Akhirnya!
Jari manis Nea telah di hiasi dengan sebentuk cincin. Ramai keluarga terdekat
melahirkan ucapan tahniah. Ada yang memuji tunangnya a.k.a Izz Anaqi kacak. Izz
sengih sampai ke telinga. Dia pula hanya mampu tersenyum. Dia seboleh mungkin
cuba untuk menutupi rasa terpaksa dan tidak suka di sebalik raut wajah yang
penuh dengan senyuman. Setelah selesai sesi bergambar dengan ahli keluarga,
mereka di tinggalkan berdua. Para jemputan pula sedang menjamu selera di kanopi
yang telah di sediakan di halaman rumah.
“Kita
dah tunanglah langsuir,” kata Izz.
Nea
mengerling Izz di sebelahnya. “Kau yang nak kan?”
“Tak apa. Kau tak payah risau. Aku
janji dengan kau yang kita tak akan kahwin.”
“Harap-harap boleh percayalah.”
Izz
mengetap bibir. “Tolong Sikit! Akulah orang yang paling boleh di percaya tau.
Aku tahulah apa aku nak buat. Kalau nak harapkan kau, memang tak jadilah.”
“Yalah,
yalah.” Nea mengalah. Malas mahu bertikam lidah di hari ‘bahagia’ mereka ini.
“Excuse
me.”
Nea menoleh. Shasha? Siapa yang
jemput? Tan Sri Khalid agaknya. Yalah, walaupun tak dapat jadi menantu, dia
tahu Shasha ada hubungan kekeluargaan dengan Izz. Jadi tiada salahnya gadis ini
berada di sini.
“Nea, boleh tak I pinjam your fiance kejap?” Tanya Shasha.
“Err… boleh. Pinjamlah.”
“Thanks.
Nanti I pulangkan balik. Itupun kalau I nak lah. Jom Izz.” Pantas tangan Izz di
tarik. Namun sempat juga Izz menjengilkan mata ke arah Nea.
“Kenapa
kau bagi aku kat dia?” Itu kata Izz dalam nada yang hanya boleh di dengari oleh
Nea. Namun Nea hanya menjungkit bahu. Dalam hati, Shasha tidak pulangkan Izz
kepadanya pun tak apa. Dia lagi suka.
“Nea!”
Nea tersentak. “Eh korang! Apasal
lambat sangat? Lama aku tunggu.”
“Kita orang kat luar, makan. Lagipun
malaslah nak kacau kau dengan Izz. Yalah, orang baru lepas tunang ni mestilah
nak luahkan perasaan masing-masing. Nervous
ke, happy ke. Betul tak?” Ujar Nadra.
“Tak ada maknanya nak ada sesi
meluahkan perasaan,” cebik Nea.
“Tapi
tadi kita orang sempatlah nampak Shasha bawa Izz pergi. Tak sangka pula yang
kau boleh senang-senang je bagi tunang kau pergi dengan perempuan tu,” kata Zana.
“Biarlah.”
Nadra membulatkan mata. Terus di
palingkan tubuh Nea supaya menghadapnya. “Biarlah? Wow! Kau ni tunang yang tak
ada perasaan ke apa? Shasha tu ex Izz
kan? Tak kan kau tak jealous
langsung?”
Nea tersenyum. “Buat apalah aku nak jealous? Izz boleh jumpa dan keluar
dengan mana-mana perempuan pun yang dia nak. Aku tak kisah.”
“Aku dah agak dah. Kau mesti ada
rahsia yang tak share dnegan kita
orang kan?” Tebak Zana.
“Kenapa kau rasa macam tu?”
“Yalah. Kita orang berdua ni saksi
macam mana kau dengan Izz memang tak boleh jumpa. Mesti gaduh. Tapi tahu-tahu
hari ni, kau dah tunang dengan dia. Kau jemput kita orang pun pagi tadi tau. Aku dengan Nadra macam nak tercekik air liur sendiri memikirkan benda ni. Cuba cerita, apa sebenarnya yang dah jadi?”
“Tak ada apalah. Aku cintakan Izz.
Sebab tu aku tunang dengan dia.”
Zana mengecilkan matanya. “Aku bukan
kenal kau semalam tau Nea. Jadi lebih baik kau bagitahu cepat. Tadi tak sempat
nak tanya. Ramai sangat orang. Tapi sekarang, kita bertiga je. Jadi kau boleh
bagitahu semuanya. Tak pernah tau kau berahsia dengan kita orang. Tapi entah hantu apa yang dah rasuk kau kali ni sampai kau boleh tak cerita apa-apa
pasal hubungan kau dengan Izz. Bila berbaik? Bila pula bercintanya?”
Nea akhirnya melepaskan keluhan
panjang. Di pandang kiri dan kanan. Nanti kalau papa dengar, mengamuk sakan
orang tua tu. “Okey. Tapi janji jangan bagitahu sesiapa.”
Pantas
Zana dan Nadra mengangkat tangan separas bahu tanda berjanji untuk mengunci
mulut.
“Salah
aku,” luah Nea.
“Maksudnya?”
Wajah Zana nampak kabur dengan luahan Nea itu.
“Masa tu Amir datang office aku. Dia minta maaf pasal apa
yang girlfriend dia dah buat kat aku.
Tapi aku tak layan. Dia pula tak putus asa. Aku rimaslah. Kebetulan Izz ada kat
situ. Aku… entahlah. Mungkin masa tu aku tergila kejap sampai aku mengaku dekat
Amir yang Izz tu boyfriend aku.”
Nadra
membawa jari telunjuknya ke bibir. “Maknanya kau dengan Izz tengah berlakonlah
sekarang?”
Nea
mengangguk. “Aku rasa lebih baik aku dengan Izz daripada dengan Amir.”
“Habis
tu Izz cakap apa? Aku tak percaya dia boleh terima semua ni bulat-bulat.”
“Tak
tahulah ini kebetulan atau apa, tapi situasi dia sama macam aku. Papa dia nak
dia kahwin dengan Shasha. Tapi dia tak nak. Sebab tu Izz terima semua ni,”
beritahu Nea.
“Tapi
bukan Shasha tu girlfriend dia ke?”
“Tak.
Izz bagitahu aku dia tak suka Shasha. Shasha je yang mengendeng dekat dia.”
Nadra ketawa. “Dah agak dah. Tak ada
lelaki yang akan suka dengan Shasha. Memanglah dia seksi, cantik, kaya tapi
kalau perangai teruk tak guna juga.”
“Kalau
mengata orang, nombor satu,” sindir Zana.
“Dah
kenyataannya macam tu. Nak buat macam mana? Tapi boleh pula papa kau terima Izz kan. Yalah, Amir kan calon menantu pilihan dia.”
“Uncle Khalid kan kawan baik papa. Jadi sebab tu papa aku boleh terima Izz.”
“Tapi
lepas ni macam mana? Nak teruskan sampai kahwin?”
“Entahlah
zana. Sebelum tunang, aku dengan Izz cuba juga pujuk mak ayah masing-masing tapi
tak jalan. Lebih-lebih lagi papa aku. Tahulah kan dia macam mana. Lagipun masa
singkat sangat. So, Izz kata dia akan
cuba buat sesuatu supaya perkahwinan kami tak jadi. Aku ikut dia je. Yalah kami
menipu bukannya sampai tahap nak kahwin. Just
menipu supaya terlepas dari kahwin paksa tu je. Tapi tak tahu pula yang masalah
dah jadi tambah rumit.”
“Tapi kenapa instinct aku kuat mengatakan bahawa kau dengan Izz akan kahwin dan
bahagia sampai tua? Selalunya antara kita bertiga, instinct aku yang paling tepat tau. Kemungkinan untuk salah hanya 0.1 peratus,” kata Nadra.
Nea
mengetap bibir. “Tapi ketepatan instinct
kau tu bukan untuk masalah aku ni.”
Nadra
mencebik. “Tak apa. Kita tengok je nanti. Eh, Amir tak datang ke? Bilalah hajat
aku nak jumpa face to face dengan dia
nak kesampaian? Boleh kempunan aku macam ni.”
Amir!
Nea diam. Sudah lama lelaki itu tidak menghubunginya. Mungkin sudah mengerti
yang dia memang tidak akan pernah membuka ruang dan peluang buat dirinya.
Baguslah. Sekurang-kurangya satu masalah sudah selesai.
***
“You
tak ada apa nak cakap dengan I ke?” Tanya Shasha.
Izz
mengerutkan dahi. “You yang tarik I
sampai sini. So, I rasa I yang patut tanya
soalan tu dekat you.”
Shasha
mendengus. Di pandangnya sekeliling. Mereka kini berada sedikit tersorok dari
tetamu yang hadir tapi tetap boleh di lihat keberadaan mereka. “You tak tanya.
Jadi sebab tu I tanya.”
“Okey.
You ada apa-apa nak cakap dengan I?”
“Ada.”
“Apa?”
“You
happy sebab pilih Nea dan bukan I?”
Izz
tersenyum. Buat masa ini mestilah dia happy.
Dia sudah terlepas dari Shasha. Kalau boleh, dia mahu buat majlis kesyukuran.
Tapi hanya untuk sementaralah. “Happy.”
“I
tak suka jawapan you.”
“Salah
you. Kenapa tanya I soalan macam tu?”
Shasha
mencerlungkan matanya. Izz nampak segak dengan baju melayu rona ungu. Tapi
pasti akan lebih segak jika dia yang
berada di sebelah lelaki itu. “Tak berbaloi I datang sini untuk you.”
“Tapi
I tak jemput you,” balas Izz.
“You ni!” Shasha menampar kuat bahu Izz.
“Uncle Khalid yang jemput. Kalau
ikutkan hati, malas nak datang sini. Tapi sebab I ingat kat you, I datang juga. Tak sangka pula I
dapat balasan macam ni. Dah lah I nak balik.”
“Eh,
tak nak makan dulu ke?” Izz separuh menjerit kerana Shasha sudah sedikit
meninggalkannya.
“Dah kenyang!” Jawab Shasha.
Izz
ketawa perlahan. Geli hati memikirkan tingkah Shahsa. Tapi apa pun Shasha tetap
akan menjadi sebahagian dari memori yang tidak akan pernah dia lupakan.