“Sorry I lambat. Dah lama tunggu?” Soal Harris
sebaik duduk di sebelah Reena. Tapi sebetulnya memang dia sengaja datang
lambat. Datang awal pun jika masih tidak yakin dengan keputusan yang di buat,
tidak guna juga. Jadi lebih baik dia datang lambat. Sekurang-kurangnya dia masih
boleh berfikir dalam waktu yang sengaja di buang itu sebelum memuktamadkan
sebarang keputusan. Lagipun ini soal masa depannya. Haruslah di rencana dengan
baik. Salah pertimbangan sedikit, diri sendiri yang merana. Reena menoleh sebelum tersenyum. “Tak apa. I pun baru sampai,” jawabnya walaupun
sudah hampir satu jam dia menunggu. Tak apalah. Demi Harris, dia sanggup!
“Dah lama kita tak datang sini kan?” Harris belum mahu
membuka cerita tentang tujuan pertemuan ini di adakan. Biarlah dahulu. Lagipun
perkara yang bakal keluar dari mulutnya ini sangat besar dan penting. Jadi
lebih elok jika tidak terburu-buru untuk menceritakannya.
“Tu lah. I pun
dah rindu tempat ni. Dulu, kita selalu datang sini. Sekarang ni je dah jarang,”
balas Reena. Seketika pandangannya di pakukan nun jauh ke tengah tasik. Damai
sungguh rasanya.
“Maing-masing sibuk.”
“Betullah tu,” jawab Reena perlahan.
Harris tersenyum tapi tidak lama. “Pasal malam tu…”
Wajah Harris kembali di pandang. “Tak apalah. I faham. I tak nak paksa you.”
Reena cuba merasionalkan dirinya. Nanti Harris fikir dia terdesak pula. Lagipun
dia tidak mahu menampakkan diri terlalu kasihan di hadapan lelaki itu.
“Sebab tu I nak
jumpa you. I nak bincang pasal kita.”
“Maksud you?”
Harris menghela nafas panjang sebelum menghembusnya. “I… akan cuba. Lagipun tak kan selamanya
you nak jadi adik I kan?” Dua hari dia berfikir mengenai permintaan Reena itu.
Mungkin sudah sampai masa dia melangkah ke fasa baru. Sampai bila harus
sendiri? Tidak salahnya mencuba. Lagipun perkenalan mereka dari zaman remaja.
Bukan baru semalam. Jadi sifat Reena sudah banyak tersimpan dalam
pengetahuannya. Dan dia tersangat yakin bahawa keputusan ini pasti akan membuat
mummynya, Tan Sri Salleh dan Puan Sri
Aisyah tersenyum lebar. Tambah-tambah lagi Reena! Mungkin akan senyum sampai ke
belakang telinga.
“Betul ke ni?” Tanya Reena. Bukan tidak percaya tapi telinganya
tidak puas mendengar. Berkali-kali Harris ulang ayat yang sama sekali pun, dia
tetap tidak akan jemu. Ternyata Harris tidak perlukan paksaan untuk bersetuju
dengan permintaannya.
“Betul. Dan I
harap you akan bantu I.”
Reena tersenyum manis. Rasa teruja dan gembiranya cuba di
sembunyikan sedikit. Dia sedaya upaya cuba berhemah dalam mengawal perasaan
walaupun hatinya sudah melonjak-lonjak kegembiraan. “Don’t worry. I will.”
Akhirnya! Terima kasih Amy kerana cadangan itu. Walau pada
mulanya nampak gagal dan dia sendiri sudah separuh kecewa, namun ternyata dia
salah. Cadangan Amy dulu dan kini tetap sama. Sentiasa berjaya dan jarang
gagal. Lagipun dia mungkin sedikit alpa. Harris mana pernah mengecewakan Reena
Sofea. Lelaki itu terlalu baik dengannya. Saat itu, tubuh Harris terasa mahu di
dakap. Sungguh cintanya terhadap lelaki itu semakin membara.
***
Reena menarik kerusi di hadapan Micheal dengan wajah yang
berseri-seri. Sungguh hatinya benar-benar di penuhi bunga pagi ini. Kalaulah
dapat di gambarkan, pasti pemandangannya sangat indah sekali.
Micheal menjongketkan kening. Tingkah Reena pagi ini nyata
cukup berbeza dengan semalam. Juga dengan hari-hari yang sebelumnya. “Ada
apa-apa yang you nak kongsi dengan I ke?”
“Ada.”
Micheal tersengih. “Apa dia?”
“Tekalah.”
“Menang loteri?”
Reena menggeleng. “Lebih besar dari menang loteri.”
“I tak tahulah dear.
Maybe you nak kahwin kut?”
Laju Reena mengangguk.
Pandai sungguh Micheal meneka. Agaknya orang kalau mahu kahwin, auranya memang
terserlah di wajah.
Micheal
tersentak. Tidak menyangka bahawa tembakannya tepat mengenai sasaran. “Are you serious? Bila?”
“Soon.”
“Dengan Harris?”
Reena ketawa kecil. “Mestilah dengan dia. Tak kan dengan you pula?”
“Okey apa kahwin dengan I. Nanti dapat anak, semua mata sepet,” seloroh Micheal.
“I tak suka mata sepet,” balas Reena.
Micheal mencebik. “Yalah, yalah. I tahu. Tapi bila mamat yang mata tak sepet tu lamar you? Setahu I you
gaduh dengan dia.” Bukan dia tidak tahu. Reena kalau bermuka kelat datang ke
Mike Talent, mesti tidak ada sebab lain. Pasti bergaduh dengan Harris. Tapi dia
sangat mengagumi Reena yang sangat profesional dalam bekerja. Walau banyak
masalah sekali pun, ia tidak pernah mengganggu konsentrasi gadis itu.
Senyuman Reena
kendur sedikit. Harris tidak melamarnya. Jauh sekali berkata ‘I love you’. Lelaki itu cuma berkata
mahu mencuba mencintainya. Alahai… perasankah dia jika sudah berkata soal
kahwin? Kalau di beritahu, pasti berdekah-dekah ketawa lelaki berbangsa cina yang
petah berbahasa melayu ini. “Tak gaduh lagilah. Kita orang dah okey. Sebenarnya
dia tak lamar lagi. Tapi I yakin yang
dia akan lamar I dalam masa terdekat
ni.”
“Macam tu pula? I ingatkan dah lamar. Macam ni lah dear, I nak ingatkan you supaya
jangan excited sangat. Macam-macam
boleh jadi sepanjang tempoh yang dia belum lamar you ni,” kata Micheal. Dia
bukannya mahu mengecilkan hati Reena, tapi gadis ini terlalu teruja untuk
sesuatu yang belum pasti. Nanti kalau tidak menjadi kenyataan, pasti teruk
rasanya.
Reena mengetap bibir. “You
jangan nak spoil mood I Mike.”
“Bukan nak spoil.
Icuma ingatkan je. Yalah, dulu you cakap Harris tak cintakan you. Tapi sekarang you cakap dia akan lamar you dalam masa terdekat. Nampak sangat
perasaan dia tu berubah-ubah. Jangan terkejut bila one day dia tak jadi lamar you
sebab dia cintakan orang lain. Soal hati ni kita tak boleh yakin sangat.”
“I yakin dengan
Harris. Dia tak kan kecewakan I.”
Micheal mengangkat
kedua-dua tangannya. Cukuplah berdebat soal hati dan perasaan ini. Lagipun dia
malas mahu menjatuhkan lagi mood Reena
yang nampaknya sudah tidak ceria seperti mula-mula tadi. “Okeylah. I tutup mulut. Apa-apa pun I doakan you sentiasa baik dan kekal dengan Harris. Ni, minggu depan jangan
lupa pula. Dah lama I tak release tension. Bestnya pergi Bali. Tak sabar!”
“Ingat. Lagipun kita pergi Bali sebab Iada photoshot kat sana. You tak payahlah nak excited sangat. Yalah, macam-macam boleh jadi sepanjang tempoh
seminggu ni.” Reena memulangkan paku buah keras pada Micheal. Biar dia tahu
rasa.
Micheal tersenyum
kelat. “Tak payahlah nak sindir I.
Eh, you ajak Harris sekali tak?”
Reena mengangkat bahunya.“Tak tahu lagi. Tapi kalau boleh,
memanglah nak ajak. Dah lama tak spend
time dengan dia. Tambah-tambah lagi sejak kita orang perang dingin hari tu.”
Micheal tergelak.
Perang dingin yang puncanya dari Reena sendiri. Susah juga bila mencintai orang
yang tidak sudi di cintai. Mujur dia tidak begitu. Dia cintakan Suzy. Dan Suzy pula,
lagilah cintakan dia. Cumanya mereka belum ada perancangan mahu berkahwin walaupun
sudah empat tahun bercinta.