UMAR menarik nafas dalam, dalam lagi hingga kembang dadanya, baru dihembus panjang. Berdesir bunyinya. Tombol pintu diputar. Masih berkunci, lalu kunci
pendua yang dicari lepas makan malan tadi dicucuk ke dalam lubang kunci.
Perlahan diputar, dan buka.
Pintu dikuak perlahan, dan nampak gadis itu di
tingkap, merenung ke langit malam. Nafas terluah. Ni yang kau buat sampai sanggup ponteng dinner? Apa la sangat kat
langit tu. Gelap je pun. Kalau ada muka aku takpa la jugak… hati membebel.
“Ehem.”
Terloncat bahu Aqi terkejut nampak jelas di matanya.
Ahah! Lalu pintu ditutup dan dikunci.
“Kau kenapa?” soal Umar terus, menapak
mendekati Aqi. Gadis itu kaku saja, tak bergerak. Umar memuncung, lalu berhenti
melangkah, “Kau buat aku macam lari dari tentera Israel je. Lari macam nak kena
bunuh.”
Masih diam.
“Kau kenapa? Merajuk? Apa aku dah buat?”
Diam.
“Aqi…” Mengeluh perlahan. “Jangan la buat aku
macam ni… what did I do wrong?”
Diam saja, tapi makin menunduk. Umar yang
memerhati menghela nafas, melangkah lagi dua tapak.
“Pasal aku mandikan kau semalam?”
“Dah tau tanya lagi.” Aqi membalas pantas.
Umar terkedu, lalu tersengih. Dah menjawab tu kira bagus la dari dok diam je
macam bercakap ngan tingkap tu.
“Betul la soalan aku. Apa pulak salah aku kat
situ?” Aqi mendiam lagi membuat Umar mengeluh perlahan. “It can’t be helped. Semua orang sibuk masa tu. Nurse lak cirit birit. Naper nak malu sangat?”
“Bukannya kau…” Perlahan nadanya.
“Apa? Kau nak doktor Nick gigolo tu yang
mandikan kau?”
“Bukan!” Tertelan suaranya, lalu nafas
dihembus deras. “Bukan itu maksud aku…”
Bibir mengukir senyum. “Jadi takpa la kan. Aku
yang mandikan kau, tak salahkan? Kita suami isteri… jangan la malu sangat.”
Kaki melangkah lagi setapak tanpa bunyi.
Aqi mengeluh. “I know… tapi…” Bibir digigit dan panas di wajah meningkat habanya.
“Did… did you see…”
“See…
what?”
Bibir digigit lebih kuat. “The-the… the…”
“I can’t
undress you with my eye shut.”
Umar menjawab terus tanpa sempat Aqi menghabiskan kata.
Tersentap gadis itu!! Peluh dingin pecah terus
di dahi, lalu wajahnya diraup menahan malu. Malu yang dirasanya bukan sejentik
dua. Malu yang sampai rasa nak fly
balik Frankfurt sekarang jugak! Taknak tengok Umar buat masa sekarang.
“Aaaaarggh…” Menderam. Rasa nak menangis sekarang. Dia betul-betul nak menangis
sekarang…!! Rambut diraup kasar dan ditarik kuat dari kulit kepala, cuba
bertenang dan menambah ruang untuk otak. Pada masa ini, sakit membantunya sedar
realiti yang sedang dialami!
Umar di
belakang tersenyum bersahaja. “Aku dah tengok tubuh kau lebih dari tu. Kenapa
nak kisah?” Pinggang dicekak sebelah.
Refleks Aqi memusingkan tubuhnya ke belakang,
menentang pandangan lelaki itu dengan riak merah nak menangis. Malu yang tak
tertahan membuat matanya terasa panas berkaca. Walaubagaimanapun, lidah gagal
menuturkan kata-kata bila akalnya jua sedang huru hara untuk mengawal otak
supaya mampu membalas bicara lelaki tersebut. Aqi menggigit bibir dengan tangan
digenggam erat. Dia speechless!!
Umar tenang merenung. Gadis itu sungguh comel
di matanya sekarang, walaupun sebal jua hatinya kerana faham dengan penolakan
ego Aqi. Masih tak dapat nak hakikat seorang isteri ke Aqi? Umar merapat, dan
kepala isterinya disentuh.
“Its not
wrong at all you idiot. Kenapa nak merajuk nangis-nangis pula…” ujarnya
datar. Kepala Aqi diramas, mengacau rambut panjang itu. Aqi tertunduk sebal.
