Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 3

“KAMU taknak habiskan degree kamu, Aqi? Sayang. Lagi setahun tu.” Batrisya bersuara suatu hari, semasa mereka sedang menikmati minum petang di laman vila. Tikar dihampar di atas rumput dan tiga wanita itu bersenang lenang berbual bersama kopi dan biskut untuk menikmati waktu petang yang nyaman ini. Udara cukup sejuk dan mendung bila awan menutup sinar matahari yang menginjak ke ufuk langit. Umar di sana pula sedang bermain berkejar-kejaran dengan Zaki dan Naufal. Terjerit-jerit budak-budak itu. Kesukaan.

Aqi menoleh. “Tak tau… naper tanya?”

Maya yang ada sama, menoleh. “Degree? Aqi?”

Isteri Farid itu dikerling dengan senyum. “Aqi tak sambung study lepas third year… hehe. Suspended kejap atas alasan bersebab.” Bahu dijungkit.

“Oh… kenapa?”

“Sebab sworn brother dia tu meninggal.” Batrisya baik hati menjawab bagi pihak gadis itu. Aqi pula kekal tersenyum. Biskut di atas meja dicapai dan dibawa ke mulut. Tawar rasanya dek isu perbualan kali ini. Batrisya merenung wajah adik iparnya. “Seriously Aqi. You should sambung study kau tu. Arwah Danny pun pasti nak kau sambung… dia tak selamatkan kau supaya kau keep on lamenting dan tak teruskan hidup dengan gembira.”

Senyum di bibir Aqi perlahan-lahan memudar. Riak tenangnya bertukar keruh. Kusut. Bibir bawah digigit. Maya menoleh memandang Aqi dan Batrisya silih berganti. Tidak pasti dengan perubahan suasana yang sedang berlaku antara mereka.

Kepala ditundukkan. “Aqi tak tau… tak…” Dia bangun. “Maaf.” Dan terus pergi, menghilang ke dalam rumah. Maya menghantarnya pergi dengan pandangan mata sebelum menoleh pada Batrisya. Wanita itu merenung anak lelakinya yang tergelak di atas bahu Umar di sana. Zaki pula meloncat-loncat dan memanjat tubuh kekar itu untuk mendapatkan si kecil.

“Kenapa tiba-tiba?”

“Hm?” Batrisya menoleh memandang kakak iparnya itu. Maya memberi riak hairan.

“Kenapa tiba-tiba buka isu Danny?”

Wanita itu terdiam, lalu kembali mengalih pandang ke laman besar itu. “Bukan tiba-tiba… memang dah lama terfikir. Aqi tu…” Dia menjeling ke tingkap bilik Aqi yang tertutup. “…masih tak pulih lagi dari kematian Bang Danny.”

“Hm?” Berkerut dahinya. “Mana tau?”

Batrisya tersengih, menoleh. “Instinct. Kalau tak kenapa nak tinggalkan Malaysia dan lama sangat kat German? Kenapa… terikat sangat dengan Naufal?” Memang Batrisya perasan. Aqi lebih suka bergurau dengan anaknya itu daripada layan Munirah. “Dan reaksinya baru kejap tadi.”

Maya mengerut dahi. “Kalau tau Aqi masih bersedih, kenapa sengaja timbulkan isu arwah?”

Batrisya menoleh padanya. “Saja.”

Cih!

Ketawa besar Batrisya melihat reaksi muka Maya. Riak kau-nak-mainkan-aku? Reti juga wanita lembut ini buat muka macam tu. Belajar dari Farid la ni.

“Aqi kena sedar cepat… yang ada lelaki lain yang dia perlu sayangi… yang dia perlu berikan tumpuan sepenuhnya… yang perlu berada di hierarki tertinggi di hatinya, yang dia perlu jaga makan minum dan manjakan sampai mati.” Dua pasang mata itu memandang Umar yang menjadi Godzila di sana. Mengacau si Ultraman Zaki yang melindungi puteri Naufal. “Tapi si pandai tu bertukar jadi si bodoh tiap kali dengan bininya tu,” cemik Batrisya, menyampah. “Kalau dah suka tu cakap je la suka!”

Sungguh, dia geram. Antara Aqi dan Umar buat masa ini bukan selayaknya tingkah suami isteri sepatutnya berlaku. Bila diperhati, mereka masih macam dahulu. Adik dan abang atau pun sekadar kawan rapat. Tidak lebih dari itu.

You’re one to talk, Batrisya Ismail.” Muncul Farid dari belakang. Tiba-tiba memuncul macam biskut raya. Kedua-dua wanita itu menoleh. Farid sengih, mengambil tempat diantara mereka. “Wonder sapa yang susah sangat nak ngaku hati lepas si abang itu meluahkan perasaan…” usiknya. Riak Batrisya berubah sedikit.

“Kisah lama la…” muncungnya, teringat Danny. Farid ikut memuncung, mengajuk gaya mulut itu.

Same case and issue, cuma bezanya Umar belum luahkan perasaan dia…” balas Farid, menopang dagu memandang sketsa Ultraman di hadapan. “…dan Aqi pulak masih takda perasaan…” Bicara termati bila Zaki tersadung kaki sendiri, dan menyebabkan Naufal di rangkulan terbaling ke udara. Semua ternganga dengan mata membesar bulat. Umar lekas meloncat dan terseret ke tanah gara-gara nak menyambut budak tiga tahun itu dari jatuh menyembah bumi. Huh...

Senyap seketika…

Naufal mengekek ketawa. Excited!! “Nak lagi! Nak lagi!!”

“Umar! Zaki!”

Tersengih saja.


“KAU umur dah boleh jadi bapak tapi main macam lagi muda dari Zaki!” marah Farid padanya. Umar terdiam bila kena marah macam tu. Tapi memang rasa macam lagi muda dari Zaki. Kenapa budak tu tak kena marah tapi dia pula yang kena…?!

Tapi memang gila bila main Ultraman lawan Godzilla jadi life-threatening negitu. Mujur sempat menyambut tubuh kecil Naufal dari menghentam bumi.

“Bukannya Mar yang layang Pal. Ni penyelamat sekalian alam…” Merendah nadanya bila Batrisya pula yang mendekat.

Get back to your room.” Tajam.

Betul-betul dilayan macam budak umur tujuh tahun. Umar mendesis tajam lalu naik tangga. Farid masih mencekak pinggang.

“Bilik kau sekarang bilik Aqi, jangan lupa…!”

“Tahu!” Merajuk. Farid mencekak pinggang, mengeluh perlahan.

Umar membuka pintu bilik. I So Hate Consequences kuat menggegar gegendang telinga. Lelaki bermata hazel itu mengerutkan dahi, memandang tubuh yang terbaring meniarap atas katil. Pesal lak minah tu?Umar masuk dan menutup pintu, lalu media player yang dipasang full blast dengan speaker sebagai katalis, ditutup. Bilik kembali senyap.

“Bukak balik,” arah Aqi dengan suara kembang tanpa beralih dari kedudukannya. Umar menoleh. Aqi mengulang, “Bukak balik.”

Umar diam namun menurut. Lagu nyanyian Relient K itu kembali bergema namun diperlahankan volumenya. Aqi mengangkat kepala.

“Kau pesal?!” Dah nak marah. Umar merenung bersahaja. Ada sesuatu kat kepala dia ni….

“Sekarang kau ada roommate. Consider sikit,” balasnya datar dan bergerak ke meja. Novel Ramlee Awang Mursyid bertajuk Mikhail milik Aqi di atas rak buku dicapai dan dibelek-belek. Aqi yang memandang dari katil mencemik saja.

All of my escape have been exhausted

I thought I had a way but then I lost it

And my resistance was once much stronger

And I know I can’t go on like this much longer...

Lagu itu memang perfect dengan perasaan Aqi sekarang ini. Sedih. Masih sangat bersalah atas kematian Danny walau dah dua tahun berlalu. Kembali ke Malaysia, duduk dalam vila, tengok Batrisya dan Naufal, semuanya mengingatkannya pada Danny. Kadang-kadang tertengok Batrisya macam murung, rindukan suaminya itu mungkin. Itu membuatkan Aqi makin terbeban, lalu dia kembali baring. Perit rasa bersalah itu… tapi apa yang patut dia buat? Bantal peluk dipeluk erat-erat.

