Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 39

FOR God’s sake.” Umar menggeleng, merenung Aqi yang masih tidur di atas katil sana. Nyenyak sekali dia tidur seperti pasukan tentera yang baru lepas latihan khas. Tak hilang-hilang lagikah kantuknya selepas tidur berterusan dari Langkawi, sepanjang perjalanan balik ke Melaka dan masuk ke vila. Sampai naik katil, hingga kini dia tak bangun-bangun! Kecuali turun naik kapal terbang dan turun naik kereta. Itu pun mamai dan terhuyung hayang berjalan macam orang mabuk.

Masih hidupkah dia? Umar merapat dan tangan dibawa ke bawah hidung isterinya. Nafas masih turun dan naik. Nafas dihela. “Aqi.” Dia merapat. “Bangun… makan….”

Mata terbuka mencerlang. Aqi bangun sepantas kilat, duduk dan tegak. Terkejut Umar hingga terloncat terundur ke belakang. Bulat matanya memandang gadis itu. Mata Aqi sepet sekali memandang ke dinding di hadapan sebelum menoleh pada lelaki itu di sebelah katil.

“Aku lapar.”

“Ah… ya….”

Keduanya bergerak turun ke dapur. Aqi melangkah perlahan di belakang lelaki itu. Hampir menyeret kaki. Berat rasa kepalanya tak dapat nak dikurangkan lagi. Belakang Umar terasa kabur di pandangan. Aqi memejam mata erat. Pergilah pening!

Farid menoleh. “Ah. Aqi. Dah bangun? Hebat kamu ye. Constant je tidur all the way dari Langkawi.”

Gadis itu mengukir senyum nipis. “You think so? Boleh masuk Guinness Book of Record tak?”

“Akak lebih tak percaya tengok kau dengan Umar balik honeymoon dengan luka-luka. Seriously, korang pergi sana untuk apa? Takkan tak habis lagi cerita bertumbuk korang walaupun korang sepatutnya dah ada anak? Abang pulak tak jaga adik ngan adik ipar abang tu?” Batrisa membebel di sana, dan setiap kata-kata itu terpantul tak masuk di telinga Aqi yang sedang mabuk sedikit. Figura wanita itu juga berlapis dua tiga dua tiga.

Makan malam meriah macam biasa. Umar mengusik Zaki sampai nak menangis budak tu dibuatnya dan Batrisya memarahi Umar pula. Maya menyuap Naufal tapi budak tu menakal menepis buburnya sampai jatuh masuk ke pinggan Farid. Lelaki itu yang dari tadi dok becok bercerita mula keluar aura gelapnya. Maya lekas memujuk si budak kecil dan si suami yang berperangai macam budak kecil. Daten Orched ketawa saja walaupun kerap kali terbatuk dek tersedak manakala Munirah terkekeh di kerusi tingginya. Aqi mengukir senyum lagi, memerhati keluarga bahagia ini. Berharap boleh berada dengan keluarga ini lama lagi.

Kepala berdenyut lagi. Sentap. Spontan Aqi melepaskan sudunya seraya menggenggam kepala. Perit rasanya. Dia mengangkat wajah. Pandangan terlalu kabur untuk difokuskan pada orang lain. Nafas mula mengah, sakit…. Aqi rasa nak tidur. Berat peningnya membuat matanya terpejam terus.

Umar menoleh, memandang Aqi tersandar dengan kepalanya tertunduk. Hairan. Tubuh didekatkan lalu rambut sisi yang menutup muka Aqi diselak. “Aqi?” Tiada reaksi. Kening Umar spontan bercantum, lalu merapat. Terdengar dengkuran kecil. Jatuh rahang! “Kau tidur?!!”

Semua menoleh, terkejut mendengar nada terkejut Umar. Aqi terbangun, lalu memandang mereka. Umar di sebelahnya ditoleh. Berlapis lelaki itu di matanya. Satu… dua… tiga….

“Kau OK Aqi?” soal Batrisya bingung. Wajah itu merah dan nampak penat. Aqi menggeleng saja, tapi gelengan kecil itu membuatnya terasa nak muntah. Terlampau pening. Sakit sangat kepalanya… tangan dibawa ke wajah, merasakan hangat telapak tangan pada wajah yang sedia hangat. Akal mengesahkan diri sendiri sedang demam, lalu dia bangun.

“Aqi dah kenyang…” ujarnya hampir tak kedengaran, lalu berlalu. Ahli keluarga yang lain merenungnya bingung. Umar memandang pinggan Aqi. Tak luak pun nasi itu. Baru sesudu dua rasanya. Dia menoleh lagi, pada Maya yang dah mendapatkan gadis itu.

Aqi yang sedang bertahan pada kabinet didekati. Lengan Aqi dipegang dan tangan dilekapkan ke muka adik iparnya. Panas! “Panas… kamu demam ni.” Wajah merah yang nampak penat direnung.

“Kau demam?!” Meloncat Umar dari kerusi. Sepantas kilat Aqi didapatkan dan kepala itu disentuh. Dahinya, lehernya, mukanya, semuanya… panas satu tubuh! Aaah… aaaaaahhh…. Lelaki itu mula cemas.

Aqi mengukir senyum. Pahit! Sakit di kepala ditahan sekuat hati. Muka kekal selamba walau penat dan sakit bersisa pada riak wajah. “Demam biasa je. Lepas makan panadol dan tidur baik-baik… kebah la kan?” soalnya.

Farid bangun. “Jom ke klinik sekarang,” arahnya, mengambil kunci kereta. Spontan Aqi terundur, terlanggar kabinet dan bersandar di situ.

“Kenapa?”

“Kamu kena la dirawat. Sebelum jadi lebih teruk.”

“Tapi Aqi demam biasa je. Abang baru balik dari Langkawi… abang masih penat. Aqi okey je… pening biasa je…” senyumnya lagi. “Kena la minum air banyak-banyak,” tambahnya lagi. Muka yang memerah menentang pandangan tajam Farid. “Aqi tau Aqi okey… nak stay sini… taknak ke klinik.” Dia bertegas.

Lelaki itu mengeluh, mengalah. “Abang harap kau tau apa yang kau buat.”

Gadis itu tersenyum, mengangguk sekali. Pening yang merajai kepala ditahan setabah hati. Sakit dibenam dalam-dalam, jauh ke dasar. Cuma demam kecik… demam kecik! Hatinya menjerit.

Batrisya pula mendekat. “Kalau macam tu kamu habiskan makanan dulu, ambil tenaga.” Tangan Aqi yang bersalut T-shirt lengan panjang dicapai. Terasa haba yang tinggi dari lengan itu, membuat Batrisya merenung Aqi. Wajah itu berpeluh. Risau mula menyerang namun tangan Aqi tetap ditarik ke meja. Maya memandang saja, lalu menepuk bahu Umar, menyedarkan lelaki itu.

“Tenang la,” ujarnya dengan senyum. Umar memandangnya lalu mengangguk. Demam Aqi terasa berjangkit padanya pula, membuatnya kaku tak bergerak. Lalu kaki melangkah mendapatkan isterinya itu.

“Betul ke okey?” soalnya menekap telapak tangan di dahi Aqi lagi. Panas bukan panas biasa ni…. Betapa dia berharap lebihan panas badan di tubuh kecil ini berpindah padanya….

Aqi mengukir senyum pahit. “Aah.”

Maya menoleh, memandang Farid yang mengambil kunci keretanya. “Abang nak ke mana?” Lekas dia menegur.

“Farmasi.”

Dan dia melangkah keluar. Dari balik pintu, adik tiri dan adik angkatnya itu direnung. Keluhan terhembus, dan iPhonenya dikeluarkan.

“Nick. I need you. Now.” Lalu pintu Toyota Prius dibuka.


UMAR merenung Aqi di atas katil. Nyenyak dia tidur macam bayi baru lahir ke muka bumi, tapi nyenyak Aqi itu disebabkan bius yang disuntik ke salur darahnya. Mukanya dah tak pucat dan tak juga merah kepanasan. Normal. Panas badan pun sudah berkurang. Kira Alhamdulillah sebab keadaannya lebih baik dari semalam.

Semuanya berlaku terlalu pantas. Sesudah habis makan, Aqi muntahkan balik segala isi makanan yang baru masuk dalam perut hingga Zaki pun muntah sama bila melihat. Perit muka itu boleh dilihat. Muka Aqi dah merah macam blusher Avon tambah blusher Revlon. Panas! Burnt! Kemudian gadis itu menolak kerusi pula tanpa sempat Umar menahan, cuba bangun dan baru selangkah dua, dia jatuh atas lantai. Pengsan.

Semua cemas! Lagi-lagi bila thermometer menunjukkan bacaan yang menggerunkan.

39.8°C.

Gila… Batrisya menggeleng. “Macammana dia boleh tahan sakit dengan muka selamba macam tu?” Tak percaya.

Mereka mula kelam kabut nak mengangkut wanita itu ke hospital. Tindakan segera perlu diambil, namun belum sempat Aqi dikendong untuk dibawa ke kereta, Farid terlebih dahulu memuncul di muka pintu. Dan menghalang niat mereka.

“Eh, jangan. Marah dia nanti.”

“Abang…! Panas budak tu je dah 39. Nak dekat 40 dah! Mana boleh tak hantar!” bantah Maya, cemas. Pertama kali jumpa pesakit yang dalam keadaan teruk begitu. Karang dijangkiti Pneumonia si adik ipar yang disayangi itu macammana?!

Farid terkedu. “39? Budak tu memang la.” Dia menoleh ke belakang, dan seorang lelaki memuncul dari muka pintu. Gaya pakaiannya agak liar terutama pada gaya rambut yang seperti pelakon korea. Agak kena dengan bentuk wajah bujur sirih. Batrisya mengangkat telunjuk.

“Kawan abang.” Kenal lelaki itu.

“Yep. Secret admire kau.” Farid senyum. Batrisya mengerut dahi manakala Nick beriak selamba. “Despite his appearance, he’s an excellent doctor. A real good one. First rank.” Rakannya itu ditoleh. “Ya kan?”

Nick mengusap hidung dengan pergelangan tangan. “As long as I got your money.” Lalu Aqi di atas katil dihampiri.

Dan memang doktor itu boleh tahan. Esoknya, Umar balik dari pejabat selepas kerjanya dihabiskan secepat mungkin. Aqi pula dah bagi perubahan positif. Dah tak mengah macam malam tadi. Panas pun dah stabil.

Hari kedua. Aqi sedar dari pengsan. Terkejut dia bila Nick menjadi insan pertama di depan matanya selepas bangun tidur. Lepas diperkenalkan yang lelaki itu ialah doktor, gadis itu menghembus nafas lega.

“Aku ingatkan aku kat pusat gigolo mana la tadi.”

Terkejut doktor itu dibuatnya. Jururawatnya yang dua orang itu ketawa kecil dan Umar yang memerhati di belakang tersengih hambar.

Esoknya, Umar balik terus vila semasa makan tengah hari. Aqi walaubagimanapun dah tertidur kerana disuntik bius untuk satu hari penuh.Jururawat cakap Aqi aktif sangat, kena ditidurkan. Umar pula sekadar mengukir sengih nipis. Okey…. Dan sekarang dia mengadap isterinya itu. Nyenyak. Tangan Aqi dicapai dan digenggam erat. Sesal menguasai hati Umar. Sangat-sangat.

Mungkin kerana terkena angin malam tambah hujan malam itu… atau jangkitan bakteria pada lukanya. Salahnya kerana tak bagi panadol kat Aqi. Mungkin lupa dan tak terfikir. Bahkan ilmu perubatan cemasnya hampir tiada kalau diikutkan, tetapi dia masih digigit rasa bersalah kerana tidak mampu untuk menjadi yang terbaik bagi sang isteri. Farid dirasakan sangat hebat sebab boleh bertindak cepat dengan membawa doktor ke sini. Seolah-olah tau Aqi memang kronik, dan bila dipuji Batrisya, lelaki itu tersengih saja sebelum menjawab.

Win-win situation. Pasal dia taknak jumpa doktor, kita bawa doktor pergi jumpa dia.” Sengih lebar. “Lagipun, it’s a matter of experience too… abang dulu kan jaga budak perempuan bermasalah yang mintak dijaga 25 jam 366 hari. Dia bagi not a small amount of headache tau.” Sambil ketawa, dia memeluk bahu Maya. “Kira hasil pengalaman la… bangga ngan abang tak?” soalnya pada Maya sementara mata dijeling pada Batrisya.

Umar tersenyum nipis, lalu mendekatkan kepala, merenung gadis di hadapan matanya. I promise I’ll give a full care of you from now on sorry for not being sharp enough sorry may not change anything but please, trust me. I’ll change. To be a better man for you. Dan tangan Aqi dicium lembut. Berjanji.

Daun pintu terbuka selepas janji terpatri dalam hati. Maya memuncul di muka pintu bersama Naufal di tangan. Umar menoleh, terkejut. Spontan tangan Aqi dilepaskan.

“Ah? Mar? Baguslah kamu ada. Akak sibuk dengan Pal ngan Mun. Zaki pun buat hal di bawah. Nurse yang jaga Aqi hari ni cirit birit, salah makan katanya. Yang sorang lagi ada shif kat hospital. Dia minta maaf sangat-sangat, tu yang mintak akak buatkan, tapi akak pun sama sibuk.” Panjang lebar. Umar mengerut dahi mendengar mukadimah yang panjang itu, menanti. “Tolong mandikan Aqi.”

Yes?

Maya menarik besen yang dah disediakan dan diletak di depan pintu. “Kamu kan suami dia. Takda masalah kan? Nurse tu minta maaf sangat-sangat,” dan dia pergi terus. Umar masih tergagau di sebelah katil Aqi, memandang pintu. Lambat-lambat, tubuh yang terbaring tenang itu dikerling. Liur tertelan.


“DAH okey Aqi?” tegur Farid bila melihat gadis itu turun tangga. Aqi senyum saja, lalu duduk di sofa. Ahli keluarga si suami yang merenungnya itu dipandang satu persatu. Masing-masing sabar menanti jawapan darinya.

“Alhamdulillah la jugak. Baik sikit.”

“Memanglah sikit. Baru tiga hari, takkan nak sihat terus,” sengih lelaki itu. “Abang baru nak daftar nama kamu kat Malaysia Book of Record, tidur masa tengah makan. Abang tumpang bangga ni.”

Batrisya menoleh. “Tolong la jangan cakap yang abang serius.”

Aqi masih kekal tersenyum, gembira. Terasa disayangi. “Aqi betul-betul berterima kasih sebab jaga Aqi. Siap bawa doc ke sini lagi.”

“Tak kisah la pasal tu. All credit to doctorNick and company, pasal diorang yang rawat kamu.” Batrisya tersenyum. “Asalkan kamu sihat balik, syukur la.”

Maya menoleh. “Dan kat Umar jugak. Dia yang tolong mandikan kamu.”

Senyuman Aqi bertukar plastik bersama mata yang terhenti berkelip. Mata bulatnya juga membesar sendikit. Agak lama matanya tertancap pada Maya yang tersenyum manis. Farid dan Batrisya berpandangan.

“Ma… mandikan?”

Umar memuncul dari muka pintu rumah, terlihat wanita itu sedang duduk berbual-bual di sofa. Bibir mengukir sengih lebar. “Yoh! Aqi! Dah sihat dah? Haha… berkat tangan aku la ni…” Merendah suaranya bila terpandang si kakak dan si abang itu mencerlang mata memberi pandangan – berenti bercakap!. Berkerut dahinya, hairan. Kemudian pada Aqi yang kaku tak bergerak di tempatnya. Nampak pipi itu macam dah merah semacam. Umar mengangkat kening.

“Kenapa? Masih sakit?”

Dan seharian Aqi tak layan Umar. Tak layan tu, ampun lagi, tapi ni siap mengelak dari berada dekat dengan lelaki itu. Umar ke dapur, dia bergerak keluar. Umar ke luar, dia bergerak ke laman. Umar ke laman, dia lari naik atas, dan bila Umar naik atas, pintu bilik dah kunci dah. Blur lelaki itu dibuatnya. Sungguh dia tak tahu apa kesalahan yang dah dibuat.

Kaki diheret ke dinding, lalu tersandar bahu di situ. Suram. Gloomy. Negatif. Siap memainkan jari di dinding, membentuk bulatan berpusing-pusing.

“Apa… aku… dah buat…?” soalnya sendiri. Takda jawapan.

Yang lain memandang saja, lalu sama-sama mengeluh. Maya yang rasa sangat bersalah hendak memujuk, tapi Farid menahan.

“Biarkan je si pathetic tu.”

Batrisya menggaru sisi kepala. “Plan fail lagi ke? Sama je keadaannya sebelum dan selepas honeymoon?” soalnya memandang si abang. Farid mengerling dengan riak selamba.

Its not entirely fail…” balasnya perlahan. “Tapi kau tau la kan, for that couple, abang pun susah nak cakap guane.” Nafas dihela panjang lalu tubuh ditolak ke belakang. Menggeliat. “Kita let them be la kut.”

Previous: chapter 38
Next: chapter 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.