Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,024
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

“Kau memang kawan yang terteruk dekat dalam dunia. Bertunang semalam tapi hari ni baru bagitahu. Kau lupa kawanlah Izz,” kata Faiz sebal. Malah ia turut di akui oleh Joe dan Afif. Kata sahabat sejati. Tapi mereka langsung tidak tahu menahu tentang hal pertunangan Izz. jangan sampai bila kahwin nanti mereka tidak tahu juga sudahlah. Kalau ya, putus sahabat!

Izz menggaru kepalanya. “Tapi sekarang dah tahu kan? Tak payahlah marah lagi.”

“Lebih baik kau bagitahu tahun depan je,” ujar Joe.

“Aku ada sebab buat macam tu.”

Afif terangguk-angguk. “Faham. Semua yang jadi mesti ada sebab. Then, bagitahulah apa sebabnya? Atau kau nak bagitahu tahun depan?”

Izz mengetap bibir. “Tak kelakar Afif.”

Joe dan Faiz tersengih. Afif memang suka bab mengenakan orang. Hobi!

“Aku tunang dengan Nea,” beritahu Izz.

“Nea? Nea mana? Kita orang kenal ke?” Tanya Faiz.

“Nea Khairina binti Tan Sri Hisyam. Alah, si langsuir tu.”

Pantas ketiga sahabatnya melopong. Tapi Joe lebih pantas menzahirkan rasa terkejut dan tidak percayanya. “Are you serious bro? Tapi sejak bila kau dengan dia?”

Izz menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. “Aku tak pernah dengan dia. Never.”

“Habis tu kenapa tunang? Eleh, dah pandai nak berahsia pula. Tu lah orang cakap jangan benci sangat, nanti suka. Selama ni bukan main mengata Nea. Tapi dalam diam, dia dah kebas dulu. Malulah tu nak cerita. Takut kena gelak,” kata Faiz sambal ketawa.

“Gila! Kau memang gila,” kutuk Izz.

“Apa pula aku yang gila? Kau tu yang gila,” balas Faiz.

“Betul. Kau memang gila Izz. Aku dah cakap, Nea tu perfect! Cantik dia natural. Tak mainlah mekap tebal-tebal ni. Tapi bila aku puji, kau kata aku buta. Tak tahu menilai. Tapi sekarang, tengok siapa yang buta? Aku ke kau?” Sampuk Afif.

Izz mendengus. “Stop it okay. Korang buat aku rasa macam nak cabut tiang lampu tu dan bantai korang semua. Tiga-tiga sekali. Aku tunang dengan Nea bukan sebab cinta atau yang sama waktu dengannya. Aku terpaksa. Aku cakap sekali lagi, terpaksa. Itu je cara supaya aku lepas dari Shasha.”

Kali ini, Faiz ketawa lagi. “What? So, cerita kau ni sama yang macam dalam drama tu lah? Kalau macam tu, tak payah cerita lagi. Confirm happy ending.”

“Tak. Untuk cerita aku ni, aku akan pastikan ending dia tak sama.”

Joe mengerutkan dahi. “Maksud kau?”

“Aku tak akan kahwin dengan Nea. Tak kira apa pun, aku akan cari jalan untuk buat benda tu jadi kenyataan,” kata Izz.

“Rugilah,” komen Afif.

Izz pandang Afif. Tidak semena-mena, terlintas satu rancangan di mindanya. “Apa kata kau je yang kahwin dengan Nea? Buat sampai dia jatuh cinta dengan kau. Alah, kau ayat dia sikit, lama-lama cairlah tu.”

“Aku?” Afif menunjuk dirinya. “Nak tapi tak kut. Aku dengar bapak dia garang. Takut…”

Uncle Hisyam garang? Mana kau dengar? Aku tengok okey je.”

“Tu lah kau tak tahu. Kawan sepupu aku kerja dekat Daya Group. Dia bagitahu dekat sepupu aku yang dia orang pernah dengar Tan Sri Hisyam marah Nea kat office.”

“Adalah tu Nea buat salah. Biasalah. Kalau salah, mesti kena marah,” ujar Izz. Selama dia mengenali Tan Sri Hisyam, dia melihat lelaki itu seorang yang baik. Mungkin sedikit tegas tapi tidaklah garang sangat.

Afif menjungkit bahu. “Apa-apa pun kesian Nea.”

“Kau nak aku tolong tak?” Tanya Joe tiba-tiba. Semua mata terus memandang ke arahnya.

“Tolong?”

“Yalah. Kau tak nak kahwin dengan Nea kan. Aku boleh tolong,” kata Joe.

