Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 50

Mimi tiba di hospital private itu. Hospital mahal yang setahunya dimiliki oleh keluarga kekasih Batrisya. Oleh kerana itulah doktor Nick itu bebas bergaya dengan rambut serabai kerana bekerja dalam organisasi keluarga sendiri. Maklumat ini diketahui dengan mencuri dengar perbualan abang Umar dan doktor itu sendiri.

Dia tiba di wad persendirian Umar. Tangan menepuk bekas makanan yang dibawa. Tidak sabar nak memberi Umar makan masakannya. Cinta hatinya dah kembali padanya, maka dia sangat gembira! Dia mahu Umar nakkannya, dan hanya memikirkan dia seorang. Tidak perlukan orang lain, walau ahli keluarga vila Orked itu sekalipun. Jangan menyibuk dalam kisah cinta mereka!

Pintu baru dibuka sedikit, dia terdengar suara doktor Nick dari dalam wad. Langkah Mimi terhenti.

Where’d you get that dumbbell?”

My wife. Dia bawak malam tadi.”

“Oh. So, you like pink, huh?”

Noooo…” Keras sekali nada itu.

And the books too? How thoughtful of her. Dah. Enough exercising you arm. Kita ada your entire body untuk di-exorcise.”

Exercise…” Umar membetulkan terma.

“Yeah. That too.”

“Haha…”

Kedengaran derap langkah mendekati pintu. Mimi berundur setapak dua. Doktor dengan gaya rambut liar itu menapak keluar dari wad. Hampir bertembung dengan wanita itu di luar pintu itu, lekas mengelak. Mata kuyunya merenung kosong wajah cantik Mimi. Wanita bertudung itu cuba mengukir senyum, berias mesra. Namun tiada balasan. Dengan selamba dia melangkah pergi.

Mimi mencemik, menoleh ke belakang. Harap muka je kacak, tapi… “Sombong. Keh!”

“Eh, Mie.” Umar menegur bersama senyum gembira. Topang terletak baik di kedua-dua belah ketiak, membantunya melangkah. Mimi menoleh padanya. “Lawat Mar ke?”

“Yeah. Nak bagi Mar makan Mie masak ni…”

“Oh. Tinggalkanlah dalam tu. Mar kena buat latihan fisiologi ni.” Bibir dimuncung pada belakang doktor pakar bedah itu yang dah melangkah jauh. “Jomlah. Teman Mar kat sana.”

“Eeh… takpe ke orang luar ikut?”

“Pandai-pandai la Mar cover untuk Mie.”

Senyum. Lekas bekas makanan itu diletakkan ke atas meja tarik di hujung katil Umar. Mata sempat meleret pada buku-buku bisnes yang bersusun di dalam almari satu pintu yang terbuka. Tidak dilepaskan juga pada dumbbell merah jambu di tepi bantal. Aqi yang bawakkan? Heh. Untuk apa? Bodoh punya perempuan. Dirasakan tindakannya membawa makanan kepada Umar ialah bentuk affection yang paling tepat kepada lelaki yang disayangi itu kerana baginya, kaum lelaki boleh dipikat dengan makanan. Kemudian, dengan lekas dia mendapatkan Umar yang menanti di luar wad.


“ARGH, penaaat…” Tubuh tertiarap di atas katil. Topangnya dibiarkan terjatuh di lantai. Mimi tersenyum kecil, meletakkan topang itu di tempat yang sesuai.

“Hari-hari ke buat aktiviti begitu?”

“Untuk dua minggu ni memang buat hari-hari… ada rehat per hour,” jawabnya dengan suara tenggelam di bantal. “And then I’ll be able to rest for a while for the hyper-recovery. At least for one day untuk bentukkan otot. Tak kisahlah pasal tu… tapi for nowmy muscle is so damn weak I’m dying…” Suara dideramkan ke bantal. Sakit otot betis dan paha kerana dipaksa berjalan, dan sakit juga otot bahu untuk menahan dirinya jatuh dari palang. Kecewa dengan diri sendiri. Sungguhlah tubuhnya sudah lemah. Hampir lima bulan dihabiskan dengan cuma berbaring, mana tak susut habis. Dia kena bekerja keras untuk dapatkan balik kekuatan dan staminanya.

