perempuan kerana satu Malaysia tahu. Walaupun bukan artis, kehidupan Amir Isyraf bin Tan Sri Ahmad ini sering menjadi buruan wartawan. Bukan sahaja kerana kejayaannya tapi juga kerana kehidupan sosialnya.

“Janganlah buat muka garang dengan I.”

“Ini muka I. Suka hati I lah nak buat muka macam mana pun,” balas Nea.

You know what, you makin cantik bila marah. Sama macam dulu.”

“I nak tanya you satu soalan boleh?”

Sure. Nak tanya sepuluh soalan pun tak apa. I memang suka jawab soalan.”

“Kenapa you setuju kahwin dengan I? You tahu tak, I tak terfikir langsung yang you akan tinggalkan semua girlfriend you hanya untuk I.”

Amir ketawa. Di renung wajah cantik Nea sepuas hatinya. “You cantik. Tak kan I nak tolak?”

“Tapi I tak cintakan you. Never!”

“Jangan sombong dengan I. You tak tahu mungkin satu hari nanti you akan cinta dan sayang I lebih dari nyawa you sendiri.”

Nea tersenyum sinis. “It will never happen.”

You patutnya suka dapat kahwin dengan I.”

“Suka? Maybe. Yalah, lepas ni glamourlah I. Wartawan kejar, sana sini orang nak ambil gambar. Dan I mesti jadi tajuk utama. Seorang perempuan biasa berjaya untuk tundukkan seorang playboy tegar kat Malaysia.”

“You makin sinis sekarang. Tapi pembetulan, you bukan perempuan biasa. You perempuan luar biasa. You CEO Daya Group. Before this, I tak pernah keluar dengan mana-mana CEO perempuan. Dan you perempuan pertama yang tolak I. Bukan sekali tapi dua kali. Masa kat rumah you sekali dan hari ni. Tapi tu lah, kalau dah jodoh tak ke mana. Takdir tu indah. Macam mana you nak mengelak dari I, makin dekat pula you dengan I,” kata Amir.

“I tak nampak mana indahnya kalau kahwin dengan you,” balas Nea.

Terus terimbau kejadian dua bulan lepas. Ketika itu, Amir datang ke rumahnya bersama Tan Sri Ahmad dan Puan Sri Sofea. Ibu bapa Amir ialah sahabat lama papanya. Sejak di meja makan lagi, mata Amir itu tidak pernah lepas dari memandang wajahnya. Keadaan makin merimaskan bila mereka di tinggalkan berdua-duaan di tepi kolam renang. Amir semakin galak merenungnya, meleretkan senyuman menggoda dan sempat mengusap pipinya. Kerana tidak tahan, di tolaknya tubuh Amir ke dalam kolam sebelum dia cepat-cepat berlari masuk ke dalam bilik. Mujur Amir tidak mengadu pada Tan Sri Hisyam. Kalau tidak, memang bahana buat dirinya.

Dari duduk berdepan, Amir berpindah tempat duduk di sebelah Nea. “What’s wrong with me Nea?”

You have the answer,” jawab Nea. Dalam pada itu, dia cuba menjarakkan kedudukannya dari amir. Tapi pergerakannya terbatas kerana dia sudah terperangkap di tepi dinding.

“Kenapa? Sebab I kaki perempuan?”

Nea tidak menjawab. Sebab apa lagi? Tiada wanita yang mahu bersuamikan seorang buaya darat!

Amir memegang tangan Nea. “I boleh berubah untuk you.”

“Lepaslah,” ujar Nea lalu menarik kasar tangannya.

“Tak payah nak pura-pura dengan I. I tahu yang you sengaja tolak I tapi dalam masa sama you nak I terus kejar you. Am I right?”

Nea menggenggam kuat tangannya. Behave Nea. Pesanan Tan Sri Hisyam itu terngiang-ngiang di telinganya. Selagi dia boleh tahan, dia akan tahan walaupun dia sudah mahu pitam dengan setiap ayat yang keluar dari mulut Amir. “I tak berpura-pura. You memang tak kan pernah ada dalam hati I.”

Come on Nea. I know what you want,” kata Amir.

Really? Then tell me.”

“Datang kondo I malam ni,” ujar Amir dengan senyuman menggodanya. Jemarinya sudah bermain-main dengan hujung rambut Nea.

Okey, dia dah tak boleh tahan! Lalu segelas air kosong yang di letakkan di hadapannya di simbah tepat ke arah Amir. Amir terkejut. Merah padam wajahnya.

Listen here Amir Isyraf! You silap besar sebab dah setuju dengan perkahwinan ni. Dan I nak ingatkan you yang tak semua perempuan akan cair dengan you. Di mata I, you tak pernah bagus, ”marah Nea. Sempat di tolaknya sedikit tubuh Amir yang menghalang langkahnya sebelum dia segera bangkit dan melangkah keluar dari restoran. Dia tidak kisah kalau ada yang melihat adegan itu kerana dia sangat marah dengan tingkah Amir.

Amir pantas mengesat wajahnya dengan tisu. Dalam pada itu, dia tertawa kecil. “Nea, Nea… how bad you are.Tapi aku akan tetap kejar kau. You just wait.”

***

“Kan I dah cakap, kita berdua ni memang ada jodoh,” kata Shasha.

Izz pegang kepala. Dia hilang selera makan sejak malam di mana papa memberinya gambar bakal isterinya. Di gambar itu, wajah Shasha jelas terpampang. Sudah puas dia membantah, tapi papa hanya buat tidak dengar. Mama pula langsung tidak membantu. Bila papa suruh diam, maka mama pun diam. “You suka ke?”

Of course I suka. Kenapa? You tak suka?”

Not at all.”

“Apa?!”

Izz menyedut minumannya di dalam gelas sehingga tinggal separuh. “Tak ada apalah.”

Shasha mencerlungkan matanya. Macamlah dia tak dengar. “No matter what, kita berdua akan tetap kahwin. Bila papa dengan mama I balik Malaysia nanti, kita terus tunang. Tak pun kita terus kahwin.”

“Kenapa you setuju nak kahwin dengan I? You tahu kan yang I tak cintakan you.”

But I love you. Cukuplah tu. Lagipun I tak nak hampakan papa you. Penat-penat dia datang jumpa I. Tak kan I nak kata tak?”

Izz mencebik. “Yalah tu. Macam I tak tahu. You memang tunggu-tunggu peluang ni kan?”

Shasha menjeling geram. “Kalau you dah tahu, diam-diam sudahlah. Yang penting I tak hipokrit.”

“Tapi perkahwinan tanpa cinta tak kan berjaya. I nak kahwin sekali je seumur hidup,” kata izz.

“I pun nak kahwin sekali je. Sebab tu I setuju kahwin dengan you. I cintakan you. I nak kahwin dengan orang yang I cinta.”

Izz mendengus. “Masalahnya I tak cintakan you. You faham tak?”

I don’t care. Yang penting, you I punya.”

“You tak kesian dekat I ke Sha?”

Shasha menggeleng. Di wajahnya langsung tiada belas kasihan. Ini yang dia mahu. Jadi kenapa mahu mengalah dengan desakan Izz?

Izz kemudiannya terus meramas kuat rambutnya. Mungkin bahasanya agak kasar tapi Shasha memang tak tahu malu. Dari dulu, dia memang kalah dengan perangai yang satu ini. “Kenapalah papa buat macam ni dekat I?”

“Sebab uncle Khalid tahu I yang terbaik untuk you,” jawab Shasha.

“Entahlah Sha,” balas Izz perlahan. Sekarang ini dia sendiri tidak tahu siapa yang terbaik untuk dirinya. Mungkin benar Shasha, atau mungkin juga orang lain.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman