Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 1

Rhapsody in Blue – Gershwin beralun lembut, memenuhi ruang bilik bercat biru. Suasana di bilik tidur itu cukup tenang. Angin bertiup perlahan dari tingkap, membuatkan langsir biru gelap semi-lutsinar itu bergerak-gerak ke dalam bilik. Terdapat satu meja kosong di sebelah dua buah almari pakaian, manakala satu lagi meja solek diletakkan berhadapan dengan katil bersaiz Queen. Bilik yang agak luas itu turut memuatkan bilik air dan tandas sendiri. Terdapat permaidani berbulu biru dan putih di tengah bilik, dan karpet biru bercorak petak-petak di lantai. Pemilik bilik ini nyata peminat biru.

Rhapsody in Blue berganti dengan alunan muzik klasikal Beethoven, Moonlight Sonata. Lembut sekali alunan muzik klasik itu membelai manja si pendengar yang sedang tidur di katil. Lagi ada seminit sebelum jam digital pada Samsung Pocket menunjukkan tepat pukul 3 petang.

Hollaback Girl – Gwen Stefani memekak kuat, menenggelamkan sepenuhnya muzik lembut klasik itu dengan dentuman dram, petikan gitar dan sokongan gitar bass serta suara vokalis itu sendiri. Kelopak mata Aqi terbuka. Tertutup lagi, sebelum terbuka perlahan. Tangan dipanjangkan ke tepi bantal, mencapai smartphone putih bersaiz telapak tangan itu. Alarm dimatikan. Matanya kuyu sekali melihat jam.

“Belum Zohor lagi aku…”

Badan yang kecil ditarik bangun. Rambut panjang menggerbangnya masai sekali di atas kepala, lalu disikat dengan jari. Getah rambut di pergelangan tangan mengikat sanggul rambutnya supaya dirasakan kemas dan dia merasa selesa. Kaki diheret ke laptop yang masih memainkan muzik lembut di atas meja kayu bersalut PVC cyan. Dimatikan. Aqi bergerak ke tandas.

Usai solat Zohor, dia keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Penat perjalanan dari Frankfurt, German - Melaka, Malaysia tengah hari tadi sudah hampir menghilang berganti tenaga. Aqi menebar pandang ke seluruh ruang tamu. Kosong tidak berorang. Semasa dia sampai tengah hari tadi, sekurang-kurangnya Daten Orched itu masih ada untuk menyambutnya pulang. Ahli keluarga yang lain masih tengah bekerja barangkali.

Banglo tiga tingkat yang diberi nama Villa Orked itu direnung isinya. Pada setiap gambar abstrak di dinding, jam dinding, sofa-sofa mewah yang dia pasti bukannya dibeli dari Mydin ataupun Aeon, dan apa-apa sahaja. Hampir semuanya sudah berubah jika dibandingkan dengan bayangan di kepala bila kediaman ini ditinggalkan 2 tahun lalu. Dinding rumah yang dulunya bercat biru juga sudah bertukar kepada ungu cair. Candelier yang tergantung di siling tu je yang masih sama bentuk dan saiz.

Aqi melalui ruang tamu utama. Gambar-gambar berbingkai yang tergantung dengan corak leprecaun pada satu ruang dinding menarik perhatiannya. Kali terakhir dia berada dalam banglo ungu ini dahulu, ruang gambar-gambar berbingkai ini tiada pun.

Aqi menala pandang pada setiap satu gambar dengan senyum. Tangan disatukan di belakang punggung. Setiap wajah di situ dikenalinya. Arwah Dato’ Ismail dan isterinya, Daten Orched. Farid si anak lelaki sulung kelihatan ceria sambil memberi headlock pada adik lelakinya yang memegang watak anak ketiga keluarga ini. Dia si lelaki yang bernama Umar Darius. Mata bulat dengan anak mata hazel itu cukup nampak pada gambar kaku. Karakter mata lelaki ini walaubagaimanapun tiada pada ahli keluarga yang lain, baik pada Batrisya iaitu satu-satunya anak perempuan pasangan berpangkat tinggi itu. Aqi mengenali Batrisya sebagai seorang wanita yang sangat tegas. Kelihatan gambar wanita itu dimana pada zaman mudanya memakai baju melayu cekak musang bersama songkok, berdiri tegak di antara si abang dan si adik lelaki. Dah macam the three brothers pun ada jugak. Aqi tergelak sendiri.

Perasan seorang wanita beriak lembut di sisi Farid dalam gambar berhari raya keluarga ini. Maya, isteri Farid. Aqi kurang mengenali wanita itu, kerana bila dia keluar dari vila ini, Farid masih dalam proses awal pernikahan. Seorang lagi ahli keluarga vila Orked ini ialah Zaki, si anak angkat. Dua budak kecil ada sama bersama budak yang dah masuk sekolah rendah itu. Munirah, anak Farid dengan isterinya, manakala budak lelaki itu bernama Naufal, anak Batrisya dengan arwah suaminya, Danny.

Danny Abdullah. Dialah punca Aqi menginap di vila Orked, kerana abang angkatnya itu menikah dengan pihak perempuan keluarga ini. Seterusnya, cerita hidup Aqi bertembung dengan ahli keluarga kaya yang sangat bersederhana dan baik ini. Sekurang-kurangnya, itulah pendapat yang Aqi miliki mengenai mereka.

Tetapi Danny sudah meninggal. Dan sesi pengenalan ini habis di sini.


UMAR keluar dari teksi. Kediaman yang dirindui sepanjang tempoh di belajar di luar negara di hadapan, direnung dengan rasa penat tapi puas. Bagasinya ditarik masuk ke dalam vila. Sempat menjeling ke kolam ikan dan tersenyum nipis. Hati menyebut nama sekeping itu sebelum masuk dalam rumah.

“Assalamualaikum…”

Tiada jawapan. Mana insan-insan kesayanganku? Umar meletakkan bagasinya atas sofa. Kerja la kut. Bang Farid ada cakap Kak Bat nak kerja, nak isi bosan katanya. Hm… Umar tumpang kasihan. Semasa kematian Danny, dia masih di Korea. Tidak balik, tidak ikut sembahyang jenazah tapi dia buat sembahyang ghaib, dan dimaklumkan bahawasanya adik perempuan Danny yang seorang itu membawa diri ke German demi merawat sedih di hati. Langsung si gadis itu tidak melayan sebarang surat, emel atau panggilan telefon. Terputus tanpa berita. Takpa…. Umar cuma mampu bersabar.

Cermin mata ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Dia duduk di sofa sambil mengurut-ngurut pangkal hidung yang terasa penat. Baru nak berehat selepas flightdari Seoul. Sempat tidur di dalam teksi sepanjang perjalanan ke sini. Konon nak bagi surprise kat orang rumah. Tengok-tengok… sorang pun takdak!

Umar terhidu bau wangi makanan yang sedang dimasak. Perutnya berkeroncong terus. Ah, patutlah takda, di dapur rupanya. Tersengih gembira dia bila sekurang-kurangnya ada ahli keluarga yang boleh dibawa berbual buat masa ini. Umar meloncat, membiarkan speknya di atas meja, lalu masuk ke dapur.

“Assalamualaikum, orang rumah~” sengihnya sambil menapak masuk. Terhenti pergerakan Aqi mendengar itu. Garau dan nada suara yang dalam memberitahu suara itu pemiliknya lelaki. Siapa? Takkan Bang Farid? Office hour tak habis lagi. Zaki? Budak tu belum sunat pun lagi…. Danny? Ayah? Boleh jadi roh mereka masuk rumah.

Imaginasi gila.

Habis tu takkan Umar? Study dia tak habis lagi. Jadi mungkinlah kut Bang Farid….

“Akak buat apa? Sedap bau dia.” Kepala Umar menjengul dari belakang bahu. Aqi terloncat terkejut. Mendecit dia, segera menjauh. Umar menoleh dengan dahi berkerut. “Relaks la. Mar la ni, baru balik dengan teksi tadi,” sengihnya.

Aqi menutup mulut. Dia tak cam aku?

Lelaki tu menoleh-noleh, mencari sesuatu, tapi rabun mata yang teruk membuatkan semuanya kabur. Aahh… dia mengeluh, lalu berkalih, nak ambil cermin mata di ruang tamu.

Aqi mendehem, cuba melapangkan anak tekak yang terasa sesak tiba-tiba. Umar menoleh spontan, membuat gadis itu turut spontan menoleh ke lain. Umar memicing mata. Cuba menajamkan pandangan yang kabur.

Wait seminit… you bukan Kak Maya. Kak Maya sepatutnya bertudung.”

Aqi menjeling.

“Kak Bat pun pasti bukan. Kalau tak dia dah bagi pelukan dah.” Dia berfikir. “Orang gaji baru?”

Orang gaji?! Aqi terkejut. Umar pula terus memandangnya, membuatkan dia lekas mengangguk.

Lelaki bermata hazel itu mengerut dahi. “Betul orang gaji?”

“Na… nampaknya macam tu lah…” Tenggelam suaranya di anak tekak.

Dahi berkerut sedikit. Terasa ganjil namun, dibiarkan. “Nanti hantar kat saya kat luar… your cooking,” arahnya, dan keluar. Aqi memandang saja, lalu mencemik. Dia kembali mengadap periuk.

“Nanti hantar kat saya kat luar,” ajuknya dengan mulut senget terserot berot dan kepala ke kiri ke kanan. Menyampah. “Baru jumpa dah berlagak bos sangat,” Mata dijuling ke langit.

By the way orang gaji…” Suara garau itu kedengaran lagi di lubang telinga. Terkejut Aqi! Deras kepalanya menoleh ke belakang, cuma untuk melihat anak mata coklat cair itu sedang merenungnya tajam dari muka pintu dapur dengan kening terangkat sebelah, “Sapa nama kamu?”

Aqi gigit bibir. “Aaq… Ash.” Mulut ditutup terus bersama sengih busuk.

“Ash?”

Kepala diangguk deras berkali-kali. “People call me Abu too.

I see. Proceed with your cooking, Abu,” ujarnya dan keluar. Aqi menjengul kepala ke ruang tamu, memastikan line betul-betul clear. Umar dilihatnya duduk bersandar sambil merentang NST di depan mata. Cermin mata dah naik balik atas hidung. Gadis itu mencemik lagi.

“Kutuk orang kerja study je, dia sendiri pun sama… sampai rabun teruk! Heh!” Aqi kembali memasak di dapur.

Siap. Hantar pada Daten Orched di biliknya dan pada Umar di ruang tamu. Lelaki itu masih tak perasankan dia kerana muka ditutup dengan NST. Aqi bersyukur untuk itu. Dia mendapatkan Munirah di buaiannya. Tersenyum Aqi bila bayi itu dah sedar dan sedang mengulum ibu jari. Ibu jari kecil itu dikeluarkan lalu dia terus mendodoikan.

“Habuk. Sini jap.”

Aqi menoleh. Tak pandai bagi salam ke?! And who’s the heck, Habuk!! Aqi tak beralih dari tempatnya, kekal duduk membelakangkan Umar. Lelaki itu memandang rambut panjang itu.

“Saya nak bubur lagi.”

“Ambil la sendiri.” Aqi menjawab dengan suara garau. Munirah terus didodoikan lagi. Umar mengangkat kening.

Naik kepala, kau ek Habuk? Takpa…. Dia sendiri bergerak ke dapur dan menyenduk bubur. Sedap pula rasanya.

Naufal tiba-tiba menangis. Aqi menoleh. Munirah diturunkan dan Naufal didapatkan. Didukungnya dan dipujuk supaya berhenti menangis. Umar yang kembali muncul di ruang tamu memandang kosong. Enggan menolong. Dia kembali duduk.

“Berapa umur kau Habuk?” soalnya berbasa basi. Aqi menjeling.

“28.”

Terkejut beruk dia. Umar menoleh bersama sengih. “Tua jugak… dah kahwin?”

“Ya. Tiga anak.”

“Oh? What should I call you? Cik puan? Puan? Atau makcik?”

“Puan.”

“Puan Habuk. Hahah. Sounds funny.” Angguk. “Sapa ambik kerja kat sini?”

“Kak Bat.”

“Aah.” Angguk lagi. “Masakan pun sedap.”

Aqi pula terkejut, menoleh. “Betul sedap?!” Tersenyum lebar.

Umar tak berkalih. “Boleh tahan la. Aku memang lapar ni, jadi tawar mana pun bubur ni, bolehlah dikira sedap.”

Tangan Naufal digenggam bawah sedar. Menangis budak itu kesakitan. Aqi terkejut lalu segera memujuk. Maaf sayang

Masa berlalu. Aqi menoleh ke sofa. Si lelaki itu tak berbunyi lagi dah. Tadi dok bersiul, menyanyi-nyanyi, berbual dalam phonesampai keluar bahasa Koreanya. Menyampah! Sekarang aman damai macam dunia mencapai kata sepakat berhenti berperang. Kemudian bunyi lain pula kedengaran. Dengkuran. Nafas Aqi terluah, lalu mengukir senyum.

Sofa didekati. Sah Umar tertidur. Cermin mata yang masih melekat di wajah kacak itu ditarik perlahan. Lelaki itu terbangun sebentar. Aqi kaget! Mata kuyu itu terkelip-kelip, mengenal pasti figura di hadapannya si orang gaji dan dia tidur kembali. Aqi mengeluh lega. Cermin mata bingkai hitam itu diletakkan ke atas meja dan bagasi Umar dibawa naik ke bilik.


“UMAR Darius…” Batrisya membangunkan adiknya itu. Umar terbangun, melihat kakaknya. Batrisya tersenyum saja. “Dah petang dah ni. Naik, cuci muka. Makan sama.”

“Yaa….” Cermin mata di atas meja dicapai dan dia naik ke bilik. Cuci muka, solat Asar, lalu kembali turun. Terserempak pula dengan Farid yang kebetulan baru sampai ke rumah dari kerjanya. Masing-masing terkejut.

“Bang Farid!” Tersengih dia mendapatkan tangan abangnya itu lalu dicium. Farid tersengih sokmo.

“Akhirnya... akauntanku.”

“Aluminium betul abang ni. Mar baru balik dia dah akauntan-akauntan.”

Well, itu la ayat pa bila aku mula muncul depan mata dia dulu.” Ketawa. Bahu Umar dipeluk. Sasa dan tegap. Si abang itu meleret sengih. “Dah besar kau ek?”

“Apa ayat stok skema SPM ni.” BriefcaseFarid dibiarkan atas sofa dan kedua-duanya bergerak ke meja makan. Lapar. “By the way, naper bilik Mar penuh dengan buku budak UPSR?”

“Sebab bilik kau dah jadi bilik Zaki,” balas si abang sambil menanggalkan blazer di tubuh. Briefcase dan blazernya itu diletakkan di atas sofa. Umar mencekak pinggang.

Abeh malam ni Mar tidur dengan Zaki la?”

Farid tersenyum bersahaja. Dia menapak ke dapur sambil melipat lengan kemeja ke siku. “Abang dah balik.” Maya menegur dengan senyum. Munirah didekatkan pada papanya, lalu Farid mencium anaknya.

“Mun tak nakal hari ni kan? Tak susahkan orang rumah kan?” soalnya bermanja dengan anak. Munirah terkekeh. Maya tersenyum saja lalu menolong Batrisya menyusun makanan atas meja. Umar yang bersandar di kerusi, merenung hairan.

“Mana orang gaji tu? Kenapa dia tak tolong? Besar kepala betul…?” soalnya sedikit marah.

“Orang gaji?” Farid menoleh, masih tidak melepaskan Munirah dari rangkulan. Umar mengangguk.

“Kak Bat yang hired katanya.”

“Ha?” Menoleh wanita itu bila nama disebut. Kemudian muncul pula Zaki dan Naufal dari arah ruang tamu ke meja makan.

“Uik. Wajah yang pernah ku kenali sudah memuncul di depan mata?” tegur Zaki si budak 9 tahun, tersengih. Umar turut tersengih.

“Naper pintar sangat salam perkenalan kau tu.” Dia menghulur tangan dan Zaki menyambut ke mulut. Umar memegang tangan Naufal dan budak itu mengulang perbuatan Zaki. Tersenyum jejaka dewasa itu, menggosok kepala keduanya.

“Apa maksud kamu orang gaji, Mar?” soal Batrisya, mengungkit persoalan yang masih tidak berjawab. Si adik lelaki menoleh.

“Si Debu tu la.”

“Debu?” Makin keliru.

“Ah, bukan. Apa nama dia… yang seangkatan dengannnya. Sapa? Habuk? Bukan… Abu…. Bukan… ada yang lebih fancy…” Berkerut dahinya memikir. Farid menoleh memandang sambil menghulur Munirah pada Maya.

“Kau nak apa ni Mar? Dust? Ash? Trash?” tekanya secara rambang, menterjemahkan angkatan habuk, debu dan abu itu dalam bahasa inggeris. “Dirt?” Masih mencuba.

Umar menumbuk tangannya sekali. “Itulah dia! Ash!”

Batrisya berpandangan dengan Maya. Hairan. Budak-budak di meja makan itu berpandangan, namun melayan diri sendiri dengan makanan ringan yang dah tersedia. Farid merenung adiknya itu toya.

“Ash,” ulang Farid.

Angguk. “Yelah. Akak puan tu. Umur dia 28, dah kahwin anak tiga.” Mata dijuling ke langit, cuba mengingat lalu menoleh pada Batrisya. “Baik akak pecat je dia. Besar kepala betul. Ada ke lawan cakap tuan dia… ni.” Dada ditepuk. “Tak turun masak dinner pulak tu.”

Tergelak Batrisya dibuatnya. “Ikut sedap kau je cakap, Mar. Mana ada akak hired orang gaji.”

Mata Umar membulat. “Dia tipu Mar la tu! Jahatnya?! Abih tu, mama yang hired?”

“Bukan…” Farid menggaru telinga. “Tapi abang. Lantik secara tak rasmi.” Umar mengangguk. Farid menoleh merenungnya. “Mana jumpa dia?”

“Petang tadi. Masak bubur.”

“Tengok muka dia?”

“Tengok la…” Sudu dan garfu dimain-mainkan di tangan.

Diam kejap. “Macammmana? Cantik?”

Berkerut dahi Umar. “Ntah. Buruk kut.” Mata Farid yang mencerlang bulat membuat dia tersengih. “I’m not sure. Tak perhati sangat… not worth my attention kan…” Terangkat kening si abang tiri dengan muka seriusnya, membuat Umar tergelak perlahan. “It’s blurred. Kabur. I look at her without my specs on. Tang tu pun nak serius-serius ngan kita….” Tubuh disandarkan ke kerusi dengan kepala digeleng perlahan.

“Patutlah. Kalau tak, tak mungkin orang gaji baru kita tu tak capture your attention…” Nafas terluah toya. Yang lain menumpang dengar tanpa enggan menyibuk atau mungkin masih keliru dengan terma orang gaji yang diberitahu. Umar pula masih tak dapat tangkap maksud kata-kata abangnya. Farid menjeling sekilas. “Ash, a.k.a Asyikin.” Sepatah-sepatah ditutur sambil matanya tenang merenung Umar yang masih terkelip-kelip. “Asyikin Ramzi, alias Aqila Abdullah.” Baru muka kacak itu berubah seratus peratus.

“Ash… tu Aqi?”

“Oh, aha!” Batrisya menepuk tangannya sekali, teringat. “Aqi balik dari German hari ni untuk tinggal dengan kita lepas ni. Bertuah betul budak tu tak datang jumpa kita dulu.” Pinggang dicekak.

Umar kekal terkedu dengan rahang terjatuh, lalu dia tergesa-gesa berlari, naik ke tingkat atas. Insan-insan di meja makan itu menghantarnya pergi dengan pandangan mata.

Not worth my attention… hahaha.” Farid menggeleng. “Idiot.” Maya dipandang. “By the way, mana mama?”

“Mama masih kat bilik. Kejap lagi dia sampai.” Maya menyahut. Batrisya dipandang kemudian. “Bat… siapa Aq-ki?” soalnya perlahan. Keliru. Pelik sungguh nama itu.

Batrisya terkelip, lalu tersengih. “Tak ingat? Kau pernah jumpa dia dahulu. Dia ada datang masa majlis kahwin kau ngan abang.” Batrisya mendekat ke dapur masak dan Maya mengiringi. “Aqi… isteri Umar.”

Maya ternganga. “Aqi tu perempuan? Erk… maksud Maya, Aqi tu nama perempuan??”

“Hahaha. Aku faham reaksi kau tu. Perangai dia pun kalau diikutkan takde la perempuan sangat macam nama dia.” Kuah kari ayam dikacau dengan senduk. “Dia anak angkat keluarga kami, dan adik kepada arwah suami aku… sebelum digandingkan dengan adik lelaki aku tu sebab wasiat arwah papa…”

Maya mengangguk faham.


NAFASNYA turun naik deras melalui rengkung, berdiri di hadapan bilik Aqi. Betul ke dia? Betul ke? Umar berharap bukan, tapi dia juga berharap ya…. Tangan nak mengetuk, namun tak berani. Kenapa huru hara ni, Mar?

Tunggu kat bawah je la. Nanti dia datang untuk makan, kan?

Macammana kalau dia tak turun? Taknak turun? Taknak jumpa aku? Tadi pun siap menyamar lagi.

Argh!

Baru saja tangannya nak mengetuk, daun pintu terbuka. Terkejut keduanya. Baru setengah muka masing-masing yang kelihatan, Aqi nak tutup daun pintu itu balik. Umar lebih pantas, terlebih dahulu menahan daun pintu dengan kakinya.

“Aqi.” Datar dia memanggil.

Gadis itu mendengus, lalu pintu dibuka luas. Lelaki itu ditolak dari laluan jalan ke luar bilik. Kaki hendak meneruskan langkah ke tangga sana tapi tangan dah dipegang lelaki itu dahulu.

“Mana nak pergi, isteriku?”

Aqi menjeling tajam. Tau pulak nak panggil aku bini dia…..

“Turun, encik. Nak kerja.”

Kening Umar terangkat sebelah, lalu tergelak perlahan. “Ini punya perangai boleh blah la. Ada ke lambat turun sedangkan majikan kamu sendiri dah siap hidangkan makanan kat bawah.” Selamba dia mengutuk. Aqi mendesis. Mata hazel di sebalik cermin mata itu ditenungnya geram.

“Saya nak pergi kerja la ni. At least saya buat kerja dari tak buat langsung.” Menjawab. Kening Umar tinggi terangkat.

At least? Okay, at least.” Tangan Aqi dilepaskan dan belakang tangannya ditemukan pada mulut Aqi. Terkejut gadis itu, lekas berundur. Umar memandang bersahaja sebelum bergerak pergi. Aqi mengerutkan dahi. Aneh…

“Bapak gila panjang rambut kau Aqi! Panjang giler seh…. Giler tak sepanjang ni…” Farid menegur terus bersama sengih bila bertemu mata dengan adik iparnya itu. Aqi dan Maya merenungnya pelik, sementara dia, Umar, Batrisya dan Zaki dah pecah dengan ketawa. Daten Orched turut melepaskan ketawa perlahan. Havoc!

Makan malam mereka cukup meriah dan ceria. Aqi disoal macam-macam oleh Batrisya dan Farid, terutama pada rambut panjangnya. Entah apa yang aneh sangat pasal perempuan berambut panjang sampai soalan yang diberikan mengenai rambutnya tidak lebih dari 10 soalan berturut-turut. Umar yang mendengar cuma tergelak. Maya pula cuba nak ikut campur dalam pergaulan mereka walaupun sukar. Pendek kata, semuanya okey, normal dan biasa hingga Farid menoleh dan menyoal, “Korang tidur sebilik atau asing-asing?”

Dan belum sempat menjawab, Daten Orched bersuara. “Apa pulak mereka tidur asing-asing. Mestilah kena tidur sebilik.” Arahan.

Aqi terkebil. Baru je nak membantah, Puan Orched terbatuk-batuk. Sakit. Lalu dia memilih diam. Puan itu dah tua. Walaupun tak sakit jantung tapi jika menerima sesuatu perkara yang mengejutkan, pasti pengsan tiba-tiba. Sawan atau apa ke… maka, yang terbaik buat masa ini, ikut je.

Aqi menjeling. Apa maksud sengih itu, Umar Darius?

Next: chapter 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.