Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 29

KEDUANYA menanti di belakang, memerhati Farid yang check in hotel bagi kediaman sementara mereka di Langkawi itu sementara Maya setia berdiri di sebelah lelaki itu. Lokasi honeymoon Farid dan Maya tidak jauh dan extravaganza pun. Bukannya Paris untuk waltz atau Hawaii untuk menari hula. Atau Gua Niah untuk Ngajat? Cukuplah tempat pelancongan di tanah air sendiri, lagipun Langkawi is not half-bad apa…. Umar menunduk, mendekatkan kepalanya pada Aqi di sebelah.

“Kau tak rasa idea buruk ke biarkan Bang Farid yang check in untuk kita?”

“Kenapa buruk?” Aqi menjeling.

Instinct.

Ceh. Mereka berdiri tegak di lobi itu, merenung belakang abang dengan isterinya. Aqi mengerlipkan matanya sekali, lalu mengerling. Bingkai tebal cermin mata milik Umar yang tergantung di telinga dipandang. Bibir dipekam. “Erm… Mar.”

“Em?”

“Pasal Zach…” Suaminya itu menoleh. “Kau yang suruh dia datang Malaysia?”

“Aku pernah mintak, tapi dia yang taknak. Leceh katanya. Abang kau tu sama je dengan kau. Difficult person. Susah nak dilayan,” desisnya, kembali merenung abangnya di sana. Entah sedang bualkan apa lama sangat dengan gadis di kaunter. Takkan tengah mengurat sedangkan bininya ada di sebelah.

“Tapi memang betullah kau yang buat dia datang?” Aqi masih nak berbicara. Umar menoleh. Sesat seketika tentang topik yang dibualkan si isteri. Anak mata hitam itu merenung dirinya. “Macammana kau buat dia datang akhirnya?”

Bibir dileret. “Kenapa cakap begitu? Boleh jadi abang kau sendiri nak jumpa kau…”

He’s not the like to spend money sebab nak stay kat satu tempat buat sehari atau sepetang. Tambah-tambah dia cakap dia mangsa keadaan…”

“Oh?” Wajah tegas itu dipandang. Aqi bersungguh-sungguh nampaknya nak ambil tahu. Umar melepaskan nafas perlahan. “Iya… aku buat dia kalah bertaruh dan suruh dia datang Malaysia. Tapi aku masih sponsor dia punya flight. Kalau jadi lintah darat boleh aje abang kau tu.” Tambahnya mendesis. Kepala digeleng perlahan, ingat kembali abang tiri isterinya yang berdarah kacukan German. Pengaruh Hitler memang ada dalam darah dia nampaknya.

Aqi mengangguk. “Kau jugak yang sponsor dia ke Disneyland Jepun, ke Glasgow, ke Rom…”

Umar menoleh lagi. “He told you, huh?”

Nope. His Facebook told me.”

“Keh. I told you dia boleh jadi lintah darat.” Keluh terhembus. “Aku kenakan dia sekali, dia payback 2-3-4 kali ganda…”

Aqi tersenyum kecil. Leher dijengul, mengintai wajah itu. “Kenapa sanggup belanja dia sampai begitu sekali?” soalnya, namun tiada jawapan dari Umar. Buat tak dengar dengan mata fokus pada kaunter di hadapan. “Sebab aku?” Anak mata hazel itu menjeling. Aqi mengangkat kening. “Sebab aku?” ulangnya.

Umar menghela nafas panjang. “Aku just nak buat kau happyand your smile brighten masa Raya dulu. Worth it.” Senyum di bibir meleret panjang menjadi sengih. Belakang Farid dipandang sementara si isteri masih merenung dirinya. Lelaki itu berkalih dengan sengih, lalu bahu Maya dipeluk. Umar dan Aqi dipandangnya dengan sengih berselirat. Umar memicing, memikir-mikir apa si abang boleh buat. “Aku rasa aku tau what’s he up to…” luah Umar lagi, membuat Aqi mengerut dahi. Tidak faham ayat itu membawa makna apa. Tukar topik takda perenggan!

“Nah.” Kunci dibaling, disambut Aqi kemas. Kunci di tangannya sendiri ditunjuk. “Third floor room 303. Kalau ada masalah jangan datang, call je,” ujarnya dengan mata tajam merenung Umar. “Jangan. Datang.” Diulangnya biar jelas.

Mata Umar memicing. Abang ini….

Aqi membaca nombor kuncinya. Mata membulat luas. “Bapak setingkat!!” Farid dipandang dengan riak tak percaya. Umar mengerut dahi, mengintai nombor kunci bilik di tangan Aqi. 410. Bertambah lapis di dahi, lalu si abang itu dipandang.

“Habis takkan nak dekat-dekat. Ingat abang nak baby-sit kamu?” Selamba. Mata hazel si kaca mata ditentang serius. “Korang korang, kami kami. Jangan menyibuk menganggu macam lalat, faham?”

Umar geram pula. “Yaaaa.”

Farid mengangguk, tersenyum. “So, jumpa lagi seminggu dari sekarang. Mar, jaga bini kau tu elok-elok. Assalamualaikum.” Dia pergi terus tanpa menoleh dua kali. Aqi cuma mampu ternganga memandang lelaki itu menarik Maya berlalu. Umar mendengus.

“Aku…” Aqi bersuara membuat Umar menoleh. “Aku tak tau nak cakap apa.”

Nafas Umar terluah. “Dahlah. Nak bantah apa-apa pun dah lambat sekarang. Jom naik.” Bahu Aqi ditepuk. Beg pakaian mereka diserahkan pada belly boy dan dia berlalu. Aqi memandang dari belakang, mengeluh rendah lalu mengikut.


KAKU pandangannya, memandang seisi bilik itu. Sangat cantik. Pada cahaya lampu bilik yang suram romantik, jatuh pada set TV dengan sofa kecil, dan pada tingkap berlangsir. Aqi mengukir senyuman lebar hingga menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik. Dia menapak ke dalam dan berhenti di tengah bilik. Terus melata tenung ke seluruh ruang bilik tidur mereka.

“Waaaaa…” Panjaaaang.

Umar senyum saja, masuk dengan bagasi mereka selepas berterima kasih pada belly boy itu. Aqi mendekati tingkap lalu langsir diselak. Terpegun lagi pada laut di bawah. Tambah lagi dengan lampu-lampu malam yang menghiasi. Sangat cantik…. Astaghfirullah…. Berseri riaknya dengan mata bercahaya memandang permandangan malam di Langkawi itu dengan hati tak berhenti memuji keindahan ciptaan Ilahi.

Stargazing kat tepi pantai dengan Umar, romantik ni…. Sempat berangan.

Umar melabuhkan punggung di birai katil. “Naper kau takjub sangat Aqi?” soalnya lalu berbaring. Penat.

First time ni…” ujarnya dengan senyum lebar, masih memandang ke luar. Angin malam bersiur bertiup membelai wajah. Sisi tudung yang mengusik muka dibiarkan. Aqi memejam mata. Nyaman.

“Tak pernah masuk hotel?”

Aqi menoleh. “First time for everything.” Bahu dijungkit. Lelaki itu mengangguk dengan sengih. Dia bangun, lalu badan ditongkat dengan tangan ke belakang.

Then lets make your ‘first time’ so precious and unforgettable.

Aqi menjuih saja dengan sengih yang masih tersungging. Dia menjauhi tingkap dan mencari tempat duduk. Kepala ditoleh-toleh lalu wajahnya berkerut kemudian. Umar dipandang lagi.

Single bed room?” Berat dia bertanya. Umar menoleh, memandang katil yang didudukinya. Queen size. Aaaah. Kenapa aku baru perasan? Aqi kembali dipandang.

“Yeah.” Tolong menjawab jawapan yang dah sedia ada di kepala masing-masing.

Kepalanya jatuh. Memang idea buruk… sebelah tangan mencekak pinggang sambil menoleh pada Umar. Nak tidur kat mana Umar Darius? Mata Aqi menyoal, memandangnya. Umar membalas pandang, lalu tersengih hambar.

Mind sharing?”

Aqi mengeluh. You did a splendid job, Bang Farid. “Nanti la bincang benda ni… aku lapar…” Perut digosok. Seharian di lebuh raya memang memenatkan. Penat, tapi perut kenalah diisi dulu.

On.” Umar bangun dari katil. “Aku pun lapar ni,” sengihnya.

Keduanya bergerak turun ke restoran di tingkat bawah. Terjumpa pula Farid dengan Maya yang sedang makan. Baru je Aqi nak mendekat, lelaki itu dah bagi isyarat tangan suruh menjauhi mereka. Langkah Aqi terhenti, dan Umar lekas naik menyampah, lalu menarik tangan gadis itu ke tempat lain.

Ignore him. Utterly,” arahnya, bergerak ke tempat yang menyediakan makanan secara buffet. Uuh. Kembang liur bila melihat variasi makanan di depan mata. Selera membuak dan perut yang kosong semakin kuat bergendang meminta diisi segera. Pinggang dicekak dengan mata yang dah mula rambang memilih. Aqi mengikut saja gerak langkah pemuda di hadapannya itu.

“Bang Farid memang nak honeymoon by all means ek?”

“Untuk orang sesibuk dia, takda masa lain nak bermanja ngan bini. Biarkan je.” Senduk menyenduk lauk masuk dalam pinggannya. Aqi menoleh, merenung Umar yang tersengih memilih makanan. Berseri semacam muka itu. Happy sangat eh boleh makan? Senyum terukir di bawah sedarnya.

Tiba-tiba Umar menoleh dan Aqi membeku bila pandangan mata mereka bertemu. Lelaki itu menunduk kembali sebelum menyenduk pasta ke pinggan Aqi. “Nah. Jangan ambik banyak sangat yang lain-lain tu. Mahal.” Dan dia pergi. Gadis itu terkebil saja.

“Dia sendiri yang ambik banyak untuk kita.” Si pelik. Dagu ditunjal, memilih. Banyak yang nampak sedap, tapi tak tahu nak ambil apa. Banyak sangat pilihan memang menyusahkan.

“Hey…” Seseorang bersuara. Aqi menoleh, memandang seorang jejaka di sebelahnya. Agak kacak, tapi bukannya boleh dimakan. Aku lapar ni! Dia bercakap dengan orang lain mungkin? Maka Aqi kembali memilih makanan.

Dia mengukir senyum. “Kamu… Aqi kan?”

Tangan yang baru nak menyenduk terhenti, lalu menoleh lagi. Dia kenal aku? Tapi… “Sapa?” soalnya.

Lelaki itu menyulam tangan ke rambut sendiri. Konon gaya artis kacak Korea. “Lupa saya?”

Terangkat otot bibir kiri ke atas. “Tak ingat langsung,” balasnya tak bernada, malas nak main tarik tali memperkenalkan diri begitu. Tangan kembali menyeduk makanan masuk dalam pinggan. Selesai, dia berlalu terus.

“Aqi,” panggil lelaki itu lagi, menarik lengannya. Terkejut Aqi! Ditepis kasar. Bulat matanya menentang muka kacak itu.

“Encik tolong jaga manner sikit!” marahnya dengan muka serius, lalu pergi terus tanpa berkalih langsung.

Umar dah menanti dengan muka tegang. “You’re awfully slow! Aku lapar tau!”

Sorry.” Aqi masih panas, duduk di hadapan Umar. “Bumped into ill-mannered bastard…” ujarnya dengan nada dalam. Nafas panas terhembus.

Marah Umar terpendam sendiri, mengesan aura Aqi. “Sapa?”

“Ntah.” Garfu mencucuk spageti lalu dipusing dan dimasukkan dalam mulut bulat-bulat. Geram. Umar senyum saja merenung pipi yang kembung itu.

“Jangan marah depan makanan la.” Dia juga mula makan. Aqi memandang Umar.

“Kau marah awal dulu dari aku.”

An angry man is a hungry man.

Excuses.

Tanpa disedari, mereka diperhatikan dari jauh.


SELESAI makan, mereka lepak sebentar di luar hotel. Menikmati langit malam open-air. Aqi mencangkung di hadapan pokok bunga sambil mata ditala ke langit. Tidak nampak bulan malam ni kerana awan tebal. Huh… Nafas diluahkan lalu kepala ditopang dengan lengan. Apa nak buat? Umar memuncul entah dari mana lalu mencangkung di sebelahnya. Aqi menoleh. Lelaki itu menyerahkan Mr. Cool di tangan. Coklat. Aqi menyambut dengan terima kasih.

“Kita nak buat apa esok?” soalnya sambil membuka plastik aiskrim. Umar menggigit aiskrim miliknya.

“Ntah. Pelancongan yang tak dirancang.” Diam kejap, mengunyah aiskrim. “Pengajaran, jangan berharap pada orang. Lepas ni uruskan aktiviti untuk diri sendiri. Kalau tak end up dengan trick one-man show dia.” Membebel.

“Hm…” Tiada ayat untuk membalas. Benda dah jadi, nak buat macammana. Diam saja keduanya, sama-sama mencangkung di tepi jalan di sebelah pasu hiasan di luar hotel itu. Selamba membalas tenung sesiapa yang memandang mereka dengan pandangan pelik. Apa? Tak pernah tengok orang duduk mencangkung macam nak berak kat tepi jalan? Aqi mengunyah aiskrim di mulut. Sejuk giginya. “Apa eh nak buat esok?”

“Kita main je la,” ujar Umar, mengulum batang aiskrim. Aqi menoleh. “Ada pantai, ada malls, ada macam-macam… ada masa seminggu…” Dia tersengih. “Kita main to the fullest.

Aqi mendesis. “Gaya budak lepasan SPM je bunyi kau.”

“Aku memang muda lagi,” sengihnya. “Setahun berlalu, setahun aku makin muda.”

Yeah right.” Aiskrim masih dimakan. “Think about it. Tahun ni kau 24. Tahun depan 23? Darwin pun tak berani nak ngaku kau appreantice dia.”

Umar mendesis, menoleh. Sedikit kotoran aiskrim di hujung bibir Aqi dikenal pasti lalu ibu jari mengesat lebihan aiskrim itu. Aqi terkejut mengelak. Kotoran yang dah berpindah ke ibu jarinya dipandang lalu dilap pula pada baju Aqi. Terjerit gadis itu, bangun.

“Apa kau buat?!”

“Kotor.”

“Jangan lap kat aku la…!”

“Kotor dari kau jugak pun,” Umar sengih, lalu bangun. “Anyway… kau tak rasa kau lupa sesuatu?”

Aqi geram, menghabiskan aiskrimnya. “Lupa apa?”

Sengih Umar melebar, menampakkan barisan gigi dalam gelap malam itu. “Pertaruhan kita masa main bad dulu.”

“Main bad?” Blur dia memandang Umar. Plastik dan batang aiskrin di tangan lelaki itu dipinta.

“Badminton…”

“Jangan guna shortform sendiri!” geram Aqi. Umar sengih saja, mula bergerak. Aqi mengiringi di sebelahnya. Sempat berlari anak dan membuang sampah ke tong sampah di lobi hotel itu. Umar yang menunggu dirapati semula.

The last battle yang buat kau jadi hantu Noh-badut simultaneously…”

Don’t make me hit you.” Aqi memotong, geram. Umar ketawa perlahan.

