“Awak nak beli apa?”
Tanya Irfan sambil mengerling Qaira yang berjalan di sebelahnya. Sejak tadi, gadis
itu hanya mendiamkan diri. Sepatah di tanya, sepatah juga yang di jawab.
Bukannya dia tidak cuba menceriakan suasana. Banyak kali. Tapi Qaira
seolah-olah tidak mengendahkannya. Ibaratnya, dia ada atau tiada, keadaan tetap
sama.
Qaira menggeleng. Dia memang tiada apa yang mahu di beli.
Maya sahaja yang memandai-mandai. Lagipun ketika ini dia sedang cuba untuk
mengawal diri. Dia tidak mahu terlalu di buai dengan perasaan suka dengan situasi
yang berlaku sekarang. Namun tidak dapat di nafikan hatinya kembang juga. Sejak
tadi, ada saja mata-mata yang memandnag mereka berdua. Mungkin cemburu kerana
dia berteman dnegan lelaki sekacak Irfan. Atau mungkin juga, mengata bahawa
mereka pasangan yang tidak padan. Irfan bagai enggang. Dan dia pipit. Lebih
teruk lagi kalau dia di samakan dengan gagak. Pasti sangat menyedihkan.
Irfan mengerutkan dahi. Bukankah Maya kata yang Qaira mahu
keluar? Tapi kenapa gadis ini berkelakuan sebaliknya? Namun apabila teringat
kenyitan mata Maya tadi, barulah dia faham. Semua ini memang di sengajakan.
Ternyata sahabat Qaira itu terlalu celik mata dan hati sehinggakan dapat meneka
perasaannya.
“Err… saya pergi toilet
kejap,” ujarnya. Gugup juga rasanya setelah mengetahui ada orang lain yang ‘tahu’
tentang sesuatu yang tidak mahu di tunjuk.
“Okey. Saya tunggu kat…” Qaira meliarkan matanya ke sekeliling
kawasan pusat membeli-belah itu. “Situ,” sambungnya setelah melihat ada bangku
yang tersedia di satu sudut.
Irfan tersenyum sebelum terus berlalu. Manakala Qaira pula
melangkah ke arah bangku yang kosong itu. Namun niatnya terhenti apabila ada
orang lain yang telah mendahuluinya. Dia sedikit hampa namun perasaan itu tidak
lama. Pantas dia berpaling semula. Tiba-tiba saja hatinya tidak keruan.
Minta-minta janganlah dia perasan.
“Qaira!”
Saat namanya di panggil, Qaira semakin tidak tentu arah.
Macam lipas kudung kakinya melangkah.
“Awak tak kan boleh kalahkan saya. Saya kan atlet masa kat
sekolah dulu,” ujar Safwan yang sudah pun dapat memintas pergerakan Qaira.
Qaira terkedu. Ah! Apa lagi yang lelaki ini mahu? Siap
mengungkit cerita zaman sekolah lagi. Patutnya Safwan berlagak saja
seoalah-olah tidak melihat dirinya tadi.
“Seorang je ke?” Tanya safwan ramah. Dalam pada itu dia
merenung wajah Qaira dalam-dalam. Dulu, gadis berwajah lembut inilah yang di
cintai sepenuh hati. Namun kerana terlalu ikutkan hati, mereka berpisah.
“Dengan kawan,” jawab Qaira. Sejujurnya dia tidak tahu
mahu membei reaksi seperti apa ketika ini. Dalam marah, dia rindu. Mereka
bercinta bukan sekejap. Hampir tiga tahun! Tapi yang jelas rindunya hanya pada
kenangan. Bukan orangnya.
“Boyfriend ke?”
Qaira tersentak. “Tak lah. Kawan je.”
“Mana dia?”
“Pergi tandas.”
“Patutlah tak nampak.” Seketika Safwan diam. Qaira di
lihatnya sangat tidak selesa ketika ini. Bercakap pun seperti terpaksa sahaja.
Mungkin gadis ini masih marah padanya. “Awak sihat?”
“Alhamdulillah,” balas Qaira sepatah.
Safwan akhirnya mengeluh. “Janganlah macam ni Qaira. Dulu
awak banyak cakap. Saya rindu Qaira yang dulu.”
Qaira tersenyum hambar. “Saya tak ada apa nak cakap dengan
awak.”
“Awak masih marah saya?”
“Tak. Cuma saya masih tak boleh lupa apa yang awak dah
buat kat saya,” ujar Qaira. Mana mungkin dia lupa. Safwan curang dengannya.
Paling teruk, lelaki itu memalukannya di hadapan perempuan lain. Siapa yang boleh terima perlakuan sebegitu?
