Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 36

MEREKA keluar dari teksi, lalu berdiri sebelah menyebelah sambil memandang bangunan hotel itu. Aqi senyap saja, tidak mengalihkan pandangannya dari hotel mewah di hadapan mata. Bapak fancy. Grand. Luxurious. Diamond! Baik keadaan di lobi hotel, chandelier di siling, warna emas copper yang blink-blink… pakaian manusia-manusia itu yang nampak mewah dan mahal…. Dia mengeluh.

I feel alienated.” Tuturnya di muka pintu hotel itu.

“Kenapa?” Umar menoleh.

Hotel yang mengadakan acara makan malam bertopeng itu dipandang lagi. Mereka ke sini pun atas jemputan yang diterima oleh Umar daripada wanita yang diselamatkannya dari dirogol hari itu. Cuma itu penjelasan lelaki itu padanya, dan kerana makan percuma, Aqi terus bersetuju. .

“Tak pernah join aktiviti begini…” lanjutnya. Suasana di lobi hotel yang besar itu agak meriah. Aqi tidak suka dengan riuh manusia. Dia terundur setengah tapak. Umar mengangkat kening saja, lalu tangan itu ditarik supaya memeluk lengannya. Wanita itu menjeling.

I’m here with you. Kau nak risaukan apa…” Tangan itu ditarik untuk mula melangkah.

Aqi terkebil, lalu tersenyum nipis. “Kalau macam tu kita sama-sama alienated.”

“Haha. Pun boleh, Aqi…” Mereka menapak masuk ke dalam keramaian. Si isteri dibawa ke tempat kosong di sudut ruang. “Don’t you think kita ni couple of the night?” sengih Umar kemudian, menepuk tangan Aqi yang diletak lilit di lengannya. “So sweet kan?”

“Kalau kau cakap macam pasangan tahi cicak, aku terima la jugak” balas Aqi pula, datar, merujuk pada lelaki itu yang mengenakan suit complete set putih dengan kemeja hitam di dalam. Bow putih juga baik letaknya di bawah leher. Aqi pula dengan gaun labuh hitam dan berlabuci. Jaket mini lengan panjang berbelang hitam putih menutup lengannya yang terdedah kerana gaun sleeveless. Tudung juga elok letaknya di atas kepala. Aqi sudah semakin pandai bermain dengan tudung dan alat solek. Ringkas, namun malam ini dia nampak sangat menawan di mata suami.

Umar menjengil, “Kau ni tak romantik.”

Back at you,” balasnya selamba, menjeling. Matanya mencari makanan. “Ah, Mar! Dorang hidangkan buffet!” Excited bab makan!


“AQI. Kau nak yang ni atau ni?” soalnya dengan sebelah tangan gaun merah darah dan sebelah lagi kuning. Keduanya stail kemban. Aqi yang meniarap di atas katil dengan Matilda di tangan serta kedua belah kaki diangkat ke udara, ternganga.

“Mana kau dapat baju tu?”

“Aku beli untuk kau. Ingat pasal dinner bertopeng yang aku mention pagi tadi?”

“Aha?” Aqi bangkit dari katil, mendekati si suami dengan beberapa helai gaun di dalam beg shopping. Ternganga dia. Bapak membazir mamat ni….

“So, kau nak yang mana? Aku betul-betul nak tengok kau pakai yang merah ni.” Umar memuncung pada gaun merah yang cukup singkat dan nipis. Aqi merenungnya toya.

“Logik la sikit. Dinner dengan orang awam kan?”

Umar memandang dua baju itu. “Ha’ah kan? Kau tak dapat nak pakai dengan saiz zero tu.”

Berdesing telinga Aqi. “Apa maksud kau saiz zero, Umar Darius…?”

“Nothing.” Geleng. “Kau pilih la yang mana kau nak.” Gaun merah tadi disimpan dengan niat meminta si isteri memakainya di lain hari. Nak tidur nanti ke….

“Hmm…” Aqi mencangkung, membelek gaun-gaun yang ada. “Nak pakai yang mana eh…”

“Yang maroon tu.”

“Yang hitam la.” Gaun merah diletak balik.

Umar diam, merenung Aqi tajam. Jangan tanya pendapat orang kalau kau taknak terima….

Dan beku dia bila Aqi memuncul di hadapannya dengan gaun hitam itu. Cantik. Menawan, lagi-lagi dengan rambut panjangnya yang dilepaskan bebas begitu dan comel juga dek anak rambut yang jatuh di dahi. Lebih berseri bila rambut yang agak mengerbang itu ditolak angin. Dan wajah malu si empunya… buat hati Umar terasa ditusuk panah sekarang.

Time ni la kita cakap penampilan boleh menipu walaupun Aqi di hadapannya sekarang bukannya yang tipu…

“Ka… kau… kau rasa….” Gagap dia bersuara, memandang wajah bercermin mata di hadapannya. Berdebar juga jantung Aqi dipandang begitu. Diam saja dia, menanti.

Lelaki itu kekal kaku. Tak bergerak walau nak mengelip mata sekalipun. Aqi menggigit bibir. Nafas ditarik dalam sebelum Umar berpaling ke kiri, melepaskan ketawa sekali berupa tersedak. Lebar mulutnya tersengih lawak, membuat Aqi di hadapan memicing mata geram. Diketawakan tiba-tiba macam tu….

“Apa...?!”

“Tak... takda papa.”

“Cakap la...!” ujarnya hampir membentak.

Sengih Umar melebar lagi. “Naaah... kau nampak sangat cantik... sampai kena fikir dua kali yang orang depan aku ni ialah kau.” Ketawa kecil.

Nak terharu pun payah dengan reaksi yang macam tu….

“Ni yang orang cakap pakaian boleh menipu… orang utan pun boleh nampak macam bidadari kan?” lanjut Umar dengan sengih tak berdosa. Mata Aqi mencerlang membulat!

“Taknak gi dinner!”

“Alalalalala bucuk bucuk, Aqi…”


“OH ya… ni parti bertopeng.” Umar teringat, memandang seisi manusia di dalam majlis itu. Masing-masing dengan pakaian dan topeng sendiri. Dia terlupa.

Aqi menjeling lalu, tersengih nipis. “Tsk tsk tsk.” Jari telunjuknya digoyang ke kiri ke kanan. Umar menoleh. “Naif, Umar Darius. Naif. Aku dah prepare dah.” Beg tangannya diseluk.

“Oh? That’s convenient.” Tersenyum dia.

It called instinct. Precaution,” sengih Aqi menunjukkan dua topeng di tangannya. “Which one do you prefer? Masked Rider Kabuto or Power Rangers Pink?”

Riak Umar kaku. Aqi menyengih sambil memuji diri sendiri genius. “Nah.” Tak payah menunggu jawapan, topeng pink itu diletak atas tangan Umar dan dia sendiri memasang topeng Masked Rider ke mukanya.

“Jangan!” Topeng Masked Rider Kabuto ditarik kasar dari muka Aqi lalu dibaling ke lantai. Terkejut Aqi! Sekali pijak, kedua-dua topeng itu pecah. Aqi jatuh rahang dengan mata bulat.

“Umar!” Tertutup bicaranya bila bibir ditekan si lelaki itu. Aqi mencerun, geram. Umar tak kalah menang, sama mencerun, cuba lebih sedikit silau tajamnya.

“Dengar. Orang paling bodoh pun takkan pakai topeng camtu dalam parti macam ni tau,” terang Umar sambil tangannya bergerak-gerak cuba menjelaskan. Aqi memuncung, lalu memeluk tubuh.

At least ada…”

Common sense la sikit…!” Geram sudah. Aqi menjeling. Lekas dia diam, lalu nafas ditarik dalam. Bercakap dengan dia ni perlukan kesabaran yang sangat tinggi…. “Takyah pakai pun takpa kan?”

Aqi menggigit bibir, masih tak berpuas hati. “Tapi why the need pijak dia?” Hingus cair ditarik. “My effort kut… kena pijak pulak tu…” Aqi menutup muka, menahan tangis. Umar mula serba salah, baru terasa dirinya bertindak melampau.

“Aqi… Aqi… sorry…. Aku geram sangat tadi, so aku tak sedar…. I’m really sorry…” Aqi menjeling di sebalik jari telunjuk. “Aqi, tengok there. Dorang dah benarkan kita ambil makanan,” cuba mengalihkan perhatian gadis itu.

“Aha?” Bersinar mata Aqi, melihat ke arah makanan yang disediakan. Lupa terus pasal topeng. Lelaki itu mengangkat keningnya tinggi, kelakar melihat reaksi isterinya itu. Perut Aqi bergendang, kuat hingga ke telinga Umar. Tertunduk malu dia, sementara lelaki itu mengukir sengih.

“Mujur kita datang lambat sikit, kan? Tak payah tunggu dah boleh makan terus.”

“Aha. Salah siapa pula kita datang lambat?” Menjengil sengal.

Bibir meleret nakal. “Sama-sama lambat, sama-sama seronok. Haha. Apapun, jom makan.” Tangan Aqi dicapai lalu digenggam erat. Terkedu wanita itu dibuatnya, lalu tersenyum malu.

“Tak perlu la…” Tangan cuba ditarik.

“Dalam banyak-banyak orang ni, nobody knows kalau kau tiba-tiba hilang.”

“Kenapa agaknya tu.” Dia mencemik. Gaya aku ni macam budak enam tahun je.

Umar kekal tersengih. Pautan tangan dieratkan dan Aqi di belakang sekadar tersenyum simpul. Nyata menyukai.

“Aaaaah…” Kedua-duanya tak dapat menghalang bibir yang tersengih lebar melihat hidangan makanan di hadapan. Perut kosong milik masing-masing dah buat rap battle antara Skrillex dengan Maclemore.

Go help yourself, missy.” Menjeling turun.

You too, mister.” Menjeling naik.

Mereka berpisah sebentar, memborong makanan masing-masing. Hadi yang kebetulan ada meja hidangan itu terkejut melihat wanita dengan lengan berbelang itu. Tersengih lebar dia, segera mendekati.

“Aqi, hey.”

Gadis itu yang baru menceduk kuah satay masuk dalam pinggan, menoleh, hairan. Satay daging dimasukkan dalam mulut.

“Hm?”

Topeng ditanggalkan dan mata mereka bertemu. Hadi tersenyum melihat penampilan gadis di hadapan yang nyata lain dari biasa. Sangat menyerlah!

“Tak sangka kamu pun ada di sini. Ini yang dipanggil jodoh kan?”

Just a coincident,” balas Aqi tak bernada, kembali makan. Ingat muka ‘kawan lama’ ini. Hadi senyum kecil. Tak berubah langsung bab menghampakan harapan lelaki yang nak dekat padanya. Tapi… Hadi takkan mengalah. Heh. Sejak dahulu lagi Aqi tak pernah perasan hatinya. Kalau dahulu, mungkin dia merendah diri, tetapi kini dia dah bangkit dengan wajah yang lebih baik dan poket yang lebih tebal. Topeng kembali diletak pada muka dan dia merapat. Aqi menjeling.

Where your mask?”

Kunyahan satay terhenti. Aqi menoleh dengan mulut penuh. “Kena pijak…”

Hadi tersenyum kecil. Mulut Aqi nampak comel. Sedikit kuah di hujung bibir dikesatnya dengan ibu jari, lalu dijilat sendiri. Gadis itu nampaknya tidak bereaksi dengan tindakannya.

“Kamu sepatutnya bersyukur tak kena halau sebab masuk tak pakai topeng.”

“Uih, dasyat benar? Tak pakai pun takpa kan?”

Dress code kena la ikut.”

Aqi mengangguk, makan sataynya lagi. Mempedulikan ugutan dihalau kerana tidak bertopeng. Dirasakan sangat tidak relevan untuk dihalau atas alasan itu. Dia sekarang ini cuma nak makan! Hadi merenung gadis itu.

“Nak ikut saya? Ada topeng yang dibekalkan kat sana.” Ibu jari ditunjuk ke satu arah.

“Hm?” Menoleh lagi, memandang ke kawasan menari. Dia terkebil kejap. “Tapi my food…”

Just left it there. Tak lama pun nak ambil topeng. Jom.” Lengan Aqi dicapai. Lekas gadis itu menepis. Tajam matanya memandang Hadi, marah.

“Jaga manner sikit.”

“Ah. My bad… my bad…” Senyum. Baru teringat gadis itu ialah Aqi. “Jom.”

Aqi diam, lalu menoleh ke belakang. Umar tak kelihatan di mana-mana. Dia berfikir-fikir. Dengan janji pada diri sendiri untuk datang kembali, Aqi melangkah keluar dari pintu, mengikut gerak ‘kawan lama’ itu.


YOU dah datang.” Puteri tersenyum. Umar menoleh degan satay di mulut, melihat wanita dengan dress kemban biru berbulu hitam. Belahan kain tinggi hingga ke paha, mendedahkan bentuk kaki yang langsing setiap kali melangkah. Stilleto berlabuci dipadankan dengan tas tangan kecil di pergelangan tangan, turut berfungsi melentikkan punggungnya supaya lebih menarik. Topeng biru laut bersaiz setengah wajah pula melekat menyembunyikan identiti wajah.

Who?”

Puteri menanggalkan topeng dengan senyuman. “It’s me.” Kening Umar terangkat sedikit. Lelaki itu direnung atas bawah. Kacak. “You look gorgeous,” senyumnya. Umar tersenyum mendengarnya.

Tell me something I don’t know.” Makan lagi. Puteri tergelak perlahan. Lelaki itu yang memandangnya dengan sengih dibalas tenung. “Ne’way thanks for the invitation.

The party won’t complete without you…” senyumnya manja, mendekat. Kening Umar terangkat lagi, lalu tersengih.

I see…” Satay digigit lagi. Digoda perempuan memang menyeronokkan. Tapi yang sorang tu… heh. Kalau takat berharap je takkan boleh jadi punya. Sedangkan dia yang aku paling berharap buat camtu kat aku. A real thick woman.

Muzik bertukar. Slow. Klasikal. Umar menoleh, dan Puteri menarik pinggan Umar. Terkebil lelaki itu, membiarkan. Lengannya disentuh. “Would you like to dance?” Tubuh dirapatkan pada Umar, menemukan kehangatan tubuh. Lelaki itu memandangnya.

Dance… menari?”

“A’ah…” Lalu tangan dililit pada lengan lelaki itu. Umar mula tak selesa. Tangan Puteri dialih dari lengannya.

Thanks but no thanks. I’ll pass this time.” Menjauh setapak. “Saya datang nak makan je.”

Puteri memicing mata. Spesis lelaki bodoh tolak rezeki depan mata ni. “Come on this is not a restaurant, honey. It’s a dance party to begin with,” pujuknya pula, menyentuh tangan Umar pula. “Jolly around and have fun.” Bibir dirapatkan ke wajah. “Be it for this moment, or this one whole night…” bisiknya dengan desahan nafas menggoda. “I’ll let you lead the game…”

“Haha… but no.” Datar menolak. Macam samurai menetak licin buah tembikai.

Kening terangkat sebelah. Bibir mengekalkan senyum, mengekalkan rentak permainan. Pertaruhan dengan rakan-rakannya masih hidup sejak awal pertemuan dengan lelaki ini dahulu, dan dia enggan kalah. Baik kalah dari menggoda Umar, ataupun kalah bertaruh dengan rakan-rakannya. Dia ada rasa bangga dan keyakinan pada perkembangan aset tubuh yang terbentuk cantik di semua tempat. Dia ada polisi untuk memilih lelaki tertentu untuk menyentuhnya, dan bukan untuk mana-mana lelaki sebarang di tepi jalan yang loser dan nakkan tubuhnya kerana nafsu semata. Kain kemban di dada nan besar lalu ditarik sedikit ke bawah. “You’re not interestedwith this?”

Melekat mata Umar di lurah itu. Boleh kenyang sepanjang malam dia begini. Halkum turun naik menelan liur. “You’re really arousing, womanbut still, no.” Jawapan solid diberikan. Tiada rasa teragak-agak menolak. Puteri jatuh rahang. “I’m having fun with the food already. Not to mention my partner yang datang sama. Dia tunggu kang.”

Mata Puteri memicing. Gagal sungguh! Kenapa lelaki ini menolak peluang yang diberikan? Imam suraukah dia? Atau gay? Puteri membasahkan bibir dengan lidah. “That woman?” Teringat perempuan bertudung yang bersama lelaki ini dulu.

Umar mengangkat keningnya tinggi. That woman? Riaknya menegang sedikit. “Dia bukan ‘that woman’. Namanya Aqi. My wi…”

“Aah, ya.” Puteri memotong, menoleh ke belakang. “I think I’ve seen her a while ago.” Bibir mengukir senyum, lalu Umar dijeling. “With a man. A real good-looking one.” Senyumannya bertukar sinis. “She wore black dress right?

Pandangan Umar mencerun. “There’re a lot of black dresser…” Pandangan mereka bertemu. Umar mengukir sengih. “Dan dia bukan type nak flirt someone hanya sebab good-looking.

Mengecil sedikit mata wanita seksi itu. Umar merenungnya. Lama mereka berpandangan sebelum Puteri mengukir senyum. Enggan pedulikan ketegasan Umar tentang perempuan yang tidak penting dalam kisah mereka, lalu tangan jejaka itu dicapai lagi. Umar menoleh. Gadis seksi yang merapatkan tubuh padanya direnung tanpa kata. Pangkal dada yang terdedah menjadi tatapan, dan tubuh menerima empuknya si seksi bila bertemu fizikal. Dia ditolak hingga ke sudut dinding. Umar sedang digoda.


“APA kau buat ni Aqi... cepatlah. Teksi dah sampai dah.”

“Kasut ni susah nak pakai.” Gadis itu memuncung di birai katil. Umar memandang, lalu mendekat. Aqi masih mengenakan kasut tumit tinggi itu pada kaki.

“Kaki kau besar sangat?”

“Bukan!” Penumbuknya dilayang menumbuk angin. Geram. Umar masih merenungnya hairan. Gadis itu mendesis deras. Tumit kasut ditunjuk. “Tinggi. Killing. Aku tak dapat berdiri pun,” ujarnya memandang Umar. Lelaki itu mengerut dahi.

“Berdiri je la cam biasa.”

“Kau tau cakap je…! Bukannya kau yang pakai,” muncungnya, cuba bangun. Umar menghela nafas, menolong. Lengan Aqi dipaut.

“Abis tu naper beli yang ni…?”

“Kau yang beli tak bagitau aku, Umar Darius…!” Mencerlang matanya memandang Umar. Terdiam lelaki itu.

“Aku nak bagi kau lebih tinggi je,” sengihnya nipis, merenung isterinya. “Macam gagal je.”

Mata Aqi mencerlang lagi. Sabar je la wahai hati. Tangan Umar dilepaskan dan dia cuba untuk stabil. Gila betul. Tak pernah terfikir pun nak pakai killer heel macam ni. Umar punya pasal la ni!

“Dah boleh?” soalnya. Aqi mendongak, memandang wajah kacak di hadapannya. Kaki melangkah setapak dua. Umar mencekak pinggang dengan nafas dihembus pendek. “What. Boleh aje berjalan kalau kau kurang membebel.”

Aqi menoleh geram. Dia merapat laju namun kakinya cantik terpelecok sebelah. Aqi hampir tersembam menghempap lantai keras, namun Umar sempat menyambut tubuh kecil isterinya.

Huh…

“Apa kau ni…” keluhnya rendah. Aqi mengangkat pandangan.

“Sorry…”

Kaku sebentar. Pandangan mereka bertemu sebelum Aqi mengalih matanya lekas, menunduk. Umar merenung wajah itu dari kedudukannya. “Err…” Kolar suit putih Umar dilepaskan dan dia berdiri stabil. “Guess I’ll pass on this Stilleto.” Tangan Umar yang masih melekat di pinggang dipandang. “Lepaskan aku…?” pintanya malu.

“You know…” Suara yang garau bergetar di dasar anak tekak.

“Em?”

“Tiba-tiba aku rasa kita tak payah pergi dinner, Aqi. Jom, kita makan kat bilik je la.” Tubuh itu dipindahkan ke katil. Aqi terkejut beruk, lekas meronta untuk menyedarkan kembali lelaki itu dari angaunya.

Previous: chapter 35
Next: chapter 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.