Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 43

Qaira mengiring ke kiri. Tidak lama, dia mengiring ke kanan pula. Hanya tuhan yang tahu betapa dia menggigil tempoh hari. Reaksi yang di tunjukkan mummy Harris sungguh menakutkan. Maya pun menegur setelah dia sampai ke rumah. Kata Maya, mukanya pucat. Tapi dia memberi alasan yang dia penat mengemas kondo Harris yang seperti tongkang pecah itu. Padahal gambarannya tidaklah sama. Dia cuma tidak mahu membuka cerita sebenar.

Seketika, di renung jarinya yang berparut kecil itu. Kemudian, di usapnya perlahan. Setiap kali memikirkan Harris, dia boleh tersenyum sendiri. Kadang-kadang pula dia boleh marah dan geram tanpa di pinta. Sebab itu, dia terkadang bingung dengan perasasaan sendiri. Cintakah ini? Pantas Qaira menggelengkan kepalanya. Sikit-sikit cinta. Drama sangatlah! Mana mungkin dia cintakan Harris Ilman.

Tidak lama, matanya beralih pada kalender kecil yang terletak pada meja di sebelah katilnya. Perlukah dia datang lagi esok? Mana tahu bila dia buka pintu rumah Harris, ada wajah lain yang menunggu? Haru dia. Lebih-lebih jika dia hanya berseorangan tanpa ada yang mahu membela. Bukan mahu prejudis tapi dia sudah boleh membayangkan hinaan yang bakal dia dapat jika bertembung lagi dengan mummy Harris. Kuatkah dia menghadapi semua itu?

Malas terlalu memikirkan soal yang belum pasti itu, suis lampu tidur segera di matikan. Kini, bilik tidurnya hanya di terangi oleh cahaya lampu jalan yang menembusi dari celah-celah langsir. Dan tanpa menunggu lama, mata pun terus di pejam.

***

Sejak dari tadi, hatinya tidak sedap. Bagai ada sesuatu yang membayangi langkahnya. Namun apabila di toleh ke belakang, tiada pula terlihat sesiapa. Akhirnya, perasaan itu di biarkan sahaja. Mungkin dia yang terlebih perasan agaknya. Setelah lif terbuka, cepat-cepat dia melangkah masuk. Namun belum sempat pintu lif tertutup rapat, tiba-tiba ada tangan yang mencelah. Qaira terkejut. Seorang lelaki dengan topi di atas kepala sedang tersenyum memandangnya. Teragak-agak dia membalas senyuman itu. Dia cuak.

“Maaf,” ujar lelaki itu sebelum melangkah masuk ke dalam lif.

“Tak apa,” balas Qaira. Dan di masa yang ada ini, dia sempat melirik ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya itu. Tak kanlah lelaki ini mengekorinya? Tapi tak ada sebab pun! Dia bukannya orang kaya atau popular yang mahu di ekori.

Setelah pintu lif terbuka pada tingkat lima, Qaira pantas menapak keluar. Lelaki itu juga sama. Apabila di kerling dari ekor mata, lelaki itu hanya berhenti di satu sudut dengan telefon melekap di telinga. Ya ALLAH, kenapa hati aku tak sedap ni? Bisik hatinya.

Setelah sampai di hadapan pintu kondo Harris, dia memberanikan diri untuk menoleh ke belakang. Apa mahu jadi, jadilah. Dia tidak peduli. Tapi ternyata, tiada sesiapa di belakangnya. Jadi memang benarlah lelaki itu bukan mengekorinya. Dia menarik nafas lega. “Perasannya kau ni Qaira. Dia tak ikut kaulah,” ujarnya sendirian. Benar juga kata Harris. Dia ini kuat perasan!

Lalu pintu kondo Harris di buka dengan kunci yang ada dalam simpanannya. Dia yakin Harris tiada di rumah. Kalau ada, pasti lelaki itu sudah bersedia untuk menjadi suaminya. Mengenangkan Harris pernah berkata yang hampir serupa, dia tertawa kecil. Rupanya lelaki itu kelakar juga orangnya. Tapi cepat dia menoleh bila terdengar bunyi seperti terjatuh. Berkerut dahinya memandang seorang lelaki yang sedang tunduk mengambil botol air. Apabila pandangan mata mereka bertaut, Qaira tersentak. Pantas lelaki itu tersenyum. Dan dia cuma membalas ala kadar.

Tapi semakin lama, dia merasakan pandangan lelaki itu semakin mencurigakan. Seolah-olah dia ini manusia yang yang tidak ada hidung atau sesuatu yang lebih teruk dari itu. Perempuan simpanan! Tidak semena-mena gelaran itu terlintas di fikirannya. Takkanlah dia anggap aku…

Pantas Qaira melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu di tutup dan terus di kunci. Benarkah itu anggapan lelaki tadi terhadap dirinya? Minta-mitalah itu hanya dalam fikirannya sahaja. Dia hanya mencari rezeki dengan cara yang halal. Bukan sebaliknya.

***

Farid mengusap-usap dagunya. Dia yakin dia tidak tersalah rumah. Tapi dia tidak yakin yang gadis itu memasuki rumah yang betul. Setahunya, dia tidak berjiran dengan seoarng perempuan. Tapi lelaki. Dan lelaki itu ialah Harris Ilman. Lalu perlahan-lahan dia mendekati pintu rumah Harris. Di tekapkan telinganya pada pintu. Sunyi.

Dia sebenarnya sedaya upaya cuba menidakkan andaian buruk ini. Tapi tidak berdaya. Apa yang di lihat oleh mata, sangat jelas. Ada perempuan masuk ke dalam rumah Harris. Perempuan yang dia tidak pernah kenal atau nampak. Tidak mungkin pencuri kerana perempuan itu ada kunci rumah.

Badannya kembali di tegakkan. Dengan rasa was-was yang semakin menebal, dia meninggalkan kawasan rumah Harris dan kembali melangkah ke pintu bersebelahan. Pintu yang memang tidak berkunci di buka. Dalam pada itu, fikirannya masih sarat dengan tanda tanya. Mustahil Harris seteruk itu. Selama mereka kenal dan berjiran, hanya seorang wanita yang pernah dia lihat masuk ke rumah sebelah. Puan Zalida, mummy Harris.

“Aduh! Sakitlah!”

Jeritan itu membuatkan Farid kalut mengangkat punggung. Niatnya mahu duduk terus terbantut. Pantas selimut yang menutupi sofa yang di dudukinya tadi, di selak. “Kau?” Tanyanya dengan mata membulat.

Perlahan-lahan, Harris duduk sambil menggosok-gosok perutnya. “Apasal kau duduk atas aku?”

“Mana aku tahu kau ada kat situ. Lagipun ini rumah aku, bukan rumah kau,” jawab Farid.

“Aku tahu. Tapi lain kali, tengok-tengok. Sakit tau perut aku ni.”

Farid kemudian duduk di sofa bertentangan. “Bila kau masuk?”

“Tadi masa kau keluar. Aku tengok pintu tak kunci. Jadi aku masuklah. Nak sambung tidur. Lagipun aku tak boleh duduk kat rumah. Bahaya.”

“Bahaya? Retak ke?” Soal Farid.

Harris geleng. “Bukan. Aku ada…”

“Ha! Sebab ada perempuan kat dalam rumah kau kan?” Farid tiba-tiba memintas. Dia baru teringat soal perempuan yang baru di lihatnya tadi.

“Mana kau tahu?”

“Aku nampak. Siapa tu? Jangan kata kat aku yang dia tu…” Farid sengaja tidak mahu meneruskan ayatnya. Dia yakin, Harris pasti faham sambungan selepas itu.

Pantas bantal yang di jadikan alas kepalanya tadi di baling tepat ke muka Farid.

Farid ketawa. Tidak sempat dia mengelak serangan yang tiba-tiba itu. Lantas, bantal yang di baling itu di letak ke tepi. “Siapa dia?”

Part time maid aku,” jawab Harris.

Part time maid? Kau biar betul?”

“Yup! Itu fakta yang sahih.”

Farid buat muka tidak percaya. Harris ada orang gaji? Pelik sungguh! “Tapi fakta kau ni menimbulkan keraguan. Part time maid? Tak masuk akal bro. Nampak muda sangat.”

I know. but that’s the fact. Lagipun bukannya aku suka-suka. Aku nak tolong dia,” balas Harris.

“Maksud kau?”

“Kita ada rezeki lebih. Why not kita share dengan orang lain? Pahalanya besar.”

Farid tiba-tiba tersengih. “Tapi lebih besar kalau kau bagi terus. Jadi dia tak perlu susah-susah jadi maid kau.”

You know what? Aku tak suka bila kau sengih macam tu.”

“Aku pun tak suka. Nak tahu kenapa? Sebab aku ada firasat yang mungkin akan buat kau tumbuk muka aku,” kata Farid.

What do you mean by that?

“Sebelum tu aku nak tanya. Kau jumpa perempuan tu kat mana? Agensi? Atau pun jumpa kat stesen bas?”

Harris tergelak. “Ingat aku ada masa nak cari? Dia pekerja kat kedai aku.”

“Oh, okey. So memang sahlah.”

“Apa yang sah?”

Farid mengangkat-angakt keningnya. Harris kalau soal yang satu ini, memang agak lembab. “Kau dah fall in love dengan dia.”

Harris menjengilkan matanya. Kenyataan Farid memang mengejutkan. Terlalu straight to the point! “Gila!”

“Ini tak gila bro. Okey, kau tak pernah terfikir ke kenapa sampai sekarang kau masih tak cintakan Reena? She’s hot. Model terkenal. Semua lelaki berangan nak bercinta dengan dia. Tapi dalam ramai-ramai tu, dia pilih kau. So, kau patut bersyukur. Tapi sayangnya kau tak balas perasaan dia. Kenapa? Mesti ada sebab kan?

“Aku tengah cuba cintakan dia. So, please. Jangan cakap benda yang tak masuk akal.”

Jawapan Harris itu membuatkan Farid tersenyum. “Jangan paksa kalau tak boleh. Mungkin hati kau dah pilih orang lain. Sebab tu sekuat mana pun kau cuba, kau tetap tak nampak Reena.”

Harris mengetap bibir. Baginya, kesimpulan Farid sangat gila. Dia jatuh cinta dengan Qaira hanya kerana menjadikan gadis itu pembantu di rumahnya? Merepek!

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman