Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 15

FARID bersila di atas katil. Batrisya di sebelah turut bersila sambil memeluk bantal sementara Umar duduk di kerusi solek bilik Batrisya itu sambil memeluk belakang kerusi. Senyap sekali suasana di antara adik beradik itu sejak habis makan malam tadi.

So, come again? Apa motif korang datang kat bilik Bat ni sebenarnya?”

Umar menggaru belakang telinga. “Tolong Mar fikir ntuk majlis hari jadi Aqi…”

Batrisya mengerut dahi. Majlis hari jadi? “Kenapa tiba-tiba?”

Farid menoleh pada adik perempuannya. “All because adik engkau tu bijak sangat pergi buat bini dia merajuk lagi.”

“Pulak dah.”

“Yep. Keganasan rumah tangga.”

“Ha?”

“Takdelah ganas sangat pun. Selama ni kan kitorang okey je gurau macam tu…. Tapi, ni takat starlight pun nak nangis… ” Umar memuncung, membenam muka pada lengan yang dilipat di atas belakang kerusi. Farid dan Batrisya serentak berpandangan sebelum menoleh pada adik tiri mereka itu.

“Aqi? Nangis? Sebab startlight?” Langsung tak boleh percaya.

Now that’s something.” Farid menjuling mata ke langit sambil menggaru dagunya.

“Atau dia kecik ati sebab kau buat benda lain?” soal Batrisya pula.

Umar mengeluh perlahan. “Biarlah atas apa-apa sebab pun, tapi the fact that dia nangis depan Mar… sebab Mar… sebab I did that…” Nafas ditarik dalam. “I’ve never felt this guilty before…” Suaranya tenggelam di anak tekak.

Sekali lagi adik beradik itu berpandangan. Umar di sana cuma kelihatan rambut cacak hitamnya bila wajah disembunyikan di sebalik lengan. Betul-betul bersalah nampaknya?

“Tapi apa kaitannya dengan birthday Aqi? Nak pujuk dia la ni?”

Kepala diangkat. “Nampaknya macam tu lah… Mar pun tak pernah sambut birthday dia.” Pipi digaru. “Killing two bird with one stone, kan?”

Kening Farid terangkat tinggi. Batrisya di sebelah dikerling, lalu perlahan-lahan bibir tersenyum nipis. “Pull a birthday prank on her, then.” Jari dipetik.


SUASANA dalam bilik itu senyap sekali. Tak lama lagi sampailah masa Umar balik dari kerja, macam biasa. Datangnya dia ke bilik, mengusik dan mengusik, mengajak melakukan aktiviti luar. Tapi bila Aqi merajuk, Umar akan memujuk. Tapi dia taknak jumpa lelaki itu… Aqi menderam geram. Tubuh dihempas meniarap di atas katil. Muka disembam ke katil. Kepala teringat kembali bicaranya dengan Umar di gelanggang bola keranjang hari itu.

“…aku sayang kau… aku akan jaga kau…”

“…I love you, idiot…”

“...lovetu more than a sister to brother…”

“…macammana?...”

Aqi melepaskan jeritan sekuat hatinya, tenggelam ke katil. Tak puas menjerit, nafas ditarik dalam-dalam dan jerit lagi!! Dia terasa sangat bodoh! Boleh pulak tanyakan ‘macammana’… sudah tentu dengan penuh jelas tanpa perlukan lampu pendaflour untuk menerangkan permintaan Umar itu, yakni menjadi seorang isteri.

Walaupun aku anggap dia sebagai abang, tapi sekurang-kurangnya kenalah layan dia sebagai suami jugak… kan? Common sense. Tak kira dalam standard sosial mahupun kehendak agama. Umar dah cukup bertimbang rasa untuk hormati permintaan aku dan tak sentuh aku… and he clearly expects something extrayet I am being so stupid….

Stupid Aqi stupid!!!” Bantal diambil lalu dihempas-hempas ke tilam. Dia terlalu geram… geram dengan diri sendiri…. “Huhu… bodoh…” Jiwa terasa nak menangis lagi. Aqi merunduk, menahan jiwa yang pedih tanpa sebab. Antara kecewa dengan diri sendiri, dan malu dengan Umar. Menangis seorang-seorang tak apa, tapi boleh pulak nangis depan lelaki itu sebab sakit kena startlight….

“Graaaaahhh!!!!” Tangan digenggam ke langit. “Malunya…” Dan muka ditekup dengan tangan dan teresak-esak dia menangis di situ. Menangis palsu dengan diri sendiri.

“Uih?” Terdengar nada garau itu. Pekat melekat di telinga Aqi, lalu spontan dia menoleh. Umar di pintu sana memandang dirinya dengan sengih kelakar. “Kau dah kenapa Aqi? Nak masuk Maharaja Lawak Mega?”

“Takda apa apa.” Kepala dipaling ke lain. Malu kembali menyapa. Umar meleret senyum nipis, hambar dan sumbang. Sedih bila memikirkan Aqi masih merajuk.

“Masih kecil hati aku jentik dahi kau?”

“Tak payah ingatkanlah!” Huru hara dia. Malu kalau dikacau kerana menjadi lemah dalam situasi itu. Atas sebab apa, dia betul-betul tidak tahu.

Umar tersenyum kecil, lalu menapak masuk. Punggung dilabuh di hujung katil sambil mata tidak lepas memandang si gadis. “Aku mintak maaf sebab jentik kau…” Senyap. “Janganlah nangis lagi…”

“Tak payah la mintak maaf… jentik je pun…”

“Tapi kenapa nangis? Sakit sangat?” Lembut bertanya. Aqi menggigit bibir, lalu menolak kepala ke dinding. Taknak menjawab, kerana dia sendiri tiada jawapan atas ulahnya itu. Menangis kerana dijentik? Dipulau dibuli dan luka luka lebam dek bergaduh dulu pun dia tak pernah menangis. Cis….

Gaya merajuk si isteri membuat Umar tersenyum nipis. Bertambah rasa bersalah di hatinya. Aqi yang ini bukan Aqi dahulu… rupanya…. “Haha… Aqi…” Lengan isterinya dicapai dan ditarik. Lambat-lambat Aqi berkalih. Pipi yang merah membahang dan sembap sekaligus ternampak tanpa penapis di mata Umar. Terkedu lelaki itu yang melihat. “Mak aih merahnya muka. Kenapa ni?”

“Takda apa apa…”

“Menangis lagi ke tadi?”

Am not…!” Dada Umar ditumbuk. Cukup lemah impaknya. Tak terasa apa. Umar merenung datar. Aqi mengesat air hidung yang terasa nak keluar. “I feel stupid. That’s all…”

“Kenapa?” Mengambil berat sungguh nada suara itu. Aqi menggigit bibir.

Sebab kau…. Tidak diluahkan.

Diamnya Aqi membuat Umar turut senyap. Leka dia, merenung pipi merah itu. Tidak kebah-kebah dari tadi. Bibir Aqi juga lembap selain mata yang nampak berkaca. Cukup seksi di matanya. Umar menggaru kening.

“Aku nak usik je. Aku tak sangka la sampai kau nangis…” Terhenti bicara bila tangan ditarik sentap. Umar terperanjat. Aqi mencerun.

“Tak payah la mention aku nangis…. I’ve never felt so ashamed of myself.” Nafas terluah perlahan lalu menutup muka dengan telapak tangan. Facepalm untuk diri sendiri. Lelaki itu tersenyum bersahaja.

“Sebelum kau nangis sebab aku jentik tu kan kau nangis jugak… tak malu pun?”

“Yang tu nangis lain. Lepas tu nangis lain.”

“Ada ke pulak lain-lain…” Umar menggaru pipi.

Aqi memuncung, mengalih badannya supaya tidak menentang pandangan lelaki itu. Umar tersenyum sumbing. “You look cute,” tuturnya memujuk. Aqi menjeling, memuncung.

“Ayat selamat.”

“Haha. And egois.” Dahi Aqi ditolak. Lekas ditepis.

“Eii… kepala la, kepala… jangan main kepala orang… and kau tak panas ke tak tukar baju lagi ni?” tegurnya pula, melihat kot dan tali leher masih melekat di tubuh segak si suami. “Aku pula yang panas tengok kau.”

Umar tersenyum sumbing. “Aku ingatkan nak kau yang tanggalkan…” Tetapi blazer dah ditanggalkan sendiri dan diletak ke tepi katil. Aqi meleret senyum nipis. “By the way, Aqi. Kau tau apparently orang rumah ni semuanya nak pergi bercuti?” Tali leher ditarik.

“Hm? Bercuti ke mana?”

“Legoland. Dorang plan lama dah sebelum kita sampai ke vila lagi… nampaknya. Kita tak termasuklah kut. Eish, apa yang susah sangat ni?” Geram pula bila ditarik-tarik, tali leher masih melekat tak berganjak. Aqi tersenyum kecil.

“Meh la.” Tangan lelaki itu ditampar, dan giliran dia merungkai ikatan tali leher berbelang itu. “Come again, maksud kau semua orang termasuk mak, abang, Kak Maya, Kak Bat, Pal, Mun dan Zaki?”

Umar mendiam, merenung wajah itu yang agak rapat jaraknya dengan wajahnya. Rezeki namanya ni. Aku bersyukur ya Allah. “Nampaknya macam tu la…” Dengan senyum dituturkan.

“Haha…. Ada pulak masa nak bercuti satu keluarga.”

“Cuti sekolah dah sampai kan. Abang Farid pun berminat nak pergi katanya.”

“Oh… Legoland tu kat mana eh?”

“Sedih la kau ni.”

Tali leher ditarik ketat, mengikat tengkuk Umar. Sesak nafas dibuatnya. “Cakap lagi camtu kat aku.” Ugut!

“Iye… iye…” getusnya. Aqi menjuih, melonggarkan kembali tali leher tersebut. Umar melepaskan batuk sekali. “Ganas!”

Lidah dijelir.

“Legoland tu dekat Johor tu je… so tak risau la tinggalkan kerja dia satu hari atau satu petang.” Umar merendahkan tubuh bila tali leher yang masih mengikat leher ditarik Aqi di bawah sedarnya.

“Alah! Kita boleh ikutlah kalau camtu!” Bulat mata Aqi, mendongak menentang anak mata hazel di hadapannya. Hampir saja wajah keduanya bertembung. Aqi terkaku. Umar tergamam. Wanita itu lekas melarikan pandangan, naik janggal. Bahu Umar turut ditolak sedikit supaya menjauh. Kerjanya diteruskan supaya tali leher itu dirungkaikan sepenuhnya. Dah lepas! Huh… Mata menjeling sebelum pantas melarikan diri lagi. Umar sedang merenung dirinya, tidak lepas. Aqi mendehem.

So… bila dorang nak gerak?” Cuba kembalikan perbualan.

Umar tersenyum kecil. Rambut hitam itu ditenungnya. Tiba-tiba pekat pula harum rambut itu di hidung. Senangnya hati…. “I don’t knowI don’t care… kalau dorang pergi, bolehlah duduk berdua dengan kau dalam rumah ni.”

“Aha? A maddeningly bad idea.”

Kekal senyum, dan tangan melangkah daulat, mengelus rambut Aqi. Menoleh wanita itu dibuatnya. Kepala dijauhkan, nak mengelak, tetapi tangan Umar nyata panjang.

“Halus jugak rambut kau ni. Macam bayi. Pakai syampu apa?”

“Lux.”

Senyap. Umar mengerut dahi. “Tu sabun, kan?”

“Sabun-sabun pun berbuih jugak….” Tangan jantan yang masih bermain dengan rambutnya ditarik dan diletak ke katil. Umar dipandang dengan senyum. “Dah lunch?”

Berkerut dahi dibuatnya. Jam tangan dilirik, menunjukkan pukul 5.30 petang. Apa ke relevannya tanya soalan begitu petang-petang begini? “Er… dah. Aku makan kat hotel je.”

“Uhuh… makan kat hotel. Kaya no siap makan kat sana. Seciput sambal di hotel bersamaan dengan chicken chop kat U aku dulu.”

“Perniagaan keluarga kita memang kat hotel, sayang.” Penumbuk diletakkan ke pipi isterinya. Aqi tersenyum manis.

“Makan dengan siapa?”

“Ah?” Terkedu. Sekilas wajah Lia melayang di fikiran. Aqi yang masih tersenyum direnung seketika. “Er… dengan pekerja Mar.”

“Cantik?”

Senyap. Nada manis itu meragukan. Senyuman indah itu tambah-tambah meragukan walau sedap mata memandang. Kening tebal dijungkit tinggi. Aqi membalas dengan perbuatan yang sama. “Apa yang cantik?”

“Hotel IsOrche. Aku tak pernah lagi ke sana. Nak jugak tengok syarikat turun temurun yang korang semua bekerja kat tempat tu…” Mata dijuling ke langit. Umar spontan meluah nafas lega. Ingatkan nak tanya Lia cantik ke tidak…. Aqi menyambung, “Tapi tadi, Kak Maya bawak aku ke sana. Dia ada benda nak kena bagi kat Bang Farid katanya.” Umar dipandang. “And I’m having a walk to kill my time. Everywhere is beautiful. Memang layak jadi hotel 3 bintang, kan?”

Lelaki itu terdiam, menjungkit sebelah keningnya. “So… kau dah tengok hotel?”

“Yep! Cantik!” Bersemangat menceritakan. “No wonder jadi kebanggaan korang adik beradik…” Tersenyum nipis.

Umar membuahkan senyum. Pipi isterinya lalu disentuh, dielus perlahan. “Apa dia yang awak nak ceritakan sebenarnya, sayang? Lia atau hotel?” Terasa cerita Aqi tidak habis diceritakan lagi.

Dan senyum Aqi melebar. Dah tau tanya lagi. “Both. Tapi aku baru cerita pasal hotel. Pasal Lia, aku nak kau sendiri ceritakan…”

“Oh. Takda apa yang aku nak ceritakan pasal dia. A committed worker la kut. Pandai buat kerja.” Wajah gadis itu terbayang lagi. Cantik, bijak, dan seksi. Gadis itu memang pandai melayan dirinya, dan Umar sebagai lelaki memang terang-terang mengaku dirinya terhibur. Lagi-lagi dek penolakan Aqi padanya di rumah sendiri… di bilik sendiri….

Wanita berambut panjang itu mengangguk. “Oh… she’s beautiful alright, tapi aku taknak kalau kau nak duakan aku dengan dia.”

“Eh?”

Aqi menggeleng kepala. “Find me someone better if you want to substitute me. Tapi aku taknak kalah dengan perempuan dengan gaya begitu…” Datar ditutur tanpa perasan. Wajah cantik Lia yang elok kapasiti mekap di wajah dan pemakaian ketat di tubuh terbayang di ruang rikiran. “Walaupun dia bertudung tapi pemakaian tudungnya tak imply sangat apa sebenarnya tujuan tudung di kepala. Rasa macam all is for the sake of fashion. Even aku yang free hair sakit hati tengok. Dia mempermainkan agama. I hate that.”

Berkerut sungguh dahi Umar dibuatnya. “Kau ingat aku nak cari lain?”

What? Tak ke?”

Bertambah keliru Umar. Kenapa? Sejak bila? Kenapa tiba-tiba? Riak Aqi yang yakin ditenung dalam-dalam, cuba mencerna apa yang difikirkan kaum hawa itu. “Kau merajuk sebab aku lunch dengan Lia ke apa?”

Kekal tersenyum. “Kalau aku merajuk pun, does it matter?”

Jatuh rahang. Keliru. Sangat!!

“Tak tak tak… aku tak faham… kenapa kau buat perangai begini tiba-tiba? Sejak bila kau boleh terfikir yang aku carik perempuan lain? And why are you being so damn humble? Bukan ke biasanya seorang isteri akan mengamuk…”

Aku tak pernah anggap kau sebagai suami aku.

Kata-kata Aqi dahulu terngiang balik di kepalanya, menjawab persoalan Umar. Bergema di seluruh ruang otak. Umar terkedu. Terasa terbakar dek kejutan oleh hati sendiri. Halilintar hitam yang dibaling Aqi ke atas kesedarannya cukup merenjat rasa. Umar memejam mata. Keluhan dalam dihembus panjang, cuba melepaskan beban di dada.

Tangannya terasa disentuh. Umar menjeling tangan yang dah berada di genggaman Aqi. Tangan isterinya terasa sejuk dan lembap. Kerlingan diangkat, merenung senyum di bibir nipis yang tak hilang lagi manisnya.

I’m trying to be realistic, holding a firm grip on reality. Aku well aware of my weaknesses. Plus, I’m not the kind of a woman you typically like. That’s why, aku rasa… kalau kau nak cari orang lain… dan lepaskan aku… aku tak kisah satu kuman pun. Cuma…”

Umar menarik kasar tangannya. Bertindak melarikan diri tanpa sempat si isteri cuba menyampaikan apa yang terpendam di jiwa. Dia enggan mendengarnya. Tanpa berpaling, blazer dan briefcase dicapai dan diletak ke dalam almari. Terkejut seketika melihat isi almari yang biasanya berselerak, sudah kemas berlipat. Umar mengerut dahi. Membiarkan persoalan di kepala untuk tidak berjawab, kemeja ditanggalkan, berganti T-Shirt Puma kelabu. Aqi yang masih duduk di katil dipandang. Nak tukar isi perbualan supaya tidak terus sakit hati.

Care to join me?”

Jog?”

“Yep.” Track suit pula dicapai.

“Tapi kau baru balik. Rehatlah kejap.”

“Aku berehat bila aku penat. So, nak join ke tak?”

“Oh… okey. Aku pun dah lama tak jogging.” Aqi meloncat dari katil, tersengih-sengih merapati almarinya. Umar terkejut bila ajakan yang keberapa entah selalu ditolak, akhirnya mendapat sambutan. Sungguhlah Aqi pelik hari ini.

“Eh… mana sport bra aku?” Suara halus itu kedengaran di sebalik pintu almari. Umar yang dah siap berpakaian, spontan menoleh.

“Kau pakai sport bra ke push up bra ke sama je saiz dia.”

Kepala Aqi terjengul di sebalik daun pintu almari. Annoyed. “Get out of the room. Aku nak tukar baju.”

“Wha… dapat pahala apa bila bukak baju depan suami…” Umar tersengih gatal.

Aqi mencerun. Tiba-tiba memuncul sengih di bibirnya. Kolar baju lalu ditarik, diselak menampakkan kulit bahu yang putih. Tali bra hitam ternampak sekali di situ. Menggoda sekali lirikan matanya. Umar terkaku mengeras seperti batu. Mata kiri dikenyit, menyedarkan lelaki itu dan menutup kembali rahang yang jatuh. Aqi tergelak, kelakar melihat reaksi si suami.

“Dah sudah. Mengade. Baru tunjuk bahu dah ternganga macam tu. Pergi tunggu aku kat bawah.” Tubuh kecil itu menghilang lagi di sebalik daun pintu almari.

Umar mendiam, menggaru belakang kepala yang tak gatal. Sahih, Aqi luar dari biasa hari ini.


Previous: chapter 14
Next: chapter 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.