Part yang…” Umar berhenti melangkah, berhadapan dengan Aqi. Gadis itu mengangkat wajah, membalas pandang. “the loser kena ikut arahan pemenang…” Bibir tertarik lebar ke telinga. “…in addition.

Riak Aqi tertahan kaku, teringat, lalu mengalih pandang ke lain. “Aku lupa.” Kaki kanan bergerak ke hadapan.

“Aku ingatkan.” Kolar leher Aqi ditarik, menahan si gadis yang nak melarikan diri. “Sesungguhnya perbuatan memungkiri janji adalah perbuatan orang munafik,” ujarnya membuat Aqi menggigit bibir, terperangkap. Umar menarik dia supaya berhadapan. Senyuman yang memutik bersifat jahat. “As conclusion, you’re mine this week. Hahahahha.”

Aqi mendesis, menarik balik kolar bajunya lalu bergerak ke lif. Umar mengekori. “Aku tak bersetuju pun.”

You take me head on la. Kalau tak muka hantu tu takkan jadi. Badut je.”

“Eeeii!” Penumbuk naik nak memukul. Umar lekas mengelak, ketawa. Aqi mencemik.

“Jangan jadi munafik Aqi… aku takkan mainkan kau,” sengih Umar. Pintu lif terbuka dan gadis itu masuk diekori Umar.

Like I believe in that.” Pengalaman jadi pengajaran.

“Aku cakap betul laa,” muncungnya, bersandar pada dinding lif. “Kenapa pula aku nak mainkan kau.”

Aqi menjeling tajam. Umar mengerut dahi, menanti jawapan. Pada masa yang sama seseorang masuk. “Sebab ‘menyeronokkan’,” jawab Aqi geram.

Terlepas ketawa lelaki itu. Lekas dia menutup mulut, taknak menganggu lelaki yang sorang lagi itu. Aqi mencemik saja, kembali memandang ke hadapan. Langsung tak ambil kisah siapa entah yang tidak dikenali itu. Mereka sampai di tingkat empat. Pintu lif terbuka dan mereka bertiga bergerak keluar. Umar lekas melangkah mengiringi Aqi.

I can’t say much when you yourself admit it.” Mereka berdiri di depan pintu bilik dan Aqi menarik keluar kunci berbentuk kad dari poket jeans. “Aku tak dapat nak listkan apa yang aku nak buat masa ni, tapi aku akan bagitau kau from time to time,” senyum Umar. Gadis itu mengerut dahi.

List?”

“Yeah. Since kau kalah tiga game, I guess 10 request pun boleh la kut.”

Aqi terkelip-kelip, tidak jadi nak melangkah masuk ke bilik selepas membuka pintu. “What request?” Wajah yang tersenyum lebar itu direnung. Nampak bersinar matanya.

“Heheh. I’m sorry. Demand.”

Andwhat demand?” Masih tak dapat tangkap.

Umar tersenyum. Melihat orang awam yang ulang alik di koridor aras bilik mereka, lalu Aqi ditarik masuk ke bilik. Pintu ditutup dan suis lampu ditekan. Cahaya lampu menerangi ruang bilik satu katil itu. Umar kembali menoleh pada si steri yang masih tegak di sebelahnya menanti penjelasan. “A demand from me, and kau kena buat and ikut perintah tanpa sebarang objection dan macam isteri yang solehah,” tuturnya selamba. Aqi terdiam dengan tenungan datar dan Umar menjungkit keningnya double jerk. “As a starter, kiss me.”

Rahang Aqi terjatuh. “Wha?”

My first demand. Kiss me.” Nakal.

Menyirap darah naik ke muka. “Ta-tak takkan nak demand tu pulak.”

“Apa?” Pinggang dicekak kedua belah. “Dah nak setahun dah, kau tak pernah cium aku. Kat sini atau kat sini.” Pipi dan bibir ditunjuk. “Kat sini ke. Kat sini kat sini kat sini kat sini kat sini…” dan seluruh badan ditunjuknya.

“Eeeeh… kita pernah la, so demand kau tu invalid.”

Senyum. “Aku nak kau yang start… ehehehe…” Nakal dan jahat sekaligus!

Aqi meraup wajahnya. Lelaki itu tengah main-main, tapi dalam main-main dia memberi contoh, niatnya serius. Bibir bawah digigit. Dan pandai pulak dia baru nak cakap pasal pertaruhan hari itu masa tempoh berbulan madu ni. Aku sendiri terlupa… “Can’t you make that the last demand? Aku masih kena bersedia untuk tu…” pintanya.

“Kenapa kena bersedia?”

My heart is not ready for that…”

Umar tersenyum sumbing. Aqi…. “Ataupun sebenarnya ayat yang betul untuk itu ialah praktis? Sebab what your heart is not ready for ialah manjakan and belai aku macam isteri yang betul.”

Aqi terdiam. Otaknya berbelit memikir, dan dalam diam dia mengiakan kata-kata lelaki itu. Bibir dipekam bila dirasakan lidah gagal untuk bersuara.

Umar mengangkat kening, menanti jawapan. “So, macammana? Nak praktis?”

Pipi mula merona merah dan anak mata melarikan diri ke dinding. “A-ad ada ke praktis ki-ki-ki…”

If that what it takes for you to preapare your heart.” Senyum. “Untuk minah egois macam kau, dan kerana perkahwinan yang kau cakap satu kesilapan… at least I’ll try to make your body remember what it should experience dalam tempoh perkahwinan yang silap ni.”

Bertambah pekat merah di pipi. Lelaki itu terlalu pandai berkata-kata malam ini…! Sejak bila dia rancang benda ni? Tentu dirancang! Dia pasti honeymoon ini juga dirancang!! Tangan digenggam menahan geram, lalu pandangan ditundukkan ke lantai.

“Aqi…” Suara itu memanggil. Aqi menarik nafas dalam, cuba bertenang. Hal ini dirasakan terlalu mengejut, maka dia sangat-sangat nak membangkang sekarang.

Umar masih merenung. Nampak riak yang memuram tegang itu. Kenapa, dia tidak pasti, tetapi dia berharap Aqi nampak niatnya meminta. “Atau… kau tak suka cium aku?” soalnya kemudian. Reverse psychology. Cuba meraih simpati.

Its not about suka atau tak…” Aqi membalas. Its about the wife’s responsibility yang aku masih tak mampu nak pikul… hati mengaku menahan beban.

“Jadi kau suka?”

“Bukannya suka…”

“Jadi tak suka?”

Aqi menjeling tajam. Geram sungguh, lalu dada lelaki itu ditampar. “Bukan itu maksud aku.” Keras. Serius. Umar tergelak. Sebelum sempat lelaki itu menutur, Aqi berbicara terus. “Aku akan ikut your 10 demands tu. And that kissing thingy. Blergh. And the practice toomaybe goodnight kiss and good morning kiss?” soalnya mengerling. Sedikit manja gayanya di situ dek segan yang ditahan.

Lelaki itu menayang senyum lebarnya. Dah mula terasa bahagia. “Nak up kan lagi level praktis kau tu, kiss me whenever I want.”

Aqi terdiam merenung sinar anak mata hazel itu. Gelaknya terlepas perlahan. “Kau memang akan ubah condition tu untuk kepentingan kau.” Bibir melengkuk mengukir senyum manis sebelum nafas dihempas. Mengalah. “Tapi okey.” Dia berkalih.

“Okey?” Umar mengikut.

“Yep. Okey.” Tuala dicapai.

“Apa maksud okey kau tu?” Dia pula yang curiga. Boleh percaya ke?

It means aku ikut je apa kau nak.” Kaki dibawa ke bilik mandi. Pintu ditutup. Umar yang ditinggalkan, merenung kosong.

But where’s the kiss…. Umar lalu memurung seperti budak-budak yang gagal dapat alat mainan yang dihajati.

Previous: chapter 28
Next: chapter 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.