Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 10

Awal pagi, keduanya dikejutkan dengan alarm pagi. Umar masih pejal, berbaring selesa di hujung sudut katil, sementara Aqi membuka matanya perlahan. Sakit mata dengan lampu bilik yang terang. Umar dah bangun? Awalnya…

Kepala ditoleh, melihat almari yang terbuka dengan baju-baju yang cukup serabai di dalamnnya tak berkemas. Menguap lagi. Belakang tengkuk digaru, sambil mata meliar ke seluruh ruang bilik. Mana mamat tu… dia sangat bersemangat semalam. Aku tak ingat pula tolong dia pilih baju… dah tertidur. Lepas dia tanya soalan pelik-pelik….

Anak haram.

Mata Aqi automatik segar. Wajah Umar yang tersenyum melayang ke benak. Hatinya terasa sesuatu namun tidak pasti apa dia. Apa yang dia ingat, mereka sudah berbincang sampai naik kaki dan tangan berkenaan isu status jejaka itu pada satu masa dahulu… jadi kenapa tiba-tiba ditimbulkan sekarang? Aqi lupa nak bertanya.

And one more thing, kenapa terang sangat ni?? Hm? Tangan dibawa menutup mata, cuba meraih gelap dan nak mengundang kantuknya lagi. Masih cuba nak tidur. Tubuh dibawa mengiring namun terasa susah menggerakkan seluruh kakinya. Aqi mengangkat kepala, melihat kepala Umar yang menghadap perut serta pahanya enak sekali dijadikan bantal peluk si suami. Membulat mata Aqi dengan darah menyirap naik ke muka.

“Gaaaaahh!!!” Buk!!

“Uhuuh!!” Umar mengaduh sakit, memegang perut yang dihentak lutut Aqi, lalu berpusing ke belakang dan terjatuh dari katil. Debuk bunyi tubuhnya bertemu lantai yang keras. Mengaduh lagi. Aqi menggigit bibir, bangkit duduk sambil menutup tubuh dengan selimut.

“Apa kau buat!!” Terjerit dia dengan muka merah macam cili besar. Umar bangun, bertahan sebelah lengan pada katil. Muka yang masih memeh mengantuk itu didirikan di katil, menentang riak cuak itu sambil mengusap perutnya yang sakit. Aqi menggigil di bawah sedarnya. “Bila masa kau kat…?!” Tak terkeluar ayat.

“Kau ni dah kenapa? Pagi-pagi dah buat kecoh…” Umar memuncung. “Sakit pulak tu…” Perut diusap lagi. Haru betul bangun pagi dapat hadiah yang begini.

“Tanya diri sendiri la!” geram Aqi. Masih tak sedar-sedar?

“Haaa?” Umar memandang wajah yang dah merah itu. “Aku kenapa pulak?”

Aqi mendengus. Memang tak sedar. Nafas ditarik dalam-dalam, menenangkan jantung yang kencang berdegup. “Drop dead. Kau tak mandi lagi? Kau kerja kan hari ni? Baju dah gosok ke belum? At least cuci muka la dulu.”

Umar terkebil. “Ha’ah…” Menguap lagi buat kesekian kali, lalu tubuh diangkat, bangun. Malas rasanya. Tuala dicapai dan dia masuk ke bilik mandi. Aqi kembali berbaring dengan bibir terkumat kamit merungut, dan membulat matanya bila melihat Umar keluar cuma dengan tuala. Muka pula masih memeh, mengantuk. Mandi kambing le tu.

Lelaki itu mengadap almari sambil menggosok kepala yang masih basah menitik air ke bahu. Nak pakai apa? Bantai je la…. Pakaian dalam dikenakan dulu sebelum tangannya mencapai T-shirt pagoda.

“Aqi,” panggilnya menoleh. Aqi yang dah kembali berbaring sambil menutup seluruh tubuh dengan selimut dipandang. “Aku tau kau dah bangun. Why don’t you wake up and we Jemaah bersama?”

“Jemaah?”

“A’ah.”

Diam sebentar. “Kau dah berbaju?”

“Huh?” Blur kejap, sebelum faham sendiri. Dia ketawa kecil. Pemalu betul bini aku yang sorang ni. “Dah.”

“Betul?”

You heard me,” ujarnya dengan sengih. Aqi diam, lalu bangkit. “Tapi belum berseluar la,” lanjut Umar pula. Aqi mendecit terkejut lalu lekas memaling kepala ke arah bertentangan. Ketawa jejaka itu lalu.

Joking. Hehehe.”

“Jangan ‘hehe’…!” geram Aqi.

“Ya… ya… pergi mandi ambik wuduk datang sini balik. I give you five minutes.

“Tsk…” Aqi menoleh, memandang lelaki itu. Bantal dicapai lalu dibaling geram. Umar menyambut macam menyambut bola keranjang dengan sebelah tangan. “Gaya macam bos besar sangat!”

I’m not, but I will.” Ketawa besar. Aqi mencemik saja, lantas bergerak ke bilik mandi.

Pertama kali mereka berjemaah bersama. Macam-macam perasaan yang bertamu, tapi yang pasti, keduanya rasa semacam… seronok. Selesai Umar berdoa, selesai Aqi mengaminkan sepenuh hati. Lelaki itu menoleh ke belakang. Seri wajah Aqi yang bertelekung direnung sepuasnya buat motivasi untuk hari ini.

My first day at job, wish me all the best,” sengihnya. Aqi menjuih.

“Tadi konon gaya CEO Yahoo!, sekarang macam bartenderamatur je.”

Wish me goodluck,” ulang Umar geram. Aqi tersengih, lawak.

Just go and let loose of yourself. People’re doing their best bila diorang in their best shape, kan?” ujarnya dengan senyum. Kening Umar terangkat.

Sometimes kau memang pandai bercakap.”

Senyum Aqi meluntur lalu muka dengan songkok itu direnung tajam. Umar nampak kacak di matanya macam tu. Dengan songkok itu. “Memang la aku pandai bercakap.”

Tersengih. “Biasanya kau bercakap dengan bahasa yang kasar…” Bibir Aqi disentuh dengan telunjuk. Tersentap gadis itu dibuatnya. “Woman shouldn’t use too much vulgar word.

Aqi mengalih kepala, sambil mengesat bibirnya. “Jangan la buat camtu. Batal air sembahyang aku…” tuturnya perlahan. Malu. Umar pula tertawa mendengarnya. Aqi menjeling, tersenyum kecil. “Lagipun I’m being meje.”

“Memang la you being you, tapi….” Tersenyum nipis. Aqi direnung lembut. “Be softer from now onla. Aku lebih suka kalau kau jadi lebih lembut.”

“Aku lebih suka kalau kau kurang complaining…” Aqi membalas selamba, merenung wajah yang tersenyum lembut padanya. Seaat dua, pandangan ditala ke lain. Hati yang terasa ditusuk panah yang datang entah dari mana dan ego yang terasa membantah sekaligus disembunyikan sepenuhnya.

“Hm. Degil.” Kepala Aqi diketuk perlahan.

Diam.

Aqi menggigit bibir. “Pergi kerja la.”

“Ya… ya…” Umar bangun. Aqi menjeling, lalu ikut bangkit dari sejadah. Telekung ditanggalkan dan semerbak harum rambutnya menusuk ke hidung. Umar menjeling.

One more thing. Aku dah lama nak tanya ni tapi asyik-asyik lupa. Apa mimpi kau simpan rambut panjang?” Rambut itu ditarik. Adei! Tangan Umar ditampar.

“Suka hati la. Ni resolve namanya.”

Impressive resolve you got there.

Aqi sengih. “Inspiration from Avril. Dah lama teringin nak ada rambut macam dia. Messy, tapi kekal cantik. Hahha…” Sengih sambil melipat telekung dan sejadah. Umar mengerut dahi, berpeluk tubuh.

She’s half bald now kalau aku tak silap.”

Not the current her la awak…” Aqi menjeling sengal. “I have this hair like, two years already. Takkan la saya nak gunting half bald jugak…” Intonasi Aqi terhenti. Dagunya ditunjal, terfikir. “Ha’ah? It’s not half-badkalau nak tukar gaya gitu…”

“Oih.” Mencekak pinggang si suami itu dibuatnya. “If you cut your hair half-bald, aku yang gunting terus rambut kau jadi fully bald.”

Aqi terkekeh mendengar ancaman si suami. “Pulak dah…”

Umar mengerut dahi, lalu tersenyum nipis. Walau apa apa pun, dia suka melihat gaya rambut gadisnya itu kali ini. Aqi yang pernah dikenalinya dulu tak pernah lari dari gaya rambut boycut. Kalau berambut panjang nanti susah nak berkelahi katanya…. Songkok ditarik dari kepala lalu dikenakan pada Aqi. Gadis itu yang sedang mengemas sejadah si suami menoleh terkejut. “You don’t look like a man anymore…”

Aqi mengerut dahi. “Aku masih tak faham statement kau yang tu. Dari dulu lagi.”

“Yela. Considering your fashion zaman dulu-dulu.” Bila dilihat sekilas, memang takkan perasan si gadis ini ialah seorang hawa. Lagi-lagi dek saiz tubuh yang kurus kecil seperti Lisa Surihani. Cuma Aqi lebih pendek dari artis itu.

“Zaman rock slumber… haha…” Sejadah digantung di tempatnya.

Umar meleret senyum nipis. Aqi yang mengumpul rambutnya dan disimpul dengan tangan, direnung. Aqi mencari getah rambut di meja soleknya. Mata Umar melekat pada dua biji subang stainless steel pada kedua belah telinga isterinya. Berlapis dahinya merenung. “Sayang, sini kejap.”

Aqi menjeling, seraya merapat tanpa soal. Umar menyentuh telinga itu, pada dua biji subang di cuping. Pandangan mata hazel itu cukup jelas soalannya – what’s this? Gadis itu terkedu. Erk, kantoi. Rambut terjatuh kembali ke bahu. Mata dilarikan ke dinding. “Er… em.”

Not er… em. Bila masa kau buat ni?” Monotone bertanya. Serius.

“Semalam… dengan Kak Bat. Kenapa? Tak suka?”

“Inspirasi dari Avril jugak?”

“Tak. My own conscious mind yang nakkan pierce.”

“Tanggalkan.”

Laksana perintah makamah menjatuhkan hukuman gantung mandatori kepada pesalah yang telah membunuh, Aqi terasa dirinya disambar kilat bila arahan Umar tersebut keluar. “Ja-janganlah…! Aku baru cucuk semalam and dia masih sangat fresh. Kalau tanggalkan sekarang, tertutup la lubang dia nanti…”

“Lebih baik begitu daripada stick dengan gaya telinga macam ni.”

“Umar…” Aqi merengek. Tangan lelaki itu dicapai dan digenggam kedua belah. “Please, anything but that. Aku dah lama nak ni…” Mata hazel itu ditentang tepat dengan riak bersungguh. Bersungguh-sungguh meminta. “At least dalam 3 bulan, baru lubang dia betul-betul terbentuk… aku tanggalkan la lepas tu…”

Umar mengeluh perlahan. “Bukan ke ada fashion lain yang lebih baik yang kau boleh berminat. Pakai tudung or anything. Kenapa nak pierce macam ni pulak? Tambah-tambah kau tak consult aku dulu nak buat perubahan kat badan kau ni.”

Aqi memuncung lalu menunduk. “Sebab aku tau kau akan tolak la, aku tak bagitau.”

Mengecil mata Umar dibuatnya. Tangan ditarik dari pegangan si isteri. “I don’t care. Tanggalkan.” Dia beralih ke almari.