Hingus cair yang terasa nak mengalir ditarik kasar. Umar mengerling, tersenyum
kecil. “Dah okey dah? Jangan lari dari aku lagi,” ujar lelaki lagi.
Aqi menggigit bibir, kembali mengadap tingkap.
“It… its not like… aku tak suka…. Tapi bila dapat tau I’m being undress masa aku tak sedar…”
Mata terkelip berkali-kali dengan nafas tertahan. “…doesn’t seemed enjoyable.” Akhirnya dilepaskan. Nafas dihembus
panjang dan oksigen ditarik lagi. Masih cuba memberi nafas baru pada jantung
dan akal. Aqi menggigit daging pipi. “What
else did you do?” Jeling.
Terdiam dia, tetapi diisi dengan ketawa yang
nakal. Perlahan sekali. Aqi terdiam, meneguk liur berpasir. Terasa tidak adil
kerana Umar berseronok tanpa mengajaknya. Hmf!
Umar tersenyum nipis, terus merenung langit sambil
terus mengusap kepala insan di sebelah. Dia faham rajuk Aqi walaupun kurang
mengerti apa dia yang nak dimalukan sedangkan mereka dah tidur bersama. Tetapi
buat masa ini, kembalikan gadis itu pada rentak asalnya ialah yang paling
penting. Kalau tidak, sampai esok pun dia mungkin tidak akan mampu melihat
wajah ceria itu atau mendengar suara merdunya. Umar mendongak ke langit, “Kau
tengok apa dari tadi? Bintang?”
Aqi turut mendongak dibuatnya, merenung dada
langit. Bintang? Aku pun tak pasti aku
tengok apa…
“I heard
that ada hujan meteor malam ni.”
Hujan meteor? That meteor shower ke? “Malaysia mana ada meteor shower.” Dibawah sedar dia membantah.
Umar mengangkat kening, tersenyum lalu. “Sure we have. Perancangan Allah bukannya
kita tahu pun. Lagipun, kau tak belajar astronomi nak pertikaikan takde hujan
meteor kat Malaysia.”
Aqi meleret bibirnya. Senyap lagi. Umar
tersenyum kecil, terus merapat dan cuba berusaha mengalihkan perhatian si
isteri dari perkara yang mengusik ketenangannya.
“Kalau la ada bintang jatuh malam ni…”
Ketawa Aqi terlepas berupa sedakan. Menoleh
mamat itu dibuatnya.
“Mana ada bintang jatuh. Direct translation ke apa.” Aqi tersengih kecil.
Umar sengih saja. Suka tengok Aqi gelak.
“Biarlah apa bahasa dia, asalkan kau faham. Kau taknak tengok?”
“Tengok apa?”
“Bintang
jatuh.”
Ketawa kecil lagi, lalu mendongak lagi.
“Taknak. Disaster.” Umar mengerutkan
dahi. “Kalau taik bintang takpa jugak. Kalau bintang jatuh, dunia tengah kiamat
la tu.”
“Mulut… celupar.” Kepala Aqi diluku. Gadis itu
tersengih nipis. Dah jadi seperti sedia kala. Lega dia. Umar menopang kepala,
merenung sisi wajah itu. Cantik di bawah sinar bulan dan lampu jalan bawah
sana. Senyum menguntum.
“Bintang memang hebat kan? Taik dia je boleh
buat kau suka,” ujarnya senada, sedikit berbau cemburu. Aqi menoleh terkejut.
“Apa ke…!” Bahu Umar dipukul. “Pakai la bahasa
betul sikit.”
“Salah ke bahasa aku?” Muncungnya menggosok
bahu. Pukulan Aqi bukannya boleh dibuat main. Kuat.
“DBP boleh saman kau tau tak!”
“Pandai je buat isu” Umar mencemik, lalu
mendongak ke atas. Matanya membesar. “Taik!”
Aqi terkejut, lekas mendongak dengan mata membesar.
“Mana?!” Bulat sekali matanya melata pandang pada langit hitam, mencari ekor
meteor.
“Burung.” Umar menyambung. “Hahahaha… haru…
haru.” Kepala siap digelengkan.
Aqi menoleh dengan mata membulat. “Eeeiii!!”
Lengan Umar dipukul lagi. Lebih kuat! Mengaduh lelaki itu dibuatnya. Lengan
digosok sakit. Aqi mendengus.
“Padan muka!”
Umar mendesis. “Ganas kau ni… tak baik tau
pukul suami.”
“Tak baik tau mainkan isteri,” balas Aqi,
menjuih. “Baru je aku berharap dapat tengok…” Punah harapan! Hancuss!
“Bintang jatuh?” Umar memotong.
“Whatever.”
Malas nak layan.
Lelaki itu tersengih saja, lalu mengeluarkan
rantai dari poket seluarnya dan dijatuhkan buah rantai bintang berkembar itu
dari atas kepala Aqi. Jatuh, tepat di hadapan muka gadis itu. Terkejut dibuatnya.
Loading. “Eeh??”
“Bintang jatuh.” Umar menguntum senyum tampan.
Buah rantai itu dicapai, lalu Umar yang masih tersenyum
dipandang. Lelaki itu mengangkat kening padanya. Aqi terkebil-kebil, memandang
lagi buah loket di tangan. Rantai ini yang mereka tengok di Langkawi hari itu…
ahaha? Seri ceria Aqi membuak. “Bila masa kau beli?” soalnya dengan senyum
lebar, hingga menampakkan barisan gigi. Lelaki itu menggeleng, membuat Aqi
mengerut dahi.
“Yang dulu tu aku tak. Design loket dia aku ingat. Order
kat kedai lain with higher quality and
pure white gold,” senyumnya. “Untuk kau. Pakai la.”
Mata hitam itu bersinar sekali memandangnya.
Tak kalah menang dengan sinaran bintang-bintang di langit kini. Kulit pipi yang
pucat bertukar rona menjadi merah jambu. Blusher
semulajadi yang cantik dan mempesonakan, sekaligus mengghairahkan. Bibir nipis
lalu tersenyum indah. Senyuman yang tak pernah lahir sebelum ini, khas untuk
lelaki itu. Dan nyata Umar kaku menerimanya. Terasa sesuatu menusuk dalam hati,
berkembang.
Aqi menunduk, nak menanggalkan rantai bertali
hitam yang tergantung di leher. Umar tersedar lalu menunduk. “Meh aku tolong.”
Gadis itu terkedu sebentar, lalu memanjangkan
tengkuknya. Rambut yang lepas bebas tadi diikat simpul. Tangan Umar yang
melingkar ke belakang leher dibiarkan dan jantung mula berdebar. Terhidu
haruman lelaki itu, menghangatkan jiwanya. Aqi meneguk liur.
“Nah.” Umar menyerahkan rantai berloketkan
wisel berbentuk silinder itu. Aqi menyambut dan rantai bintang kembar itu
diambil si suami itu tanpa kata. Aqi terkedu lagi. Dan tangan Umar melingkar di
leher jinjangnya lagi.
Aqi mengangkat pandangan, pada bulu mata yang
melentik cantik itu. Tak jelas kalau berhadapan sebab cermin matanya, tapi bila
dilihat secara dekat begini, memang nampak. Dan pada mata hazel di sebalik spek
bingkai hitam itu… asset paling berharga milik Umar. Pada hidungnya, mulutnya
dan seluruh riasnya. Lelaki ini memang kacak. Mengaku.
Tersentap dia bila lelaki itu menunduk
tiba-tiba. Berpandangan mereka seketika. Masing-masing membatu kaku. Jantung
dah makin kuat berdetap. Sama kencang. Tangan Umar di belakang tengkuknya dah
mula bermain di situ, meramas lembut. Jiwa Aqi makin hangat, bergelora. Perasan
atau tidak, lelaki itu makin menunduk, mendekatkan wajah mereka. Redup sekali pandangan
si mata hazel yang menerkam pandangannya, melahirkan satu perasaan yang sukar
difahami. Aqi mengukir senyum di bawah sedar. Menanti.
“Kak Aqi!! Kak Bat suruh turun! Makan!” Zaki
menjerit di luar bilik sambil mengetuk pintu. Perlahan saja, namun cukup untuk
membuat dua insan itu berhenti berkhayal dan kembali turun ke bumi.
Umar terhenti. Aqi melarikan pandangan, lalu
menundukkan wajah. Segan pula rasanya bila gagal mencapai objektif. Bibir
terasa kering, lalu dibasahkan dengan lidah.
“Okey…” balasnya lalu memandang Umar. Mamat
itu masih terkaku. Aqi senyum saja, menahan segan. Tangan menyentuh dada Umar,
lalu baju itu digenggamnya kuat. Lelaki itu ditarik supaya menunduk. Umar
terperanjat dan lebih terperanjat saat mulut dikucup si isteri. Ringkas.
