Tawa yang di tahan sejak tadi akhirnya terlepas
juga. Harris sudah tidak kuat untuk menahan. Reena pula hanya mampu mengetap
bibir. Hatinya sakit mendengar gelak tawa lelaki itu. Sepatutnya Harris memberi
kata-kata semangat. Bukan mentertawakan! Kalau tahu begini, lebih baik dia pulang
sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu makan hati berulam jantung.
“I terkejut sangat bila you
minta I ambil you kat hospital tadi.
Sehari semalam you ada kat wad and you haven’t told me anything,” kata
Harris setelah tawanya reda. Saat Reena minta di jemput dari hospital melalui
panggilan telefon seawal pagi tadi, rasa terkejutnya terus memenuhi segenap
ruang hati. Hajat mahu pergi ke pejabat, di batalkan serta-merta.
Reena mencebik. “Sebab I tahu
yang you akan gelakkan I. Macam
sekarang ni.”
“Mestilah
Igelak. Benda kelakar. You pengsan sebab stress. Ingatkan pasal kerja, rupanya pasal berat badan dah naik
tiga kilo,” balas Harris.
“You jangan nak ejek I. I tengah marah ni.”
Harris
mengeluh. “Okey. Kita cerita pasal lain.”
“Memang
patut pun,” balas Reena.
“Ni,
you nak makan apa?” Tanya Harris.
Reena
mengetap bibir. Makan? Harris pasti bergurau. “I nak balik. Lagipun takkan you
nak suruh I makan dalam keadaan yang
macam ni? Dah sah-sah I masuk wad
sebab terlebih makan. Sekarang you
nak tambahkan lagi? You memang
sengaja je kan nak sakitkan hati I?”
“Boleh
tak jangan merepek? You sendiri
dengar apa doktor cakap tadi. Kalau nak diet
pun, janganlah sampai tak makan langsung. Perut tu kena isi juga.”
“You tahu kan yang I ada show minggu depan?”
“Siapa
suruh tak kawal makan?” Perli Harris.
“Eh,
you yang paksa I makan banyak. You kata, I dah terlebih kuruslah, pipi dah
cengkunglah. Siap kata I ni tiang
begerak lagi,”marah Reena.
Harris tergelak. “Bila masa I paksa
you?”
Reena mendengus. Wajahnya masam mencuka. Memang Harris tidak pernah
memaksa. Tapi kalau sampai tahap di kata tiang bergerak, siapa yang tidak sakit
hati? Makna kata-kata itu cukup jelas. Dia sudah tidak cantik di mata Harris. Jadi
salahkah jika dia berusaha untuk cuba menyenangkan hati lelaki itu?
Melihat wajah cemberut Reena, Harris terdiam. Dia memang tidak pandai
memujuk. Selalunya kalau Reena merajuk, Reena juga yang akan memujuk. Dia pula
hanya akan tunggu dan lihat. Kalau mood Reena sudah okey, barulah dia akan
bersuara.
“Ini
kali pertama I terlibat untuk
pertunjukan fesyen amal. Sebelum ni bukan tak ada undangan. Cuma I sibuk sangat kejar duit, populariti. Tak
ada masa nak bantu derita orang lain.Tapi sekarang I dah sedar. Tangan yang memberi tu lebih baik dari tangan yang menerima.
So, I kena bagi juga. Tak boleh nak
terima je,” luah Reena.
“Tak
apalah. Bukan you minta semua ni jadi,”
ujar Harris. Rasa tidak manis pula jika terus diam. Reena bukan bercakap dengan
tunggul. Dan dia pun tidak akan mengaku menjadi tunggul itu.
“I tahu. Tapi I terkilan.”
Harris
menggaru kepalanya. “Macam ni lah, apa kata you makan dulu. Lepas tu, I hantar you balik. Get enough rest.
Jangan fikir sangat.”
“I tak nak makan.” Reena masih berdegil.
Gara-gara terlalu mahu kelihatan sempurna di mata Harris, dia sanggup
mengenepikan jadual pemakanannya. Disiplin ketatnya hilang jika ianya berkaitan
dengan Harris. Baginya, Harris ialah keutamaan yang perlu di jaga.
“Mama
dengan papa you tak ada kat sini. Siapa
yang nak jaga you kalau you sakit lagi?”
“You kan ada.”
“Memang
I ada. Tapi I tak boleh ada 24 jam dengan you.”
