Nea
memandang sekeliling sebelum pandangannya di alih pada Izz yang tenang memandu
di sebelahnya. Nak kemana pula si tenuk ni? Seingatnya tadi mereka tidak
merancang mahu singgah ke mana-mana. Izz nak buat kejutan agaknya. Tapi…
mustahillah. Peratusnya sangat tipis. Atau mungkin tiada langsung! “Ni bukan jalan
balik rumah papa.”
“Kita balik rumah papalah ni,” jawab
Izz tanpa berkalih pandang.
“Tak Izz. Aku tahulah jalan mana nak
guna kalau balik rumah papa. Dan kau jangan cakap dengan aku yang kau guna
jalan pintas ke apa ke sebab aku tak kan percaya.”
“Betullah kita balik rumah papa. Tapi
kat hujung tu tambah perkataan mama sekali.”
Nea mengerutkan dahi. “Aku… aku tak
faham.”
“Lah, bengaplah pula. Kita balik
rumah papa. Kalau tambah perkataan mama, jadilah papa dan mama. Faham?” Kali
ini Izz menoleh sedikit.
“What?
Eh, apasal kau tak bagitahu aku yang kita balik rumah papa dengan mama kau?”
Izz tersengih. “Aku tengah
bagitahulah ni.”
Nea memejam rapat matanya. Geram! Sangat
geram! Apabila dia membuka mata, Izz yang nampak kecil besar di matanya itu di
pandang tajam. “Kenapa tak bincnag dengan aku dulu?”
“Lupa.”
“Lupa? Tu je alasan kau?”
“Yup! Kau marah ke?”
Nea tergelak sinis. “Aku? Marah? Tak
lah. Suka. Aku kan suka kau.”
Izz ketawa. Walaupun tidak memandang
wajah Nea, dia tahu yang wajah putih bersih itu sudah merah padam sekarang. “Thanks Nea. Aku tahu kau tak marah. And one more thing. I like you too…”
“Sick!”
Bentak Nea. Kemudian, I phone di dalam beg tangan di keluarkan. Dia mahu
memberitahu Tan Sri Hisyam yang mereka akan pulang ke rumah keluarga Izz.
“Nak
call siapa tu?” Tanya Izz.
“Papa.”
“Tak
payahlah. Aku dah bagitahu papa. Dia kata okey. Tinggal lama-lama pun tak apa.”
Nea
mendengus. Nampaknya Izz sudah merancang dari awal. Apa lagi, kelat wajahnya
sepanjang perjalanan. Dan setelah hampir empat puluh minit perjalanan, mereka
akhirnya sampai di rumah keluarga Izz. Di luar rumah, kelihatan Puan Sri
Fatimah sudah siap menunggu kedatangan mereka.
“Senyumlah sikit. Ketat sangat muka
kau ni. Tak takut cramp ke?”
“Tak kelakar Izz,” balas Nea sebal.
“Oh, tak kelakar eh. Tak apalah.
Nanti aku cuba buat lawak yang lain,” seloroh Izz lalu membuka pintu kereta.
Nea memandang dengan penuh jengkel.
Kalau boleh di telan, dia telan Izz Anaqi itu. Dan dari dalam kereta, dia melihat
Puan Sri Fatimah tersenyum memandangnya. Teragak-agak senyuman itu di balas. Dengan
hati yang berat, pintu kereta di buka.
“Sayang, kan abang dah cakap tunggu
kat dalam je. Biar abang buka pintu,” kata Izz penuh mesra.
“Tak apalah bang. Nea boleh buka
sendiri. Susahkan abang je.” Nea juga membalas dengan nada yang sama. Namun
saat dia melewati Izz, sempat di jeling suaminya itu.
“Nea sihat?’ Tanya Puan Sri Fatimah
saat Nea menyalami tangannya.
“Sihat aunty. Eh… ma. Mama sihat?”
Puan Sri Fatimah tersenyum. “Sihat.
Jom masuk.” Tangan Nea di tarik sama. Sesampainya di ruang tamu, Nea di suruh duduk
di taas sofa. Ketika itu Tan Sri Khalid baru turun dari tingkat atas.
“Ingat papa keluar,” kata Izz
selepas bersalaman dengan Tan Sri Khalid.
“Tak. Semalam dah keluar. Hari ni
nak rehat kat rumah,” jawab Tan Sri Khalid sebelum duduk si sebelah isterinya.
Manakala Nea pula cepat-cepat
menghulur tangan pada bapa mertuanya itu. “Papa sihat?”
“Alhamdulillah. Nea kan nak datang.
Mestilah papa sihat.”
Nea tersenyum. Namun senyumannya
mati apabila Izz mengambil tempat di sebelahnya. Menyemak je!
“Macam mana honeymoon? Okey?” Tanya Puan Sri Fatimah.
“Great!
Tak sangka Venice cantik sangat. Kan sayang?” Izz memeluk bahu Nea.
“Hah? Oh. Cantik. Cantik sangat,”
kata Nea.
“Tapi sorrylah ma, pa. Tak sempat beli souvenier. Mula-mula sampai tu kita orang ronda-ronda juga. Tapi
lepas tu Nea nak duduk dalam hotel je. Jadi Izz tak sampai hati nak tinggalkan
Nea sorang-sorang. Terpaksalah teman.”
Puan Sri Fatimah ketawa. “Baguslah
tu. Cepat mama dengan papa dapat cucu.”
Merona merah wajah Nea. Bibir di
ketap kuat. Tak guna punya izz! Menipu pasal bulan madu mereka sudahlah. Tak
payah menipu soal yang lain pula. Terasa dia sudah mahu gila memendam rasa
sejak dari kereta tadi.
“Awak ni sayang. Budak-budak ni kan
baru je kahwin. Tak kan dah nak ada baby.
Tak puas berdua lagi tu,” sampuk Tan Sri Khalid.
“Abang ni pun. Masa muda ni lah nak
dapat anak. Lagipun anak tu rezeki. Pengikat kasih sayang. Ni, Nea nak berapa
orang anak?” Tanya Puan Sri Fatimah.
Nea terkebil-kebil. “Err…”
“Nea kata nak cukupkan satu team bola sepak,” jawab Izz berserta senyuman.
Argh! Tekanan! Nea menjerit dalam
hati. Mendengar gelak tawa Tan Sri Khalid dan Puan Sri Fatimah tambah membuatkan
hatinya meluap-luap dengan kemarahan terhadap Izz. Pantas, pinggang Izz di
cubit kuat. Biar dia tahu rasa. Kehadiran kedua-dua mertuanya itu tidak lagi di
pedulikan.
Berkerut dahi Izz. Tapi di tutup dengan
seyuman lebar agar mama dan papanya tidak perasan yang sebenarnya dia sedang
menahan kesakitan yang teramat di bahagian pinggang.
***
Usai solat isyak, Nea duduk di atas
sofa. Izz pula ke bilik air. “Nak tidur mana aku malam ni?” Walaupun sudah
biasa tidur sekatil dengan Izz tapi ini bukan biliknya. Kan malu kalau
tiba-tiba Izz menyuruhnya tidur di atas sofa sedangkan ketika itu dia sudah
baring di atas katil.
“Tak nak tidur ke?” Tanya Izz yang
sudahpun menuju ke katil.
“Err… awal lagi.”
“Suka hatilah. Aku tidur dulu.
Penat. Walaupun kita tak jalan jauh tapi aku penat sebab dengar mama bercakap.
Biasanya mama tak macam tu. Agaknya topik tu kena dengan mama.”
“Mestilah mama suka kalau cakap
pasal cucu. Tapi masalahnya aku tak suka. Kau bagi harapan palsu pada mama. Kalau
mama tahu hal sebenar, mesti mama sedih,” balas Nea. Namun tiada balasan yang
di terima dari Izz. Apabila dia menjenguk, Izz sudah lena.
“Dah tidur ke? Habis tu aku macam
mana? Dah lah aku tak selesa tidur atas sofa,” Ujarnya perlahan. Hujung baju
tidur satinnya di pintal lembut.
“Come.
Tidur sini,” ajak Izz tiba-tiba.
Nea tersentak. Dalam diam, dia
meleretkan senyuman. Lantas dia bangun dari sofa dan terus menuju ke katil. Namun
baru saja kepalanya mahu di rebahkan di atas bantal, Izz mengiring ke arahnya. Pantas
kepalanya kembali di angkat. “Pandanglah sana. Tak selesalah,” marahnya.
“Tidurlah… shh… shh… shh…” Tangan Izz
menepuk-nepuk bantal peluk yang di letakkan di tengah-tengah mereka dengan mata
terpejam.
“Izz… Izz... ” Namun akhirnya Nea akur. Izz
memang sudah lena. Lagipun kalau di kejut ala kadar, Izz memang tak kan jaga.
Tidur mati!