Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 42

Harris menyandar di tepi sebuah kereta Porsche Cayenne berwarna putih. Kereta ini adalah kereta yang sama seperti apa yang di lihatnya semalam. Walau dari jauh, dia kenal. Malah cukup kenal. Justeru itu, dia mahu tahu dan pastikan beberapa perkara. Tidak tenang dia kalau asyik memikirkan soal kereta Reena ini.

“Lah, kenapa tak tunggu kat dalam?” Tanya Reena sebaik mendekati Harris yang sedang menyandar di tepi keretanya.

Harris mengangkat wajah. “Tak apa. I tak boleh lama. I kena jumpa klien setengah jam dari sekarang.”

Reena tersenyum. “Kenapa datang tak bagitahu. Buatnya I tak ada kat sini macam mana?”

“Kalau you tak ada, I sembang dengan micheal. Tak pun dengan model-model baru kat sini. Mesti cantik-cantik,” seloroh Harris.

Tapi Reena pula tiada hati mahu tersenyum. Kalau dulu, mungkin boleh. Tapi sekarang, hatinya sangat sensitif. Tidak boleh mendengar gurauan seperti itu. “You nak ajak I keluar ke?”

“Lain kali okey. I betul-betul tak boleh hari ni. Sebenarnya I datang ni nak tanya sesuatu.”

“Apa?”

Harris memasukkan tangannya pada poket seluar slack hitamnya. “You pergi mana semalam?”

Reena menunjuk dirinya dengan jari telunjuk. “I? Tak pergi mana. Just duduk rumah. Penatlah. Kan I dah bagitahu you. Kenapa you tanya?”

Sure tak pergi mana-mana?” Tanya Harris. Dia inginkan kepastian.

“Tak. Kenapa ni?”

“Semalam I macam nampak kereta you. Tapi, I salah pandang agaknya.”

“Oh ya ke?” Reena mengetap bibir. Riak wajahnya berubah sedikit. Namun tidak akan sesekali perubahan itu di tunjukkan pada Harris

Harris kemudian meraup wajahnya. “Okeylah, I gerak dulu. Nanti I call you. Bye.” Setelah itu, dia terus berlalu menuju ke keretanya yang di letakkan tidak jauh dari situ.

Reena hanya memerhati kelibat Harris. Dalam diam, dia tersenyum sinis. “This is just the beginning sayang. Banyak lagi yang akan jadi lepas ni.”

***

Zalida menyilangkan tangan sambil duduk di atas sofa. Sangkanya Harris sudah lupa. Lima hari dia menunggu. Dalam tempoh itu, tidak pernah sehari pun dia tidak menagih jawapan. Tapi setiap kali cuba di hubungi, alasan sibuk yang menjadi jawapan. “Tak sibuk hari ni?” Tanyanya separuh menyindir.

Harris yang duduk bertentangan hanya tersenyum. Bukannya dia sengaja mengelak. Dia benar-benar sibuk. Tapi dia akui, kadang-kadang ada juga yang di sengajakan. “Tak.”

“Baguslah. Mummy ingat Ris dah lupa nak datang sini.”

I owe you an explanation. Mestilah kena datang. Kalau tak, mummy akan sentiasa fikir yang buruk-buruk pasal Ris.”

“Jadi tunggu apa lagi?” Zalida sudah tidak sabar mahu tahu penjelasan Harris.

Harris menghela nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan. “Apa yang mummy nak tahu?”

“Semua yang mummy patut tahu.”

“Tak ada apa yang mummy patut tahu. Dia tu pekerja Ris. Dan kita orang tak ada apa-apa,” beritahu Harris.

Zalida tersenyum sinis. “Dia pekerja kat Zeal Bookstore. Bukan kat kondo Ris.”

Okay, look. She’s my maid. I mean part time maid.”

Part time maid?” Zalida pegang kepala. “You must be joking Harris Ilman.”

No, I’m not.”

“Perlu ke? Ris dah duduk kondo tu lama. Tak pernah merungut pun,” sembur Zalida. Nyata rasa terkejutnya bukan kepalang. Dia tahu anaknya itu bukan seorang yang terlalu malas untuk mengemas. Pasti ada sesuatu di sebalik penjelasan ini.

Harris menggaru-garu keningnya. Sudah di jangka reaksi sebegini yang akan dia dapat. Siapa yang tidak terkejut? Seorang lelaki bujang yang selama ini tidak pernah merungut hidup sendiri boleh ada pembantu rumah. Masih muda dan bujang pula. Secara kasar, mungkin nampak tidak sesuai. “I know. Ris cuma nak tolong dia. Tak salah kan?”

“Tak salah. Tapi ada banyak cara lain yang Ris boleh buat untuk tolong dia. Tapi kenapa beria-ia sangat? Ris suka perempuan tu?”

No!”

Zalida mendnegus. “Then?”

“Adalah sebab lain. Tapi bukan sebab perasaan,” ujar Harris. Rasanya tidak perlu di beritahu tujuan sebenar. Bercakap panjang-panjang pun, belum tentu boleh meraih kepercayaan dari mummynya ini.

Mummy tak suka tengok Ris berdua dengan dia. Nanti timbul fitnah. Ris sendiri yang kata macam tu dulu. Sebab tu tak bagi langsung Reena jejak kaki kat kondo Ris tu. But now what happened? Nasib baik mummy yang nampak. Kalau Reena, uncle Salleh atau aunty Aisyah macam mana? Kalau dari pejabat agama, lagi teruk.”

“Kalau dia ada kat rumah, Ris keluar. Ris tak kan malukan mummy.”

Mummy tak kisah apa penjelasan Ris. Tapi yang mummy nak, stop all this. Tak payah nak upah dia lagi. Kalau betul nak orang gaji, mummy boleh tolong carikan. Tak pun, suruh Mak Tom je yang kemas. Lagipun mummy dapat rasa yang perempuan tu tak baik. She’s after your money.”

Harris tersentak. Tidak menyangka yang mummynya akan menuduh Qaira begitu sekali. “Apa mummy cakap ni? Ris tak pernah fikir Qaira macam tu. Lagipun bukan dia yang minta jadi orang gaji. Ris yang suruh sebab Ris nak tolong dia.”

Whatever it is, ikut cakap mummy. I know what the best for you,” kata Zalida.

What are you trying to say?”

Zalida bangkit sebelum duduk di sebelah Harris. Setelah itu, belakang tangan Harris di usap perlahan. “Reena. Tolong jangan kecewakan dia. Mummy kalau boleh nak kamu berdua cepat-cepat kahwin. Tapi mummy tahu yang Ris belum bersedia. Mummy tak kan paksa. Cuma mummy tak kan bagi Ris buat pilihan lain sebab Reena pilihan terbaik untuk Ris.”

Harris memandang wajah mummynya. “Mummy rasa macam tu ke? Reena terbaik untuk Ris?”

“Iya sayang. Trust me.” Zalida meyakinkan.

“Insya-ALLAH,” jawab Harris perlahan.

Zalida tersenyum senang. Baginya itu satu janji. Dan dia akan pastikan janji itu tidak akan di ingkari. “Malam ni Ris tidur sini tau. Temankan mummy. Mak tom tak ada. Dia balik kampung pagi tadi. Saudara dia nazak.”

“Yalah.”

“Ris pergi naik, mandi. Mummy nak masak special untuk Ris,” ujar Zalida sebelum terus berlalu ke dapur. Sungguh hatinya berbunga saat ini. Dia bersyukur kerana di kurniakan Harris Ilman sebagai anaknya. Tidak banyak songeh dan bantahan.

Harris tidak terus naik. Sebaliknya dia berbaring di atas sofa. Ya, Reena yang terbaik untuknya. Dia pun pernah berfikiran begitu. Tapi sekarang, tanggapan itu sedikit sebanyak mula goyah. Salah siapa ia mula goyah? Dirinya atau ada orang lain yang harus di persalahkan? Tiba-tiba sahaja imbasan wajah seseorang memenuhi pandangan matanya. Salah diakah? Harris meraup wajahnya. Tak mungkin dia!

Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman