Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 2

“BOSAN.” Umar berbaring atas sofa dengan kaki di atas dan kepala di bawah. Tidak bekerja hari ini kerana CEO hotel keluarganya itu tidak membenarkannya menjejakkan kaki ke pejabat, buat masa ini. Entah apa alasan si abang, Umar sendiri tidak faham. Aqi pula tidak melayan dia kerana perlu menjaga dua budak kecil itu. Keluhan dihembus perlahan, membayangkan raut wajah si isteri di ruang mata. Pada perbezaan 2 tahun lalu dan sekarang. Umar tersengih bersama gelak perlahan. “Reti pasang rambut panjang kau rupanya, Aqi…” Mata dipejam perlahan.

Terus terang, perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta. Jika dibalikkan sejarah, Aqi dan Umar disatukan atas amanat arwah ayah lelaki itu. Walau kedua-duanya cuba untuk menolak takdir yang tersedia di depan mata, keluarga tetap memenangi perbalahan yang seketika itu. Bukannya Umar tiada cinta hati yang lain, dan bukannya Aqi tiada teman lelaki… cuma…. Agaknya inilah yang dinamakan takdir. Dah memang tertulis di Luh Mahfuz sana sejak hidupnya di dalam janin Daten Orched lagi.

Nafas dihembus perlahan berupa keluhan. Kut ya pun takdir nak buat cerita yang penuh dengan klise drama melayu,bagilah aku melekat kat minah yang elok sikit perangainya. At least ada sedikit sifat lemah lembut gadis melayu… pakai baju kurung ke apa. Pakai tudung kalau nak markah tinggi sikit. Mulut elok sikit tutur katanya, bukannya bercakap broken English dan mantap punya rojak. Aqi tu dahlah perogol bahasa profesional. Berbadan kurus, takda sex appeal, suara garau, kasar, reti layang penumbuk sampai lelaki pun kalah, tak pandai memasak, susah nak dilayan… aaah. Tak nampak perubahan perangai Aqi sepanjang lebih dua tahun mereka berpisah. Kekal sama macam dahulu. Bahkan, masih sudi nak berbalah kata dengan dia dek berebutkan katil dan tidak mahu tidur sekatil.

Ergh. Just what kind of lady that I stick my nose with?

PS3 dikeluarkan dan dihidupkan.

Bising dari ruang tamu memaksa Aqi menuju ke sana sambil memangku Munirah. Umar yang bersila di depan skrin TV bersungguh-sungguh mengalahkan pihak lawannya dalam Street Fighter dipandang geram. Ibu jari laju sekali menekan butang di atas controller. Kening tebal Umar hampir bertemu tanda khusyuk dan tawaduknya dia dalam fokus perkelahian watak alam maya itu.

“Umar Darius,” panggilnya mendekat.

“Hm?” Tak alih perhatian.

“Kut ya pun perlahan la bunyi tu… Mun nak tidur la.”

“Hm….”

Lima minit. Bunyi bising tumbukan dan tendangan masih tidak berhenti. Aqi mendesis dari sofa, menoleh pada lelaki itu. “Umar…!”

“Kejap.” Dia membalas, “Tak lama lagi ni…”

Pause pastu slow down the volume tak sampai lima saat pun.”

“Jangan ganggu la!” Marah si mamat tu pula. Aqi terganga tak percaya. Munirah mula merengek kerana gagal nak tidur, lalu Aqi segera mengendongnya ke dapur. Sekurang-kurangnya senyap sedikit. Dan sempat juga mencebirkan bibir bawah pada Umar tanda tak puas hati.

Dodoi punya dodoi, Munirah tiba-tiba menangis. Tangisnya tidak kecil, tapi nyaring dan menyakitkan telinga. Aqi naik keliru. Lapar ke? Dah bagi susu tadi… atau tak dapat nak tidur? Orang di ruang tamu dah senyap sikit. Jadi…?

Riak Aqi berubah sedikit. Bibir dijilat supaya basah, lalu hidungnya dihala ke pampersMunirah. Puuhhh!!

“Umar!” Segera dia mendapatkan lelaki itu. Umar yang tengah tercegat di depan pintu rumah sambil mencekak pinggang seperti gaya raja memerhati hamba sahayanya bekerja, menoleh. Hairan seketika bila melihat gadis itu kelam kabut mendapatkan dia. Tanpa salam, Aqi menarik tangannya pula dan terus dibawa ke dapur.

