Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 16

Amy mendekati Reena yang masih setia berdiri di balkoni. Walaupun cuaca agak sejuk malam ini, namun sahabatnya itu nampak kebal. Tidak kelihatan tanda-tanda bahawa Reena sedang menahan kesejukan. Sedang dia sudah melilit tubuh dengan sehelai selendang panjang. Lalu perlahan-lahan bahu Reena di sentuh. 

Reena tersentak sebelum segera menoleh. “Amy.”

“Akulah, siapa lagi? Kita berdua je kot yang ada kat rumah ni,” balas Amy selamba. 

Reena tersenyum hambar. “Kau buat apa kat luar ni?”

“Kau tanya aku buat apa kat luar ni? Sepatutnya aku yang tanya kau. Dah lama kau berdiri sini. Tak sejuk?”

“Ya ke lama?”

“Lama. Cuba rasa tangan kau ni. Sejuk dah,” kata Amy sambil memegang tangan Reena.

Reena mengeluh perlahan. “Aku… risaukan Harris.”

“Kenapa pula?”

“Dia macam mengelak dari aku. Aku call handphone dia tak angkat. Bila aku call kat pejabat, dia asyik meeting je. Aku tak fahamlah,” luah Reena.

Tiba-tiba Amy tergelak. “Dia balas baliklah tu. Kau kan pernah buat kat dia.”

“Tapi tak ada sebab dia nak mengelak dari aku.”

“Tak ada sebab kau cakap? Mestilah dia rasa janggal. Dah kau cintakan dia,” kata Amy.

Reena tergeleng-geleng. “Patutnya aku yang rasa janggal. Bukan dia. Sebagai perempuan, mestilah malu bila kita yang mula dulu. Tambah malu bila kita tahu yang cinta tu tak di balas.”

“Memanglah janggal. Tapi bukan kau sebab kau dah tak pakai istilah perigi cari timba. Kau kena faham Harris. Dari dulu dia anggap kau adik. Tapi sebenarnya kau tak pernah anggap dia abang. Dia rasa tak selesalah tu. Tak tahu nak layan kau macam mana.”

“Kadang-kadang aku rasa macam nak putus asa.”

Amy terkejut. “Awalnya?”

“Nampak sangat yang dia tak boleh terima aku. Semua ni buat aku sakit hati,” ujar Reena.

“Kau baru je mula. Tak kan dah nak putus asa? Buat penat je pakat dengan aunty Ida.”

Reena mengetap bibir. Hanya Amy yang tahu perihal rahsia itu. Lagipun dia memang tidak berhajat untuk memberitahu pada orang lain. “Kau tak cerita kat orang lain kan?”

“Kau ni macam tak kenal aku pula.”

“Aku nak buat apa sekarang Amy?” Tanya Reena.

“Kau pujuklah dia supaya terima kau. Pujuk sampai dia rasa bersalah dan terpaksa.”

“Amy, aku nak dia terima aku dengan ikhlas. Bukan sebab terpaksa. Lain kali kalau nak bagi idea tu, cari yang membina sikit,” balas Reena lalu segera melepaskan pegangan tangan Amy.

“Dah tak ada idea membina yang lain dah Reena. Itu je lah satu-satunya. Harris tak kan terima kau kalau kau tak paksa.” Amy berusaha meyakinkan Reena.

“Tapi aku...”

“Kalau nak tunggu dia ikhlas, tak tahu bila. Kau nak jadi anak dara tua ke?”

“Ingat aku ni tak laku sampai nak kena jadi anak dara tua?”

Amy tersengih. “Dah tu, pergilah cari orang lain. Cakap besar.”

Reena mendengus marah. “Macam mana nak pujuk dia kalau call aku pun dia tak nak angkat? Jumpa jangan cakaplah.”

“Kau guna handpone aku. Dia tak tahu nombor aku kan?”

“Kau rasa dia nak angkat ke?”

