Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 5

Umar menghembus nafas panjang, lalu menghempas tubuh ke atas katil. Wah, betapa nyaman dan selesa yang mencucuk setiap urat otot yang menegang itu mempesonakan mata untuk terpejam. Lalu, dia tertidur. Senyap sekali.

Aqi muncul dari bilik air, berkemban. Terperanjat dia bila perasan badan itu di atas katil. Awalnya dia balik? Aqi memanjangkan leher, memerhati. Dia tidur? Lalu kaki meneruskan langkah, memberanikan diri ke almari. Kalau dia bangun, aku potong jari aku sendiri.

Mujur Umar tak bangun. Aqi lega. Selamat jarinya. Tanpa menunggu, dia menapak keluar dari bilik. Layanlah diri anda dengan nyenyak yang dialami.

Umar tersedar dari tidur, lalu bangkit malas. Matanya menala ke sekeliling bilik. Kosong. Hm. Menggeliat dia kemudian, meregangkan setiap sendi otot sebelum tubuh dihempas, berbaring di atas tilam empuk itu. Malas betul rasanya hari ni. Bila dah berhenti kerja, hilang idea nak buat apa di rumah. Bermanja dengan Aqi la kut. Tapi masalahnya sekarang, bagaimana nak memberitahu si isteri bahawa dia sudah berhenti. Kerana dulu, wanita itu yang beriya-iya nak dia kerja.

“How’s your first day?” soal Aqi dengan sengih depan cermin sebaik saja Umar keluar dari bilik mandi siap dengan sleeveless dan seluar pendek paras lutut. Lagi sanggup dia ikut permintaan Aqi untuk tukar pakai pakaian dalam bilik mandi supaya wanita itu tak pindah tidur di bilik Zaki. Naya kalau kantoi dengan Daten Orched. Dan si pentingkan diri tu bukannya nak dengar. Umar mengelap rambut yang basah.

“Penat. Leceh. Pelanggan ramai. Penat,” luahnya duduk di sofa dan bersandar. Barisan gigi putih itu direnung. Happy benar rupa kau.

Aqi mengangguk sambil menjuling mata ke langit, cuba imagine. “Mesti la pelanggan ramai. Kedai makan.” Umar dipandang. “Kau takda buat masalah, kan?” soalnya tulus dari hati. Bila dah kenal Umar, memang maklum dengan sifat yang satu ini. Trouble-maker. Kalau dia tak cari masalah, masalah yang cari dia.

Tersentap Umar. Muka pakcik itu terbayang lagi. Tau-tau je Aqi ni. “Mana… sesedap mulut je cakap macam tu.” Kepala disandar atas sofa sambil matanya dipejam lembut. “Kau pulak macammana? Happy je.”

“Mestilah happy.” Sengih Aqi melebar sampai ke telinga. “Beban kerja baby sitting aku reduce to half bila sorang budak terencat tu dah blah. Hahaha.”

Perlahan kepala Umar menoleh, memandang tubuh langsing yang duduk itu tajam. “Ayat tu tak maksudkan aku kan?” Suara yang garau tenggelam ke anak tekak, bertanya. Aqi senyum saja, lalu membelakangkan Umar dan menyisir rambut panjangnya yang sampai ke dada itu. Menyanyi kecil. Buat tak tau.

Rupa dah ayu banyak. Gerak langkah dan bahasa tubuh dah lady-like. Tapi mulut tu masih mulut dia yang dolu-dolu. Heish. Dengan malas dia bangkit, bergerak ke bilik mandi. Apa aku nak buat ngan mulut dia tu….

Aqi masuk ke bilik. Umar dilihat sudah tiada di katil. Kemana dia? Bilik air? Ah, biarkan. Lalu katil didekati dan punggung dilabuh ke hujung katil. Kata-kata Daten Orched tadi terngiang di telinga.

“Aqi, tolong mintak kat Umar supaya berhenti bekerja. Walaupun Farid buat tak kisah tapi mak memang kurang senang dia bekerja kat gerai makan sana. Kalau nak bekerja sangat, kerusi kat pejabat tu tunggu je dia duduk kat situ.”

“Tapi mak, bang Farid yang tak suruh dia bekerja kat hotel dulu.”

“Sebab dia nak kamu berdua bersama dulu… merasa hidup suami isteri, tapi kalau dia dah gian sangat nak bekerja, baik kerja kat hotel tu je.”

“er…”

Hidup berdua sebagai suami isteri…?

Aah…. Otak aku fikir benda ‘tu’ je. Dasar akal pendek la ni. Aqi mengeluh. Lagipun memang Daten Orched nakkan dia dan Umar jadi suami isteri yang sebenar… yang dok mesra-mesra tu… yang Bang Farid ngan Kak Maya ‘buat’ dan lahirlah Munirah… dan Danny ngan Kak Bat ‘buat’ dan lahirlah Naufal…. Sesuatu yang halal dan nikmat kata mereka yang dah sah menikah dan dah ‘buat’.

“Ergh…” Tubuh dihentam atas katil. Meniarap. Nafas dideram ke dalam comforter, tenggelam di situ. Aqi menggeliat keras tanpa mengalihkan mukanya dari terbenam.

Tak semestinya orang yang dah nikah je yang dah buat ‘perbuatan’ tu, yang tak nikah pun ramai yang buat. Memang ramai bilangannya, dan gelaran bagi mereka ialah penzina. Baik yang berbayar seperti pelacur, atau yang percuma. Apapun, kedua-dua jenis penzina ialah jenis manusia yang dicemuh masyarakat, dan agama juga. Allah dah melarang keras tentang haramnya zina, hinggakan jatuh hukuman rejam sampai mati bagi penzina sedar dan dah kahwin.

Zina ada banyak jenis lagi, seperti zina mata, zina lisan dan zina hati. Zina mata itu seperti memandang ‘perbuatan’ itu atau menggoda dengan mata dan mengajak kepada perbuatan zina itu, manakala zina lisan ialah berkata-kata lucah dan meransang shahwat ke arah zina. Akhir sekali, zina hati ialah memikir dan berimaginasi ‘perbuatan’ itu dan menginginkan ‘perbuatan’ haram itu.

Perbuatan zina dah lama wujud… sampaikan dah jadi satu budaya dan diterima sebagai satu perkara normal… terutama di barat. Di timur pun sedang berleluasa sebenarnya, hinggakan mata pelajaran di sekolah memanggilnya sebagai masalah sosial. Bahkan, kerajaan terpaksa mengusahakan pelajaran sivik supaya budak-budak sekolah membina sivik yang betul dan belajar untuk bertamadun. Dan bukannya anak-anak muda tidak diberikan pendidikan agama, tetapi kegagalan menghayati agama dan belajar untuk berfikir dengan cara yang betul membuatkan yang salah akan tetap diluluskan dan dibenarkan. Tidak kira bagi yang sedang membesar ataupun yang hidup dalam dunia dewasa, kedua-duanya sama saja.

Huh. Idiotic. Bila perkara salah dijadikan budaya, maka semua orang buat tanpa rasa bersalah. Perkara yang betul pula menjadi minoriti dan akhirnya diklasifikasikan sebagai out-of-date dan budaya klasik. Konon nak cakap mereka berfikiran terbuka kerana mengikut trend semasa…. Atau sebenarnya berfikiran kosong kerana tak tahu nak berfikir secara betul mengikut landas agama yang dah ditetapkan. Nak salahkan remaja yang terjebak dengan gejala sosial, atau nak salahkan pihak berkuasa yang enggan jalankan hukuman yang sebenar-benar layak kepada yang buat salah, atau nak salahkan masyarakat yang memandang serong dan enggan berubah, atau nak salahkan individu yang enggan berfikir dengan cara yang betul.

Haha… jauh melencong berangan, Aqi? Ke laut! Kau taknak komen pasal tanggungjawab isteri kepada suami pulak?

Auch. Pedas.

Nafas dihempas berupa keluhan. Sekarang, macammana nak cakap kat Umar sedangkan dulu aku juga yang suruh dia bekerja kat luar. Duh. Tubuh dibaringkan. Mata ditutup dan tangan direhatkan atas mata. Kalau dia duduk diam-diam tolong jaga Mun ngan Pal, takpa jugak. Ni siap mintak susu mintak bubur mintak kena dodoi mintak kena cium pipi…. Ingat dia berumur tiga tahun nak lawan Pal?! Geram betul!

Bunyi pintu terkuak membuat Aqi menoleh ke pintu bilik. Aik? Takda orang pun…

“Uuh?!” Umar terkejut, melihat Aqi bangun duduk di katil. Spontan tangan menutup dada yang tak berbaju. Aqi menoleh, terpandang lelaki itu yang cuma bertuala di depan pintu bilik mandi. Terhenti nafasnya.

“Gaaaaahhh!!” Aqi menjerit terkejut.

“Waaahh!!” Umar terjerit sama, terkejut dengan jeritan terkejut Aqi.

Gadis itu lekas mengalih muka ke dinding dengan tangannya menutup mukanya. Malu! Umar turut sama malu, lekas bergerak ke almari. Jantung masing-masing berdegup pantas. Nafas Aqi turun naik pantas. Imaginasi seks tadi masuk balik dalam kepala, lantas wajahnya merah tak bertapis. Sangat! Lelaki itu mencapai baju kemejanya lalu disarung pantas.

“Apa kau buat kat sini?!” soalnya melaung.

“Bilik aku, aku masuk la!” jerit Aqi balik. Bibirnya digigit kuat, terlampau malu. “Ya… yang kau bogel, pesal?!”

“Mana ada aku bogel!!” Sentap sungguh!. Boxer pula dicapai pantas. Bila Aqi nak bergerak lekas dia menjerit. “Jangan toleh! Aku nak pakai seluar!”

“Eeiii!!” Bentaknya, lalu Aqi tegak di situ, dengan tangan masih menekup muka. Umar dah selesai berpakaian, siap dengan jeans dan tuala diletak atas kepala gaya bertudung.

“Kay. Kau dah boleh tengok.”

Nafas Aqi turun naik deras, lalu perlahan-lahan tangannya diturunkan dan muka ditoleh teragak-agak dengan mata yang masih tertutup. Umar nak ketawa juga tengok aksi gadis itu walaupun malu masih terasa mengusai. Terus terang, dia tak pernah berada dalam situasi ini. Kalau berimaginasi, lain ceritalah.

“Kau betul dah pakai baju?” Aqi bertanya lagi.

“A’ah. Jangan nak buat janggal pulak,” pintanya dengan nada biasa. Aqi menggigit bibir lagi. Umar menghempas nafas, lalu tuala ditanggalkan dari kepala. Digumpal keras dan dibaling ke muka Aqi kuat. Terkejut gadis itu menerima tuala itu dimukanya. Direct hit. Hampir terjatuh ke belakang namun sempat stabil. Umar di hadapan dengan jersi MUnya dipandang dengan mata bulat.

“Kau dah kenapa?!!”

“Nak sedarkan kau.”

“Jangan la baling!” Geram dia membaling tuala kuning itu ke sofa. Tersedar dia yang tuala itu dibalut di pinggang Umar tadi, lalu muka memerah tak bertapis. Panas! Mukanya lalu muka digosok deras. Umar yang memandang, mengerut dahi. “And what’s with you? Kenapa suka sangat baling barang kat aku? Lebam sebab buku dulu tak hilang lagi, tau.” Spontan belakang pinggang disentuh. “Keganasan rumah tangga namanya ni. Kalau aku claim fasakh kat mahkamah syariah, boleh aje diluluskan…” Aqi melangkah, nak pergi.

“Hahaha. Berkira la kau ni.” Umar memegang pergelangan tangan Aqi, menahan langkah si isteri dari pergi dari situ. “Betul ke masih sakit?”

“Kau nak rasa?” Penumbuk ditunjuk. Umar tersengih. Aqi terkaku bila belakang pinggang diraba si suami itu. Selamba! Meloncat Aqi dibuatnya dengan muka pucat. Umar merenung dengan dahi berkerut.

“Kau dah kenapa melompat-lompat?”

“Kau la yang kenapa?! Raba aku apesal?!”

“Raba? Oh. Kalau kau nak anggap macam tu pun, bukannya haram kan…”

Naik sentap Aqi dibuatnya. Dada Umar ditampar kuat bagi melepaskan geram. Nafas dilepaskan sekali, deras berupa dengusan. Baru sahaja kaki nak melangkah pergi, tangannya dicapai lelaki itu lagi. Aqi menjeling tajam, manakala si suami menentang pandangannya dengan renungan redup memujuk.

“Kenapa suka sangat marah-marah ni…” Lembut bertanya. “Kalau tak marah sehari, tak sah…”

“Tanya diri sendiri la…” Tangan cuba ditarik namun Umar tidak melepaskan.

“Aku tak buat salah. Aku just nak tengok luka kau yang aku buat tu…” Merapat lagi dengan niat yang satu itu, namun Aqi terus menerus menolak tanpa gagal. Malu… dia malu bila belakang yang tak pernah disentuh sesiapa nak disentuh lelaki di hadapannya ini….

Noits okay… tak sakit sangat pun…” Dada Umar ditolak kuat, membuat lelaki itu terundur. Aqi turut berundur supaya jarak diantara mereka bertambah. “Tak elok sentuh isteri kalau dia tak izinkan tahu…”

Jatuh rahang Umar mendengarnya. “Kau ni penganut syiah ke apa nak beri aku hukum mengarut ajaran sesat macam tu.”

Giliran Aqi yang jatuh rahang. “Mak aih. Ajaran sesat? Syiah? Aku beri hukum common sense la…”

Common sense pun, kalau salah dari segi agama akan tetap salah walaupun satu dunia pakai… Mana pernah dengar suami nak kena minta izin kalau nak raba belakang isteri.”

Berkerut sedikit dahi Aqi. “Aku tau la lelaki memang ada kuasa kat bini dia, tapi benda yang elok ke baling benda keras kat bini sampai dia lebam-lebam?” Cuba nak perangkap. Dia berpeluk tubuh.

“Dan bila si suami sedar salah dia, benda yang salah ke nak tengok balik lebam yang nampak macam serius tu?” Balas dengan perangkap yang sama. Aqi memicing.

“Malas la nak cakap dengan kau!” Kalah. Kepala dipaling dan dia nak pergi lagi. Umar tergelak perlahan.

“Aqi sayang…” Tangan itu dicapai lagi. Wanita itu terbejat sebentar, dan terus kaku bila Umar mendekat. “Aku betul-betul serius pasal luka kau ni… and I’m really sorry…”

Tell that to yourself…”

“Apa maksud kau?” Keliru pula dia.

Aqi terkelip-kelip dengan kepala menunduk. Sungguh, dia sangat malu sekarang, dan dia sendiri keliru dengan apa yang lidahnya tuturkan. Tiada asas. Yang dia tahu, dia tak selesa dengan jiwang-jiwang moment di antara mereka sekarang! Nak lari….

Umar menipiskan bibir merenung rambut hitam di hadapannya. Tiba-tiba terasa suatu perasaan yang dia kurang pasti apa dia. Aqi direnung. Lama. Pergelangan tangan kecil yang masih dalam genggaman masih enggan dilepaskan walau Aqi puas nak menepis. Dia taknak lepaskan….

Namun terlepas jua bila Aqi menarik sekuat hatinya. Riak wajah juga beriak nak melawan. Riak keras. Hati Umar berdetik lalu.

Huh… berapa kali nak ingatkan kat diri sendiri. Dia bini aku. Tanggungjawab aku…. Walaupun dia Aqi, perempuan yang ada prinsip dan ideal sendiri, yang sentiasa nak melawan dan membangkang, yang degil dan keras kepala…. Dosa dia milik aku kalau tak didik dia….

Tangan Aqi lalu dicapai lagi dan digenggam erat. Terperanjat si isteri itu, menoleh, menentang mata hazel di hadapannya. Umar pasang muka tegas.

“Kau bini aku.”

Wellyeahliterally…”

“Syurga kau bawah tapak kaki aku, dan haram bagi isteri yang nusyuz umtuk hidu bau syurga. Kau tau nusyuz tu apa?”

Senyap. Taknak menjawab.

“Derhaka. Macam kau.”

Tersentap. Wajah tertunduk bersama keluhan nafas. “Iya…”

Berpandangan.

“Jadi jangan melawan bila aku cakap aku nak tengok lebam kau,” ujarnya dengan nada serius. Aqi terkedu, lalu terpaksa menurut. Tubuh dipusing membelakangkan Umar dan T-shirt yang dipakainya diselak tinggi, mendedahkan kulit belakang pada pandangan si lelaki buat pertama kali. Aqi menggigit bibirnya kuat.

Senyap.

“Ma-Mar…?”

Masih senyap. Bila terasa sentuhan jejaka itu pada kulit daranya, Aqi refleks tegak. Terasa elektrik merenjat seluruh tubuhnya hingga ke ibu jari kaki. Lutut mula terasa menggeletar.

I’m sorry Aqi! Masih sakit ke?”

Bibir digigit. “Penat angkat baju gini lama-lama…”

“Ooh. Lepaskan la tangan kau. Tapi seriously…” Lelaki itu pula yang menahan T-shirt merah Polo itu dari turun menutup tubuh kurus Aqi. “What have I done to this beautiful body of mine…” Suaranya penuh sesal. Bahagian yang biru lebam disentuh lagi, penuh lembut.

“Apa pulak yours? Mine la.”

Yours is mine…”

Aqi mengerut dahi, menjeling ke belakang. Geli perlahan-lahan hilang bila perasan nada penyesalan itu. “Teruk sangat ke?” soalnya cuba menoleh ke belakang.

I wouldn’t know… kau pula masih sakit?”

It’s really hard to stretch my back for sure.

I wonder kalau cool pack boleh tolong relieve-kan…”

Bibir tersenyum nipis. “I’ve did that. But its okay now. Takdelah teruk sangat sakitnya sekarang berbanding mula-mula dulu.”

Umar tersentap. Nafas dihembus perlahan, panjang sekali. “I’m really sorry my dearI’m really really sorry…” Betul-betul menyesal, dan untuk memberi alasan atas tindakannya, dia tidak mampu kerana dia sendiri tidak pasti dengan sebab kenapa dia baling Aqi dengan buku keras tersebut. Dia tiada alasan!

Don’t be. Aku terasa jugak, tapi I guess that is what makes you the mamat yang selalu carik gaduh ngan aku masa zaman sekolah dulu kan.” Tergelak kecil. Umar meleret bibirnya nipis. Aqi menjeling lagi ke belakang. “Now would you pleaselet me go…” T-shirt yang dah naik tinggi mendedahkan perut cuba diturunkan.

“Belum lagi.” Umar menahan. “Bagitau aku cerita parut-parut ni pulak.”

“Parut?” Aqi menoleh ke belakang, menentang pandangan mata hazel itu.

“Yea. This oneand this oneand this one….”

Aqi mengerut kening, cuba memikir. “Parut… I got parut on the back eh.” Leher cuba dipanjangkan pula ke belakang namun masakan dia mampu. “Aku tak ingat the rest tapi the one kat sini… I got it sebelum masuk sekolah kau.” Tangan menyentuh bahu kirinya.

Umar mengerut dahi, seraya menarik Aqi supaya berdepan dengannya. Terperanjat wanita itu, dan terjerit dia bila Umar cuba nak menanggalkan bajunya pula! Tangan lelaki itu ditepis kuat sebelum kakinya meloncat ke belakang. “What are you doing! What are you- what are you doing! What are you doing!!” Nyaring terjerit. Terundur-undur dia dengan muka panas berbahang. Baju juga kelam-kabut diturunkan supaya menutup perut.

Umar terkelip. “Ler… aku nak tengok…”

“Diam! Takyah cakap!!”

Kata-katanya tertelan. Aqi turun naik nafas di sana, deras sekali hingga kedengaran di lubang telinganya. Umar melepas nafas.

“Aqi…” Kaki menapak setapak.

“Jangan dekat!!” Menjerit lagi. Umar menahan langkahnya, merenung si gadis yang kelihatan huru hara mentalnya. Taufan! Nyata gagal nak berfikir waras. Seminit dua, gadis itu lekas melarikan diri ke tandas. Pintu tandas ditutup kasar, berdetum bunyinya. Umar yang ditinggalkan sekadar memandang.

Previous: chapter 4
Next: chapter 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.