“Danny…” Aqi sebak lagi.

Umar menoleh lagi, melihat tubuh itu kembali berbaring. Faham. Lagu tadi dah berganti dengan Freakshow - Britney Spears. Tanpa berfikir buat kali kedua, Umar membaling novel di tangan ke arah Aqi. Tepat ke tubuh kering. Terangkat tubuh itu, terkejut dan sakit. Sesaat dua, gadis itu meloncat bangkit sambil menggosok belakang badan yang sakit. Umar yang sedang melambung-lambung kamus dwibahasa di tangan dipandang dengan muka terkejut.

“Hei!!” jeritnya. Umar mengangkat pandang. Muka selamba maut! Takda riak bersalah atau teragak-agak pun. Aqi lekas bangun dari katil. “Naper tiba-tiba baling buku kat aku?!”

Umar masih dengan muka tak bersalah. “Aku tak baling. Tangan aku yang bergerak sendiri.”

Menegang merah muka Aqi. “Jangan main-main la!!” Betul-betul marah. Dah la sakit!! Aku bayar balik dua kali ganda karang padan muka! Aaarrgghh… dia mendesis marah dengan sakit sekaligus. Tangan yang pendek berusaha mengusap belakang tubuh, terutama di tempat balingan tadi. Berdenyut!

Umar mengorek telinganya pula. “Aku tak main-main. Aku serius.” Tahi telinga kering yang melekat di jari kelingking ditiup sebelum mata hazelnya kembali memandang si rambut panjang itu. Direnung tajam. “Aku tak suka tengok kau camtu. Kalau baling kau dengan buku boleh buat kau jadi Aqi aku balik, lupakan Bang Danny and live a new life, aku dengan besar hati baling kau setiap seminit.”

Terdiam Aqi. Tangan yang menggosok perlahan sedikit. “I’ll live, so don’t baling at me again!” bentaknya, masih marah. Umar memandang saja, lalu bersandar pada kerusi.

Live without regret,” balasnya perlahan. Kaku Aqi, tercegat di depan katil. Umar mengangkat keningnya sambil membaca beberapa perkataan English dalam kamus itu beserta maksud.

“Kau… mana tau aku tengah fikir pasal Danny?” soal Aqi perlahan. Punggung dilabuh di birai katil. Mata hazel itu beralih dari buku kepada insan di katil. Memurung wajahnya membuat Umar tak menjawab. Nafas Aqi terluah berat. “Aku pun… tak suka macam ni… nak jadi macam dulu balik….” Mukanya menunduk rendah. Kusut riaknya merenung kaki di lantai. “Tak dapat nak resist feelingtu… aku sendiri tak suka… kalau Danny ada pasti dia marah macam kau juga….” Menunduk lagi hingga hampir bertemu dahi dengan lutut.

Nafas Umar terluah. “Kau nak aku baling kamus ni kat kau sekarang?” Tiada balasan. Twisted Transistor - Korn pula yang mengisi ruang senyap itu. Umar menoleh. Apa punya lagu la yang kau dengar ni Aqi… lalu dia bangun, menuju ke Dell Aqi. Henfon dikeluarkan lalu dibluetoothke dalam sana.

Aqi mengangkat kepala bila;

A lonely life, when no one understand you

But don’t give up, because the music do (music do×6)

Bertukar kepada;

So when the times is hard,

Theres nowhere to turn,

As a promise, He’ll always be there…

Umar melangkah ke arahnya tanpa senyum, lalu duduk di sebelah Aqi. “Always Be There - Maher Zain.”

Aqi memandang saja, kosong, lalu mengangguk. Umar menghempas nafas. Tak sampai ke hati? Matanya ditala pada pintu bilik. Anggap itu pintu hati Aqi, macammana nak buka dari sini? Tentulah kena pergi ke sana dan buka tombol. Tapi…

Things are easier said than done,” ujar Aqi tiba-tiba. Umar menoleh. Gadis itu masih menunduk. “Apart than the guilt, aku rindukan Dean… sangat-sangat…” Mata dah bergenang dengan air mata. Umar membiarkan gadis itu melepaskan perasaan, langsung tidak memujuk. Kaki diangkat naik atas katil lalu dipeluk. Dagu diletak atas lututnya dengan senyum memutik nipis. “Tak lama lagi sampai la tarikh ulang tahun kitorang jadi family. Setiap tahun mesti makan besar walaupun pokai…” Senyum lebar lagi, lalu menyembam mukanya atas lutut. Menangis. “Tapi since when aku kena raikan sengsorang…?” Tersedu.

Umar melihat tubuh itu menggigil di sebelahnya. Bersuara tidak, memujuk pun tidak. Membiarkan saja. Tengok lagi pintu. Anggap itu pintu hati Aqi… datang dekat dan buka tombol pastu masuk. Perkara pertama, halau setan dalam bentuk Danny dari dalam tu.

Okay. Misi diterima.

Aqi mengangkat kepala, mengesat air matanya. Umar di sebelah dibuat tak tau. Dia berterima kasih jugak dengan sikap endah lelaki itu padanya. Kurang sikit malu pasal nangis. Baru je nak bangun, tiba-tiba tangannya ditarik, kembali duduk. Terkejut Aqi. Umar tenung dia, lalu pipi yang kesat dengan air mata disentuh.

“Dah dua tahun meninggal pun kau masih nangis kat arwah. Sayang benar kau kat dia?” Tersenyum nipis.

Berubah riak wanita itu mendengarnya. Sakit hati. “Kau balik bilik kau, Umar Darius.” Keras tegang nadanya.

“Hah. Bila baru kau nak sedar, Aqi?”

“Haaar?” Menderam.

“Sinilah bilik aku.” Tersenyum sumbing. Tombol pintu dilihat lagi, merenung redup ke situ. “Bodoh jugak engkau ni sebenarnya. Orang dah mati bertahun-tahun kau nak tangiskan, jadi bertahun-tahun jugaklah kau seksa Bang Danny dalam kubur. Dia protect kau dari dibunuh supaya kau boleh hidup dengan senyum, bukannya jadi weeper dan tak boleh nak rindukan dia tanpa menangis camni. Kalau sayang, kenapa seksa dia? Ada cara yang lebih elok kan… Macam doakan dia dalam solat ke…” Umar menoleh, memandang Aqi yang membenam wajah ke lutut yang dilipat. Makin menggigil bahu si isteri itu di matanya. Lambat-lambat pipi digaru.

“Okey, aku minta maaf…” Belakang kepala Aqi diusap sambil bibirnya membisik kata. “I’m giving you harsh blow sebab aku nak kau sedar. Aku faham kau sayang abang kau tu…” Gadis itu menolak tubuh Umar supaya menjauh, membuatkan bicara lelaki itu terhenti seketika. Tolakan Aqi ditahan dengan kekuatan badan. “But, thing is, he’s gone and you’re sad, but please don’t get carried away. Aku marah kang. Bang Danny pun tentu tak suka.”

Tolakan Aqi menjadi lemah. Usapan lembut Umar di belakang kepalanya membuatkan dia teringat pada abangnya itu. Sungguh hati Aqi lemah sekarang. Terumbang-ambing di tengah laut tak berkapten, takda arah atau kompas nak tunjuk arah. Nak baca arah yang ditunjuk bintang di langit pun dia tak reti. Dia hampir sesat. Aqi rasa nak nangis lagi, lalu bibirnya digigit kuat. Muka disembam pada bahu Umar, menumpang kekuatan. Dan nyata lelaki itu tersentap.

“Cakap memanglah senang…” balasnya pula, menahan sebak. “Aku yang rasa. Kau main cakap je takda perasaan. Pulak tu, orang bersedih, kau boleh marahkan pulak… I need comfort, not your opinion…” Sempat komplen. Tangan dilingar ke bahu Umar, merangkul si suami. Cuba meraih kekuatan lelaki itu. Lelaki bercermin mata itu terkaku, cuma mampu membiarkan. Aqi menarik hingus cair dengan mata terpejam. “Mar… kau busuk…”

Dan ketawa Umar terlepas. “Jadi jangan peluk aku.” Bahu Aqi dipegang dua belah dan dijarakkan dari tubuh. Muka sembap itu dipandang. “Sapa cakap aku tak rasa? Semua orang pun rasa. Lagi-lagi Kak Bat. Lagi-lagi Naufal, budak yang dah tak berayah tu. Kau jangan pentingkan diri sangat.” Mata Aqi bergenang lagi mendengar kata-kata itu. Umar menghempas nafas. Sungguh aku tak pandai susun ayat pujuk orang. Kepala Aqi yang menunduk ditarik dagunya supaya terus mendongak dan membalas pandang. “Live a happy life, kay? Kau masih ada people kat sekeliling kau. Kitorang, Kak Bat pun nak kau tinggalkan emo kau yang tak habis-habis ni.”

Aqi menarik hingus. “Mana ada aku emo…” cemiknya memuncung. Kepala dialihkan dari pegangan lelaki itu. “Aku sedih je… lebih sikit….”

Umar tersenyum nipis. “Jadi kau OK tak ni?”

Aqi mengangguk dengan riak memuram, membuat senyum Umar menghilang.

“Kalau okey, senyum laaa.” Pipi itu ditarik kuat. Aqi hampir menjerit.

“Lepas la!” Dada Umar ditumbuk padu. Uhuk! Lelaki itu dipandang dengan pipi digosok kuat sementara Umar membalas tenungannya sambil menggosok dada yang terasa sebu.

“Bapak ganas gila kau ni…”

“Padan muka! Aku tak habis bayar lagi sebab kau baling aku ngan buku tadi…!” Tumbukan melayang lagi ke dada Umar namun kali ini lelaki itu sempat mempertahankan diri. Setiap tumbukan kecil Aqi ditangkap dan serangan Aqi terhenti bila Umar menggenggam kedua belah tangannya. Umar mengukir senyum sementara Aqi menahan geram. Sakitnya hati bila dendam ke atas kesakitan fizikal yang Umar layangkan tadi tidak mampu dibalas, sebaliknya dia yang lemah terus dijadikan bahan hiburan. Pandangan dialihkan dari terus bertaut dengan mata hazel itu. Menci!

Nyata Umar perasan rajuk Aqi. “Kecik hati ke? Sorry…” pintanya lekas. Aqi mencemik, tidak melayan. Tangan Umar naik lalu pipi isterinya itu diusap lembut. “Merah ni oo. Maafkan aku ek.” Lembut menusuk telinga, menusuk hati.

Berderau darahnya turun dari muka. Cuak pula bila disentuh dan dipujuk rayu begini. Lekas Aqi mengensot, menjauh sedikit. “Tak… tak payahlah nak berlagak romeo sangat!”

Sengih saja, mencapai tangan Aqi pula dan diusap-usap. “Aku minta maaf ni….”

“Takyah la pegang-pegang!” Geram lagi sambil menepis tangan Umar. Muka yang pucat bertukar merah. Malu.

“Tu gimik namanya.”

“Gimik la sangat!”

Umar kekal dengan riak sengih, “Maafkan aku?”

Aqi mendesis geram. Nafasnya terluah kasar. “Haaah.” Nak berlalu lagi tapi Umar menahan langkahnya lagi. Aqi mengerut dahi. “Kenapa lagi?!”

Tergelak dia. Minah ni la pun… “Sabar la… ada satu benda lagi aku belum tanya.”

“Apa?” Muncungnya siap dengan muka aku-malas-nak-layan-kalau-kau-cakap-lebih-lebih.

“Danny…” Mata hazel Umar merenung Aqi. “Berhenti salahkan diri sendiri. Boleh?”

Aqi memandangnya. Riak geram menghilang sekelip mata dan berganti sayu bila nama arwah disebut. Macam suis untuk emosi Aqi. Umar mengangkat kening melihat perubahannya. Gadis itu menunduk kemudian.

Still trying.”

“Aku tolong.”

“Macammana?”

Bahu dijungkit. “Biar aku yang masuk dalam hati kau…”

Terdiam Aqi, kaku. Terdiam Umar, menanti. Lambat-lambat nafasnya ditarik perlahan, lalu dihela senafas. “As a bro?” soal Aqi.

Degup! Otot yang menarik bibir sedikit mengundur. “As long you’re happy…” Jawapan terasa tenggelam di anak tekak.

Aqi merenungnya, lalu tersenyum nipis. “Thanks for caring.

“Emm.”

Previous: chapter 2
Next: chapter 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.