Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 45

NICK merenung wanita bertudung di sebelah isteri rakannya itu. Kenal, kerana dia yang Nick paling ingin jumpa demi pesakitnya yang satu itu. Batrisya yang ada sama dipandang kemudian. Farid dicari-cari, tetapi tiada. Batrisya lalu didapatkan, sementara Maya dan Aqi dibiarkan masuk ke dalam wad persendirian itu.

When…?”

Yesterday. Dia balik sendiri.”

“Aha? Polis yang jumpa ke?”

Tersenyum wanita cantik itu. Nick direnung. “Panjang ceritanya nak ceritakan kat sini. Tapi fair enough to say, it settled already.” Tangan diseluk ke dalam poket sweater yang dipakainya. “By the way, awak. Saya dah lama perasan ni, tapi kenapa rambut panjang sangat tak digunting?” Batrisya merenung rambut kekasihnya itu.

Gaya Nick sudah lama menarik perhatiannya, kerana gaya sempoi selekeh itu langsung tidak menampakkan dirinya seorang yang tinggi ilmu pengetahuan dan terlibat dalam bidang professional. Seperti kata Umar dan Aqi, aura gigolo tu cukup nampak pada gayanya, terutama pada rambut panjang yang melepasi tengah telinga dan belakang yang mencecah kolar kot putih yang dipakai. Rambut yang panjang berlapis dikembangkan dengan bantuan mousse dan dah boleh diikat tocang yang kecil. Kening Nick cukup tebal, dan kulitnya sawo matang yang terang. Disebabkan rambutnya, orang takkan perasan ada subang yang melekat di atas telinga Nick.

Rambut hadapan yang jatuh ke kening itu dipegang. Nick menjuling mata ke langit. “It’s already time to cut it?”

And your pierce too.” Batrisya mengingatkan.

It’s just a pin-on la, honey…”

Pin-on tapi hari-hari pakai,” getusnya, mencekak pinggang. “Memang hospital ni tak kisah dengan your pom-pom hairstyle and your dressing yang macam samseng gagal begini?”

Nick tersenyum nipis, menanggalkan subang di telinga kanan. “Membebel la awak ni. Berahi beleber bak kata Ustaz Azhar Idrus. Jom teman saya makan.” Dia menarik tangan Batrisya, dibawa melangkah keluar dari wad.

Maya mendiam, menganggap dirinya tiada di situ supaya selesa untuk Aqi merasa berdua dengan si suami. Aqi pula duduk di kerusi di sebelah katil, merenung wajah Umar yang biru. Masih tiada perkembangan dari dahulu. Kekal sama walau balutan sudah berkurang di tubuh dan wajah. Kapas di mata kanan suaminya juga sudah tiada, tapi parut bergaris di sisi mata itu cukup nampak hingga membelah kening. Tangannya dibawa ke situ, mengusap lembut.

“Mar… I’ve come to youain’t that great?” Senyumnya, sedikit lirih. Sudah tentu tiada reaksi dari lelaki itu. Sebelah tangan dipanjangkan, menggenggam tangan Umar yang kaku. Diusap-usapnya lembut, melepaskan rindu di hati. Derita jiwa sepanjang dirinya diculik terasa membuak-buak keluar dari takungan jiwa. Aqi menahan sebak, menahan tangis.

“Mar, kau tau. Aku mimpikan kau meninggal. Aku betul-betul takut masa tu… aku betul-betul takut if its true. Aku masih nak hidup dengan kau, Mar… I really wish…” Liur ditelan, mengesat air mata yang menitis. “I really wish we’ll meet again. And we did. Praise to Allah… syukur kau masih bernafas…” Senyumnya berpuas hati.

Tangan Umar masih tidak dilepaskan, dan wajah itu terus diusapnya lembut. Aqi merenung sayu. Wajah yang dirindui setiap hari. Wajah yang menjadi sumber inspirasi untuk kekal hidup dipandang tanpa lepas. Aqi berharap Umar akan membuka mata. Dia nak tengok anak mata hazel yang cantik itu sekali lagi. Parut di hujung mata kanan itu diusapnya lagi.

“Hey, ingat your last demand? Kau ajak aku keluar dari vila bukan? And build our own family. If you stay like this, macammana kita nak bina rumah dan bina keluarga? Aku berharap sangat kalau aku mengandung, anak lelaki yang keluar dulu. And we’ll name him Amir. You told me you like nama Amir, kan? And Lukman. Semuanya nama your male friends, haha…. Speaking of Amir, Zati ada cakap yang your friend tu hook up dengan Nor. Korang punya colony memang berjodoh sesama korang je kan?”

Dagu ditopang, supaya mudah merenung wajah yang tidur itu. Aqi tersenyum nipis. Dia terus bercakap dan mengimbau kenangan-kenangan mereka. Aqi tidak pasti andai Umar mendengar apa yang dicakapkannya, tetapi sekarang dia terasa dia nak luahkan apa sahaja kepada lelaki itu. Bercakap dan terus bercakap, menceritakan apa sahaja yang kepalanya boleh fikir. Baik tentang Zach dan Puan Aisyah, ataupun pertemuannya dengan Zati di Pahang.

Maya di belakang tumpang mendengar. Tersenyum nipis mendengar nada Aqi yang lebih ceria perubahannya. Adik iparnya itu merebahkan kepala di katil kemudian tanpa melepaskan walau sekali pun tangan si suami.

Aqi tersenyum kecil, mengusap tangan Umar. “I want to live with youI really want to grow old with you and never leave your side…. Can’t I not do that? And you too?”

Suara Aqi memperlahan, dan kemudian senyap. Tertidur di sana. Maya bangkit dari duduknya, mengintai keadaan Aqi. Tersenyum nipis dia melihat pegangan tangan Aqi kejap di tangan Umar. Kepala Aqi diusapnya, tumpah dengan rasa kasihan. Umar dipandang.

She loves you afterall, Mar…”


DAH hampir tiga minggu Aqi duduk di vila sejak dia balik semula. Kesihatan Umar pula mula meningkat hari demi hari. Walaupun sangat lambat, tetapi Farid cukup bersyukur. Percaya yang adik lelakinya itu sedang berjuang menentang ajal maut di sebalik hijab alam koma. Bersyukur yang Allah masih memberi peluang kepada adiknya untuk terus hidup. Andai adiknya itu sedar kembali, Farid dah bernazar serahkan separuh keuntungan perniagaan keluarga mereka ke jalan Allah. Baik bersedekah kepada yang memerlukan, memberikan biasiswa pendidikan kepada yang layak, menyumbang kepada muslim di Giza, mahupun menolong mangsa banjir di pantai timur. Semuanya atas niat kerana Allah. Aqi yang duduk di sofa sambil membaca majalah direnung dari pintu dapur. Entah apa yang adik iparnya itu lakukan.

“Abang.”

Fokus pandangan Farid kembali ke hadapan sana. Aqi sedang memandangnya.

“Abang tau Mimi ada kat mana?”

“Mimi? Kenapa dengan dia?”

“Dia kan first love Umar. Mungkin dia boleh tolong sedarkan Mar lagi cepat.”

Berpandangan mereka. Farid mengerut dahi. “Ha?”

Aqi tersenyum nipis. Majalah Remaja yang dibacanya ditunjuk pada abang angkatnya itu. Artikel berkenaan cinta pertama. “Selain Aqi, tentu Umar ada perempuan lain yang dia pernah sayang sepenuh hati, kan? Mana tau perempuan tu boleh tolong Umar sedar?” senyumnya, memberi pendapat dengan muka ikhlas.

Farid ternganga. “Kau biar betul ni Aqi. Kau benarkan perempuan lain dekati laki kau tu? And now you’re talking about his ex…”

It doesn’t really matter kalau itu boleh buat Mar bangun balik.” Aqi membalas tenang. Cukup solid jawapan yang diberi. Cukup bulat nekad yang dipamerkan. Terkelip-kelip Farid dibuatnya dengan dahi yang turut berkerut. Aqi menyambung kata, “Aqi cuma nak Mar sihat kembali…”

Mereka bertentangan pandang. Farid menghembus nafas panjang, lalu tersenyum lirih. Dia berpeluk tubuh. “Kau ni memang luar alam la Aqi… haha. Abang kalah dengan kau.” Aqi menjungkit keningnya tinggi, terkejut.

“Dua alam?” Dia cakap aku bisex?

“Abang tahu where she’s at.”


“MIMI Rainita.” Farid membawa wanita bertudung itu ke vila. Mereka di ruang tamu sekadar memandang. “Your love rival, Aqi.” Lelaki itu tersengih.

I know…” Aqi meleret senyum segaris, lalu mendekat. “You can be a great help.” Tangan dihulur nak bersalam. Mimi yang tak faham, menyambut protokol.

Apa maksud kau Aqi…? Batrisya berpeluk tubuh, kurang senang dengan kehadiran Mimi. Maya dan budak-budak kecil di situ sekadar memerhati tanpa mengetahui apa-apa. Daten Orched memuncul kemudian, tersenyum gembira melihat Mimi.

“Mie…! Lama tak jumpa kamu ni.”

“Ah, Daten.” Mimi menyambut tangan itu untuk disalami.

“Kamu buat apa di sini?” soal wanita tua itu, menggosok bahu Mimi. Ceria sungguh riaknya.

“Mie… tak pasti…” Farid dipandang keliru.

Bukan ahli keluarga itu sahaja. Yang masih keliru dan kekal keliru ialah wanita bertudung itu sendiri, bila tiba-tiba abang Umar itu sanggup mencemar duli datang melawatnya di rumah. Masih diragui macammana lelaki itu tahu alamat rumahnya, dan atas alasan apa dirinya tiba-tiba dicari? Malah, Aqi yang tersenyum-senyum di hadapannya sekarang membuat Mimi sangat curiga. Bukan ke kali terakhir  bertemu muka dahulu, muka Aqi macam nak melayang penumbuk ke wajahnya? Wanita bertudung itu walaubagaimanapun, tiada jawapan.

Farid mencekak pinggang. “Umar pasti happy melihat kamu berdua. Nak ke hospital sekarang?” dan dia mencapai kunci keretanya. Mimi terperanjat, makin keliru. Umar? Nak jumpa Umar? Jantung terus berdebar tanpa disuruh. Dan kenapa di hospital?

Aqi pula mengangguk setuju. Mimi lalu ditarik keluar, mengekori langkah Farid dan menghilang di sebalik daun pintu. Batrisya mendesis, berpeluk tubuh. Daten Orched pula yang keliru melihat mereka.

“Mereka nak kemana, Bat?” soalnya pada anak perempuannya.

“Nak bawak Mimi jumpa Umar, katanya.”

“Oh.” Daten itu mengangguk. “Aqi tak kisah?”

“Entah. Tak faham Bat.”

Mengangguk lagi, lalu wanita tua itu melangkah ke pintu. Maya merapat pada Batrisya yang masih menggerutu tak puas hati.

“Mimi tu… siapa?”

Ibu tunggal itu menjeling. “First love Umar. Menantu pilihan mama.”

Kening Maya terangkat tinggi dengan mata yang membesar. “Ow. Okay.” Terasa ancaman cinta untuk Aqi. “Tapi kenapa Aqi…” Dia menoleh ke pintu.

Batrisya mendengus. “Beats me. Gaya berfikir Aqi tu memang luar alam dari dulu lagi,” getusnya tidak berpuas hati. Maya mengerling, lalu mengangguk. Bersetuju walau tidak tahu apa-apa.


TIGA manusia itu tiba di hospital. Nick yang kebetulan ada di dalam wad itu menerima kehadiran mereka dengan muka tidak berperasaan. Selesai melakukan kerjanya, mereka dibenarkan melawat. Terkejut besar Mimi melihat Umar yang terlentang tidak sedarkan diri dengan tiub-tiub ubat mencucuk ke tubuh. Aqi berpeluk tubuh sambil mengangguk kepala berkali-kali sambil bercakap sesuatu pada Mimi. Farid dan Nick yang bersandar pada dinding di belakang memerhati tanpa kata.

Who’s the lady?” soal Nick. Pertama kali melihat wanita itu datang dan terus teresak menangis di sana, sedangkan isteri sah pesakitnya tegak berdiri dengan kepala menunduk.

His ex.”

“Ha??” Nick menjengil. “Apa dia yang kau fikir ni? Bawa kekasih lama dia ke sini.”

“Bukan aku yang nak, tapi Aqi. Aku bawa je,” sengih Farid. “Lagipun, kalau ada pesaing, it’ll wil burned up!” Tangan membuat gaya meletup. Excited.

Doktor itu menoleh. “It?” Kurang jelas. Farid menjeling pula.

“Ha’ah. Aqi… masih lenient sangat. Jadi mungkin cemburu dia boleh tolong.”

