Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 32
Harris tersenyum sendiri. Masuk yang ini, sudah lima mesej sama yang dia terima dari Reena. ‘Jangan lupa ambil I kat airport.’ Walaupun sudah di balas, Reena tetap terus mengingatkannya. Takut benar Reena yang dia akan lupa. Dan ketakutan Reena semakin ketara bila telefon bimbitnya berbunyi minta di angkat.

“Jangan lupa tau ambil I. Kalau you lupa, I tak nak cakap dengan you lagi,” terjah Reena setelah taliannya bersambut.

Harris yang tidak sempat menyapa, hanya mengeluh perlahan. “Ya, I tak lupa.”

“Mesti datang tau.

“Iya… Okeylah I ada meeting ni. Nanti kita jumpa. Assalamualaikum.” Setelah itu, cepat-cepat Harris memutuskan talian.

Dan tidak lama, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Ada mesej yang di terima.

-Kenapa you letak? I tak habis cakap lagilah.

Selesai membacanya, Harris tergeleng-geleng sebelum ketawa kecil. Kalau saja dia belum lama mengenali Reena, pasti dia sudah lari jauh-jauh dari gadis itu. Sifatnya kadang-kadang sangat menguji kesabaran.

***

Maya menoleh ke kiri dan kanan. Setelah diyakini yang keadaan selamat, dia mula mengatur langkah mendekati Qaira. Sudah dua hari usahanya gagal. Jadi hari ini, dia akan mencuba lagi. Dia bukannya apa. Sekadar mahu tahu cerita sebenar. Tidaklah lagi sakit kepalanya memikirkan kejadian yang berlaku malam itu.

“Qaira,” panggilnya perlahan.

Qaira buat tidak dengar. Sejak dua hari ini, Maya sudah seperti bayang-bayangnya. Kalau hanya sekadar mengikuti rapat, tidak apa. Tapi Maya mendekati kerana mahukan sesutau yang dia sendiri sudah mahu memadamkannya dari ingatan. Sungguh dia jadi malu setiap kali ingatan itu datang menjelma.

Maya mengetap bibir. “Qaira,” panggilnya lagi. Kali ini pinggang Qaira di cubit sekali.

“Aduh, sakitlah!” Adu Qaira sambil menggosok pinggangnya.

“Ingatkan tak rasa tadi. Kau ni memang sengaja kan nak mengelak dari jawab soalan aku?”

Qaira kemudian menoleh ke arah Maya. “Mengelak apa?”

“Alah, pasal malam tu. Tak payahlah buat-buat tak tahu pula,” ujar Maya.

“Kenapa dengan malam tu?”

Maya menjengilkan mata. “Kau ni memanglah. Sajalah tu tak nak bagitahu.”

“Tak pentinglah apa yang jadi malam tu. Abaikan je lah,” balas Qaira.

“Mana boleh aku abaikan. Aku nampak depan mata tau kau berpeluk dengan encik Harris?

Pantas Qaira menekup mulut Maya. Susah dia kalau ada orang mendengar. Maya pun satu. Tak perlulah cakap kuat-kuat perkataan berpeluk itu. Boleh menimbulkan salah faham bagi yang tidak mengetahui cerita sebenar. Dia dan Harris bukannya berpelukan pun. Maya lebih sangat! “Perlahanlah sikit, nanti orang dengar. Aku cerita kat rumah,” katanya sebelum meninggalkan Maya di situ.

Setelah sampai di bahagian rak paling hujung, dia menoleh ke belakang. Mujur Maya tidak mengekorinya. Kalau tidak, memang di sumbat mulut Maya dengan buku-buku yang tersusun di rak ini.

“Qaira.”

Qaira tersentak. Di lihatnya Malik sudah berdiri di sebelahnya. “Malik.”

“Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau nak aku tunggu berapa lama?” Tanya Malik dengan wajah serius.

“Soalan apa?” Qaira pelik. Malik sama saja seperti Maya. Mengejarnya kerana mahukan jawapan. Macam berhutang duit pula rasanya.

“Macam mana kau boleh kerja balik kat sini?”

Qaira mengeluh perlahan. “Benda dah lama. Tak kan awak tak lupakan lagi?”

Malik tersenyum sinis. “Benda lama tu lah yang kita kena ingat. Lebih-lebih lagi bila kita tak suka benda tu.”

“Apa yang awak tak suka?”

“Kau!” Jawab Malik sepatah.

“Ini semua rezeki saya,” jawab Qaira. Dia sendiri pun sudah malas mahu mengingati peristiwa dulu. Baginya, itu semua sudah lama berlalu. Mungkin Harris sendiri juga sudah lupa tentang itu. Tapi entah kenapa Malik pula yang beria-ia mahu membuka cerita lama. Bukannya ada kaitan pun dengan lelaki itu.

“Rezeki halal ke rezeki haram?”

“Apa maksud awak?”

“Maksud aku…” Malik menapak dua langkah mendekati Qaira. “Kau jual diri ke?”

Qaira mengucap panjang. Malik keterlaluan! Tangan yang mahu naik, di tahan. Dia sudah berjanji mahu mengawal dan menangani emosi dengan lebih baik. “Jangan nak menuduh kalau tak ada bukti. Itu fitnah. Berdosa besar.”

Chill. Tak payahlah marah. Ke betul apa yang aku cakap?”

“Awak tu dah keterlaluan. Sesiapa pun akan marah,” balas Qaira.

Malik ketawa. “Aku keterlaluan ke kau?”

“Kenapa pula saya? Awak yang menuduh, awak yang buat fitnah. Tapi kenapa pula saya yang keterlaluan?”

“Tak adalah. Aku cuma tanya je. Yalah, zaman sekarang ni susah nak percaya orang. Muka nampak baik tapi hati kita tak tahu,” sindir Malik.

Qaira mengetap bibir. Apakah lelaki ini di hantar untuk menguji sejauh mana tahap kesabarannya? Kalau ya, dia akan berusaha untuk tidak tunduk pada Malik. Tidak akan di biarkan kejadian dulu berulang kembali. “Dah lah Malik. Saya tak nak gaduh dengan awak.”

“Kalau aku tak berhenti kenapa? Kau nak tumbuk muka aku macam kau tumbuk muka encik Harris dulu?”

“Sebab tu saya kata saya tak nak gaduh dengan awak.”

“Tu yang encik Harris silap. Dia patutnya balas balik kat kau. Kalau aku, merah pipi kau tu,” kata Malik.

“Apa salah saya kat awak? Kalau betul saya ada buat salah, saya minta maaf. Tapi awak pun patut minta maaf pada saya. Pada encik Harris. Awak dah fitnah kami. Tak takut dosa ke?”

“Tak payah nak jadi ustazahlah kat sini.”

“Saya cuma cakap benda betul. Saya rasa awak pun tahu dosa memfitnah ni macam mana. Awak belum tua lagi untuk lupa.”

Malik mencerlungkan matanya. Sudah lama dia menanti saat ini. Sejak kembali bekerja di Zeal Bookstore, Qaira semakin tunjuk baik. Tambah-tambah lagi di hadapan Maimun. Dan sungguh dia tidak suka bila gadis ini sentiasa di lebihkan dari dirinya.

“Mulut kau memang kurang ajar! Kau memang nak kena dengan akulah.” Pantas Malik mengangkat tinggi tangannya. Niatnya tiada lain. Mahu memberi gadis ini pengajaran agar tidak sewenang-wenang menyekolahkannya lagi selepas ini.

Qaira terkedu. Spontan dia memejam mata. Nampaknya Malik benar-benar mahu mengotakan apa yang di katanya. Ya ALLAH, pasti perit bila tangan Malik hinggap di pipinya nanti.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman