“Aku
minta maaf Borhan. Semua ni salah aku,” ucap Tan Sri Khalid. Walau susah macam
mana pun, dia harus menghadapi masalah ini. Sehari selepas Tan Sri Borhan dan isterinya
pulang ke tanah air, dia terus mengatur pertemuan ini. Bimbang kalau di biar
lama, masalah ini makin rumit. Susah pula mahu menyelesaikannya nanti.
Tan
Sri Borhan mendengus. “Aku dah bagitahu dengan keluarga terdekat dan
rakan-rakan business aku yang kita
akan berbesan. Tapi bila dah jadi macam ni, mana aku nak letak muka?”
“Aku
faham. Macam ni,biar aku yang selesaikan semua.”
“Cakap
senanglah. Bukan kau yang tanggung. Aku! Tahu tak, aku boleh saman kau sebab
dah malukan aku.”
Tan
Sri Khalid pegang kepala. Saman. Ya, dia sudah asingkan duit untuk itu. Bak
kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. “Aku terima apa saja hukuman kau.”
“Dah
lah. Aku pun ada hati dan perasaan juga. Kita ni ada pertalian kekeluargaan. Walaupun
jauh, kita tetap keluarga. Lagipun aku tak nak tambahkan masalah. Masalah
Syafiq dekat Belanda tu pun dah banyak susahkan aku. Jadi kau patut bersyukur sebab
aku tak saman kau,” kata Tan Sri Borhan. Anak lelakinya itu memang tak
habis-habis bawa masalah. Konon-konon pergi ke sana mahu menimba ilmu
perniagaan. Alasan! Sebulan dua, memanglah nampak tiada masalah. Tapi selepas
itu, kecoh di internet. Anak ahli perniagaan dari Malaysia berparti di kelab
malam. Tapi penyebar gambar itu sudah di tangkap. Ia kerja salah seorang dari
musush perniagaannya. Tapi yang terbaru
pula lebih dahsyat. Syafiq telah mengandungkan seorang gadis di Belanda. Bukan
gara-gara musuh nyata, tapi musuh ghaib. Nafsu! Keluarga gadis itu mahu Syafiq
bertanggungjawab. Sudahnya apa lagi, nikahlah!
“Terima
kasih Borhan. Terima kasih banyak-banyak. Hurm… kes Syafiq macam mana? Dah
selesai?” Tanya Tan Sri Khalid.
“Selesailah.
Dah nikah pun. Buat sakit hati je budak tu. Kalau aku tahu perangai dia macam
ni, dari kecil aku dah tekup dengan bantal.”
Tan
Sri Khalid diam. Kalau dia di tempat Tan Sri Borhan pun pasti dia akan marah.
Anak telah membuat maksiat. Macam tiada agama!
“Ni,
Shasha mesej aku. Kejap lagi dia sampai.”
“Dia
nak apa?”
“Dia nak jumpa kau lah. Eloklah tu.
Yang tak jadi kahwin pun dia. Korang bincanglah. Aku tak nak masuk campur.”
Setelah itu, Tan Sri Borhan terus bangun dari tempat duduknya dan berlalu
pergi.
Tan Sri Khalid mengeluh perlahan.
Berhadapan dengan Shasha lebih teruk dari berhadapan dengan Tan Sri Borhan.
Tidak lama, Shasha datang menemuinya di situ.
“So, uncle
pilih perempuan tu?” Tanya Shahsa yang sudah duduk di hadapan Tan Sri Khalid.
“Bukan
uncle tapi Izz.”
Shasha
mengetap bibir. “Habis tu Shasha nak kahwin dengan siapa?”
“Mungkin
Izz bukan yang terbaik untuk Shasha. Carilah lelaki lain. Shasha cantik. Uncle yakin ramai lelaki yang nak
jadikan Shasha isteri.”
“Masalahnya
Shasha cuma nak Izz. Uncle tahu kan Shasha
cintakan dia. Entah apa yang Izz nampak kat Nea. Agaknya mata Izz tu dah rabun.
Sebab tu dia pilih Nea.”
Tan
Sri Khalid tergeleng-geleng. “Tu semua kehendak Allah. Mungkin di mata kita,
Nea tak sempurna. Tapi di mata Izz, Nealah gadis yang paling sempurna.”
“Hish!
Dah lah uncle! Buat sakit hati je
bercakap dengan uncle ni. Uncle dengar cakap Shasha ni.
Perkahwinan dia orang tu tak kan bahagia. Tak kan kekal lama. Percayalah. Huh!
Menyesal Shasha datang sini.” Usai berkata-kata, Shasha terus mengangkat
punggung.
“Astaghfirullahalazim.
Shasha, Ahasha…” Tan Sri Khalid hanya mampu mengucap. Semoga Allah buka hati
gadis itu untuk redha dengan qada dan qadar. Insya-Allah.
