Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 35

Bantal yang sedari tadi di gunakan untuk menutup telinganya, di baling ke tepi. Qaira segera duduk. Jam lonceng di tepi katil di capai laju. Jam 7.30 pagi! Lalu perlahan-lahan dia bangun dan menyelak langsir. Seketika, dia mengerutkan dahi. “Kereta tu, macam kenal…” ucapnya perlahan.

Tanpa berlengah, dia terus keluar dari bilik. Anak tangga di turuni dengan pantas sebelum pintu hadapan di buka. Dengan perasaan yang bercampur baur, dia menapak ke pintu pagar yang berkunci itu. Dan matanya terus membulat apabila si pemilik kereta itu keluar dari tempat duduk pemandu. Memang tepat seperti jangkaannya. Tapi walaupun begitu, dia tetap sahaja terkejut.

“Assalamualaikum. Selamat pagi,” sapa Irfan berserta seulas senyuman.

“Waalaikumsalam,” jawab Qaira.

Irfan tidak berkelip memandang Qaira. Tidak lama, dia tersengih. “Baru bangun atau saya yang bagunkan?”

Qaira pantas mengetap bibir. Jujur sangat pertanyaan lelaki ini. Pantas sahaja rambutnya di rapikan. Baju tidur dengan kartun Winnie The Pooh yang di pakainya di kemas-kemaskan. Ya, tadi dia lupa melihat cermin. Pasti penampilannya sangat selekeh ketika ini. “Encik buat apa datang sini?”

“Saya datang bawa ni,” balas Irfan lalu mengangkat beg plastik yang berada di tangannya.

“Apa tu?” Tanya Qaira kehairanan.

Breakfast kita,” jawab Irfan.

Breakfast? Kita?”

Irfan mengangguk. “Yalah. Kita. Cepatlah buka pagar ni.”

“Tapi…”

“Saya tak buat apalah. Nak sarapan dengan awak je. Nanti tak payahlah tutup pintu.”

Qaira berfikir seketika. Bukan masalah tutup pintu atau tidak, tapi ini masalah dirinya. Dia tidak mahu memasang angan-angan. Nanti sakit sendiri. Tapi lelaki ini seolah-olah membuka ruang untuknya berangan. Mana tidaknya, gaya Irfan ini seperti mahu memikat pula. Walhal kenyataannya tidaklah seperti itu.

“Boleh tak? Ke awak takut?”

“Sekejap,” balas Qaira sebelum berpaling masuk ke dalam rumah. Tidak lama, dia kembali dengan segugus kunci di tangan. Mangga kunci di buka sebelum pintu pagar di tolak. “Masuklah.”

Irfan tersenyum lebar. “Terima kasih.”

Qaira membalas senyuman Irfan. Namun dalam hati dia tertanya. Betulkah apa yang sedang di lakukannya ini? Ternyata dia sendiri bingung memikirkannya.

***

Anak tangga di turuni perlahan-lahan. Sambil itu,Maya menguap panjang. Lena sungguh tidurnya semalam. Ikutkan hati, dia malas mahu bangun. Namun setiap kali teringat pesanan emaknya, dia akur. Nanti tak ada siapa nak buat bini kalau bangun lambat! Dan mungkin kata-kata emaknya itu bakal jadi kenyataan selepas ini.

“Awak satu rumah dengan Qaira?” Tanya Irfan yang sedang duduk di atas sofa sementara menunggu Qaira membancuh minuman.

Maya tersenyum kelat. “Ha’ah. Encik duduklah dulu. Saya nak ke dapur kejap.” Setelah itu, besar-besar langkahnya meninggalkan ruang tamu.

“Selamat pagi,” sapa Qaira setelah Maya berdiri di sebelahnya.

“Kenapa kau tak bagitahu aku yang encik Irfan ada kat sini?” Tanya Maya. Ada nada geram pada suaranya.

“Aku pun tak tahu dia nak datang,” jawab Qaira.

“Tak tahu? Tak percayalah aku.”

“Betul. Aku pun terkejut bila nampak dia kat depan rumah tadi.”

“Dia datang nak apa?” Soal Maya sambil tertinjau-tinjau ke ruang tamu.

Qaira meletakkan jag yang berisi air milo itu di atas meja makan. “Nak sarapan.”

Maya terkejut. “Sarapan? Tapi…”

“Ya. Saya nak sarapan sama. Boleh kan?” Sampuk Irfan yang tiba-tiba sudah terpacak di dapur.

“Hah? Eh, boleh. Tak ada masalah pun,” balas Maya. Tak kan mahu kata tak boleh pula? Apalah mamat ni! Seketika, dia melirik ke arah Qaira yang sedang lincah meletakkan kuih-muih di atas pinggan.

“Banyaknya encik Irfan beli,” komennya.

Irfan tersenyum. “Saya tak tahu Qaira suka makan apa masa breakfast. Sebab tu saya main beli je. Tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya cukup untuk kita bertiga.”

“Tapi saya peliklah. Kenapa encik nak sarapan kat sini?”

Qaira yang sedang meneguk air milo tersedak. Dia memang mahu tahu sebabnya. Tapi dia tidak smapai hati mahu bertanya. Takut Irfan berkecil hati. Tapi Maya, bertanya selancar air di terjun. Pantas dia menjeling Maya di sisinya.

“Dah lama saya tungggu soalan tu. Qaira tak tanya saya apa pun. Tak adalah. Saja nak tukar suasana. Lagipun saya sorang-sorang kat rumah. Mama dengan papa saya kat Melaka. Tidur sana. Petang ni baru balik,” jelas Irfan.

Maya mengangguk tanda faham. Tapi dia bukan lembab sangat. Dia tahu itu hanya alasan kecil yang di cipta untuk menutup alasan yang lebih besar sifatnya.

“Makanlah. Saya jamin yang semua kuih ni sedap. Saya dah selalu beli kat mak cik tu.”

Qaira dan Maya tersenyum. Janggalnya perasaan bila berasa asing di rumah sendiri. Manakan tidak, Irfan kelihatan begitu selesa sekali berada di rumah mereka. Sedangkan mereka ketika di rumah Irfan dulu, bagaikan patung bernyawa.

“Jom keluar lepas ni. Cakap je nak pergi mana. Saya bawa,” ajak Irfan dengan wajah cerianya. Ternyata angan-angan semalam sudah jadi kenyataan. Cuma semalam, Maya tidak ada dalam angan-angannya.

“Tak apalah encik Irfan. Saya nak rehat kat rumah je hari ni. Tapi Qaira kata dia nak keluar. Bolehlah pergi sekali,” ujar Maya sambil mengenyitkan mata pada Irfan.

Qaira segera menoleh Maya yang duduk si sisinya dengan mata membulat. Tapi ternyata Maya sengaja tidak mengendahkannya.

Irfan teruja mendengarnya. Namun dalam masa sama, dia terkejut juga dengan tindakan Maya. Kenapa pula dia kenyit-kenyit mata ni? “Betul ke awak nak keluar?” Tanyanya lalu memandang wajah Qaira.

“Tak. Maya ni je yang…”

“Betul encik Irfan. Qaira ni malu nak mengaku.” Kali ini barulah Maya menoleh dengan senyuman lebar. Pehanya yang di cubit Qaira tidak di pedulikan. Sesungguhnya dia tahu apa yang sedang dia lakukan ketika ini.

“Lah, tak payahlah nak malu. Okeylah, kalau macam tu saya tunggu kat kereta,” kata Irfan yang sudah pun berdiri.

Mahu tidak mahu Qaira mengangguk sahaja. Dan apabila Irfan sudah berlalu dari dapur, dia pantas mencubit lengan Maya. “Aku tak cakap pun yang aku nak keluar hari ni.”

Maya tersengih panjang. “Tak apalah. Bukan selalu.”

“Memanglah bukan selalu. Tapi aku tak nak keluar berdua je dengan encik Irfan.”

“Jangan risau sangatlah. Lagipun inilah masanya kau keluar dengan lelaki handsome macam tu. Bukan senang tau,” kata Maya.

Qaira mencebik. Hakikatnya dia juga sependapat dengan sahabatnya itu. Bukan senang dapat keluar dengan lelaki seperti Irfan. Tapi kalau selepas ini dia yang mahu keluar lagi dengan lelaki itu bagaimana? Itu sebenarnya yang dia takutkan.

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman