Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 14

“Mana ada orang cakap nak drill basketball nak main bola…!” Geram Aqi membaling bola coklat itu ke arah Umar. Lekas lelaki itu mengelak.

“Aku la yang cakap.”

“Heish!” Buat penat je aku fikir pelik-pelik. Naufal yang berlari-lari excited di D didekati. Umar memandang hairan. Pelik melihat emosi Aqi berubah tiba-tiba. Kepala digeleng, malas nak memahami. Bola keranjang di gelanggang didapatkan. Haha. Dah lama tak main. Umar menoleh memandang Aqi yang dah merangkul budak tiga tahun itu di sana.

“Aqi oi. Nak match tak? One on one.

“Taknak.”

Umar memuncung mendengar jawapan cepat tidak berfikir itu. “Jangan la dingin sangat. Aku bawa kau ke sini pasal nak bermain tau.” Bola coklat itu dilantunkan. “Cuaca pun sedap ni nak bersukan.”

“Mana ada orang date pergi bersukan.”

“Amboi? Stereotaip.”

“Lagipun, aku tak cakap aku nak main.”

“Aku yang nak main ngan kau,” desisnya. Bola keranjang di tangan terus dilantun beberapa kali sebelum bergerak ke luar D. Bola dilantun lalu dilontar. Masuk ke bakul.

“Peeewit! Lontaran hebat 3 mata dari uncleUmar ke jaring!!” jerit Aqi sambil menepuk tangan Naufal di ribanya. Umar menoleh, mendesis. Wajah Aqi yang tersengih lawak dipandang. Dah okey dah? Lalu dia melangkah ke arah gadis itu.

“Lepak, sedari?”

I can’t leave without my love~” Menyanyi dia sambil menarik Naufal rapat ke tubuh. Budak itu terkekeh nakal. Umar ketawa kecil, lalu duduk di sebelah gadisnya.

What makes you turns out to be this pagal,” sengihnya. Aqi menoleh dengan dahi berkerut.

“Ada ke gabung English dengan Hindustan. Kau lagi pagal.” Pagal. Gila.

It called arts,” sengih Umar, lalu menyokong badan dengan tangannya ke belakang. Backboard yang dah lusuh dipandang. “Lega kau dah tak emo.

Aqi memuncung, turut menala pandang pada backboard. “Mana ada aku emo.

You’re one type of woman yang sangat lurus.” Aqi dijeling. “Whatever in your heart, you’ll express it out walaupun kau cuba sembunyikan,” senyumnya, menolak kepala Aqi ke tepi.

“Mana… bunyi cam tipu.” Gadis itu mencemik, menarik balik kepala yang jatuh. “Bluffing je.”

“Apa-apa la Aqi.” Nafasnya terluah. Asal aku je yang faham. Dia bersila, mengadap gadis itu. “So, apa yang kat kepala kau sekarang?”

“Kau boleh baca kan?” Dia menjeling. Umar sengih.

Lemme guess… kau cakap aku hensem?”

Tersedak Aqi lalu ketawa kuat. “Blah la kau…! Hahaha!”

“Bukan? Jadi kau tengah fikir nak masak apa dinner nanti. Oh wait, kau tak reti memasak.”

Lengan sasa itu ditumbuk. “Mana… aku tengah fikir…” Dia tersengih, menjeling Umar. “I’m glad I met you.

“Huh?” Blur mamat itu dibuatnya. Kata-kata Aqi diresap masuk dalam kepala dan dihantar ke hati. Barulah jantungnya berdegup sedikit kencang.

Aqi senyum saja. “Don’t take heart just…” Mata dialih ke hadapan. “Idea lepak kat sini… not half bad,” ujarnya dengan senyum puas hati. Angin petang yang bertiup membelai tubuh kurusnya. Aqi menolak anak rambut ke atas, menikmati angin sejuk itu.

“Oi.” Umar menyentuh dadanya. “Berdebar aku dibuat kau.” Terus terang.

Aqi menjeling, tersenyum sumbing. “Susah nak lupakan Danny, memang betul. Lagi-lagi pasal dia mati depan aku. Perasaan tu…” Telapak tangan kanan dilihat. Umar merenungnya. Wajah Aqi memurung lagi. “Aku tak boleh lupa.”

“Bang Danny mati depan kau?” soalnya. “How come?” Terus terang, dia tak pernah tahu kisah gadis itu. Semua peristiwa penting yang berlaku pada Aqi ialah ketika dia berada di tanah Korea. Apa yang diketahui Farid yang menjadi sumber informasi pula sangat terhad maklumatnya. Dan cuma dari mulut Aqilah semua kisah itu ada.

Gadis itu tersenyum sumbing. “Kau nak dengar ke ni?”

“Panjang ke ceritanya?” Aqi mengangguk. Umar mendehem. “Pendekkan.”

Welllong story short… aku diculik.” Bahu Naufal dirangkulnya. Sejarah diselak.

Kecoh. Danny menoleh. John tiba-tiba meloncat dan menundukkan seorang pegawai polis. Pistol dirampasnya lalu John membuat tembakan rambang. Dah naik gila. Danny cemas! Aqi! Dia berlari ke arah adik angkatnya itu.

Aqi terkejut, terjatuh terduduk bila tersadung kaki sendiri. Ahmad dan Syah dah menunduk melindungi kepala. Sangat cemas!! John tiba-tiba menoleh padanya. Aqi pucat terus. John dah menekan picu bila dua orang polis sama-sama menundukkannya. Aqi pula kaku terkedu. Peluru John tidak sampai padanya tapi masuk pula ke dalam daging Danny, tepat merodok jantung. Bulat matanya melihat abang angkatnya itu melindungi dia, berdiri di hadapannya dengan tangan terbentang luas.

Pandangan Danny kabur. Bisa di belakang terasa merebak ke seluruh tubuh. Organnya terasa kembang. Anak mata sempat fokus, melihat adik perempuan yang terlongo di hadapannya. Danny tersenyum. Lega Aqi okey.

“Da...”

Tubuh Danny jatuh ke atas Aqi. Terkejut! Berat beban tubuh itu namun ditampung juga. Aqi menggerak-gerakkan tubuh lelaki itu, kuat sambil menjerit memanggil namanya. Tangan terasa basah. Aqi mengalih telapak tangan yang melekat di belakang Danny. Dilihatnya. Merah dengan darah. Anak mata Aqi mengecil, kabur seketika.

“DANNY!!!” Dia menjerit sekuat hati. Menggoyang tubuh yang dah tak bergerak itu sekuat hati. Air mata mencucur jatuh bagai hujan, menuruni pipinya. Aqi teresak. Tangannya terus menggoyangkan tubuh layu Danny. Pihak polis datang padanya dan mendapatkan Aqi. Aqi tak melepaskan, terus memeluk abangnya itu.

“Doktor! Please!! Doktor!! Come here! Cepat...!!” jeritnya lagi. Tiba-tiba lelaki itu terbatuk sekali. Aqi mengalih kepala, tersenyum gembira. “Danny!!”

Lelaki itu mengah. Nafas turun naik tak tentu. Terbaring dia di tanah dengan darah terus mengalir membasahi bumi.

“Danny, please. Bangun. Bangun…! Kau dah janji ngan aku tak mati… kau dah janji nak jaga aku….” Aqi terus mengalir air mata merayu. Mata hitam lelaki itu perlahan-lahan naik ke atas. Mulut terkumat-kamit nak menyebut sesuatu namun tak dapat. Lalu seorang pegawai polis menunduk, mengucap dua kalimah Syahadah di telinganya. Aqi naik marah. Terus ditolak pegawai polis itu.

“Apa kau buat! Danny tak mati lagi!! Dia dah janji tak ma….” Terhenti kata-katanya. Satu suara berbisik di telinga.

Kalau aku tak mati depan kau, jangan percaya cakap sesapa yang aku mati…

Suara Danny. Suara dalam kenangan. Liur Aqi tertelan ke rengkung. Mata hitam memandang ke bawah. Dada Danny dah tak bergerak. Desah nafas Danny dah tak kedengaran. Muka Danny tenang macam baby tidur. Bibir Danny dah biru. Danny dah tiada.

Air mata Aqi meleleh deras. Umar lekas menarik Aqi ke pelukan. Naufal di antara mereka kesempitan ruang, lalu dia berusaha keluar di antara keduanya. Aqi menggigit bibir, menahan rawan walaupun esak yang meletus keluar sudah sukar nak dihentikan. Air mata terus menerus menuruni pipi. Lalu wajah dibenam ke dada si suami. Aqi melepaskan tangis di situ.

Umar tersenyum sayu. Kepala Aqi diusap-usap lembut. Tshirt yang dipakainya dah basah dengan air mata Aqi. Dagu direhatkan atas kepala isterinya, dan Naufal yang tercegat melihat mereka berpelukan ditarik supaya duduk. Umar mengekalkan senyum, menggosok kepala Naufal.

Therethere… sayang…”

Aqi menarik hingus cair. Walau masih ada ruang untuk menangis, dia menghentikan sedunya. Tubuh Umar ditolak perlahan. Hingus cair ditarik lagi dan air mata di pipi dikesat. “Thanksand sorry…”

Don’t be…” Tersengih saja lelaki itu. “Salah aku jugak ne’way sebab buat kau ingat kenangan pahit tu…”

Aqi mendiam, terus mengelap wajah yang basah. Naufal yang merenungnya dengan riak tangis dipandang. Aqi memaksa senyum, lalu meminta maaf pada budak kecil itu kerana melihatnya menangis.

Umar melihat Tshirtnya. Sembap! “You know Aqi, I don’t mind your tears… tapi your snot…” Hingus pekat dan likat itu cukup nampak pada round neck hitamnya. Nak lap pun ragu-ragu. Kening diangkat sebelah bersama senyum redha.

That’s what you get for trying to be gentleman.”

“Haha… you know, that’s not how you say thanks to the person who lend their shoulder for you to cry on.”

And then complaining?” Aqi menjeling dengan mata sembapnya. Umar mendesis. Baru kejap tadi kau haru pilu, sekarang dah balik kepada Aqi yang asal. Nafas terhembus.

I’m glad you okay again.”

“Em…” Hujung mata digaru. Gatal. “Aku rasa lega jugak sebab boleh nangis. Penat kut tahan perasaan ni. Rasa dia berat.” Lelaki itu dikerlingnya, lalu senyum dihulur. “Thanks. Aku betul-betul dah lega sekarang.”

Umar mengangkat keningnya tinggi. Hujung bibirnya cukup mudah nak melengkuk naik sekarang. “We-well, I’m a gentleman afterall…” Kembang hidung.

“Em…” Kepala Naufal dikucupnya. Lama. Senyuman terakhir Danny turut terbayang di ruang mata. Pandangan Aqi meredup. Kepala digeleng perlahan dan tisu di dalam tas tangan diambil. Sehelai tisu ditarik keluar dan hingusnya pada baju Umar dilap. Satu lagi tisu digunakan untuk membalut tisu yang kotor. Dimana nak buang….

Tangannya dicapai Umar kemudian, menghentikan tingkahnya. Aqi melangut, menentang wajah yang tersenyum padanya. Pipinya pula dipicit sebelah. “Senyum la please…”

Aqi membiarkan saja pipinya dicubit. Tisu diletakkan ke tepi. Umar direnung, terutama pada senyum yang tidak menghilang di bibir merahnya. Dia lelaki yang tidak merokok, dan dia lelaki yang ambil berat pasal aku. “Whenever aku ingat Danny, ayat itu je yang kau keluar. Smile. Smile. Smile.”

Meaning, a really want to see your smile.” Tarik lagi kuat. Aqi mendesis sakit. Lelaki itu yang menjelir lidah ditentang pandangannya. “It lighten up my day ne’way,” lanjutnya terus dari hati. Aqi terkedu sedikit. Bibir digigit bawah sedar. Umar memandang saja.

“Pandai kau bercakap.” Tangan Umar ditepis lalu digosok pipinya. Otot muka dipaksa tarik supaya bibirnya meleret. Entah macammana rupanya sekarang. Adalah macam sengih Gru dalam Miserable Me agaknya? “Okey?” Ibu jari diangkat. Umar ketawa dibuatnya.

“Kau ni cute.

“Aku tau. Hik hik.” Sengihnya lawak. Umar ketawa lagi. Naufal ikut ketawa, terkekeh. “I got that ton timesdari Dean.” Aqi melanjut, akhirnya tersenyum ikhlas.

It was all about Bang Danny, ey?” Ketawa Umar memudar bertukar menjadi senyum meleret. “Jadi from this moment,semua memori kau will be about me.” Tangan Aqi ditarik lalu jari kelingking gadis itu dikeluarkan. Jari kelingking mereka bertaut.

“Janji apa ni?”

Pinkie promise.”

Pink jugak attitude kau ni.”

“Cakaplah apa-apapun Aqi… yang penting aku akan bersama dengan aku, aku akan jaga kau, sampai mati…” Refleks Aqi menarik balik jarinya. Berubah tegang. Umar hairan memandang.

“Jangan… sampai mati… aku taknak kau mati…”

“Aqi…”

“Aku taknak kau mati dulu… please!” pintanya dengan riak gerun. Wajah Danny terbayang di muka Umar. Baju itu digenggam. “Jangan mati macam Danny… please…”

“Sapa cakap aku mati dulu?” bantah Umar, memegang tangan Aqi di baju lalu ditarik melepaskan bajunya.

“Jangan cakap macam tu…! Danny pun cakap dia nak jaga aku sampai dia mati… dan dia betul-betul mati depan aku sebab nak jaga aku!” bentak Aqi hampir menangis. Trauma dengan janji yang sama. Umar terkedu. “Tolong jangan tinggalkan aku macam dia… please…”

“Aqi… hey…”

Please Mar… jangan… isk isk…” sebaknya dengan mata yang dah berkaca. Naufal mendongak memandang auntienya dengan wajah memerah. Lalu dia mengangkat tangan, dan memeluk leher Aqi. Terkejut gadis itu, menunduk.

“Pal…”

Umar menghela nafas dalam. Itu sebabnya rupanya. What a promise. Tangan Aqi ditarik padanya dan dia sendiri menunduk merapati gadis itu. Aqi dipeluk lagi, dan kali ini Aqi terpempam terperanjat.

“Kau si bodoh. Semua tu kehendak Allah. What had happened is all planned up there. Yang kau nak nangis pasal tu kenapa?”

Mata Aqi membesar sedikit. Anak mata dijeling ke ekor mata, memandang rambut Umar yang pendek. Naufal diantara mereka tak melepaskan pautannya pada wanita itu.

“Apa dah jadi, jadi la. Come back to your sense. Aku ada to support you, and so the rest in your sphere. You haveAllah too,” bisik Umar. “What kind of emotion that engulf you hidup-hidup macam ni, Aqi?” Tubuh itu dilepaskan. Aqi dah berendam dengan air mata, lalu disekanya air jernih itu. “Aku sayang kau. Walau apa pun jadi pasni, aku yang jaga kau, kay? Lit that spirit of yours, continue living. Bukankah ini sebab kau lari ke German dulu?”

“Kau tak tau apa apa.” Aqi menolak Umar perlahan, menambahkan jarak antara mereka. Terkedu lelaki itu. Air mata diseka sendiri, dan Naufal ditarik dari leher. “I am living. Kalau tak aku dah dalam kubur sekarang… along withDean.”

“Jadi naper kau tak pasal-pasal nangis?”

“Pasal aku sedih la!” Geram dia, “Each and everyone of you, aku sayang sangat-sangat. And what had happened toDanny, aku taknak jadi kat kau…” Hingus cair ditarik. “Aku tak bersedia langsung bila dia meninggal… too sudden to be true.”

Umar tersenyum nipis mendengarnya. “What a wimp.” Dahi Aqi dijentik. Mengaduh sedikit dia. “Kau tengah cakap pasal maut sekarang ni. Things like that can occur anytime la. Kalau kau tak beriman dengan qada dan qadar Allah dengan sepenuh hati, mau kena hantar ke Hospital Bahagia.”

Aqi mengesat lagi air matanya. “Sibuk,” senyumnya dengan esak yang masih cuba dikawal. “Because I love you, idiot.

Tersengih Umar mendengarnya, lalu hidung Aqi dicuit. “Kan best kalau lovekau tu more than a sister to her brother.”

“Hoho? Kau nak macammana?”

Wajah Aqi yang tersenyum bertanya direnung serius, lalu terlepas gelaknya! Kuat sekali! Terundur kepala Aqi, terperanjat. Naufal sama terkejut. Kenapa dengan lelaki itu tiba-tiba? Umar mematikan ketawanya dan menghadiahkan jentikan ke dahi Aqi.

“Hei!” Dahi digosok. “Kau dah kenapa tiba-tiba? Sakitlah…”

“Hah. Tanya lagi soalan bodoh macam tu.”

Aqi mendesis geram. “I ask direct question boh. Yang kau gi jawab ngan starlight tu apesal…”

“Yang tu bukan starlight sayang… kalau nak startlight, macam ni ha…” Telapak tangan kanan dilekap ke muka Aqi sebelum jari hantunya ditarik ke belakang. Detup bunyinya bila dilepaskan ke dahi licin itu.

“Ack!!” Aqi menutup dahinya dengan kedua belah tangan. Umar yang bernafsu dengan ketawa dipandang geram. Sampai hati…. Tak lama, mata dah mula terasa panas berair kembali. Riaknya berkerut dan bibir digigit. Mata yang merenung Umar cukup merah berkaca. Kecik ati!

Ketawa Umar tenggelam ke anak tekak. Terkaku. “Err… Aqi?” Perasan jua dia, tangis yang kali ini bukan tangisan kesedihan untuk Danny.

Tanpa kata, Naufal ditarik dan dia pergi dari situ. Umar kelam kabut mengejar.

Previous: chapter 13
Next: chapter 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.