***
“Kenapa uncle buat saya macam ni?”
Tan
Sri Hisyam mengeluh perlahan. Sudah puas dia berfikir. Sudah banyak kali di
bincangkan dengan Tan Sri Khalid soal ini. Akhirnya mereka sepakat untuk
berbesan. Kepentingan anak nombor satu. Lagipun inilah masanya mahu membuktikan
pada Nea yang dia juga seorang papa yang ambil kisah tentang kebahagiaan anak
sendiri. Kerana itu, dia mengalah. “Uncle
mita maaf Amir. Uncle minta maaf.”
“Saya
janji akan berubah. Tak kan uncle tak
percaya saya?” Amir terus-terusan mencari jawapan yang sebenar mengapa dirinya
di tolak. Dalam dia yakin akan mendapat tempat di hati Tan Sri Hisyam, tapi
lain pula jadinya.
“Uncle percaya. Tapi uncle buat semua ni demi Nea. Dia cintakan Izz. Dia dah pilih Izz.”
“Uncle dah kecewakan saya.”
“Amir
carilah perempuan lain. Anggaplah uncle menolak tuah sebab tak terima Amir sebagai
menantu,” ujar Tan Sri Hisyam.
Amir
tersenyum hambar. “Saya akan cari perempuan lain. Tapi untuk letakkan perempuan
tu setaraf dengan Nea dalam hati saya, mungkin akan ambil masa. Atau mungkin
saya tak kan jumpa langsung.”
“Err…
tapi…”
“Uncle jangan risau. Saya tak kan campur
urusan peribadi dengan hal kerja. Apa juga kerjasama yang terjalin antara syarikat
kita tak kan terganggu hanya di sebabkan hal ni,” kata Amir.
Tan Sri Hisyam tersenyum senang. “Terima
kasih. Uncle tahu Amir rasional dalam
hal ni.”
“Saya
pergi dulu uncle. Ada hal.”
“Yalah.
Sekali lagi uncle minta maaf.”
Amir
bersalaman dengan Tan Sri Hisyam sebelum laju menuju ke kawasan parkir. Pintu
lamborghini miliknya di buka dan dia terus duduk di tempat duduk pemandu. Enjin
di hidupkan dan penghawa dingin di pasang. Setelah itu, Iphone di dalam poket
baju di keluarkan. Nombor Nea di dail. Sekali, dua kali dan tiga kali. Semuanya
tidak di angkat. Apabila dia mencuba lagi, barulah panggilannya bersambut.
“I
nak jumpa you.” Pantas dia berkata.
“For what?”
Amir
meraup wajahnya. “I tahu you sengaja.
You tak cintakan Izz tapi you cuma gunakan dia supaya you tak kahwin dengan I. Am I
right?” Entah kenapa laju saja dia berkata sebegitu.
Diam.
Tiada sahutan dari Nea.
“Kenapa
diam?”
“Sebab…
sebab I malas gaduh dengan you. I tak
kisahlah you nak cakap apa pun. I dah
kata yang I cintakan Izz. Tapi you
yang tak percaya. So, you nak I buat apa? Nak I terangkan banyak
kali supaya you faham? I don’t think so. Lagipun I ada banyak
kerja lagi yang nak kena buat dari I kena ulang satu-satu dan buat you faham yang I tak cinta dan tak kan
pernah terima you,” balas Nea.
“Kalau
satu hari nanti di takdirkan yang you
akan jatuh cinta dengan I, you nak
buat apa?”
“It will never happen Amir. Satu hari
nanti, I dah kahwin dengan Izz. Jadi tak mungkin I akan cintakan lelaki lain
selain dari suami I. Kalau I tak kahwin pun, I tak kan cintakan you.”
“Don’t be so sure sayang. You tak boleh ramal apa yang akan jadi
satu hari nanti. Even esok pun you tak tahu apa akan jadi. So, bila takdir yang I cakapkan tadi jadi
kenyataan, promise me yang you akan terima I,” ujar Amir.
“I won’t!”
“Ke
you takut? Takut sebab you rasa yang you memang akan betul-betul jatuh cinta dengan I?”
“Tak
berbaloi I takut untuk sesuatu yang tak kan pernah jadi.”
“I
anggap jawapan you tu sebagai janji.”
“Janji
apa?”
Amir
tersenyum. “Janji yang you akan
terima I.”
“Hey!
Bila masa I…”
“You’ve promised!”
Tut… tut… tut…
Amir
terus mematikan talian. Nea harus mengalah dengannya kali ini. Bukan mahu
mendabik dada. Tapi hatinya begitu yakin dengan apa yang di ucapkannya tadi.
Nea akan cintakan dia juga nanti. Bila? Biarlah masa yang menentukan.