Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 44

BERADA di tempat asing dan meragui setiap orang awam sebagai tali barut Hadi mengekang pergerakan Aqi sepenuhnya. Tiada sesiapa yang dia boleh percaya. Sesiapa yang pernah menculiknya boleh menjadi sesiapa sahaja. Lantas kepala ditutup dan purdah diguna pakai untuk menyembunyikan wajah. Aqi mengeluh perlahan. Buat masa ini, pergi dari tempat ini dan balik ke pekan Melihah Muara ialah yang paling utama.

Kakinya dibawa keluar dari kawasan gerai berteres itu. Aqi mengunyah epal. Orang ramai yang melihat dirinya pelik dibiarkan sepenuhnya. Mungkin kerana gaya pakaian yang dipakai. Jeans yang terlalu labuh sehingga menyeret lantai, purdah bersama sweater berhood tanpa tudung. Yang diharap untuk melindungi rambutnya ialah hoodie sweater itulah. Dia merenung diri sendiri di cermin kedai. Takdelah pelik sangat rasanya. Kekal comel.

Terdengar bunyi tumbukan. Epal terhenti di gigi kacip. Kelihatan seorang lelaki yang nampak perkasa berdiri tegas dengan penumbuk masih di tangan. Seorang lagi lelaki rebah di hadapannya, terduduk sambil memegang pipi. Seorang lagi wanita menjadi perencah tambahan dalam drama melayu realiti. Bergaduh kerana perempuan, huh? Aqi tegak berdiri dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket sweater.

Jadi inilah rasanya jadi penonton drama melayu. Speaking of which, aku pernah jadi pelakon dalam pentas yang sama dulu kan? Bila aku tumbuk Lia sebab Umar….

“Pendekatan kau memang selalunya drastik, Aqi.” Bermonolog, dan kemudian menggelakkan diri sendiri.

Whathe ended up screwed after all…” Terdengar suara gemersik di belakangnya. Komentar dari penonton drama realiti. Aqi menoleh, tersenyum nipis pada yang memberi komen. Wanita bertudung di belakangnya itu pula menjeling pada Aqi sekilas, perasan dirinya dilihat.

Aqi terkelip-kelip. “Zati.” Kenal on the spot. Zati yang tidak perasankan Aqi dek purdahnya lalu menoleh buat kali kedua bila namanya disebut. Aqi pula tersengih lebar dengan mata bercahaya terang. “Hahha… how great it is untuk jumpa muka yang dikenali di tempat yang tak dikenali.”

Zati mengerut dahi. Pinggang dicekak. “Do I know you?”

Aqi tersenyum bersahaja. “Aku ialah someone yang kenal kau though.”

Keningnya terangkat sebelah. Tidak yakin dengan kenyataan perempuan berpurdah ini. Walaupun aura baik itu ada dan gaya pakaian sopan pun nampak, tapi penipu masih boleh bersembunyi di sebalik pakaian itu. Kerana ragu-ragu, Zati berkalih, nak pergi. Aqi terkedu.

“Zati, kejap!”

“Aku tak kenal awak, lady.”

“Tapi kau just met medengan Umar masa kau nak langgar sorang minah seksi kat Melaka dulu.”

Langkah Zati terhenti, seraya menoleh. “Aq – ” Mulutnya ditutup dengan tangan itu.

Aqi tersengih, lalu mendekat. “Aku prefer kau tak pakai nama tu masa aku masih kat pekan ni,” bisiknya laju. Zati mengerut dahi. Aqi menggaru belakang kepala. “Aku baru lepaskan diri dari kena culik. I’m afraid that man’s minion masih ada kat mana-mana…”

“Aha? And the jilbab is a disguise nak lari dari your culprit?”

Bahu dijungkit. “Kau buat apa kat sini? Tempat apa ni Zati?”

Zati mencekak pinggang, merenung mata hitam di hadapannya. Baru perasan bentuk mata dan kening itu memang menyerupai Aqi di ruang ingatan. Dia merapat. “Kau ada kat sini tapi kau tak tahu kau kat mana? Kau betul-betul kena culik ke?”

“Ler, kau tak percaya?? Muka aku ada macam tipu kau ke?”

Pipi digaru. “Well, kau punya intonasi… sempoi.” Muka tenang itu direnungnya. “Sangat.” Zati menambah. Aqi menjungkit kening. “Dan buat aku susah nak percaya.” Lagi.

“Aku tak tipu. Rumah yang terbakar baru kejap tadi kat hujung jalan itu, that was my doing. I was held captive there.”

Mereka saling berpandangan. Zati cuba mencari nilai jujur dalam tegasnya pandangan gadis itu. Lalu nafas dihela panjang. “Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis kena culik. Kau kat Pahang sekarang. Pekan, Pahang.”

