Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 22

“LEGOLAND?”

“Eh?!” Suara si kecil bersemangat!

“Yep. Cuti kan hari ini sebelum puasa dua hari lagi.”

“Tapi… I thought…”

“Apa salahnya kita bercuti dari kerja pejabat tu sehari… jom, Maya. Mama sekali la. Mar, kau tinggal.”

“Pulak? Naper Mar yang kena tinggal?”

“Habis siapa yang nak jaga rumah?”

“Aeh… ma tak boleh jalan jauh-jauh…”

“Ala, negeri sebelah je ma. Lagipun, nak bagi Aqi ngan Umar duduk berdua je buat sehari dua ni.”

“Ala, mengejut sangat la ni bang. PA abang tau?”

“Tak payahlah nak consult dia pagi petang siang malam. Sampai sana nanti abang bagitau la.”

“Habis, apa pulak dia rasa kalau abang bagi short notice macam ni?”

I’ve done this countless time.”

No wonder si kakak tu selalu menangis.”

“Alah… abang pun nak bercuti jugak dengan family… bukannya selalu pergi Legoland, kan Zaki?”

“YAY!!”

Yes,bagi abang high five!”

“Ma?”

“Ma tak tahu la… tapi kalau sebab budak berdua tu…” Anak lelaki anak mata hazel itu dipandang. Mendiam saja dia dari tadi, mendengar perbincangan di meja sarapan. Daten Orched menghela nafas panjang. “Ma join.”

Great. We’ll go by two cars. Bat, kau bawak mama, Pal ngan Zaki. Aku bawak famili kecik aku ni. Hohoho…”

Dan sekarang Umar merenung laman rumah yang kosong dari muka pintu dengan riak bosan macam menonton Maharaja Lawak Mega yang gagal. Kedua belah tangan diseluk ke dalam poket seluar pendek paras lutut yang dipakai. Terasa bosan sungguh. Bila tiada langsung manusia yang mengisi banglo dua tingkat ini, sunyi yang dirasai nyata cukup mencengkam. Hubungan dengan jiran pun tak baik sangat dan tak semesra macam suasana di kampung. Setiap rumah ada pagar sendiri. Setiap rumah mementingkan kehidupan masing-masing, dan cuma kehidupan mereka. Bukan yang lain. Umar menghela nafas panjang.

Terdengar derap kaki yang menuruni tangga di belakang. Umar menoleh, memandang gadis yang mengenakan round neck labuh hingga ke paras paha, serta tight hitam yang menutup paha. Kedua-dua sleeve round neck itu ditarik ke atas bahu mendedahkan lengan yang cukup kecil ototnya. Rambut pula ditocang dua, kiri dan belakang. Cantik gaya rambut kau, Aqi? Si isteri itu melangkah ke dapur.

Aqi bergerak keluar dari dapur sambil mengacau-ngacau anak rambut yang menutup dahi. Sosej di tangan dibawa ke mulut. Umar yang tegak berdiri di muka pintu lalu dipandang. Terkejut seketika.

“Kau pun kena tinggal jugak?” Sambil mengunyah dia bertanya.

Bahu berjungkit menjadi balasan. Macam yang kau tengoklah….

“Ooh…” Kepala ditunduk, melihat penampilan diri sendiri. “Ah, biarlah.” Suami sendiri melihat dia yang begini, bukannya berdosa pun. Kaki lalu diheret ke ruang tamu. “Kau dah sarapan?” soalnya tanpa menoleh.

“Dah.” Umar bergerak ke sofa, duduk di sebelah si isteri itu. Melekat jua matanya pada kaki putih yang dibiarkan terdedah. Aqi beriak selamba dan biasa, memeluk bantal sofa. TV di hadapan dihidupkan, memaparkan Astro Awani. Drama melayu memuncul di skrin. Tidak diketahui tajuknya. Kepala ditopang dengan lengan, menonton. Malas sekali.

Umar turut merelakskan diri. Tubuh disandar dan tangan kanan dibentang di belakang sofa manakala kaki terkangkang hingga mengenai kaki Aqi. Matanya turut menonton drama di hadapan. Gadis itu mendesis, menolak kaki Umar supaya menjauh. Umar membalas dengan ulah yang sama, cuma lebih kuat. Geram dibuatnya, lalu Aqi melipat kaki di atas sofa.

Lima minit….

Aqi menjeling pada jam digital di hujung sudut TV. Dahi berkerut, sedikit pelik. Lelaki di sebelah dipandang. “Kau tak kerja?”