Mimi sekadar tersenyum nipis. Tak berminat dengan topik perbualan otot tersebut. Pandai-pandailah doktor buat kerja mereka. “Mar… taknak makan?”

“Nantilah… tak lapar…” Masih meniarap.

“Janganlah macam tu. Mar kena makan banyak.”

Kepala diteleng ke kanan, menentang wajah cantik itu. Cermin mata yang senget benget di muka malas nak dibetulkan. “I’m not hungry. Lagipun doc pesan jangan makan sesuka hati dalam proses pemulihan ni. I need to get the right amount of nutrient dan bukannya semadi nadai.”

Dahi Mimi berkerut. “Semadi nadai? Apa tu? Bahasa apa tu?”

“Bahasa iban. Maksudnya ‘sebarangan’. Kawan dari Sarawak yang ajar.”

“Mar ada kawan kat Sarawak?”

My member masa kat Korea dulu…” Pandangan matanya merenung kosong pintu wad yang tertutup. “Mar buat apa kat Korea anyway?” soalnya pula. Dahi berkerut, memikir. “Melancong?”

Mimi senyap. Sedikit cuak. Umar dah mula mengingat? Kepala digeleng, enggan menerima. Dia tak mahu ingatan Umar kembali! Cuma Umar yang ini yang dia perlu, bukannya Umar yang mencintai Aqi! Akal lekas berfikir, cuba mengalihkan perhatian akal lelaki itu pada perkara lain. Alang-alang akal lelaki ini tidak disekat cintanya pada si bini itu, tidak salah Mimi memanipulasikan pemikirannya…. Ini dinamakan strategi mendapatkan kembali cinta lama. Salahkah? “Err… tadi Mie dengar doc tu cakap… pasal dumbbell tu…” Dumbbell di tepi bantal dimuncung. Umar menjeling kekasihnya. “Dari Aqi?”

Pandangan Umar meredup. Mimi… mungkin kenal isterinya juga. Ya, bukankah mereka satu sekolah bak kata Farid. Lalu dia bangkit, duduk bersila di atas katil. Dumbbell 5kg itu diangkat mudah bersama senyum.

“Yep. Dia bawak malam tadi. That funny woman…” Senyum nipis, mengingat tingkah Aqi malam tadi. Walaupun tidak pandai bergurau, tetapi reaksinya cukup kelakar bila berbual atau bila diusik.

Hati Mimi terpercik rasa cemburu. Mula panas. “Mar dah ingat pada dia?”

I don’t even know her, nak ingat pasal apa?” Wajah cantik itu dipandang. “Apa yang Mar tau, she’s my wife.” Mata dijuling ke langit. “I guess dorang tak tipu pasal tu… sebab she’s so concern with me.” Senyum redup. “Dan masa kitorang pertama kali bertemu, she kissed me.” Darah Mimi menyirap naik ke muka! Merah!! “Tapi Mar tolak dia… Mar patut minta maaf…” Pipi digaru bersama sengih bersalah.

“Mar!!” Mimi menghentak kedua belah tangan pada tilam. Bahu Umar terloncat terperanjat. Dumbbell turut berhenti digerakkan. Mata bulat Mimi bertentangan tajam dengan anak mata hazel lelaki itu. “Dia perempuan jahat.”

“Ha?” Bibir Umar tertarik ke atas.

Mimi pula beriak serius. Tidak hilang riak cantik bermekap itu walau muka berkerut. Dia kembali duduk bersandar. “Aqi… that wife of yoursshe used you. Dia tak pernah cintakan Mar. Masa zaman sekolah dulu, kamu berdua tak pernah berbaik! Dan sekarang tiba-tiba kamu menikah dengan dia? Obviously dia cuma nakkan duit Mar!”

Terkelip-kelip mata Umar. “Kenapa kamu cakap macam tu…” Sukar nak percaya.

“Mimi cakap benda benar. Aqi siap pernah nak tumbuk Mimi, tapi Mar yang selamatkan Mie dari dia… baik kemende-nya gitu!”

What??” Membulat sungguh mata Umar. Tak percaya. Mimi menganggukkan kepala bersungguh-sungguh. Iya, dia tidak menipu, tetapi fakta yang diberikan itu disembunyikan beberapa maklumat penting. Aqi nak menumbuknya kerana dia yang bermulut lancang menghina keluarga gadis itu. Walaubagaimanapun, Umar tetap memihak padanya ketika itu.

“Aqi… Mie tak tahu macammana kamu berdua boleh berkahwin, tapi Mie sangat pasti dia tak cintakan Mar. Dia hanya nakkan duit keluarga Mar. Tengok je la macammana dia mengada-ngada dengan family Mar. Baik Mar jaga Bang Farid jugak, takut senyap-senyap Aqi goda abang C.E.O Mar tu…”

“Mie…” Suara Umar merendah. “Are you speculating?”

“Hey… I’m just saying.” Tangan diangkat ke paras bahu, tidak bersalah. “Mie tak pernah kenal dia sebagai perempuan yang baik. She hates me, by the way… sebab Mar cintakan Mie dan tak cintakan dia.” Wajah kusut di hadapannya direnung. Dumbbell di tangan juga dah jatuh ke tilam. “Dia punca kita berpisah dahulu, Mar. Dia rampas Mar dari Mie. In what sense perempuan tu baik? Tanya Mar sendiri… boleh ke Mar cintakan perempuan begitu dan jadikan dia isteri dunia akhirat? She’s not your type at all.”

Senyap. Pandangan Umar jatuh ke tilam. Dalam diam, dia mengaku juga tentang itu, tetapi…. Senyuman Aqi terbayang. Dia cukup suka dengan senyuman yang dilemparkan padanya itu… I thought we can be a very good friend at least…. Mata dipejam, lalu nafas ditarik dalam. “Mar taknak dengar lebih-lebih, Mie. Mar akan judge sendiri tentang dia nanti.” Enggan mendengar lagi sebarang bicara buruk tentang perempuan yang digelar isterinya.

Mimi merendahkan pandang. Mencari wajah itu. Umar mengangkat pandangan matanya. Wanita cantik itu mengukir senyum. “Walaupun Aqi mungkin akan cakap dia cintakan Mar… I love you even more, Mar… Mie tak tipu. Perasaan Mie tak pernah berubah walau dah bertahun-tahun…” Sekali lagi pandangan redup itu menentang dirinya. Merenung terus ke dasar mata. Mimi mengukir senyum manis, menyerikan wajah. “Its best if you just leave that woman. She’s never your jodoh, but its me.”

Senyap. Umar mengukir senyum. “I’ll decide that for myself.” Tak mudah melatah. Senyuman Mimi spontan termati dan bahunya jatuh. “Now, mana makanan? Mar dah lapar.”


JURURAWAT membuka balutan di tubuh Umar. Sudah baik habis semua lukanya. Lebamnya. Dah hensem balik. Nick membuat check up harian dan mengesahkan pemulihan Umar. Cepat sungguh dia sihat setelah sedar dari koma. Alhamdulillah. Rawatan fisiologi untuk lelaki itu juga bergerak dengan lancar. Syukur.

“Ah, doc. Bang Farid cakap… doc kekasih akak saya. Betul?”

Nick menjeling sekilas. “Kalau ikutkan keadaan, macam tu la.”

Ikutkan keadaan? Nick yang dah siap menulis sesuatu dan meletak stetoskopnya ke dalam poket, dipandang. Direnung. Rambut sangat hitam dan panjangnya mencecah kolar. Bahagian atas pula pendek dan dibuat gaya Mohawk. Cuping telinga ada kesan anting-anting. Dah dicabut gayanya. Atas telinga juga ada kesan pierce. Paling penting, lelaki yang dipanggil Nick itu ada aura seorang gigolo.

Doktor kacak itu menoleh kemudian. “You can go soon enough. Atau kamu nak stay sini flirt with my nurses? I’ll give you special permission since you’re my next future brother-in-law.

Umar terasa terancam. Betul ke lelaki ini yang kakaknya nak kahwin?

“Er… saya nak balik secepat mungkin.”

Nick menjungkit bahu. “Up yours.” Dia nak berlalu. Mata dikerling pada jururawatnya dan anak buahnya itu berkemas cepat. Umar menyarung kembali baju sakit ke tubuh.

Nick berhenti melangkah sebelum keluar dari pintu. “One more thing… kenapa bebaru ni ada perempuan lain yang selalu melawat kamu?” Umar dijeling. Lelaki bermata hazel itu menoleh padanya. “I mean I haven’t seen your wife for a while.

Umar menjungkit bahu. “She went off somewhere then. Kenapa?”

Geleng dan berlalu terus. Umar merenung pelik. Jururawat menoleh dan melambai padanya dan Umar tersenyum, melambai balik, hingga hilang mereka di sebalik pintu. Umar menghempas nafas, menoleh ke luar tingkap. Mimi di fikiran. Apa kekasihnya itu sedang buat sekarang agaknya.

Esok paginya, Farid datang melawat. Umar tersengih lebar.

“Mar dah nak sihat bang. Kira-kira dua hari lagi boleh la blah.”

“Aah. Good for you.” Kepala Umar digosok. “Aqi kat Cameron Highland sekarang, ikut kakak engkau tuh. Ada perkahwinan kawan dia.”

Umar mengangguk saja. Tidak kisah. Abangnya itu direnung. “Bang.” Farid mengangkat kening tanda mendengar. “Kenapa Kak Bat nak kahwin ngan doktor Nick tu?”

Terdiam sebentar Farid. “Sebab dia suka…?” Jawapan berbentuk soalan. Umar mengerut dahi.

“Sebab… doktor tu macam bahaya la. His aura gives you the chill something.” Tangan digerak-gerak cuba menjelaskan. Farid tekun mendengar. “Kak Bat tak suka lelaki yang macam tu, biasanya… kan? Kalau jumpa sorang je pasti dia tumbuk.”

Tersengih ayah anak satu itu. “Yep. Kalau jumpa sorang je pasti dia tumbuk.”

“Jadi, naper?”

Bahu dijungkit. “Love is unpredictable.

Berpandangan keduanya. Umar mengeluh. “I don’t like that kind of answer.

Farid ketawa. “Me either. Tapi abang tak tau jawapan yang macammana lagi yang boleh dibagi kat kau.” Dia bersandar. “Mulanya abang tak tau jugak. Kak Bat kau rahsiakan dari abang sampai la kantoi one day abang baca mesej kakak kau.” Mata Umar melintang kuyu. Melanggar hak peribadi pengguna namanya tu, bang. Farid menyambung cerita, “Masa tu jugak akak kau ngaku… erm… kalau tak silap, sebelum tu abang dah jumpa diorang shopping kat Boulevard. Date.” Tersengih kemudian. “Macammana diorang fall in love I’m beat.” Kepala digeleng.

Umar merenung lagi, tajam. “Abang tak rasa curiga? Kut-kut doktor tu sekadar nak mainkan Kak Bat.”

“Heish. Jahat mulut kau tu. Kenapa prejudis sangat?”

“Sebab tu Mar tanya… finding the answer for myself.

Farid mencebik. Alasan. “Nick… bukan stok macam tu. Abang kenal dia sejak tingkatan satu lagi. Kau tengok je la muka kayu muka tugu dia tu. Hard-boiled. Tak berperasaan. Hati dia pun sama. Macammana dan kenapa dia jadi doktor pun abang tak faham.” Ketawa kecil. “Tapi dia tak jahat macam abang. Dia cuma… bersikap ignorance. Completely. Parti Berkecuali by all means of words.” Sengih.

“Tapi boleh pula stuck dengan Kak Bat,” bantah Umar.

“Sebab tu abang cakap love is unpredictable. Dia dah lama berminat dengan kakak kau tu jugak sebenarnya… haha. Kak Bat kamu pula…mungkin jumpa sedikit sifat Danny dalam Nick. Abang pun perasan.” Farid tersengih nipis, teringat pada hamba Allah yang sudah tiada itu. “Sebab tu jatuh cinta.”

Umar mengerut dahi. “Danny?”

“Suami Kak Bat kamu sebelum ni. Dah meninggal. Innalillah.”

Umar diam seketika. “Kita… betul-betul boleh percayakan Kak Bat untuk doktor tu?” soalnya perlahan. Farid terdiam seketika. Umar menunduk, risau untuk kakaknya. Abangnya itu mengukir senyuman kemudian, lalu kepala Umar digosok lagi.

“Nick tu sama jenis dengan Aqi. Once he fall in love, he’ll love forever. Walaupun nampak kerek ataupun macam something wrong dengan dia, dia sebenarnya okey. Baik. You can’t make prediction for this kind of guy.

Umar menjeling, “Kenal benar abang dengan dia.”

Told’ya he’s my buddy. Kitorang kenal lama dah,” sengihnya. “Kau jangan risau la ngan Kak Bat kau.”

Umar terdiam sebentar, lalu mengukir senyum nipis. “If you say so…” Lega sedikit. “Satu lagi. Doktor tu dah pernah kahwin ke? Dia cakap kat Mar tadi, I’m his next brother-in-law.”

Farid terkebil. “Dia cakap macam tu?” Lalu mata dijeling ke kiri. “Dia dah pernah kahwin ke masa jadi gigolo dulu?” soalnya perlahan. Mata dikelip-kelip berfikir. Umar yang mendengar, jatuh rahang.

“Abaikan part Nick ngan Bat.” Farid pasang muka serius. “Kau masih stick to your plan nak berkahwin ngan Mimi?” Mula-mula dengar rancangan Umar dulu, sukar juga dia nak menerimanya. Memang si adik ni tak pernah gagal buat dia pening kepala. Tapi, apa dia boleh buat? Itu yang adiknya suka, itu yang adiknya putuskan, dan itulah yang adiknya lakukan. Farid tiada hak untuk menghalang, maka dia terpaksa mengalah.

Dan Mimi pun satu. Patutlah tak pernah berkahwin lagi. Masih menunggu rupanya….

“Tentu la. Dah lamar dan dia terima. Takkan nak tarik balik.”

“Dah bagitau Aqi?”

Diam. Umar mengalih pandang ke dinding. “Nanti…”

Farid mendesis deras. “Macammana kalau dia sedih?”

Terdiam. “It’s not really matter kalau dia tahu atau tak, kan… kalau in the end Mar tetap dengan Mimi.” Farid dikerling. “Bila Mar fikir panjang-panjang, Mar baru perasan. Abang sure Mar boleh jatuh cinta dengan perempuan yang macam tu? I meanshe has no style. As a matter of fact, she so plain-looking. And no strong education background… entah-entah dia guna-gunakan Mar selama ni tak?”

Deras Farid bangun hingga terjatuh kerusinya. Terperanjat si mata hazel. Muka Farid memerah marah. Tegang! Aura marah abangnya itu dirasai Umar. Waaah. Tak pernah abangnya itu mengeluarkan aura macam tu, kali terakhir sejak dia kantoi merokok dahulu.

You said too much. Sejak bila kau reti keluarkan kata-kata underrated begitu? Kau tak patut hina dia macam tu bila kau sedar kau masih belum pulih sepenuhnya. Memori kau belum pulih sepenuhnya.”

“Mar dah boleh ingat!” Dia membantah. “Pal, Mun, Kak Maya, everyone. Tapi kenapa tak pula muncul kenangan bersama minah bernama Aqi itu. Tentu peranannya tak penting dalam hidup Mar!”

“Sangat penting!!” Marah Farid, menarik kolar baju sakit adiknya. Terperanjat lagi lelaki bermata hazel itu. Nafas Farid panas menampar mukanya. “Sampai kau masuk hospital nak selamatkan dia, sanggup bertahan dengan perangai kasar dia, nak keluar dari vila sebab nak hidup berdua ngan dia, tolak tawaran syarikat sebab taknak tinggalkan dia walaupun seminggu. You love her like hell, damnit!”

Senyap seketika. Umar hilang kata-kata manakala Farid menelan liur. “Dan kau sebenarnya masih tak ingat apa-apa kecuali semua benda yang dah diberitahu! You haven’t remember a single thing on your own…” Retak sedikit nada di hujung kata. Mata Umar direnung dengan riak berkerut. Serius, tetapi sedih. “Jangan bercakap macam kau tau semua benda…”

Mereka berpandangan. Farid menghempas nafas dan melepaskan kolar Umar. Dibetulkan sendiri kolar baju sakit adiknya itu. Umar merenung si abang. Kata-kata Mimi terngiang-ngiang di telinga.

“Abang nampak macam sangat sayangkan dia…”

“Memang abang sayangkan dia,” suaranya merendah. “Adik yang Danny tinggalkan untuk kita jaga, adik angkat kita. Anak angkat yang pa sangat sayang sampai bagi sedikit harta untuk dia. Anak angkat ma yang selamatkan ma dari dibunuh Vicky sampai dia sendiri setengah mati…” Terkedu Umar, nganga. Farid menjeling. “The family owe her big time,Mar. Not to mention when she brings you back from dead dengan kes baru-baru ni.” Farid berdiri, merenung wajah blur itu. “Kalau bukan sebab dia lepaskan diri sendiri dari diculik dan patah balik ke rumah kerana kau… and eversince then you show impressive improvement sampai sekarang. Kau fikir la betapa keluarga kita berhutang dengan dia.”

Umar terdiam. “Thatsounds ridiculous.”

Farid mengeluh berat. “Kau buat la apa-apa yang kau nak ngan Mimi. Abang tak halang. Asalkan kau tau apa yang kau buat, tapi…” Umar dijeling tajam. Adik lelakinya itu pula tidak berkata apa. Farid dipandang kemudian. Muka itu serius… sangat! Pandangan Farid mencerun, “Abang takkan biarkan kau bermain dengan perasaan Aqi. Get me?” Dan dia melangkah. “Assalamualaikum.”

Kaku.


“BOHAHA… suddenly I have the feeling long time no see.” Umar tersengih memandang sekeliling bilik itu. Tubuh lalu dihempas atas katil. Emm… lembut. Nyaman. Berat rasa matanya lalu. Umar bangun duduk sambil memeluk bantal. Tapi seingatnya biliknya bukannya berwarna biru langit macam ni.

Umar ke meja kerjanya. Fail-fail dicapai dan dibuka selak. Semuanya akaun. Debit kredit hapantah. Ekonomi… saham… pengurusan… pengiraan untung rugi… gosip-gosip dalam kalangan pesaing mereka, tarikh percutian artis-artis popular…. Berkerut dahi Umar menoleh ke pintu. Betul ke semua ni kerja akauntan, bang?

Umar melabuh punggung ke kerusi. Kertas-kertas kerjanya diselak-selak. Buku-buku yang Aqi berikannya di hospital hari itu membantu dia mengingat kembali apa yang perlu tentang kerjanya sebagai pengurus akaun. Lama-lama, Umar semakin tenggelam dalam fokus.

Aqi baru sampai ke vila dari Cameron Highland. Perginya dia ke sana kerana ditarik Batrisya untuk menemaninya dan menjaga Naufal sekali sementara ibu tunggal itu berfoya-foya dengan teman lamanya. Pandai sungguh mempergunakan orang. Aqi melepas nafas penat. Batrisya dan Naufal memuncul di pintu rumah dan memanggil mana-mana ahli keluarga yang ada, sementara dia terus naik ke bilik.

Pintu bilik dibuka, dan Umar yang bertuala dan baru nak memakai baju, terkejut melihatnya.

“Waaaaahhh!!” Umar terjerit. Aqi merenung selamba. Sedikit terperanjat melihat hadirnya lelaki itu di dalam bilik yang selama ini kosong, namun cepat pula rasa terkejutnya pulih. Dah keluar dari hospital rupanya?.

“Kau dah kenapa menjerit-jerit malam-malam buta begini. Dan kenapa dah lewat benar baru nak mandi?” Bagasi ditarik ke dalam sambil pintu ditutup. Umar memakai bajunya lekas.

“Kau la yang pelik. Tak malu ke tengok lelaki tak pakai baju?”

Its not like there nothing I haven’t seen… heh,” balas Aqi datar, berbaring ke katil. Umar terkedu. Naik segan dia.

“Kau… shameless woman.”

Berdesing telinganya. “Nownow…” Aqi bangkit. “Kau sepatutnya dah tahu yang kita ni suami isteri jadi kau sepatutnya dah boleh agak how intimate we are before. Kau nak kisahkan apa?” soalnya, bersila di atas katil sambil berpeluk tubuh. Pandai nak berlagak selamba sedangkan sebelum itu hampir setahun nak kumpul kekuatan, baru nak berani tengok Umar separuh bogel.

Umar mendesis geram. “Pasal tu…”

“Masih tak ingat yang aku ni isteri kau? I thought you know it already?”

Dia beralih ke meja solek. “Kenapa pula aku nak kena ingat tentang kau?” soalnya, membuat petah Aqi termati. Terperanjat dia mendengar jawapan selamba Umar. Kerusi di meja solek ditarik dan dia duduk di situ, mengadap Aqi di sana. “Aku dah fikir banyak-banyak, dan aku tak percaya yang aku pernah cintakan kau bak kata Bang Farid. Kau bukan jenis yang aku suka. Aku sure kau guna-gunakan aku… atau pakai minyak dagu.”

Aqi terdiam. Sedikit panas bila dituduh menggunakan produk kotor. Umar pula masih beriak selamba. “Walaupun kau isteri aku yang sah, kau takkan dapat halang aku dari berkahwin dengan Mimi. Jodoh aku dengan kau ialah sesuatu yang silap. Cuma ujian Allah. Aku pasti jodoh aku ialah dengan dia.”

Senyap. Lambat-lambat dia mengangguk.

Umar terkedu bila mendapat tindak balas selamba. Kenapa dia tak marah? Terasa bodoh pula kalau dia yang melampau-lampau berbahasa kasar tetapi tiada reaksi dari pihak sebelah. Nada mula merendah dan tidak setegas tadi. “Err… mungkin sebelum ni kita pernah berkahwin dan… hidup bahagia?” Angguk lagi. “Tapi bila aku masih tak dapat ingat kat kau, kau tak rasa kau tak penting sangat dalam hidup aku? Because, if love you, I should remember you on the spot kan?” Muka Aqi yang kaku terkedu direnung. “Tambah lagi… aku cintakan Mimi dan aku nak bersama dengan dia.” Datar. “Aku betul-betul… jatuh hati pada dia. So, kau, please. Don’t get in our way?”

Pandangan Aqi meredup, lalu menundukkan muka. Cukup berdesing telinganya mendengar permintaan Umar. Hati terluka? Sangat-sangat!! Aqi berkecil hati. Tambah-tambah lelaki itu tidak teragak-agak untuk meluahkan semua kata-kata itu…. Aku tak penting dalam hidup dia? Hanya sebab dia masih tak ingat aku sapa? Aqi cukup maklum dengan perasaan Umar terhadap Mimi, tetapi bila dah jadi begini… uuuh, menyirap sungguh darah mak aaaiih…. Penumbuk digenggam erat, dan bibir digigit kuat.

Aqi! Wake up! Jangan gelojoh!

Kepala diangkat. “Kau… nak ceraikan aku?”

“Hm? Aku memang fikir begitu, tapi tak dapat. For some reason.” Sebab Farid dan ahli keluarganya yang lain.

Aqi menghempas nafas. “Jadi… kau tidak?”

“Nampaknya macam tu la.”

Pandangan dua orang itu bertembung lagi sebelum Aqi tersenyum puas. Penumbuknya tadi terlerai. Umar terperanjat sedikit melihat senyuman Aqi. Lebar!

So, it’s okay.Tak kisah la kau ingat aku balik atau tidak. Masa masih awal. Lagipun, kita boleh buat memori baru kan? Asalkan kita bersama.” Kaki dibawa turun ke lantai. Dia bergerak ke tengah bilik, mencapai tuala.

Terkelip-kelip mamat itu dibuatnya. “Kau sangat positif.” Terluah di mulut. Aqi tersenyum nipis.

Because I love you. Sebab aku nak stay with you, sampai bila-bila… walaupun kau macam ni… walaupun kau nak dengan Mimi…” dan Umar dijeling. “As long as I’m stick with you, I’m satisfied enough.” Kata-kata Umar dulu dipinjam, dan nyata Umar terkebil mendengarnya. Aqi menghilang ke dalam bilik mandi.

Umar terdiam. Rambut basah digosoknya. Wanita itu nampaknya sukar sekali digoyahkan. Bini yang gutsy… eh?

` Haha. Biarlah. Asalkan dia tak mengganggu perancangannya buat masa ini.
Previous: chapter 49
Next: chapter 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.