“Okey… aku suka kau pegang tangan aku, Aqi, tapi kenapa ni?”

“Tolong aku…!”

Dan kedua-duanya mengadap Munirah yang masih nyaring menangis. Pipinya basah sekali dengan air mata yang tidak berhenti-henti mengalir. Sisa susu juga nampak di dalam mulut dengan gusi yang segar kemerahan tanpa gigi. Umar memandang tanpa riak sedangkan Aqi keluh kesah mematah-matah jemarinya.

Kemeja Tshirt Umar ditarik. “Kau buat la… aku tak reti…”

Kepala ditoleh, “Buat apa?”

Clean her…”

Terkebil tak faham. “Clean her?”

Aqi mengangguk deras. “Tengok dia nangis tu… she poops…”

Giliran Umar buat muka gerun. “Kau buat la sendiri!” Lekas dia nak melarikan diri tapi Aqi nyata tangkas. Lengan Umar dicapai lekas dan dipeluk terus, menyekat pergerakan lelaki itu.

“Janganlah lari…!! Tolong aku…!”

“Aku mana pandai bersih punggung budak…!”

“Aku pun sama…!” Lalu dia pantas beralih ke hadapan lelaki itu dan menolak tubuhnya. “Kita buat sama-sama.” Memancar matanya memberi sinar mengharap. Umar pasang muka kusut.

“Selama ni kau tak pernah buat?”

“Tak.” Geleng. “Baru start jadi baby sitter semalam.”

“Semalam dia tak berak?”

“Berak. Tapi Zaki yang bersihkan…”

Tersentap. Adui…. Umar tercegat berdiri sambil menggosok belakang kepalanya dan Aqi alihkan tangannya dari dada lelaki itu. Tangisan Munirah semakin nyaring memekak telinga, memaksa Aqi menarik lengan itu lagi kerana payah sangat nak bergerak seperti memukul pahat untuk membuat kerjanya lekas.

“Kau bersihkan butt dia.”

“Ey, kau la buat…!”

“Aku nak buang pampers dia ni…! Ei, baling taik ni ke muka kau kang!”

“Sentap je… kalau macam tu kita bersihkan dia sama-sama, eh?”

“Aku nak kasi pampers lagi… nak dodoi lagi… nak masak lunch lagi…”

Keh.” Mengeluh dan mempertikai. Mata siap dijuling ke langit. Aqi menggigit bibir, geram.

“Kau buat je kerja kau! Atau aku tak goreng keropok lekor untuk kau.”

Terdiam dia, lalu menurut akhirnya. Aqi tersenyum menang. Dia mencangkung di sebelah Umar sementara lelaki itu, dengan penyepit dipicit pada hidungnya, membasuh Munirah dalam besen. Selesai cuci. Munirah dah diam sedikit dan diserahkan pada Aqi pula. Gadis itu bergerak ke ruang tamu manakala Umar buang air ke dalam lubang tandas.

Huh. Seumur hidup aku, ni la first time buat kerja macam ni. Umar merungut memuncung. Tangan dicuci dengan Dettol, siap letak hand sanitizer perasa oren. Setelah puas, dia melangkah pula ke ruang tamu. Aqi dilihatnya sudah selesai pamperskan Munirah dan ditarik masuk ke dalam rangkulan. Nak dodoi buat tidur. Tersengih dia lalu mencangkung di sebelah gadis itu.

“Boleh pulak kau buat kerja begini. Kata first time.”

Aqi mencemik. “Tengok kaki la.”

“Kaki berdaki buat apa nak tengok.”

Kurang asam…. Gadis itu menoleh dengan matanya dijengil. Umar mengerling, selamba. Munirah tiba-tiba menjilat telinga Aqi. Menggeliat gadis itu kegelian, lalu mengalih Munirah dari bahunya. Budak umur setahun itu mengulum ibu jari sendiri. Aqi alihkan ibu jarinya.

“Dia nak susu la.”

Kata-kata itu membuat Umar menala mata terus ke dada wanita di sebelahnya. Aqi terkejut, pantas membelakangkan Umar.

“Kau tengok apa?!” Malu dia.

Umar tak bereaksi, terus merenung tubuh itu sebelum mengangkat tinggi keningnya dan menghempas nafas sekali. Heh. Tubuh berkalih, nak pergi. Aqi ternganga. Terasa makin malu dek reaksi tanpa kata itu. Bibir terketar nak menjerit tapi tiada ayat yang dirasakan dapat dikeluarkan untuk menenangkan hati yang geram. Sangat!

“Jahat!” Dengusnya beserta pukulan dan tendangan pada angin, ke arah Umar. Munirah terganggu dari lena yang hampir menguasai, lalu menangis nyaring. Lantang pecahnya hingga berdesing lubang telinga Aqi. Tinggi punya pitching. Munirah dijarakkan dari rangkulan dan bahu diangkat mengesat cuping telinga.

Umar yang turut terkejut, menoleh. “Buat la susu cepat.”

“Tau la… kau bawa dia.” Diserahkan. Umar tak menyambut, memandang saja. Aqi mengangkat kening, terus menghulur. Lambat-lambat lelaki itu menyambut, malas sekali.

“Bila masa aku setuju nak baby sit budak ni…”

Bibir terjuih mendengarnya. “Tanggungjawab namanya… tak tunggu kau setuju atau tak. Kena buat.” Dan lelaki itu ditinggalkan di ruang tamu itu sementara dia menghilang ke dapur. Umar memuncung, memeluk Munirah yang masih menangis. Tak tahan telinganya mendengar, lalu cuba didodoi macam yang Aqi buat. Punggung si kecil ditepuk-tepuk perlahan.

Sungguh. Janggal!!

Tapi bila tangis Munirah menurun sedikit, Umar puas hati pula. Pipi lembut bak kapas itu diciumnya sekali. Comel pula budak ni kalau senyap. Terus didodoikan dan dibawa berjalan-jalan.

Ingatkan tenang sedikit, tapi Naufal yang sedang tidur di sofa pula tiba-tiba merengek menangis. Umar terkejut. Kaki dibawa melangkah ke arah budak itu. Dia berak? Hidung menghidu-hidu. Tak… bagus la tu. Dia lapar maksudnya… kut?

“Hey.” Aqi menegur dari belakang. Umar berkalih, memandang botol susu di tangan Aqi. Lambat-lambat disambutnya dan gadis itu mendapatkan Naufal untuk dipujuk. Bersama senyum, bibir nipisnya dimuncung-muncung sambil berkata-kata sesuatu dalam bahasa bayi. Kadang kala pipi halus budak tiga tahun itu dikucup-kucup. Umar merenung, terleka sebentar dan bila Aqi menoleh, barulah dia berpura-pura menyusukan Munirah. Wanita berambut panjang itu beralih ke dapur, nak mendapatkan botol susu Naufal pula. Umar sekadar mengerling, lalu menghempas nafas berupa keluhan. Perhatian dikembalikan pada Munirah yang leka menghisap puting susu dalam kendongan.

“Sedap, Mun?” Dan dicicip ke dalam mulutnya. Emm….

“Aqi, aku nak susu jugak.”

“Ha?” Aqi menoleh ke belakang. Bila masa lelaki ini ada di belakangnya?

Muka dipasang serius seperti bergaduh berebutkan tandas. “Aku nak.” Telunjuk menunjuk ke arah botol susu yang dipegang Munirah di kendongan kiri.

Aqi merenung botol susu di tangan kecil itu sebelum kembali pada mata hazel yang cukup serius ditala padanya. Terkebil-kebil dia, keliru sungguh dengan permintaan mengarut itu. Enggan melayan, dia kembali memujuk tangis Naufal dengan susu bawah umur yang dah siap. Setelah senyap budak itu dari tangisnya, Umar lalu meminta lagi tanpa jemu.

“Cepatlah cepatlah cepatlaaah… aku nak jugak…”

Perlahan kepala Aqi menoleh. Mamat ni biar betul. Tiba-tiba muncul entah dari ceruk mana dan minta susu bawah umur untuk diminum? Akal terencat sebab cuci berak Munirah tadi? Gatal sungguh lidah nak bertanya macam-macam, namun didiamkan. “Jangan main-main la Mar…” getusnya kemudian.

“Aku mintak kau buat benda salah ke?” Masih serius. Tidak main-main.

Mengeluh dia lalu, “Susu panas sejuk?” Mengalah.

Dan bibirnya mengukir senyum lebar. “Suam.”

Naufal diserahkan kepada Umar. “Pegang kejap.”

Rightio…” Cukup mudah si tiga tahun dikendong dengan tangan kanan manakala si setahun di tangan kiri. Dia beralih ke meka makan, duduk di sana.

Aqi tersenyum kecil. Susu tepung untuk budak-budak dicapainya. Gula dan air panas, tak sampai dua minit dah siap. Complete set bila diisi dalam botol susu 100ml. Jejaka 24 tahun itu merenung datar.

“Motif?” Monotone bertanya.

Aqi tidak membalas, sebaliknya disumbat puting botol ke mulut Umar. Munirah diambil dari kendongan suaminya, dibawa ke ruang tamu. Umar yang menggigit puting susu sekadar memandang, lalu tersenyum kecil. Gerak langkah Aqi diekori.

Terasa tenang dan nyaman setiap urat tubuh bila dah boleh berehat selepas menjaga dua budak bawah umur itu. Vila yang senyap sunyi juga terasa senyapnya dek ketiadaan setiap orang dewasa kerana bekerja, Zaki yang bersekolah dan Daten Orched yang duduk di bilik. Aqi melepas nafas penat, bersandar di sofa panjang di ruang tamu. Datangnya Umar dan duduk di sebelah diabaikan sepenuhnya.

Baby sitting kerja yang susah ek?” Umar mula berbual. Masing masing merenung TV kosong di hadapan. Imej yang dibalikkan oleh skrin hitam memaparkan gaya keluarga suami isteri dengan dua anak. Aqi tersenyum bersahaja, mengangguk sambil mengusap rambut Naufal.

“Semalam mujur ada Zaki. Hari ni mujur ada kau.”

“Wah. The pahlawan datang to the rescue.” Sengihnya lawak. Aqi mendesis, tersenyum sama.

“Ya la sangat. Sibuk juga nak minta susu. Susu budak kecik pulak tu!”

“Ala. Asalkan aku rasa sedap, apa apa pun boleh masuk.” Kening diangkat, double jerk. Munirah yang lena dipangkuan, direnung. “Mula-mula ingatkan kerja macam ni leceh… well, memang leceh, tapi seronok jugak kan?”

“Emm…” Aqi mengangguk lagi. “Paling susah bila dia berak.”

Umar ketawa kuat dan Aqi lekas menampar bahunya. Shh! Diam! Umar menutup mulut, lalu ketawa perlahan. “You bet. Hari ni memang mencemar duli.”

Mengangguk lagi. Mata mula terasa berat sedikit. Dia menguap. Terasa nak berbaring namun Naufal yang lena benar dalam pangkuannya membuat Aqi membatalkan niat. Ngantuk sangat rasanya…. Menguap lagi.

“Ngantuk?” Suara garau dan kasar milik insan sebelah kedengaran di lubang telinga.

“Ah…”

“Tidur la.”

Aqi menoleh. Umar tak pandang dia, tapi pada skrin TV kat depan nu. Pada imej mereka yang terpantul di situ. Aqi tersenyum nipis.

“Bangunkan aku bila nak lunch.

“Hm.”

Dan Aqi merendahkan duduknya, bersandar selesa pada sofa. Tak lama, lena menjemputnya kemudian, masuk ke dalam alam mimpi. Aqi cukup mudah nak lena mungkin kerana penat yang menguasai sendi dan urat tubuh. Kepalanya jatuh terteleng ke kiri tak bergerak-gerak.

Umar tersenyum merenungnya. Terseliuh leher tu nanti…. Dia merendahkan duduk. Munirah tersedar sedikit, lekas ditepuk punggung itu perlahan. Setelah budak itu lena kembali, Umar menarik pula kepala Aqi kepadanya, disandarkan pada bahu sasanya. Aqi nampak selesa begitu. Mata hazelnya merenung kembali imej di skrin TV yang kosong di hadapan. Pada imej keluarga bahagia di sana…. Senyum bahagia meniti di bibir lelaki itu. InsyaAllah…


Previous: chapter 1
Next: chapter 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.