Anak mata hazel itu mengerling sekilas. “Kau nak aku kerja?”

Well, takkan tiga beradik pun nak tinggalkan office tu pada hari yang sama.”

Senyum meleret nipis. “Kau tak bosan ke nanti?”

Terdiam Aqi. Kepala kembali dipaling pada watak perempuan comel dan manja di skrin TV di hadapan. Tidak menjawab. Umar meleret senyum nipis.

“Nak aku kerja ke tak?” Tanya lagi.

“Aku taknak kau abaikan kerja kau sebab aku…” Anak mata hitam Aqi mengerling ke hujung mata.

“Tau pun nak menjawab. Ingatkan bisu.” Umar membalas datar, kembali bersandar. Perlahan, Aqi menoleh dengan muka geram. Bibir terjuih, berfikir.

“Ah, sorry bang.” Gemersik. Automatik Umar menoleh dibuatnya. Aqi membetulkan kedudukan duduk hingga bersimpuh di atas sofa. Tangan kiri lelaki itu lalu dicapai dan digenggam. Senyum diukir, menambah manis di wajah seperti menambah gula dalam larutan glukosa. Belakang tangan suaminya diusap-usap dengan lenggok tubuh yang manja lalu diusap-usap belakang tangan lelaki itu ke pipinya.

“Erm… Aqi lagi prefer abang pergi kerja. Tak elok tau tinggalkan kerja-kerja kat pejabat tu sesuka hati. Aqi tak suke! Aww!” Kepala Umar terundur. Tak tertelan liur melihat Aqi begini. “Erm… tapi nanti Aqi bosan… cam bosan je nanti… erm… tak suke…” Bibir dimain-main macam Bobo Youtuber buat parodi Syasya Solero. Kepala dijatuhkan ke kiri dan mata dikerling manja pada si suami. “Kalau Mar, Mar nak buat apa?”

“Aqi… okey… aku mintak sorry…” Tangan ditarik dari terus diramas-ramas dan dicubit-cubit. Sakit dan seksa melihat Aqi berlakon gedik paksa begitu. “Dah, jangan parodi Bobo lagi.”

Ketawa terlepas dengan kepala terdongak ke langit. Wajah kembali dihadapkan pada suaminya sambil menutup mulut yang masih tak hilang dengan gelaknya. Geli sungguh rasa hati melihat riak Umar yang begitu. “I feel like an idiot…” Sempat menutur dalam sisa ketawa yang masih tak hilang. Muka ditekup, terasa hangat pipinya. “So this is how it feels like jadi Bobo…”

Umar turut tergelak lalu. Berjangkit dengan ketawa Aqi yang tak berhenti. “Yea… I can see that.”

Dia maklum dengan emosi yang senang berubah itu. Terlalu mudah dan terlalu tiba-tiba sifatnya, seperti hujan panas. Tengah-tengah cerah terik tiba-tiba hujan turun. Kadang kala dia tidak kisah, tetapi kalau macam apa yang terjadi malam tadi, dia naik haru juga. Baru je sebelum tu Aqi dengan mode manja romantik gatal. Bila balik bilik, si gadis dah kembali jadi iron lady. Tak boleh ditinggalkan langsung!

Aqi memuncung, lalu paha si suami ditumbuk perlahan. Sisa ketawa terlepas lagi di hujung bibir. Astro Awani ditukar kepada Discovery Channel. Lagi berbaloi tengok siaran dokumentari begini daripada melihat perempuan menangis kerana putus harapan di dunia. Umar di sebelah masih tidak melepaskan pandang pada si isteri. Kepala digeleng perlahan, masih terasa kelakar dek aksi Aqi tadi. Dua lubang tanpa anting-anting di telinga kiri itu dipandang. Dia suka memakai anting-anting, bukan? Umar tersenyum kecil, mula memikirkan anting-anting apa yang nak dihadiahkan pada si kesayangannya ini.

Bear in mind…” Aqi bersuara tiba-tiba.

“Em? Nak bear apa?”

Aqi menoleh, terkedu. “Eh? Tak… tu… tajuk Discovery Channel kali ini. Pasal beruang tu ha…” Beruang kutub yang cukup comel dengan bulu putih gebu terpapar di skrin. Umar menoleh, mengangguk.

“Oh… bear beruang…” Faham.

They’re so cuteyet so buas.” Bantal dicapai, dipeluk lagi. Umar mendiam saja, kekal menonton haiwan yang menetap di kutub utara sana sedang membaham mangsanya. Sekali-sekala, Aqi dikerling. Rambut yang diikat dua dan ditocang itu dikacau-kacau. Aqi menepis, geram. Tersengih lelaki itu lalu. Jarak diantara dia dengan Aqi dikurangkan bila punggung diheret merapat sedikit. Rapat. Lagi sedikit. Bertemu paha. Menoleh gadis itu lalu, terperanjat. Umar masih beriak selamba, tidak melarikan pandang dari TV di hadapan. Bila Aqi nak mengensot pergi, lekas tangannya merangkul bahu isterinya. Terperanjat lagi dia.

“Mar?”

Tidak membalas. Posisi duduknya kali ini lebih selesa bila boleh memeluk Aqi.

Aqi mendesis. Terasa terbakar bahagian kulit yang bertemu kulit dengan lelaki itu. Tubuh Umar cuba ditolak lagi, namun tidak berjaya. Lelaki itu berdegil! Tolak lagi lebih kuat, namun masih gagal. Akhirnya Aqi membiarkan. Malas sudah.

Dan senyum yang menguntum di bibir Umar bila sudah tidak terasa penolakan dari Aqi, lebar sekali! Kepala gadis itu ditarik supaya bersandar ke bahu. Aqi terkelip, kaku. Lambat-lambat, senyum menguntum jua, dan duduknya diselesakan dalam rangkulan si suami.

Senyap. Suasana dalam vila itu memang cukup senyap dan sepi. Suara dari TV cuba nak memecahkan suasana, namun masih terasa sepinya. Waktu terasa lambat benar berjalan, tetapi masih tidak berhenti kerana setiap detikan jarum saat pada jam dinding masih membuktikan masa yang melangkah. Umar menjatuhkan kepala, bersokong dengan kepala Aqi di bahu.

“Bila kau dah boleh terima aku, aku nak anak ramai. Takdelah merasa rumah sepi macam ni sangat.”

Aqi terkelip, lalu tersenyum sumbing. “Aku dari keturunan anak sikit tau…”

“Aku buat la kau beranak ramai. Sorang setahun.”

Tergelak Aqi dibuatnya. Paha Umar dipukul, dan lelaki itu tersenyum kecil. Mereka berbual kecil. Daripada tajuk beruang, pergi ke tajuk rambutan, mengenai dusun buah di universiti lama, dan rancangan nak menanam sayur-sayuran di laman belakang, berbual dan terus berbual. Bila Umar buat lawak, Aqi akan tertawa dan Umar ketawa sama. Bila Aqi mengusik, pipinya yang menjadi mangsa cubitan. Dan gelak lagi. Masing-masing tidak perasan sepi yang mencengkam tadi menghilang dek kemesraan yang terjalin.

“Oh ya, by the way, did you know kau tidur berdengkur? Entah-entah kau ada resdung tak?”

“Pulak dah. Kau ada resdung tak?”

“Em? Tak.”

“Tapi kau pun tidur berdengkur juga. So hipotesis kau tu is a no-no.” Kepala digeleng sekali dua.

“Mana ada!!” Bantal sofa dipukul pada Umar. Lelaki itu tersengih.

No, seriously. I’ve slept with you every night, aku tau la how you behave on the bed.”

Mencemik gadis itu dibuatnya. “Kau mana tau aku behave macammana masa tidur sedangkan tak pernah tidur sekatil.” Kepala dipaling.

Umar lalu tersengih nipis. “Aku intai kau tidur setiap malam. And I have like, this kinky imagination…” Nafas ditarik berupa desisan, siap dengan senyum nakal diukir di wajah. Bernafsu sekali riaknya ditunjukkan pada Aqi di sebelah, seperti reaksi lelaki gila seks yang sudah lama giankan anak dara bergetah.

Jatuh rahang wanita itu dibuatnya, lalu bahu lelaki itu dipukul-pukul. “Eii! Mar, kau geli!! Psycho!! Gi main jauh-jauh! Edward Cullen!”

Tergelak dibuatnya. “Ada ke pulak disamakan dengan Edward Cullen… tapi which part? The handsome part?”

Aqi mencemik. “Stalker.”

“Wha?” Umar menoleh.

Aqi menjuih bibir bawah. “Observing a girl in her sleep. Creepy. Mob! Pedophile! Garbage!!”

“Hey, lady…” Geram pula dia bila dibantai dengan kata-kata tak berperikemanusiaan itu.