Kali
ini, giliran Reena pula yang terdiam. Harris memang tidak boleh ada 24 jam
dengannya. Kalau ada, bila sakitnya mahu baik? Hanya di masa sakit sahaja dia
boleh bermanja dengan lelaki itu. Jadi mustahil dia mahu baik cepat.
Tidak
semena-mena Harris menguntum senyum. Tidak pandai memujuk, bukan bererti dia
tidak pandai senyum. Senyum itu penawar. Pangubat duka, pembawa bahagia. Dan
dia mahu Reena turut merasainya. “Semua akan okey. Trust me. Lagipun diet
perkara biasa untuk you. I tak rasa yang you akan gagal.”
“Mesti
Micheal dah gugurkan nama I,” keluh Reena
akhirnya.
“Kenapa
pula dia nak buat macam tu? Kan you
cakap hari tu, bukan dia yang pilih you
tapi pihak penganjur. Remember?”
Reena
tersenyum hambar. “Micheal kena jaga nama baik Mike Talent. Agensi tu hidup
dia. Dan I pun ada nama baik juga
yang perlu I jaga. Semua orang akan
tengok I nanti. Orang-orang kenamaan,
fashion designer, selebriti, pencinta fesyen, dan mungkin pelancong luar. You rasa I nak bagi dia orang semua tengok ke I seorang je yang badan besar kat atas stage tu?” Lalu tidak semena-mena, ada air jernih yang mengalir di
hujung matanya.
Harris
terpaku. Terlalu jarang dia melihat perempuan menangis. Dan terlalu jarang juga
perempuan menangis di hadapannya. Tapi walaupun jarang, satu yang dia pasti.
Dia tidak boleh melihat perempuan menangis. Dia jadi lemah dan kalah. Lantas, air
mata Reena di seka dengan hujung jari. “Sekarang ni you pilih. Harris Ilman or Micheal? ”
Reena
segera mengangkat wajahnya. “You
merepek apa ni?”
“I tak merepek. Sekali lagi I tanya, me or him?” Desak Harris.
“Ris…
stop it! I tak boleh pilih sebab I
tak ada sebab untuk buat macam tu. I
dah kata, ini soal nama baik. Tak ada kaitan dengan perasaan.”
“I know. Tapi cara you cakap macam you lebih
risaukan Micheal je,” ujar Harris
Reena
mendengus. “You tak tahu. Sebab tu you cakap macam tu.”
Harris sekadar menjungkit bahu. Dia tahu atau tidak, itu bukan soalnya. Yang
penting, Reena berhenti menangis dan moodnya kembali baik.
“You rasa I pilih siapa?” Tanya Reena. Dia tahu Harris sengaja bertanya kerana
lelaki itu sudah tahu jawapannya.
Harris
tersengih.“Mestilah you pilih I.”
“Mana you tahu I tak pilih
Micheal?”
“I tahulah.”
Reena
mengerutkan dahi. “Macam mana you
tahu?”
“Sebab
you sayang I,”jawab Harris.
Reena
tergelak. Hilang riak cemberut, masam, pahit, dan kelat pada wajahnya. Harris
terlalu bijak meneka hatinya. Atau mungkin, hatinya yang terlalu mudah untuk di
teka? “I pun sayang Micheal juga.”
“I tahu you sayang Micheal. Tapi you
sayang I lebih. Sebab tu you pilih I, tak pilih lelaki cina tu.”
“You sayang I?” Tanya Reena tiba-tiba.
Harris
terdiam seketika. Namun tidak lama, dia tersenyum. “Mestilah sayang. Selama ni,
you seorang je yang ada dengan I. Tak ada yang lain.”
Tidak
semena-mena, Reena mula di tujah rasa cemburu. “Tapi kalau ada perempuan lain
yang dekat dengan you, keadaan akan
berubah tak?”
“Berubah
macam mana?”
“Yalah.
You rasa you tetap akan sayang I macam mana you sayang I sekarang?”
Harris
ketawa. “We’ll see.”
“Jahat,”
balas Reena sambil menampar lembut lengan Harris.
Seketika,
wajah kesayangan hatinya itu di tatap dengan penuh rasa kasih dan cinta. Datanglah
sesiapa sahaja. Harris Ilman akan di pertahankan walau dengan apa cara
sekalipun kerana lelaki itu adalah nyawanya. Tanpa nyawa, dia akan mati. Dan
kalau sudah mati, nyawa pun sudah tidak berguna lagi.