Nick merenung kosong wajah itu. Langsung tak dapat nak tangkap idea CEO yang seorang ni. Pandangan dialih, kembali memandang dua wanita itu. Mimi sudah duduk di sebelah Umar, manakala Aqi kekal berdiri di belakang. Hanya merenung.

Cemburu… huh?

Terdiam sebentar keduanya, merenung dan memerhati. Mimi kelihatan tenggelam dalam emosi bercakap dengan lelaki koma itu manakala Aqi masih tak bereaksi, kekal berdiri sambil merenung muka Umar. Jika dilihat dari sisi, wanita itu seperti tugu yang bernyawa. Farid menghempas nafas. Susahlah kalau macam ni… lalu dia menoleh.

Say, Nick. Bila kau nak tanggalkan bandage Umar tu?” soalnya membuat Nick mengerling sekilas. “Oxygen mask dia tu, at least.”

Nownow…. Jangan tanya benda yang mustahil. Adik kau tu pakai oxygen mask tu sebab dia perlukannya untuk membantunya bernafas dengan lebih mudah. Bersyukurlah yang concentration oksigen dalam badan dia dah lebih okay berbanding dahulu.” Pandangan dialihkan pada Umar yang terbaring di sana. “Dan dia akan pakai sampai aku boleh pastikan dia dah tak perlu pakai.”

Any rough guess when will that happen?”

I didn’t do guessing in treating my patients. It was all based on the feedback gave by them which makes us decides what to do next.

Rightsorry bertanya.” Tersenyum nipis. Cukup hambar. Nick menjeling dibuatnya, lalu menghela nafas pendek. Doktor bedah itu menoleh. CEO Hotel IsOrche itu menoleh. Nick menarik tubuh dari bersandar pada dinding.

“Kau betul-betul dah retired jadi con nampaknya.” Monotone. “At least aura abang boleh diharap tu ada walaupun muka jahat kau masih ada kat mata aku.”

Farid mengherot bibir sebelum menjungkit bahu sasanya. “Aku nak tolong adik ipar aku tu la, hoi.” Mendesis dia. “Aku dah ada family, ada bini ada anak… mestilah dah berubah baik. Gaya kau bercakap macam la aku ni assassin dari Negara Kontena Rosak Baik Semula.”

And what is that?” Nick mendesis geram. “Kau ni buat aku fikir sepuluh kali tau sebelum nak lamar Bat, sudi ke tidak jadi adik ipar kau.”

Mencerlang matanya. “Ada ke pulak aku yang buat kau ragu-ragu?!”

Nick menjeling tajam sebelum berkalih, tak melayan. “Aku pasti suami Bat sebelum ni lamar Bat masa kau masih belajar kat Florida… kan?” Suaranya tajam, membuat Farid terkelip-kelip. Diam kerana benar. “Faham sangat…” dan dia berlalu.

Farid menahan geram, lalu kembali bersandar. Merenung persembahan drama swasta dua wanita itu di sana.

Mimi menundukkan kepala ke arah kepala Umar. Bahu terinjut menahan sedu dan tangis walaupun air mata sudah meleleh lebat dari tadi. Nama Umar disebut berkali-kali, merayu supaya dia sedar. Ucapan sayang tak terlepas dari diluah sesayu hatinya. Mimi seakan menyesali nasib Umar.

Aqi pula kekal tegak. Merenung Umar, merenung Mimi. Bersimpati pada kesayuan dan kesedihan wanita bertudung itu, namun terselit juga cemburu di dasar hatinya. Kenapa nak menangis begitu sangat sedangkan Umar ialah suaminya. Tangan digenggam erat bawah sedar, lalu dia berkalih, nak berlalu. Kaki melangkah dan melangkah menghampiri pintu, dan esak tangis Mimi makin jelas kedengaran dalam lubang telinganya. Nafas Aqi mula terasa sesak.

Tangan baru nak memegang tombol bila Farid di sebelah pintu mendehem. Aqi menjeling. Farid tersengih.

“Kamu okey?”

Tiada balasan. Terus keluar. Farid tersenyum saja sambil bersandar berpeluk tubuh. Mimi direnung. Masih menangis.

Umar.

Apa jenis permainan yang takdir sediakan untuk kau?

Previous: chapter 44
Next: chapter 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.