Safwan tunduk. “Saya minta maaf. Saya tahu saya salah.
Saya tak patut buat awak macam tu. Kita dah lama bercinta. Patutnya saya setia
dengan awak.”
“Dah lah. Benda dah lama. Tak payah ungkit lagi.”
“Saya dah tinggalkan dia. Sebulan lepas kita putus, dia
mengaku yang dia dah ada kekasih lain. Mula-mula saya tak boleh terima. Saya
marah. Tapi lama-lama saya sedar yang mungkin itu semua karma. Apa yang saya
pernah buat, kena kat saya balik.”
Qaira terdiam. Simpati pula dia pada safwan. Mungkin kerana
dia sendiri pernah mnegalami situasi yang sama. Namun ada bisiskan halus yang
meniup hatinya. padan muka! Dulu buat kat aku. Tapi cepat-cepat dia menghapus
bisikan itu dengan istighfar panjang. “Awak akan jumpa perempuan yang lebih
baik dari dia.”
“Saya dah jumpa. Cuma saya sia-siakan,” luah Safwan kesal.
“Safwan…”
“Kita baik macam dulu Qaira. Saya janji yang kali ni saya
tak kan curang dengan awak. Saya akan sayang awak seorang je.”
Qaira terkejut. Pengakuan Safwan sesuatu yang tidak di
jangka sama sekali. Dia sedang bermimpikah ketika ini? Tak mungkin!
“Qaira…”
“Saya…” Qaira menelan liur. Dia patutnya terus kata tidak
sahaja. Luka yang Safwan tinggalkan bukan sedikit. Tapi kenapa berat benar
mulutnya mahu menutur kata?
“Qaira.”
Qaira dan Safwan menoleh serentak. Irfan mengangkat
kening. Tidak menyangka pula yang Qaira sedang berbual dengan seseorang. Lantas
pemuda yang mungkin sebaya dengan Qaira itu di perhati. Tangan di hulur sebelum
dia mengukir seulas senyuman. “Irfan.”
Teragak-agak Safwan menyambut huluran tangan Irfan. “Safwan.”
“Kawan ke?” Tanya Irfan pada Qaira.
Qaira angguk sahaja.
“Oh. Lepas ni awak nak pergi mana? Kalau tak ada, jom
pergi makan. Saya belanja,” ajak Irfan.
“Err…” Qaira mula bingung. Siapa yang patut dia dahulukan
ketika ini? Irfan atau Safwan? “Saya… saya belanja. Lagipun hari tu saya tak
bagi hadiah dekat encik,” katanya lantas memandang wajah Irfan. Ya, itu
keputusan dalam masa sesaat yang di ambilnya. Dia harus kembali berpijak di
bumi nyata. Jangan biarkan hati goyah dengan keindahan masa lalu.
Irfan tersenyum. “Saya tak kisahlah pasal hadiah. Tapi
kalau awak tetap nak bagi saya hadiah, tolong berhenti panggil saya encik. Itu
hadiah yang saya nak.”
“Okey. Jom awak,” balas Qaira selajur melangkah pergi dari
situ. Safwan tidak di pandnag langsung. Lebih baik begitu.
“Awak?” Irfan tersenyum lebar. Ternyata rasa gembira itu
tidak dapat di sembunyikan. Namun sebelum mengekori langkah Qaira, dia sempat
menolah pada Safwan. “Jomlah pergi sekali.”
Safwan menggeleng perlahan. Mungkin kisah cintanya cukup
sampai di sini. Dia sedar yang dia tidak layak di beri peluang kedua. Bukan
salah Qaira. Tapi dia. Dia yang salah. “Tolong jangan sia-siakan Qaira. Dia tu
baik. Tak cerewet. Tapi jangan buat dia marah. Encik mesti tak kan percaya apa
yang dia boleh buat kalau tengah marah.”
Irfan mengerutkan dahi. “Apa maksud awak cakap macam tu?”
“Saya tahu encik faham apa maksud saya. Saya pergi dulu.
Assalamualaikum,” ujar Safwan.
“Waalaikumsalam,” jawab Irfan. Seketika, dia menggaru
kepalanya. Benarkah Qaira dan Safwan ini hanya sekadar kawan? Rasanya tidak.
Seperti ada sesuatu yang lebih besar di antara mereka. Tapi kalau Safwan tidak
meminta pun, dia akan tetap melakukan itu. Bukan mudah untuknya merasai lagi
perasaan seperti ini. Ternyata gadis
biasa seperti Qaira telah merentap ego dan cita rasa tingginya dalam mencari
pasangan hidup. Jadi mana mungkin dia mahu mensia-siakan gadis itu.