Senyuman Aqi direnung. Lekuk terindah di bibir merah itu cukup pemalu sifatnya.
“Its for
– for the necklace…”
Senyap. Segan. Aqi
perlahan-lahan beralih dan tangan di dalam genggaman Umar ditarik lepas. Gadis
itu keluar dari bilik. Si suami yang ditinggalkan menghela nafas panjang, lalu
tubuh direbahkan ke katil.
Tak lama selepas itu, Aqi
kembali ke bilik tidur. Cuci muka, berus gigi, si suami di katil yang cukup
lepak berbaring dengan kedua belah tangan di belakang kepala dipandang.
Tersenyum-senyum. Entah apa yang disenyumkan, Aqi malas nak ambil kisah. Tshirt
hitam kosong yang dipakai ditanggalkan dan digantikan dengan baju tidur seksi
pemberian Umar.
“Dah tak malu tukar baju
depan aku, huh?” Umar menegur di katil dengan sengih nakal. Aqi menjuih bibir
bawah, tidak menoleh. Dah segala bagai pun nampak, nak malukan apa lagi. Segan
menggila nak balik rumah kedua pun tak ada guna kerana dah memang aurat ni
untuk dia. Pulak tu, dapat pahala sebab buat dia gembira. Aqi akhirnya tenang
dari taufan yang melanda di jiwanya sejam tadi.
“Aren’t you glad…” balasnya.
Umar tergelak perlahan. “I sure am.”
Aqi menutup lampu utama manakala
lampu tidur dipasang. Suram romantik. Gadis itu baru nak masuk dalam selimut
sebelum perasan Umar dah pun merentang tangan kanannya. Mata yang masih ditutup
kaca mata itu ditentang. Umar kekal tersenyum walau tahap lebarnya sudah
memanjang sedikit. Mata mengisyaratkan ruang kosong di lengan, meminta Aqi
berbaring di situ. Gadis itu meluahkan nafas, sekadar menurut. Telapak tangan Umar
dijadikan bantal. Tergelak lelaki itu dibuatnya.
“Apa la nasib aku dapat
bini yang begini.” Tubuh itu terus ditarik supaya merapat ke tubuh. Aqi
membiarkan. Pandangannya bertaut dengan renungan anak mata hazel itu. Umar
mengukir senyum. “Do you remember my
10 demands? Masih ada 7 lebih kan?”
“Still up to it?” Aqi menarik cermin mata di pangkal hidung lelaki
itu. Umar membiarkan. Cermin mata bingkai hitam tebal itu diletaknya di hujung
bantal.
“Yeah…” Bantal di pelukan
Aqi ditarik supaya dilepaskan. Selamba dibaling ke lantai.
Aqi meleret bibir. “That demand sepatutnya dah habis. Considering your demandsmacam you want me love you, you want me spend my
life with you, you want me lunch with you, you want me to bath with you, you
want me to massage your body, you want me to read you a book, you want me to wear
bla bla bla… macam-macam.”
“Kalau macam tu, fine. I’ll use my last demand.” Pinggang
isterinya dirangkul dan ditarik rapat hingga bertemu tubuh.
“Apa dia?”
“Jom keluar dari rumah ni
dan bina keluarga kita sendiri?”
Terkaku seketika sebelum
tersenyum. “Tu dah dua demand
namanya, awak.” Hidung suami dicuit.
“Ah, tak payah kisah
dengan detail kecik gitu… so, cemane?”
Wajahnya dirapatkan bersama sengih.
“Keluarga kita… eh?” Mata
dah mula membayangkan keluarga mereka di masa hadapan. Pada dia, Umar dan si
kecil. Dua si kecil. Tiga si kecil. Aqi tersenyum bahagia tanpa dapat dipaksa.
Umar turut tersenyum dibuatnya.
“Em…. We’ll live together, in our little house with beautiful lawn untuk
anak kita belajar silat.”
Aqi tertawa geli hati.
Umar mengucup pipi isterinya.
“Silat belaka. Nak bagi
dia martial art skill, bagi la. Asal
jangan bagi skil bertumbuk jalanan macam yang awak punya…” Nada merendah dan
semakin tenggelam bila mulut Umar meliar di tengkuk. Tangan yang merayap di
tubuh dipegangnya. Aqi menunduk, mencari mata kuyu itu. “Mar…”
Angan-angan tentang rumah
sendiri dan keluarga untuk dibina tergantung tanpa benang, semakin menghilang
di fikiran masing-masing saat minit ke tengah malam semakin mendekat. Itu ialah
rahsia.