“Umaaar…” Si isteri itu lekas mengejarnya, terus mencuba nak memujuk. Lelaki itu membiarkan sambil menanggalkan Tshirt pagoda. Rengekan Aqi terhenti, dan Umar menoleh. Gadis itu sedang membuang pandang ke lain. Tau malu. Senyumannya meleret nipis, dan pakaian sukan dicari.

Do you like that pierce so much?”

“Em…”

I don’t like it. So, macammana tu?”

Aqi terkedu, lalu menunduk. Nafas terhembus pendek. “Aku… tak tahu.”

Dan senyap. Lelaki itu mengenakan pakaian sukan manakala Aqi masih tercegat di sebelahnya tanpa sekalipun menoleh pada si suami. Jemarinya bermain sesama sendiri dengan akal yang cuba memikirkan cara untuk berkompromi dengan si suami. Aqi terperanjat bila tangan kasar itu tiba-tiba melekap di atas kepalanya. Rambutnya digosok. Aqi menoleh, menentang pandangan yang tersenyum itu.

Take it off.”

Umar melangkah keluar dari bilik, memulakan harinya dengan berjoging, meninggalkan Aqi yang menggigit bibir keberatan.


“AWAL kau bangun pagi ni, Aqi.” Farid menegur, melabuh duduk di kerusi makan. Gadis itu di singki menjeling. Bibir tersenyum nipis.

“Belajar memasak.”

I see… kau belajar masak apa?”

“Mi goreng.”

“Ler, mi goreng pun tak reti masak sampai kena belajar?”

Sentap. Lidahnya digigit di hujung gigi. “Yea… nampaknya macam tu la.” Haru.

Maya yang sedang menggoreng menoleh pada adik iparnya. Si suami di meja makan itu dipandang sebelum tenungannya beralih lagi pada Aqi. Maya tersenyum sumbing. “Meh la Aqi. Dah boleh la mi tu. Tak payah rendam lama sangat.”

“Ye Aqi. Jangan rendam mi tu lama sangat. Nanti kembang sangat, tak sedap pulak.” Farid bercakap pada cawan kopi di tangan.

Gadis itu senyap. Maya yang mengesan rajuk Aqi melepaskan ketawa janggal. “Akak rasa kamu dah boleh la buat masa ni. Nanti kita sambung…. Pergi ambik Mun. Kejap lagi bangun la dia.” Bahu si adik ipar ditepuk perlahan. Aqi mengangguk, lalu melangkah pergi. Farid menoleh menghantar bayang tubuh kurus itu menghilang dari dapur.

“Baru kembangkan mi dah berenti?”

“Abang!” Maya mencekak pinggang. Farid menoleh pula pada si isteri yang dah berdiri di sebelahnya. “Naper buat Aqi macam tu?”

“Apa? Abang buat apa?”

“Kecik ati dia abang cakap macam tu. Tak semua orang ada skil memasak. Dia dah mencuba yang terbaik…” desisnya. Farid menggaru pipi.

“Kalau dia terasa, baguslah.”

Terkelip si isteri dibuatnya. “Abang sengaja?”

Well, kalau dia terasa means dia tahu. Dan kalau dia tahu, maksudnya ada probability untuk dia nak berubah jadi lebih baik.” Kopi dihirup. “Ni pun untuk Umar jugak.”

Terlepas nafas Maya. “Apa ni…. Just untuk Umar, abang kena sakitkan hati Aqi?”

Farid mengerling bersama senyum. “That lady takkan give up just because abang make some provocation. Kalau sakitkan hati dia boleh buat dia berubah, then why not?”

Maya memicing. “I don’t like your way.” Dia berkalih.

Farid lekas bangkit. “Alala… kenapa kamu pulak yang marah ni. Abang sakitkan hati Aqi, bukannya kamu.” Lengan Maya dicapainya. Wanita itu berhenti melangkah, lalu menoleh pada suaminya.

“Aqi dah rasa bad enough dengan kelemahan dia. Bila abang dok ungkit-ungkit, lagi la dia sedih…”

“Iye…” Tubuh itu dipeluk.

“Abang tak rasa bersalah langsung…” desis Maya geram. Farid tersenyum nipis.

Its okay. Its okay, sayang…. If its Aqi, then takda masalah langsung.”

Maya mengerut dahi, nyata tidak faham. Namun terlepas jua sengihnya dalam kekeliruan. What? Bila agaknya dia akan faham apa di kepala suaminya ini? Kepala digeleng, mengalah.

Farid yang merenung wajah itu tersengih lebar. “Kamu comel la pagi ni. Macam-macam emosi in just a morning. Buat lagi muka marah tadi? Nak tengok.”

Pada masa yang sama, Aqi membuang masa di laman rumah. Kolam ikan koi menjadi perhatiannya. Sudah lama dia tidak mengelamun di situ. Dulu semasa zaman remaja, hampir setiap hari dia lepak di sini, membaca buku dan mendengar muzik. Suka memberi ikan makan. Sangat suka melihat ikan-ikan yang sihat ini bergaduh merebut makanan yang ditabur manusia. Aqi menguntum senyum nipis. Dia mencangkung di tepi kolam tersebut, dan tangan dipanjangkan bermain dengan air.

Ler, mi goreng pun tak reti nak masak sampai kena belajar?

Yes. I don’t even know how to cook even the simplest dish. Got a problem with that? Ego membidas. Aqi menghela nafas panjang. Wajah Umar terbayang di fikiran. Nafas sekali lagi terhembus, kali ini berupa keluhan. Saat bersama lelaki itu selepas reunion mereka dahulu terbayang satu persatu di kepala. Aqi menggigit bibir bawah, lalu dagu diletakkan atas lutut. Wajah Danny dibayangkan di benaknya, menggantikan wajah Umar.

I told you kitorang tak boleh bersama, Dean… but you never listen…” getusnya perlahan.

Nafas ditarik dalam. Dirasakan terlalu lama dia mengelamun, Aqi bangkit. Tubuh dikalihkan, cuma untuk terperanjat bila perasan tubuh tegap milik siapa entah berdiri di belakangnya. Aqi refleks terundur nak mengelak, namun terjatuh pula dia ke dalam kolam itu. Terloncat ikan ke atas kepala dan jatuh semula ke dalam air. Aqi mendesis sambil meraup wajah yang basah. Kepala didongak. Umar sedang tersenyum di hadapannya.

Clumsy la kau ni.” Tangan dihulur. Aqi mencemik. Wajah yang basah diraup lagi.

“Salah siapa tiba-tiba muncul belakang aku?” Huluran itu disambut.

“Salah siapa yang mengelamun pagi-pagi sampai tak sedar-sedar aku datang?” Tubuh ringan itu ditarik mudah. Aqi berdiri di atas kolam cetek itu.

“Aku tengah fikir pasal Dean…” Baju yang lencun diperah.

“Hmm… pagi-pagi dah layan pilu. By the way, kau dah tanggalkan?”

“Tanggalkan apa?”

Umar menunjukkan telinganya. Aqi tidak beriak. Sebagai jawapan, rambut yang menutup telinga diangkat, menunjukkan kedua-dua biji subang di kedua belah telinga masih di tempatnya. Lelaki itu mengeluh perlahan.

“Apa la nasib aku dapat bini degil begini.” Aqi tidak membalas, memerah rambut panjangnya pula. Umar mengeluh perlahan. “Naik la cepat. Kang demam kau, aku jugak yang disalahkan.” Dan dia pergi dari situ. Si gadis itu tetap mendiam, dan lambat-lambat dia naik. Rumput digenggam, naik ke darat.

Its not like you really care…” bisiknya pada diri sendiri, lalu rumput tersebut ditebar ke atas kolam.

Previous: chapter 9
Next: chapter 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.