Aqi mengangguk. “Pekan eh…. Tolong aku boleh?”

“Apa dia?”

“Bawak aku balik kepada Umar.”

Zati terkelip, lalu tersengih. “Aku dah agak ada something suspicious pasal korang dua. Anak sedara korang la sangat. Hahaha.” Ingat lagi pada budak kecil yang Aqi dukung dahulu. Dia sangat pasti budak itu ialah anak kedua-duanya namun kedua-duanya menafikan tuduhannya itu.

Frankly, memang dia anak sedara kitorang. Anak sedara Umar to be precise.”

“Hm. What’s with the ‘kitorang’ then? What is he to you?”

Aqi terdiam, lalu tersenyum kecil. “My love.”

Terkaku. Zati merenung mata Aqi yang tersenyum. Mereka berpandangan seketika. Pada masa yang sama, lelaki yang menjadi perhatian orang awam tadi mendekati mereka. Zati menoleh padanya, lalu meleret bibirnya nipis. “Puas hati?”

Pretty much.” Lelaki itu menyahut sambil mengesat pipi yang terasa berdenyut. Wanita berpurdah dengan hood di hadapannya dipandang kemudian. “Sapa ni? Kawan kau?”

“Yep. Kawan sekolah menengah.”

“Ooh. Orang macam kau ada jugak yang nak kawan rupanya.” Lelaki itu tersengih mengusik. Zati mengukir senyum manis.

Great, and nice bruise. The more you have that from that guy, the more I like you.” Senyum. Lelaki itu mencerun padanya dan Zati selamba meneruskan kata. “Ni kawan aku, and kawan, ni anak bos aku. Aku driver personal dia.”

Aqi mendiam, mengangguk faham. “Fancy.” Komennya kemudian. Si anak bos itu direnungnya. Kenal, namun didiamkan buat masa ni. Kepala diangguk sekali tanda penghormatan.

Ahmad tersenyum, membalas dengan anggukan dengan niat menghormati pertemuan itu. Zati menoleh lagi pada lelaki itu.

And by the way boss, can I take a tour kejap lepas ni. Nak hantarkan si kawan ni ke negeri dia. She’s kind ofneed my help to give her a lift.” Kedua belah jari telunjuk berpusing mengikut arah jam. Ahmad merenung pemandunya itu.

“Negeri mana?”

“Melaka.” Aqi menyahut. Zati mengangguk. Ahmad merenung keduanya datar.

“Jauh tu nak ke sana dalam masa sehari dengan kereta.”

I know.” Zati membalas laju.

Kedua-dua wanita itu tidak berhenti direnung. Ahmad melepaskan nafas panjang, mengalah. “Fine. Tapi jangan lepak sana lama-lama pulak.”

“Okie dokie.” Zati tersengih.

Aqi turut tersenyum lebar. Lega. “Thanks, Mao.”

Mao? Ahmad mengerut dahi. Gadis berpurdah hitam itu direnungnya tajam. Aqi terkedu. Lidah di sebalik purdah digigitnya. Zati pula menoleh dengan riak kelakar.

“Mao? Hahahahaha. What a retarded name. Camne kau boleh fikir nama tu?” Sengih seketika sebelum berkerut dahinya. “Wait. Did I already mention his name to you?” soalnya dengan dahi berkerut.

It’sslipped. By the way Zati, jom blah cepat…” Lekas tangan si rakan dipeluknya dan dibawa pergi dari situ lekas.


“KENAPA kita ke sini?” Zati meletakkan keretanya tidak jauh dari pintu depan hospital. Aqi tidak membalas, bergerak keluar dari kereta seperti kilat tanpa sempat Zaki mematikan enjin. Gadis itu memandang pelik dan tergesa-gesa mengejar larian kecil Aqi.

“Hey Aqi…” Zati sempat mengejar gadis yang masih berpurdah itu di hadapan lif. Aqi hilang sabar menunggu lif naik dan turun. Lalu berkalih ke pintu tanga kecemasan. Terperanjat lagi si rakan yang mengikutnya.

Aqi memecut ke wad Umar. Ternampak jururawat yang keluar dari bilik wad itu dengan troli berisi. Aqi memperlahankan larian, berganti kepada berjalan pantas. Pintu wad dibuka deras. Tertahan nafasnya bila tiada sesiapa di katil. Tiada tiang I.V., tiada mesin ECG, tiada alat-alat perubatan yang lain. Kosong tidak berpenghuni.

Miss! Tolong jangan berlari di koridor!” Kedengaran suara jururawat tadi. Aqi menoleh deras, lekas memecut keluar. Zati yang menjuih kerana baru dimarahi diabaikan dan lengan si jururawat yang masih menolak troli ditariknya kasar. Jururawat itu menoleh terperanjat. Sakit di lengan lalu diusap perlahan.

“Ada apa ni?”

I’m sorry, tapi… erm… pesakit koma yang sepatutnya duduk kat wad tadi tu… wherewhere is he?” Nada suaranya bergetar. Takut. Takut andai mimpinya benar-benar berlaku….

“Oh. Dia dah meninggal pagi tadi.” Jawapan diberi.

Terasa kilat hitam menyambar kesedaran Aqi. Terkaku. Terkejut! Zati pula berpeluk tubuh, merenung pekerja hospital swasta itu melangkah pergi menuju ke ruang lif. Aqi yang terkaku seperti robot rosak pula dipandang.

“Sapa yang dah meninggal?”

Nafas tertahan-tahan bila cuba ditarik. Matanya mula panas. Zati dipandang. “U-Umar…”

“Ha??” Zati terjengil, turut terperanjat. Aqi mula teresak, menarik hingus cairnya supaya tidak mengalir. Si rakan itu merapat lekas. “Kejap kejap. Umar meninggal? Bila? Kenapa? Apa maksud kau dia koma? Bila??”

Aqi tertunduk, mula mengesat air mata yang mengalir. Zati tergagau. Tidak tahu nak macammana menenangkan rakannya itu, lalu dibiarkan menangis. Belakang kepala digaru.

“Aku tak percaya Umar dah meninggal. Are you sure nurse tadi maksudkan Umar?” Aqi menoleh dengan mata yang dah memerah. “Mana tau kut-kut mamat tu dah masuk hospital lain dan pesakit lain yang duduk wad tu? Awal sangat kau nak give up nangis-nangis ni Aqi. Tanya family kau dulu ke?” sarannya.

Aqi terdiam, lalu mengangguk. “Zati…” Dia mendekat. Rakannya itu mengangkat kening. “Nak peluk…”

“Erk?” Terperanjat sedikit, namun tidak mampu nak menolak bila Aqi dah pun memeluk tubuhnya. Janggal sangat rasanya kerana tidak biasa beremu tubuh dengan manusia lain. Terasa bahunya basah, lalu kepala Aqi diusap. “Therethereyour love one is still in one piece. I’m sure.”


PINTU pagar vila Orked terbuka. Toyota Prius itu dipandu masuk. Farid menghela nafas panjang, bersyukur dah sampai ke rumah. Akhirnya boleh berehat. Kata-kata Nick, rakannya semenjak remaja itu bergema kembali di lubang telinga ketika dia melawat Umar selepas keluar dari pejabat. Keadaan adiknya semakin teruk berikutan kegagalannya untuk bernafas sendiri, lantas oksigen dipaksa masuk melalui mulut dan hidung. Menurut Nick, andai dalam seminggu adiknya itu masih gagal bernafas sendiri, maka sijil kematian akan dikeluarkan.

Argh… berat. Tertekan sangat rasanya. Macammana dia nak menyampaikan berita ini kepada ahli keluarganya? Keberadaan Aqi dipersoalkan seketika. Farid mengurut dahi, terbeban dengan masalah keluarga yang masih tidak selesai, selain menanggung beban tanggungjawab di pejabat. Lama-lama macam ni, boleh tumbuh uban setompok di kepala. Dia membuka daun pintu.

“Assalamualaikum…”

“Abang!!” Maya menjerit di depan wajahnya. Farid terloncat ke belakang, terperanjat. Lebih terperanjat bila dipeluk di depan pintu. Terkelip-kelip dia, kehairanan. Maya tersengih lebar padanya kemudian, seraya menarik tangannya ke ruang tamu. Di sana, si adik ipar yang hampir empat bulan tidak dilihat itu sedang duduk selesa sambil makan anggur hijau. Gadis itu sedang dikelilingi ahli keluarga yang lain sambil berbual perlahan. Farid tertawa tidak bersuara, tidak percaya apa yang dilihat.

That girl… bila masa dia balik?” soal Farid, menoleh pada Maya di sebelahnya. Isterinya yang masih berseri-seri seperti matahari di pagi hari menoleh.

“Petang tadi. Kawan dia yang hantarkan.” Lalu kot yang masih di tubuh suaminya ditanggalkan dari tubuh itu. Farid mengangguk, melonggarkan tali lehernya. Aqi dipandang lagi. Kali ini pandangan mereka bertemu.

Aqi tersenyum janggal. “Assalamualaikum?”

Farid membalas perlahan. Tersenyum lebar dia. Riak penat tadi menghilang terus dari raut wajah. Terasa beban di pundak menghilang terus di tengah udara seperti kabus melupus di tengah hari.


AQI menceritakan serba sedikit apa yang berlaku padanya. Sengsara yang diterima di bilik bawah tanah di rumah Hadi tidak dimasukkan sedikit pun dalam buku cerita hidupnya untuk didendangkan pada ahli keluarga ini. Sebaliknya, bagaimana dia melepaskan diri dan memasukkan Hadi ke dalam lokap ditekankan supaya mereka mengerti bahawa segala-galanya sudah selesai.

Daten Orched mengucap syukur. Maya pula memeluk adik iparnya itu, manakala Farid dan Batrisya merenung Aqi redup. Tahu ada sesuatu yang kosong di dalam penceritaan gadis itu. Aqi membalas pandangan mereka selamba, lalu bibir menguntum senyum.

Nothing else is matter,” ujarnya. Tidak perlu untuk kedua beradik itu tahu apa yang Aqi hendak sembunyikan. Farid dan Batrisya berpandangan. Batrisya mengangguk manakala Farid bersandar. Tidak terasa nak mengalah untuk mengorek apa yang dia rasa dia perlu tahu walaupun Aqi enggan berkongsi.

Okay then. Regarding suami kau pulak, he’s on the verge of death. Kau tak jumpa dia dalam wad dia hari itu kerana dia dah lama dipindahkan.” Mata Aqi yang berkaca direnung tanpa perasaan. “Dia dalam wad kecemasan sekarang, dalam unit penjagaan rapi. With you here, abang dah mula nampak harapan untuk dia sembuh.”

You think so?” Batrisya menoleh.

I’m very sure.” Farid tersengih lebar pada si adik. “His love life dah balik. Abang pasti Umar sangat happy.”

Batrisya mengangkat keningnya tinggi. Daten Orched tergelak perlahan. Wajah anak lelakinya yang masih koma itu terbayang. Hatinya memohon sesungguh hati pada Allah S.W.T agar anaknya itu kembali sihat dan hidup seperti sedia kala.

Aqi pula sekadar mengangguk. Terpaksa menunggu hari esok untuk berjumpa kembali dengan si suami. Buat masa ini, dia disuruh berehat dahulu di bilik. Orang-orang dewasa itu turut berpecah, kembali dengan urusan masing-masing.

Maya mendekati suaminya, lalu mengucup pipi si tersayang. Farid menoleh. Si isteri tersenyum manis. “Abang cakap benar pasal Aqi boleh selesaikan penjenayah tu sengsorang. So maybe Umar betul-betul boleh sembuh lepas ni?” Dia terasa yakin pula, percaya sepenuhnya apa yang Farid katakan.

Farid tersenyum nipis, mencapai briefcase-nya. “Abang bercakap berdasarkan probability. As usual, Aqi memang luar alam sikit… and I trust her living ability. And abang pasti dia trauma jugak dalam hati tu dek kes culik dia kali ini,” ujarnya dengan suara yang tenggelam. Si isteri dipandang. “Banyakkan teman dia lepas ni, tahu? Jangan bagi Aqi sengsorang.”

Maya merapat. “Apa maksud abang?”

“Apa Maya rasa kalau dipaksa hidup dengan lelaki yang sentiasa mengugut bunuh dan selalu dirogol pula sedangkan abang yang Maya sayang setengah mati tengah terkaku kat hospital dan hampir-hampir disahkan meninggal.” Terang dan nyata ayat itu dikeluarkan. Terkaku si isteri. Farid tersenyum, mengosok kepala isterinya. “Jangan biarkan Aqi keseorangan,” pesannya lagi.

“Arr… oh. Jadi malam ni Maya tidur dengan Aqi?”

“Pulak! Abang tak maksudkan macam tu!” Kepala menoleh lipat maut. Maya mengerut dahi, merenung muka serius itu. “Bagi je Bat tidur ngan dia. Maya, abang sorang yang punya.”

“Tch… hahahaha. Abang nampak cool mula-mula tadi, tapi lepas tu jadi retarded balik.” Pipi itu dikucup ringkas, lalu briefcase suaminya dibawa ke tangga.

Nafas terluah, lalu sebelah pinggang dicekak. “Mana kamu belajar panggil suami sendiri retarded ni?”

Maya melirik ke belakang. “Umar ngan Aqi.” Lalu terus menapak hingga ke tangga teratas.

Dia yang ditinggalkan, terkedu. Jadi kepelikan dorang dah terpalit pada bini aku, huh? Ketawa Farid terlepas perlahan. “Bangang punya adik-adik…” Kepala digeleng lalu dia beralih ke dapur.
Previous: chapter 43
Next: chapter 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.