Bantal sofa dipeluk dan dagu dibenam ke bantal empuk itu. “Macam kau. Eii…” Menggeliat lagi. Umar di sebelah terdiam, lalu dinding pipi dicucuk dengan lidah. Mulut ditutup, menahan rasa geli di hati. Namun sesaat dua, ketawanya perlahan-lahan terlepas dengan bahu terhinjut-hinjut. Terganggu, lalu Aqi menjeling.

“Kau ni dah kenapa?”

Noyou have an overly self-concious. Ingat aku betul-betul ke nak intai kau tidur?” Berkerut dahi Aqi, dan Umar merapatkan wajah. Pandangan dijatuhkan ke dada isterinya dahulu sebelum senyum yang bergayut di bibir bertukar sifat. Nakal. “Seriously, Aqi. Kalau aku nak intai orang tidur, aku intai perempuan.”

Terkelip-kelip wanita itu seketika, sebelum terlongo lagi dia. Bahu Umar lalu ditampar kuat. “Eh, teruk eh mulut kau! Blah la!” Tampar dan tampar lagi, lebih kuat. Terlalu geram bila dilabel sebagai jantan secara kiasannya. Umar tertawa lagi lebih kuat. Tau kalah. Aqi menghembus nafas panas, lalu mengalihkan tubuh, membelakangkan si lelaki. “Taknak kawan kau lagi!” Serius!

“Tu la… kurus sangat sampai badan kecik straight cut macam ni…. Kau tak makan ke masa kau membesar? Atau kau anoreksia?” Tersengih lagi, cuba nak mengusik.

Senyap.

“Haha… Aqi…” Tubuh dibawa merapat dengan leher memanjang, melihat muka merajuk itu. “Hahahalamak… tangkap pilu… ni kenapa sensitif sangat ni?” Pipi Aqi dicuit. Aqi menepis keras. “Sayang? Em?” Pinggang isterinya pula dicuit. Automatik Aqi tegak seperti direnjat elektrik. Geli. “Oh sayang… jawablah… em? Em? Em?” Belum sempat Aqi nak menegah, Umar mencuit lagi di seluruh badan Aqi. Dan menggeletek. Gadis itu terjerit, berhadapan dengan lelaki itu lekas supaya mudah melawan. Tangan berusaha menepis-nepis tangan Umar yang lincah menggelek di pinggang dan lehernya.

“Mar! Hahahahhaha!! Janganlah!”

“Jawab, kenapa sensitif sangat kamu ni?”

“Maaar… hahahhahahaha… geli… hahahhahaha…” Tak tahan digeletek hingga dia terbaring ke belakang. Tangan Umar masih cuba ditepis-tepis dengan ketawa yang masih tak habis. Umar berhenti, penat mengusik. Aqi yang terbaring pula turun naik nafasnya menuruni rengkung. Penat ketawa. Penat otot perut dek ketawa yang gasak. “Hahaha…” dan masih ada tenaga untuk melepaskan sisa ketawa di hujung bibir.

Terasa lenguh setiap sendi dan otot, lalu kaki diluruskan dan diregangkan, dijatuhkan atas riba si suami itu. Nafas masih deras turun dan naiknya, cuba memberikan oksigen yang cukup pada kepala dan seluruh sel tubuh yang masih terasa penatnya. Umar pula sekadar memandang sekujur tubuh di depan mata. Menikmati rezeki dengan merenung kulit isterinya yang terdedah di mata kasar. Inilah yang dinamakan nikmat melihat.

Tangan lalu dilekatkan ke paha Aqi, sambil tubuhnya dipanjangkan, cuba merapati wajah isterinya. Kulit wajah cerah itu sedang memerah. Mungkin dek gelaknya tadi. Desah nafas si isteri terasa di sipi-sipi kulit. Umar menahan rasa.

Aqi memejam mata. Nafas ditarik dalam-dalam sehingga kembang paru-parunya sebelum karbon dioksida dilepaskan. Nafsu ketawanya habis. Tenaga yang terasa hilang pulih kembali. Aqi tersenyum nipis, cuba untuk bangun namun berlanggar hidungnya dengan kepala Umar yang mendekat. Aduh!

“Uhuh…” Perit hidungnya. Tangan menggosok-gosok hidung sambil mata merenung mata hazel di sebalik cermin mata ol’school itu. Wajah berperi sakit. “Mar… nak buat apa ni?” Kepala diangkat lagi. Mereka bertentangan pandang.

Nonothing…” Suara garau itu kedengaran tenggelam di anak tekak. Dalam sekali nadanya, bersifat sensual.

Bulu roma Aqi meremang. Bukan kerana getar pada nada lelaki itu, namun pada gerakan jemari kasar di kaki yang cuma ditutup tight nipis. Lekas tubuh Umar yang menimpa dirinya cuba ditolak, namun nyata lelaki itu lebih perkasa. Aqi mula terasa seram sejuk.

“Mar… kau baru cakap kau tak berminat dengan jantan…”

“Yea… not at all. Jadi kenapa?” Kepala ditundukkan, menemukan mulut dengan tengkuk isterinya.

Youyou just said…” Terpejam matanya. Terasa menghilang abiliti bercakap dek ciuman lembut di tengkuk. Aqi menggigit bibir. “Mar…! Jangan macam ni…” Bahu itu cuba ditolak lagi namun nyata sia-sia. Bibir Umar mula merayap. Gerakan tangan di kakinya membuat peluh dingin Aqi pecah. Jantung semakin deras berdegup dan bulu roma di belakang tengkuk turut meremang. “Don’t treat me like this…” Nada suara mula bergegar. Nada getar tangis. Umar mengangkat kepala, memandang wajah itu. Memang mata Aqi sedang menakung air mata.

Ketakutan.

What…” Terkejut dia, tidak menyangka. “I’m your husband, tau.”

Aqi menggigit bibir. Air mata pecah di hujung mata dan wajah juga memerah tangis. Lalu tangan dibawa ke muka, menutup riak tangisnya. “I don’t knowI’m not ready…” Sedu.

Lelaki itu terdiam. Tubuh ditarik bangkit, dibawa bersandar. Beruang kutub yang masih didokumentarikan di skrin TV direnung tanpa fokus. Jiwa lelaki yang meronta-ronta tadi melupus terus melihat reaksi isterinya. Seleranya menghilang ke hujung dunia. Pemahaman Umar ringkas, yakni wanita itu tidak mengkehendaki dia. Aqi yang turut kembali duduk di sebelah dikerling. Bersungguh-sungguh air mata yang mengalir cuba dikesat. Umar mengukir senyum segaris. Hambar. Sumbang sekali!

You’re a weak lady who’re afraid of a simple touch.” Sebelah tangan dibentang ke belakang sofa dan kepala ditopang dengan lengan. Aqi mendehem, menghilangkan sedu. Pandangan Umar dibalas dengan kerlingan berkaca. Haru. Umar menghela nafas panjang, cuba memujuk diri. “You don’t love me at all don’t you…”

Sad.

Aqi menggigit hujung bibir. Umar merenung beruang kutub di skrin, tidak mengharap jawapan. Sepi itu menyelubung kembali, namun pecah bila telefon bimbit Umar tiba-tiba berbunyi. Lelaki itu menyambut lekas bila panggilan datang dari pejabat.

“Wassalam Lia. Ada apa?”

“Datang pejabat? I thought saya dah inform kat kamu yang saya cuti arini.”

“Oh, change that to tomorrow, can’t you?”

“Wakil Walmart what?”

“Macammana dengan arahan pentadbiran then?”

“Marissa cakap apa?”

I see I see. By eleven alright. Nono… saya taknak apa-apa. What is it for this evening? Boleh bawak ke hari esok?”

“Okey… okey… bagus… alright. Call me again kalau ada apa-apa yang penting.”

Thanks. Assalam.”

Tutup.

Umar memutuskan talian, dan isteri yang khusyuk mendengar dari tadi lalu dipandang. Dah habis menangis? Tersenyum si suami lalu. “Aku kena pergi pejabat la. Sorry tinggalkan kau sengsorang hari ini…” Pipi Aqi dicubit ringan.

“Marissa tu sapa?”

“PA bang Farid.”

Gadis itu terdiam, mengangguk. “Kau lunch kat luar?”

“Nampaknya macam tu la.” Dia bangkit. “I need to be ready. Sayang, boleh tolong gosokkan baju? Malas la.” Senyum manja dibuat.

Aqi terkebil, lalu tersenyum kecil. Sebak tadi masih bersisa. “Aku dah gosok dah semua baju kerja kau. Oh ya!” Tangan ditepuk sekali, beriak ceria. Kening Umar terangkat, sedikit terperanjat melihat perubahannya. Tangan kanan Umar dipegang dua belah. “Jom. Ada benda nak tunjuk.” Dan si suami itu lalu ditarik dan dibawa naik ke bilik. Umar yang keliru melihat wajah ceria itu hanya mampu tersenyum, membiarkan.


Previous: chapter 21
Next: chapter 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.