Amy menepuk dahi. “Manalah aku tahu. Aku bukan dia. Sebab tu kau kena call dulu. Tengok dia angkat ke tak. Macam mana plan nak berjaya kalau macam ni? Banyak sangat soalan.”

Reena menyilangkan tangannya. Walaupun rasa sebal dengan Amy, dia mula untuk menerapkan cadangan sahabatnya itu ke dalam diri. Lagipun selama ini, cadangan Amy jarang mengecewakan. Dan besar harapannya bahawa cadangan kali ini juga akan berjaya seperti yang sebelumnya.

***

Deringan telefon lewat malam itu membuatkan lena Harris terganggu. Namun deringan itu hanya di biarkan tanpa mahu di angkat. Apabila deringan itu berhenti, dia cepat-cepat menarik selimut hingga menutupi kepalanya. Tidak lama, bunyi deringan kedengaran lagi. Pantas Harris mendengus. Tangannya kemudian meraba-raba telefon bimbit di atas meja kecil bersebelahan katil. Matanya cuba di celikkan.

“Siapa pula ni?” Tanyanya sendriran apabila melihat nombor tidak bernama tertera pada skrin telefonnya.

Dengan kerutan di dahi, panggilan ‘misteri’ itu di jawab. “Helo.”

“Helo. Ris, I ni,” jawab suara di hujung talian.

“Siapa?”

“Reena.”

Harris sedikit terkejut. “You guna nombor baru ke?”

“Nombor kawan. Kalau I guna nombor sendiri, mesti you tak angkat,” balas Reena.

“Kenapa you call I malam-malam ni?”

I cari youlah. Dah lama tak dengar khabar. You kan... nak mengelak dari I.”

Harris segera duduk sebelum meraup kasar wajahnya. “I rasa kita dah tak boleh nak baik macam dulu.”

“Apa maksud you ni?” Soal Reena ragu. Kenyataan dari Harris benar-benar membimbangkan.

Honestly, I dah tak tahu nak layan you macam mana. Dulu I tahulah sebab you adik I. Kawan baik I. Tapi sekarang, you sendiri yang rela hati keluar dari status tu. You ada perasaan lain kat I. Perasaan yang tak membolehkan you jadi adik atau kawan baik I,” ujar Harris.

“Salah ke kalau I cinta you?”

Harris diam. Reena masih saja bertanya soalan yang sudah di ketahui jawapannya. “Kenapa you tanya lagi?”

“Saja. Manalah tahu kalau-kalau jawapan you berubah,” jawab Reena di ikuti tawa kecil yang kedengaran hambar di hujungnya.

I’m sorry.”

“Tak apalah. Memang itu pun kenyataannya. Kan?”

“Dalam masa terdekat ni, I akan ajak mummy I jumpa parents you. I nak bagitahu yang kita tak boleh kahwin. I tak cinta you. I harap dia orang akan faham dan terima,” ujar Harris.

Mendengarkan itu, hati Reena berdetak hebat. Hujung kuku pantas di gigit risau. “Tak boleh!” Tegahnya.

Don’t be selfish Reena. You tak fikir perasaan I ke”

“Habis tu siapa nak fikir perasaan I?”

Harris menghela nafas panjang. Kemudian di hembusnya nafas itu perlahan-lahan. Hati yang mula marah cuba di tenangkan sendiri.

“Ris… tolong cuba cinta I. I tak kisah berapa lama pun. I sanggup tunggu,” ujar Reena. Cadangan Amy kembali terngiang-ngiang di telinga.

“Reena, I…”

Please Harris. I nak you cuba. Dan lepas tu apa juga keputusan you, I terima.” Reena berusaha untuk meyakinkan Harris. Baginya lelaki itu terlalu awal untuk berkata tidak sedangkan dia langsung belum mencuba.

Tanpa kata, Harris terus mematikan talian. Tiba-tiba saja dia rasa terbeban dengan permintaan Reena itu.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman