Reena membuka kelopak
matanya. Keadaan sekeliling di perhati. Kosong! Tiada sesiapa di di dalam bilik
ini kecuali dirinya. Perlahan-lahan dia bangun dan duduk di atas katil. Apabila
dia terpandangkan telefon bimbitnya yang terletak di atas meja kecil
bersebelahan katilnya, dia tersenyum. Pasti mamanya yang meletakkannya di situ.
Pantas sahaja telefon itu di capai.
Apabila jarinya menyentuh skrin, hanya ada dua miscall dari Amy. “Eh dia ni, tak risau
kat aku ke?” Gumamnya sendiri. Namun bila dia teringat yang Amy sekarang berada
di kampung kerana ayahnya tidak sihat, marahnya sedikit reda. Memang sepatutnya
Amy lebih risaukan ayahnya. Itu tanggungjawab seorang anak. Lalu nombor Amy
segera di hubungi. Sambil mahu memberitahu apa yang berlaku terhadap dirinya, dia
juga mahu tahu keadaan ayah Amy.
“Helo, babe,”
ujar Reena setelah talian bersambut.
“Reena! Kau kat mana ni?” Terus Amy bertanya. Dia risaukan
reena sebenarnya. Tapi keadaan ayahnya tidak mengizinkan dia untuk terlalu
memikirkan hal lain.
“Kat hospitallah. Ayah kau macam mana?”
“Ayah aku okey. Tapi tu lah, kita orang bergilir-gilir
jaga,” beritahu Amy. Dua hari lepas, ayahnya di patuk ular ketika sedang menoreh.
Mujur cepat di bawa ke hospital. Namun setelah kembali ke rumah, ayahnya mula demam
dan batuk. Mahu di bawa semula ke hospital, ayahnya tidak mahu. Biasalah orang
tua. Alergik dengan hospital!
“Baguslah kalau macam tu,” kata Reena.
“Kau pula macam mana? Okey?” Tanya Amy.
Reena ketawa kecil. “Kenapa? Kau ingat aku dah mati ke?”
“Hisy! Tak lah sampai macam tu sekali.”
“Aku okeylah. I know
what I’m doing. Aku tak kan cederakan diri sendiri.”
Amy menarik nafas lega. Reena sudah memberitahunya
awal-awal tentang itu. Mulanya dia takut juga tapi kata Reena , inilah usaha
yang perlu dia lakukan untuk mendapatkan haknya kembali. Dan dia akur. Bukankah
dulu dia juga yang mneyuruh Reena berusaha? “Tapi… kesianlah dekat mama dengan
papa kau. Mesti dia orang risau.”
Reena memintal rambutnya yang mengurai itu. “Aku tahu tapi
buat masa ni dia orang kenalah bertahan. Lepas aku dah dapat Harris, aku akan
pastikan yang dia orang tak kan risau pasal aku lagi.”
“Aku harap macam tu lah. Tapi sorry tau, aku tak boleh jenguk kau.”
“Tak apa, aku faham. Okeylah, nanti kita borak lagi. Bye.”
“Okey. Bye. Nanti apa-apa, update aku tau.”
“I will.” Setelah
itu, Reena segera mematikan talian. Namun belum sempat dia membaringkan
tubuhnya, pintu tiba-tiba di tolak dari luar. Dia cuak. Habis dia kalau yang
datang itu Harris. Pasti saja perbualannya bersama Amy sudah di dengari. Tapi
bila wajah Zalida yang muncul, perasaan cuaknya terus hilang. “Aunty! Terkejut Reena.”
Zalida menapak menghampiri Reena. Setelah itu, dia duduk
di atas kerusi yang tersedia di tepi katil. Wajah Reena di tennung dalam-dalam.
“Reena sengaja buat semua ni?”
“Buat apa?”
“Bunuh diri,” jawab Zalida.
Reena tergelak. Dengan Zalida, dia tidak perlu
menyembunyikan apa-apa. Lagipun dia yakin yang mummy Harris ini sudah mendengar segala yang di katakannya bersama
Amy tadi. “Siapa cakap Reena nak bunuh diri?”
“Habis
tu kenapa Reena telan pil tu?”
“Aunty dengar
kan tadi. Kenapa tanya Reena lagi?”
“Tapi kenapa sampai buat macam ni? Mama dengan papa Reena
risau sangat. Semalaman dia orang kat sini jaga Reena,” kata Zalida.
Reena mengetap bibir. “Semuanya salah aunty!”
“Salah aunty?”
“Memang salah aunty.
Aunty tak pujuk Ris untuk kahwin
dengan Reena.”
Zalida tersentak. Dia berusaha. Hanya Reena yang tidak
tahu. “Aunty dah pujuk. Dan Ris tak
bantah. Aunty kan dah cakap yang Ris
akan ikut semua cakap aunty. Reena
sabar sikitlah.”
“Sabar? Sampai bila? Sampai Ris kahwin dengan perempuan
tu?” Tempelak Reena.
“Reena…”
“Tak cukup ke duit yang Reena bagi selama ni?” Tanya
Reena. Memang dia mahu mengungkit tentang itu.
Zalida terdiam. Duit itu memang lebih dari cukup. Dan dia
dapat hidup lebih mewah kerana bantuan dari Reena tanpa pengetahuan sesiapa. “Cukup.
Reena dah banyak tolong aunty.”
“Then kenapa Reena
masih single sekarang? Dulu masa Reena
minta tolong aunty untuk jodohkan
Reena dengan Ris, aunty janji
macam-macam. Mula-mula memanglah nampak berjaya. Tapi sekarang, apa jadi? Ris
ada perempuan lain. Kalau Reena tak bagitahu aunty, memang aunty tak
kan tahu sebab aunty bukannya nak
ambil tahu. Aunty ingat Ris tu
baiklah. Tak kan menggatal dengan perempuan lain. Aunty, Ris tu lelaki. Sama je macam yang lain.” Panjang lebar Reena
membalasnya. Dia mahu Zalida lebih bertegas selepas ini.
“Aunty tak nak
terlampau paksa Ris. Reena tahu kan Ris macam mana? Nanti kalau aunty paksa dia sangat, dia akan jadi
lebih keras. Aunty…”
Reena mendengus. “Aunty
kena paksa Ris untuk bertunang dengan Reena.”
“Tapi…”
“Kalau aunty
berlembut, Ris akan pilih perempuan tu. Dan bila benda tu jadi, Reena akan
pastikan bukan Reena je yang sedih tapi aunty
sekali.”
“Apa maksud Reena?”
“Aunty rasa
kalau Ris tahu yang mummy dia ni mata
duitan, dia akan suka ke? Sanggup paksa anak sendiri terima jodoh yang dia tak
nak demi duit. Ris akan benci aunty! Aunty nak macam tu?” Ugut Reena.
Zalida terkedu. Riak wajah Reena menampakkan kesungguhan.
Dia memang tidak pernah mahu di benci anak sendiri. Salahnya kerana tamak.
Reena menjanjikan sesuatu yang tidak mampu di tolaknya. Wang ringgit! Manusia selalu
jadi buta kerana wang. Dan dia salah seorang dari manusia itu. Sudah ada hidup
yang senang tapi masih mahu lebih.
“Kalau aunty nak
mengalah sekarang, sepatutnya aunty
tak terima dari dulu. Alang-alang dah buat jahat tu, biar jahat sampai habis,”
kata Reena.
“Assalamualaikum…”
Pantas Reena memandang ke muka pintu. Harris! Laju saja
dia memaniskan muka. Janganlah lelaki itu dengar apa yang mereka katakan tadi.
“Waalaikumsalam.”
“You dah sedar?”
Tanya Harris sambil meletakkan bakul sederhana besar yang berisi buah-buahan
segar yang baru di belinya.
“Dah. Tadi masa I sedar,
I tengok aunty Ida dah ada kat sini,” jawab Reena.
Harris menoleh ke arah mummynya
yang sedang duduk itu. Namun di lihatnya wajah mummynya kelihatan tegang. “Are
you okay mummy?”
Zalida mengukir senyuman hambar. “Okey.”
“I dah suruh aunty Ida balik dulu. Dah lama dia kat
sini. I tengok dia macam tak sihat
je. Nampak pucat,” ujar Reena sambil memandang wajah Zalida. Serentak dengan
itu, mata mereka bertentang. Agak lama sehingga membuat Zalida memandang ke
tempat lain.
“Mummy tak sihat
ke?” Tanya Harris. Risau juga melihat keadaan mummynya yang sedikit senyap ini.
“Mummy okey. Err…
Ris bawa buah ya? Reena nak makan apple? Biar aunty buangkan kulit.” Lalu
sebiji buah apple di ambil dari dalam bakul rotan itu. Sebilah pisau kecil yang
Harris sertakan di dalamnya turut di ambil.
Reena mengangguk. “Hati-hati aunty. Nanti luka. Susah nak ubat.”
Bergegar tangan Zalida saat Reena menyebut perkataan luka
itu. Di pandangnya sekilas wajah Reena. Ada senyuman sinis yang bergayut di
bibir mungil itu.