Izz nampak berminat dengan tawaran daripada Joe itu. Mungkin idea sahabatnya itu akan berkesan. Tidak salah mencuba. Kalau gagal, boleh cuba yang lain pula. “Mestilah nak.”

Joe tersenyum. “Okey. Aku tolong. Just Leave it to me.”

“Kau nak buat apa Joe?” Tanya Afif.

“Adalah…” Joe sudah merencana segalanya dalam kepala.

***

Tan Sri Hisyam merenung sampul yang di letakkan oleh Rahimah di atas meja di bilik bacaan miliknya. Sedikit pelik kerana sampul itu hanya tertulis namanya. Nyata ia bukan surat rasmi tapi tidak rasmi. Yang pasti, surat itu memang di tujukan padanya. Lalu perlahan-lahan, sampul itu di capai. Kata Rahimah, sampul itu di selitkan di pintu pagar. Pelik!

Setelah isi di dalam sampul itu di keluarkan, dia tergamam. Menggigil tangannya tatkalagambar-gambar itu menjadi santapan matanya. “Apa semua ni?”

Di belek lagi gambar yang seterusnya. Terasa jantungnya mahu tercabut keluar. Pantas di campak gambar itu di atas meja. Turun naik nafasnya menahan rasa marah dan sakit hati. Tapi dia perlu bersikap rasional. Lagipun dia bukan jenis orang yang mudah percaya dengan benda- benda yang begitu senang seperti ini. Nyata sekali orang yang mengirimkan gambar-gambar ini mempunyai niat yang tidak baik.

“Apa aku nak buat ni?”

Tan Sri Hisyam mundar-mandir di biliknya. Hati tuanya rasa tidak senang.

“Pa…”

Teguran dari Nae itu membuatkan Tan Sri Hisyam kalut menyimpan gambar-gambar itu di dalam laci. Setelah selesai, pantas wajah Nea di pandang. “Tak tahu nak ketuk pintu dulu?” Marahnya.

Nea menggigit bibir. “Err… Nea dah ketuk tapi papa tak dengar.”

“Nea nak apa?”

“Tak. Nea cuma nak cakap sikit pasal… pasal abang Halim.”

“Kenapa dengan Halim?” Tanya Tan Sri Hisyam.

“Nea tak dapat buktikan lagi tapi Nea rasa abang Halim tak jujur,” beritahu Nea. Setakat ini, ada tiga projek di bawah Halim yang sangat di ragui. Projek-projek itu semua bermasalah. Bahan-bahan yang di terima nyata tidak berkualiti. Bila di tanya, Halim kata semua bahan di beli dari pembekal tetap. Tapi kalau ya, kenapa hanya projek kendalian Halim yang bermasalah?

Tan Sri Hisyam terkejut. “Halim tak jujur? Mustahil! Dia pekerja yang paling boleh di percayai. Dah lama dia kerja dnegan Daya Group. Tak mungkin Halim akan buat macam tu.”

“Tapi pa…”

“Nea jangan nak menuduh. Kalau pun tak suka dia, jangan buat macam ni.”

“Pa…”

“Nea keluarlah. Papa tak nak di ganggu. Ingat, jangan sebut pasal ni lagi. Tapi kalau nak sebut juga, sertakan bukti yang kukuh sebab papa lebih percaya Halim dari Nea. Got that?”

Nea menahan rasa. Papa lebih percaya abang Halim? Ya Allah, apa salah aku pada papa? Namun sempat juga dia melirik pada laci di mana Tan Sri Hisyam sempat memasukkan sesuatu di dalamnya. Dia tidak tahu apa itu. Tapi kelihatannya seperti sesuatu yang amat sulit sehinggakan papanya begitu kalut untuk meyembunyikan ‘benda’ itu dari pengetahuannya. Ringan juga mulutnya mahu bertanya. Tapi tak apalah. Dia sudah tahu jawapan apa yang bakal keluar dari mulut papanya. “Nea keluar dulu.’

Tan Sri Hisyam tidak memberikan sebarang respon. Setelah Nea keluar, dia duduk di atas kerusi. “Halim tak jujur? Tak mungkin.”

Kemudian, gambar di dalam laci di keluarkan semula. Belum selesai satu masalah, datang pula masalah yang lain. Tapi masalah gambar ini lagi penting dari masalah Halim. Bukankah tadi dia sudah katakan bahawa dia lebih mempercayai Halim dari Nea? Jadi baginya Halim bukanlah satu masalah yang harus di fikirkan.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman