Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 8

Harris sibuk meneliti laporan kewangan syarikat. Namun fokusnya terganggu apabila telefon di atas mejanya berdering. Cepat gagangnya diangkat tapi cepat juga ia kembali di letakkan. Namun tidak sampai seminit, telefon di atas mejanya berdering lagi. Dengan pantas, wayar pada badan telefon terus di cabut. Biar telefon itu mati terus ‘nyawanya’.

Tidak lama, pintu biliknya pula yang di ketuk. Pantas dia mengangkat kepala. Terasa fail di tangan mahu di baling ke muka pintu. Frasa jangan ganggu cukup mudah. Tapi setiausahanya ini bagai tidak faham. Sudah di pesan berkali-kali. Malah berhari-hari. “Masuk!”

Pintu bilik terbuka dan wajah Farah terjengul di sebalik pintu. “Encik Harris.”

“Apa? Kan saya dah cakap, apa-apa benda penting bagitahu saya awal pagi. Dan jangan masuk bilik saya kalau saya tak suruh. Kenapa tak nak dengar arahan saya?” marah Harris. Sekarang, dia memang mudah marah. Seminggu lebih Reena mendiamkan diri membuat kesabarannya semakin menipis. Perangai mummynya yang dua kali lima dengan Reena juga turut menyumbang kepada perubahan emosinya.

Farah tersentak. “Err… tapi encik Harris, cik Reena call saya. Dia cakap dari tadi dia tak dapat contact encik.”

Fail di tangan segera di tutup. “Reena Sofea?”

“Ya. Dia…”

Okay, thanks. Awak boleh sambung kerja,” kata Harris tanpa sempat Farah menyudahkan kata. Pantas dia menyelak timbunan kertas dan fail yang berselerakan di atas meja. Setelah telefon bimbitnya berada di tangan, skrin terus di sentuh. Memang ada panggilan dari Reena. Saat itu, rasa menyesalnya datang kerana mengaktifkan mod senyap pada telefon bimbitnya. Kalau tidak, mungkin ketika ini dia dan Reena sudah menemui jalan penyelesaian seperti yang dia harapkan.

Lalu nombor Reena segera di dail. Kali pertama, panggilannya tidak berjawab. Kali kedua, dia menunggu agak lama sebelum suara Reena kedengaran di hujung talian. “Finally, you jawab juga call I. Mana you sembunyi selama ni?” terjahnya tiba-tiba.

Agak lama Reena mengunci mulut. Semalam dia sudah meraih keberanian. Namun apabila berhadapan dengan situasi sebenar, keberaniannya mula hilang satu persatu. “Kita… jumpa.”

“I dah lama tunggu you cakap macam tu. Nanti mesej I kat mana nak jumpa,” kata Harris sebelum mematikan talian. Setelah itu, dia bergegas keluar dari bilik.

“Farah, cancel semua appointment saya hari ni,” arahnya seraya berlalu pergi.

` “Tapi encik nak pergi mana? Eh, encik Harris,” panggil Farah apabila melihat majikannya itu sudah tergesa-gesa keluar. Entah apa yang di gesakan. Kalau gunung, mustahil. Bukankah tidak lari gunung di kejar? Ini pasti kerana manusia yang bernama Reena Sofea. Gadis itu memang selalu membuat Harris kelam kabut. Mungkin memang itu hobinya.

***

Anak mata Harris tidak lepas dari memandang wajah Reena yang baru sahaja menarik kerusi di hadapannya. Dan ternyata wajah Reena tenang-tenang sahaja. Barangkali gadis itu sudah hilang perasaan. Mustahil Reena tidak berasa apa-apa sejak seminggu ini.

“Awal you sampai,” tegur Reena.

Harris tersenyum sinis. “You yang lambat.”

Reena tersenyum tawar. Harris sedang marah. Dia sangat jelas tentang itu. Baginya, wajah Harris tidak sukar di baca. “You tak order lagi?

Harris menggeleng. “I datang sini cuma nak jumpa you. So, sekarang ni I nak you jujur dengan I.”

Di bawah meja, Reena meramas jemarinya. “Jujur pasal apa?”

“Kenapa you setuju kahwin dengan I?”

“Sebab… sebab I tak nak kecewakan harapan parents kita,” jawab Reena.

I Dah agak dah. I pun tak tahulah macam mana mummy boleh timbulkan isu ni dekat parents you. Dan you pun, kenapa setuju? You tahu kan yang kita ni tak cinta satu sama lain? I call you banyak kali sebab nak bincang pasal ni. Tapi you sengaja mengelak dari I.”

I ada sebab buat macam tu.”

“Okey, kalau macam tu apa kata you bagitahu Ialasan you sebab I dah penat fikir,” kata Harris.

Reena kemudian meletakkan kedua belah tangannya di atas meja. “I takut you marah I sebab setuju kahwin dengan you. ”

“Yes. Memang I marah. You sendiri tahu kan I sayang you macam mana?”

“Tapi tak kan you tak nak berkorban langsung untuk parents kita? Dia orang tak minta banyak Ris.”

Harris mengeluh perlahan. “I tahu dia orang tak minta banyak. Tapi dia orang minta semua. Kahwin ni untuk seumur hidup. Bukan I nak melawan tapi hakikatnya I tak nak hidup kita tak bahagia bila dah kahwin nanti. itu parents kita kena faham. So I harap perkahwinan ni bukan satu-satunya cara untuk kita balas jasa dia orang.”

“Habis tu you nak buat apa?” Tanya Reena.

I nak kita semua kumpul sekali. Dan masa tu, kita berdua akan mengaku yang perkahwinan ni memang tak boleh di teruskan. I tak cinta you. You tak cinta I. Don’t worry, I yakin yang dia orang akan faham,” ujar Harris.

Reena mengetap bibir. Perkara yang dia tidak mahu dengar ini juga yang Harris sebut. “I tak nak.”

“Kenapa you tak nak?”

I takut.”

“Tak perlu takut. I ada. I akan bertanggungjawab untuk semua yang jadi. Trust me.”

Reena menggeleng. Walau apa pun yang Harris katakan, dia tetap tidak akan setuju. “I tetap tak nak.”

Harris mula hilang sabar. Apakah kata-katanya tadi tidak cukup meyakinkan? “Now what?”

I…” Reena memandang tepat anak mata Harris. Sudah tiba masa dia berterus-terang. Kalau dia sudah tahu Harris cuma sayang kepadanya seperti seorang adik, kini lelaki itu juga harus tahu tentang perasaannya. Dia sudah penat menjeruk dan memendam rasa. Kalau di samakan perasaannya ini dengan jeruk buah, barangkali sudah lama basi. “Icintakan you.”

You apa?”

I cintakan you Harris,” ulang Reena.

Harris tergeleng-geleng. “You tak boleh cintakan I.”

“Kenapa? Sebab I cuma seorang adik pada you?”

“You sendiri tahu tentang tu. Kenapa tanya lagi?”

“Harris, I tak pernah minta perasaan ni. Dan kalau boleh putar balik masa, Ipun tak nak cinta you sebab I tak nak sakit macam sekarang,” balas Reena.

Harris lekas menyandarkan belakang tubuhnya pada kerusi. Masin mulut Irfan. Sekarang Reena mengaku cinta terhadapnya. Dan di saat-saat seperti ini, dia mendambakan agar mulut Irfan akan tetap masin untuk kata-kata yang lain pula. Janganlah perkahwinan ini terjadi. Bolehkah begitu?

Seketika wajah Reena di pandang. Pada matanya, Reena hanyalah seorang adik. Dari dulu sehingga saat ini, memang itulah kenyataannya. Anggapan selama bertahun-tahun ini bukannya boleh di ubah hanya dalam masa beberapa detik. Di sebabkan itu, Reena tidak boleh mengharapkan yang lebih-lebih. Tidak lama dia memicit dahi. Baginya alasan Reena ini agak ‘seram’. Dan alasan mummynya pula… apakah akan lebih seram dari ini? Harap-harap tidak.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman